Menu Utama

KUMPULAN PRO – GAY BANGKIT SELEPAS ANWAR DIBEBASKAN

Kumpulan Pro – Gay Bangkit Selepas Anwar Dibebaskan

AIDCNews – 14/01/12 – Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) gembira dengan keputusan mahkamah melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kenyataan ProGay disiarkan dalam tempo.com.ph pada 11 Januari, 2 hari selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Selaras dengan keputusan mahkamah itu, organisasi gay yang terbesar dan tertua di Filipina itu menyeru agar undang-undang yang menyekat kebebasan aktiviti liwat di Malaysia iaitu 377 Kanun Keseksaan perlu dihapuskan kerana dianggapnya sudah ketinggalan zaman.

“Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadapnya,” kata Oscar Atadero, pegawai hak asasi manusia pertubuhan pembela kaum gay itu.

ProGay yang ditubuhkan pada tahun 1993 itu merupakan satu organisasi sekumpulan lelaki gay yang bermatlamat untuk mendapatkan pengiktirafan penuh daripada masyarakat berkaitan dengan kebebasan melakukan aktiviti seks songsang, dan menuntut hak agar tidak diskriminasi oleh keluarga, komuniti, kerajaan, gereja dan media.

Pada 26 Jun 1994, kumpulan gay ini telah menganjurkan perarakan Gay (pride parade) pertama di Asia yang dinamakan ‘Gay March’ untuk mengetengahkan isu-isu mereka berkaitan dengan kesaksamaan sosial yang mereka percaya bahawa perjuangan untuk pembebasan (liberation) gay adalah perjuangan untuk kebebasan negara (national freedom).

ProGay bukan sekadar menjadi pembela kumpulan gay di Filipina, tetapi juga menjadi pembela individu gay yang tertindas disebabkan sekatan undang-undang di luar negaranya.

“Untuk memperkukuhkan rangkaian kumpulan gay tempatan dengan pergerakan gay antarabangsa”, kenyataan dari facebook ProGay.

Menurutnya, dengan pembebasan Anwar itu, ia merupakan satu langkah positif kepada perjuangan hak LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di Malaysia

http://www.anwaraidc.com/?p=20870






Leave a Reply

Threesome