Menu Utama

Kempen “Bebaskan Anwar 901” Patut Ditukar “Bebaskan Saiful Bukhari 901”..!

Dikhabarkan, PKR atas arahan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim kepada Timbalan “isteri”nya, Azmin, untuk mengerah seberapa ramai orang yang boleh, dengan apa cara sekali pun, untuk berada di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. PKR dan AMK turut menggerakkan kempen “Bebaskan Anwar 901” sempena hari keputusan kes liwat II Anwar itu.

Azmin anggarkan 100,000 yang akan berjaya dikumpulkan pada tarikh 9 Januari ini. Dipercayai, Azmin akan menggunakan taktik lama mengumpul orang dengan mengumpan wang saku, rombongan atau lawatan percuma, dan sebagainya. Dijangka pakcik dan makcik yang tak ada kerja di kampung-kampung akan “termakan” dengan umpan tersebut.

Persoalannya, secara rasional, perlukah Anwar Ibrahim dibebaskan atau diselamatkan?

Anwar Ibrahim adalah pemangsa atau dalam kata lain, “yang meliwat”. Melalui keterangan saksi, bukti kukuh, kajian saintifik dari pakar dan bicara pendakwaan di mahkamah di mana ada soal balas oleh barisan pembelaan Anwar, memang terbukti dengan Anwar sememangnya peliwat.

Malah sekiranya dirujuk kepada kes liwat I Anwar dahulu, mahkamah memang mengesahkan Anwar terlibat dengan aktiviti liwat. Cuma, dia dilepaskan atas sebab teknikal, dan bukan kerana tidak meliwat!

Dan kali ini, biarpun mendakwa ada alibi, Anwar gagal membawa walau seorang pun saksi sebagai alibi untuknya melepaskan diri dari pertuduhan. Dia juga memilih untuk tidak bersumpah atau disoal balas, sebaliknya hanya memberikan ceramah politik memburukkan hakim mahkamah dan kerajaan dari kandang tertuduh.

Sepatutnya, yang perlu diselamatkan dan dibebaskan ialah mangsa, iaitu Saiful Bukhari Azlan. Dia mangsa peliwat dan keadilan sewajarnya diberikan kepadanya tanpa kompromi meskipun melibatkan “Imam Mahdi”, “Pemimpin Anugerah Tuhan” atau “Papa Hebat” sesiapa sekali pun. No exception!

Malah, dari sudut perundangan sekali pun, di depan peguam profesional paling luas pengalaman pun, Saiful dibuktikan telah diliwat seseorang yang dikenali sebagai “Lelaki Y”. Paling kukuh, spesimen DNA dari air mani lelaki Y ada dalam salur rektum dubur Saiful! Dalam banyak-banyak sumber DNA, mengapa sumbernya air mani dan bukan air liur, peluh atau rambut Anwar dalam lubang “bontot”nya?

Mana datangnya air mani itu? Ingat senangkah nak dapatkan air mani seseorang? Lainlah kalau Anwar ada menderma air maninya di bank air mani dunia. Pada saya, hanya Wan Azizah saja yang memiliki hak eksklusif terhadap sebarang titisan air mani Anwar Ibrahim. China Doll atau Sukma pun tidak punya hak tersebut!

Mana perginya Majlis Peguam, SUARAM dan SUHAKAM di dalam kes ini? Mengapa mereka membiarkan Saiful dan tidak menyuarakan hak Saiful dari sudut keadilan sebenar? Secara jelas, mereka “membutakan mata” masing-masing terhadap budak malang itu!

Sepatutnya, Majlis Peguam membuat sidang akhbar mengutuk keras tindakan penyokong tertuduh yang merancang berhimpun beramai-ramai seolah-olah mahu mengganggu dan mempengaruhi keputusan hakim pada 9 Januari ini. Sepatutnya, pengadilan kes perlu dibiarkan bebas dari sebarang unsur ugutan dari mana-mana pihak yang berkepentingan!

Sepatutnya, SUARAM perlu bertindak mempertahankan dakwaan suara Saiful Bukhari yang menjadi mangsa liwat. Apa suara Saiful tidak laku pada SUARAM? Saiful Bukhari juga warga Malaysia yang sah dan berstatus bumiputera!

Mana perginya SUHAKAM? Mengapa tidak perjuangkan hak Saiful untuk mendapatkan keadilan yang bebas dari sebarang pengaruh politik? Kalau SUHAKAM boleh bersuara pertahan hak pihak lain sebelum ini, apakah Saiful tak layak diberi hak tersebut?

Kenapa mereka senyap? Biasalah. Sudah tentu kerana mereka hanya memberikan sokongan berpilih, double standard! Bila bersikap begitu, jelas sekali kreadibiliti mereka sangat rendah mutunya. Tiada prestige atau standard yang boleh diberikan kepada mereka yang kononnya, “profesional”!

Justeru, saya berpendapat, adalah lebih baik untuk gerakan Bebaskan Anwar 901 itu ditukar saja kepada “Bebaskan Saiful Bukhari 901”. Saiful lebih berhak dari Anwar yang sering buat hal di dalam dan di luar negara. Rasanya, tak perlu untuk bebaskan Anwar kerana dia sendiri yang menjerat dirinya.

Ayuh! Bebaskan Saiful Bukhari dari “jerat liwat” Anwar pada 9 Januari ini..!!!






75 Komen to Kempen “Bebaskan Anwar 901” Patut Ditukar “Bebaskan Saiful Bukhari 901”..!

  1. kenali Anwar…. pemimpin pluralisme
    __________________________________________

    KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

    Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.

    “Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

    Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.

    Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    “Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.

    “Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?

    “Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.

    Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.

    “Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.

    “Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.

    • selamber says:

      ..baca ye wahai pembangang sekelian..jgn buat2 bangang je ye..jgn asik sedap mengata kerajaan sekular & kerajaan yg tak betul..baca tau wahai c4 c1 moo bujuk & beberapa ekor lg tu..nak kitorang tolong bacakan ke..?

    • bujuk says:

      Setau aku k’jaan yg. beria2 nak ampunkan kartika hingga minta campur tangan Sultan, alih2 Anwar yg. kena. Pelik…
      901 bukan kempen bebaskan Anwar, tapi sokongan pada Anwar. Nak bebaskan apa, Anwar bukan dalam penjara.
      Kami nyatakan sokongan kerana kenyataan dari doktor2 jelas tiada kesan liwat. Bukan sorang tapi semua, sebab tu semasa kes, doktor tak tunjuk catitan semasa ujian sebaliknya hanya tunjuk keputusan akhir. Sebabnya pakar DNA kata wujud DNA Anwar bersama DNA lain dalam rektum Saiful. Persoalannya Saiful gagal menjawab DNA siapa bersama DNA Anwar dalam rektum dia. Apa maksudnya? Kenapa POLIS dan pakar DNA tak analisis DNA asing tersebut dan bagaimana ia berada bersama DNA Anwar?

      • StinGray says:

        setau hang ke?????….emmmmm

      • Setahu kau je bujuk, tapi yang kat atas tu ditulis atas sumber dari kawan lama anwar sendiri. aku rase die lebih tahu what happen dari kau bujuk…

        jelas tiada kesan liwat but how come anwar DNA’s ade dlm tu?… sumber DNA tu pulak di sahkan adalah air mani… kau tahu tak air mani?… so macam mane air mani tu boleh ade dalam tu?.. takkan la ade orang masukkan lak an… orang yg boleh ambil air mani anwar secara legal hanya wan azizah…takkan la ade pompuan lain lak yg ambil an?.. kalau macam tu dah terkantoi lagi satu yg anwar ni mmg kaki pelacur… kalau tu yg terjadi lah sebagai contoh…

        kau hanya menyokong sebab bepegang pada satu kenyataan doktor. tapi kau tak tengok keseluruhan..

        kes ni bekaitan dengan anwar je, so kalau ade DNA lain pun, tu lain cite..sebab kes ni fokus pada anwar alone… dan yg perlu dibuktikan sekarang ni sama ada dakwaan saiful anwar tu betul2 meliwat saiful atau tidak…DNA anwar pulak tu disahkan ade dalam tu..so rakyat kne bukak mata macam mana akhlak pemimpin yang kau nak sokong ni…

        “Kenapa POLIS dan pakar DNA tak analisis DNA asing tersebut dan bagaimana ia berada bersama DNA Anwar?” – kalau polis siasat pun, persoalan same juga akan timbul, macam mane SUMBER DNA YAITU AIR MANI Anwar boleh ade sekali bersama2 dgn yg lain tu… adakah saiful diliwat secara bergilir-gilir…mungkin… dan antara yang meliwat tu anwar sendiri..contohnya lah..
        haaa… macam yg aku ckap, kes ni wujud atas dakwaan saiful bahawa anwar meliwat die, so sekarang ni yang hanya perlu dibuktikan adakah Anwar betul2 buat atau tidak…soal DNA lain tu, ha tu dah lain cerita….

        perhimpunan 901 ni pulak kau kate ni bukan untuk bebaskan anwar tapi cume sokongan. ade yang lain kate untuk bebaskan anwar. ade lgi kate ni untuk protes sebab anwar tak diadili dengan sebaiknya… ape2 pun, yang penting perhimpunan ni tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa malahan sultan sendiri tak benarkan, nak ke jadi penderhaka?…

        Anwar pusing satu duni kutuk kehakiman negara tak adil, kotor….die kononya tak diadili… kalau dah pembohong tu pembohong jgk la… tak diadili ape bendenya tak tau lah… padahal dah banyak peluang diberi untuk membuktikan yang die tak bersalah, siap menyusahkan mahkamah lgi sebab asik duk delay kes..
        die gagal kemukakan bukti kukuh, lepastu ckap mahkamah tak adil…

        • truthseeker says:

          hahahaha bujuk dah pening tu… dah tak boleh analize data banyak sangat. maklum la IQ rendah.

        • bujuk says:

          Habis siapa yg. ampunkan Kartika hingga tak kena sebat, Anwar? bukan PM kata undang2 tersebut akan menyebabkan orang luar taknak melabor d m’sia?
          Apa jawatan anwar nak halang hukuman sebat?
          Akai ada ka?

        • bujuk says:

          Polis dah bagi permit berhimpun… ada masalah?
          Aku biasa dengar Polis dajalkan orang letak dadah dalam bonet kereta. Ada polis yg. mengaku buat bukti palsu untuk kenakan musuh mereka… so itu semua bukan alasan. Kes bunuh Norita (hangat suatu waktu dulu) pembunuh dia tak dapat dihukum kerana terdapat kesan lebih 3 DNA. Polis siasat semua DNA, dan dikatakan salah satu DNA kepunyaan VVIP masa tu. Akhirnya semua terlepas… jadi kalau tak siasat DNA selain anwar maknanya pendakwaan politik atau ada kospirasi.

    • BudakPilah says:

      Aku sokong kita kena pertahankan saiful yang teraniaya dirogol beberapa kali..wakaka…zahid dan member lain team wawasan tak kena rogol ka???
      ..wakaka..Itu lah Umno orang 60an boleh rogol anak muda tanpa bubuh penerajang…bangang betul

  2. jelas sudah PKR perjuangkan Anwar..bukan untuk rakyat…

    parti anak beranak…

    gunekan rakyat dan perbosohkan rakyat demi isue peribadi…

    anwar takde teloq sebab hanya berani bercakap dalam kandang tertuduh…rakyat diperbodohkan dalam ceramah2 yang memburukkan kehakiman negara..

    anwar pengamal pluralisme sebab sanggup jual maruah agama demi undi..samekan tuhan kristian dengn Allah yang maha esa…juga demi undi untuk dapatkan kuasa…

    siapa anwar sampai perlu perjuangkan kebebasan dia?…

    perosak bangsa dan agama…

    • bujuk says:

      Apa pluralisma agama?
      Kenapa korang tak bising bila Najib benarkan Injil Melayu masuk M’sia?
      Kenapa K’jaan benarkan penggunaan Nama Allah untuk tuhan agama lain di Sabah/Serawak?
      Sebelum tuduh orang, tilik diri sendiri dah betul ke belum.
      Dalam Quran sebut, agama Kristian salah dan INJIL telah diubah dengan mengatakan Tuhan ada 3 iaitu RohulKudus (Allah), tuhan ibu(Maryam) dan Tuhan anak(Isa). Allah kata mereka salah kerana menambah tuhan yg. lain selain Allah, sedang Allah itu ESA(tunggal).

      • raplahjingaa says:

        Aik ! spin nampak ? sapa yang pejuangkan agenda tu semua ?

        sapa ?

      • aku rase yang paling sibuk dan yang paling kedepan mainkan isue ni Anwar sendiri..
        ramai yang tak sokong, sampai masuk dalam MyKMU lgi…korang siap berdebat mati-matian nak pertahankan anwar dalam isue kalimah Allah… korang berhujah macam2…
        maknenye korang sokong lah kan?.. anwar jual name Allah semata2 sebab nak pancing undi dari orang yang kat sane..

        bujuk, aku tak pernah jumpe pun komen ni “Dalam Quran sebut, agama Kristian salah dan INJIL telah diubah dengan mengatakan Tuhan ada 3 iaitu RohulKudus (Allah), tuhan ibu(Maryam) dan Tuhan anak(Isa). Allah kata mereka salah kerana menambah tuhan yg. lain selain Allah, sedang Allah itu ESA(tunggal).” dalam isue melibatkan kalimah Allah dalam MyKMU ni ditulis oleh salah seorang dari korang yg pro PR… sekarang baru nak keluar?…

        maknanya kau bangkang la perjuangan Anwar mase nak bagi kristian pakai name Allah tu?… tapi ape yg berlaku mase isue ni tengah hangat, lain pulak…

        toksah gunekan agama untuk kepentingan politik bujuk….. tuh, aku ade post video kat bawah tu pasal tuan guru kau ckap semua ayat dalam Al-Quran adalah berkenaan politik… hang p tengok… sebab tu ke dibolehkan ayat quran digunakan untuk politik walaupun yg bacanya tu kafir???

        • bujuk says:

          Tapi yg. meluluskan dan memberi kebenaran ialah DS Najib. Kalau UMNO kata nama Allah hak ekslusif untuk Islam, habis apa gelaran untuk DS Najib yg. meluluskan Injil versi melayu dan Nama Allah untuk agama lain?
          Dan korang sokong ke tidak keputusan Najib?

      • selamber says:

        adussss..!! banghalnya mamat bujuk ni

  3. Moooohyideen says:

    Kesian kat ahli umno dok pertahankan pemimpin depa yg rasuah dan sekular tu.. lepas tu nafi kata tak sekular pulak….

    Kjaan Kelantan dah pass Bill Hudud. Apasal pemimpin BN tak bagi consent untuk approval. Namma pemimpin tu Najib. Islam apa macam ni ???

    • jebat says:

      aku lagi kesian duk perhati anjing2 anwar duk pertahan pemimpin yg suka bontot..

    • Shah says:

      Nanti rakyat Kelantan curi air mineral water di sebabkan Kerajaan PAS gagal menyediakan air bersih. Kerajaan PAS gagal melaksana infrastuktur, jadi PAS macam mana nak laksana Hukum Hudud. Kemudahan asas mesti di dahulukan. Bukan bayar nafkah bini muda RM3juta dari duit balak

    • umnototok says:

      Puak2 yg mengaku bijak pandai, tapi tak sedar diri otak telah dipengaruhai oleh seorang yg sedang ‘desperado’ bagaikan anjing sedang tersepit…
      Apa ada masalah dengan rasuah yg disebut2 tu…Kerajaan BN dah dan sedang pun melaksanakan pembenterasan rasuah dengan sebaik mungkin melalui agensinya SPRM…. hanya mereka yg dalam Pakatan Haram sahaja yg mewar2kan konon org2 UMNOlah sahaja yg megamal rasuah, sedangkan puak2 mereka sebenarnya sangat teruk lagi…mereka sekadar menggunakan UMNO sebagai kambing hitam mereka yg sebenarnya…
      Kalau ko nak sangat nak benteras rasuah yg bermaharaja-lela…pergilah buat siasat-selidik dalam Kerajaan Selangor cukuplah…ko mulalah siasat pengurusan pasir dan pengagihan kontrak Kelas F di Selangor…termasuklah perbelanjaan dari Peruntukan Persekutuan yg telah diperuntukan kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat2 Persekutuan dalam Negeri Selangor. Itu pun kalau ko rajin..aku teranglah dah tak kuasa nak ambil kisah kerja lanun2 darat tu, sbb aku yakin SPRM mampu menanganinya jika ada maklumat yg konkrit…
      Jangan hipokritlah moooh…..

    • nak becakap pasal hudud dalam mase yg same buat2 tak faham soal perkongsian kuase…
      kalau PAS jadi kerajaan pun belum tentu lgi boleh laksana hudud sebab bekongsi kuasa dengan DAP yg mmg anti islam tu..

      tak payah kesian pada penyokong UMNO sebab pertahan pemimpin yg betul2 memimpin atas perjuangan yg konsisten…

      tapi kesian la kat penyokong pakatan macam kau yang masih tak reti bahase… pertahankan pemimpin pluralisme…

      persoalan, kenape lebih ramai orang kluar PR masuk UMNO dan bebas?..

      kenapa ramai rakan dan sahabat serta pengikut lama yang dah tggalkan anwar?. sebab depa ni semua dah tau kebenaranya..

      rakyat macam hang ni je yg dibodohkan mooo…

    • raplahjingaa says:

      hudud hanya 0.00001% drp Islam…bukan aku kata moooo…haji adi kata.

      keperluan hudud tidak mendesak….bukan aku kata mooo…aji adi kata.

      ok la ni cuba hang try spin….aku nak skill hang drift….hehe

      • bujuk says:

        masalahnya korang tak faham… 0.001% tu nama dia wajib, bukan sunat atau harus. Wajib maknanya kena buat, tak buat berdosa faham…

        • selamber says:

          Ko lg bangang bujuk..0.001% tu bermaksud peratusnya kecik sgt..sbb tu Hardi tak memeberatkan utk dilaksanakan..bermaksud jugak ada bnyk perkara yg lebih besar yg lebih utama utk dilaksanakan..waduh2 bujuk..bujuk..

          • bujuk says:

            Benda kecik selagi nama dia WAJIB mesti buat. Tak buat berdosa tau tak? Kalau sengaja tak buat dan sengaja cari alasan dah fasik. Kalau kata tak wajib boleh jatuh murtad tau. Sama macam SOLAT juga.

  4. C1 says:

    kesian… kesian… takut giler dgn anwar umno ni..

    ABU la

  5. konceng says:

    pada pendapat saya tiada gunanya kita war2kan kebenaran kepada kuncu2 juak2 aljuborry ni,sbb akal dn minda mereka sudah dliwat,yg wajib tindakan yg tegas setegas2nya kepada mereka.

    • P164 says:

      memang betul cam konceng says, kak buntut cm anwar memang ramai pengikutnya. Tunggulah bala Allah SWT nanti.. kaki buntut nk dibela. baik pg palestin mcm azmin tu lagi bagus pertahankan islam.

  6. Bulan Empat says:

    Yang pasti OKT bernama Anvar a/l Ibrahim will be found quilty on the charges.

    Kita tak nampak ruang untuk dia terlepas sedangkan all went against him tak ada penyangkalan yang dibuat against prosecution evidence and witnesses. Langsong tak ada. Something grossly wrong kalau verdict adalah sebaliknya.

    Macam mana hakim nak diamkan dakwaan faktor sukarela & paksarela yang kepala banggali singh buat. Liwat did take place but it was with a consent , itu maknanya.

    Allah maha kaya dan Allah tidak pernah menzalimi umatnya bahkan umatlah yang menganiaya diri mereka sendiri. Meliwat is self-inflicting dan berbohong pun sama, tiada third party involved.

    Dear friends, we have to get all these over very quickly as we have been given too much already all these while.

    Sorry to say. Bye Bye Nuar but I dont want to see you. What I mean is I dont want to meet you in Sg Buloh so please help yourselves there alone I am not going with you .

  7. Moooohyideen says:

    Semenjak bila Anwar takut kan UMNO. Umno la yg takutkan PR. siap guna media, polis, legal system untuk nak gertak PR.

    PR cakap nak berkumpul aman, punya lah BN takut, padahal berlambak2 pendatang tanpa izin kat Sabah tu..

    PR pakai internet jer…

    • P164 says:

      UMNO tak takut pada PR lah. Ko tgu PRU nanti, umno akan menang besar… Tunggu…. Kalau setakat jadi MB macam tin kosong, budak sekolah PASTI pn x pecaya

    • Bulan Empat says:

      Ketakutan BN tak ketahap lari kedutaan Turki, bersembunyi dan kata ” they want to kill me ” Paling kelakar. They tu sapa?

      Tak jugak ketahap kumpul budak sekolah untuk berhimpun haram.

      I Ef you protect. Sampai bila ? Nuar bolih buat pasal dia tak payah kerja. Makan yahudi bagi, tidor yahudi sediakan, berak yahudi cuci. Opps sori dikabarkan Nuar sebenarnya pakai selet bukan cuci semenjak amalan pluralism nya kerana all religions are same.

      No hadas besar, no mandi junub. Ha Ha. Apacam Mooo ? Ko pun sama ke. Komen ko selalu berbunyi macam ” i am the baddest man on earth” Or i am the world foolest man. Sepatah kata Mike Tyson

    • raplahjingaa says:

      PR tu apa moooo ? siapa presiden ? siapa setia usaha ? siapa pengerusi ?

      siapa ? siapa ?….cerita sat

    • selamber says:

      ..sudah la..nuar dah takut dah

  8. Bulan Empat says:

    Can I Ef you today ? Are u okay ? Ini kalimah keramat Si Nuar.

    SiNuar dikatakan dalam ofis dia atau dimana tempat sesuai suka menepok ponggong tak kira lelaki atau perempuan.

    Selera dia mengalah kuda. Dia tak pernah pikir nak kawin 4 macam Hadi pasal 4 pun masih short, tak cukup. Dia perlu ramai, bergilir gilir, depan bolih,belakang OK dan no strings attached. maknanya tak ada ikatan.

    I Ef you today, tomorrow you may be Ef’d by others, I have no problem. Just do it you have my consent. Maknanya kalau girlfriend dia Ef dengan orang lain pun no hal.

    This a sex-free world for Nuar. Kalau rimau terlepas dari zoo semua orang panik. TV, radio, paper, internet semua masok. Tak pulak kita sedar satu spesis yang masih dibiar terlepas bebas itu sebetulnya terlalu bahaya more than a tiger.

  9. Bulan Empat says:

    Aku sudah berjanji pada diri sendiri untuk berhenti menulis komen selepas 901. Aku menulis kerana Nuar saja. kalau Nuar tak ada , aku tak ada modal lain lagi nak hentam.

    Bini dia, anak dia, azmin dan khalid ibrahim memang aku menyampah jugak. Tapi tak boleh tanding degree nya dengan cara aku menyampah yang sorang tu.

    Jadi aku akan tafakkur utk bermuhasabah diri dan akan reform , berhenti menghentam. Menghentam dalam tulisan tarafnya sama macam lisan. Berdosa U. So paling akhir aku menulis komen ialah 0059hours on 801. Lepas tu aku akan sambung ‘kuliah’ aku semula. Amiin.

  10. Anak_Nogori says:

    Isu ni bukan susah sangat difikirkan..isu ni bukan soal rasuah, bukan soal kroni, bukan soal salahguna kuasa…tapi soal mendapatkan keadilan bagi sipengadu dgn si yg didakwa..soal undang2 lah….apa kaitannya dgn rakyat plak yg menjadi hakimnya?.

    apa bengap sangat nak pk?..

    • Moooohyideen says:

      Korang dah buat judgement, apakata pulak kalau sipengadu buat fitnah?? Si pengadu ni mak angkat dia si Mumtaz, pembantu sulit kepada bik Mama..seee the plot??

      • Anak_Nogori says:

        Soal fitnah ni bukan saja boleh dibuat oleh sipengadu tapi boleh juga dibuat oleh yg diadu…so…soalnya..adakah wajar ianya dibawa kepada rakyat utk dihakimi?.

        Bukan kah soal ini soal undang2 dan keadilan…dan keadilan bukan hanya kpd siyang diadu, tapi kpd sipengadu juga..itu yg dikatakan keadilan.

        Dimahkamah siyang kena adu diberikan peluang utk diwakili oleh para peguam dan diberikan lebih dari 60 kali penangguhan..tapi kenapa semasa pembicaraan siyang diadu tidak membuktikan bahawa DNA yg ada didalam bontot Sepol tu bukan DNA beliau?…dan kenapa tidak disertakan alibi yg awal2 lagi kata ada alibi itu?…adakah dgn mengaitkan bende2 yg tidak ada kaitan itu lebih penting dari alibi ini?.

        Dan kenapa dia tak mahu disoal balas oleh pendakwa?….apa yg dia takut sangat?.

        • Moooohyideen says:

          Apa..ko ingat rakyat di tahun 2012 tak ada hotak?? Rakyat menilai, kecuali umno je yg dok angguItu lah umno yg masih berpikiran takuk lama.

          Kalau dah prosiding lintang pukang siap tukar lagi pertuduhan, sebab itu antara sebab lambat kes ni.

          • raplahjingaa says:

            rakyat ada otak moooo…sebab tu BN terus memerintah….see the fact ??

            Dalam 32 orang pengasas PKR….28 orang dah keluar parti….yang tinggal hanya azmin, kak jijah, anwar dan nurul…see the fact ??

            sperm dalam…. saipol mempunyai DNA anwar…see the fact ??

          • plot sekecil tu nampak….

            berapa ramai pimpinan dan ahli2 PKR yang veteran tggalkn anwar sebab dah tau siapa anwar ni sebenarnya… see the fact?..

            eh… aku rase sebab kes ni lambat pasal anwar yang duk tangguh banyak kali…

            tak payah nak kutuk UMNO berfikiran ditakuk lama…. sebenanye penyokong macam kau ni yang ditakuk lame…

          • selamber says:

            ..dah la BODOH..BANGANG pulak tu..tah ape yg mulianya sgt Nuar tu..

          • truthseeker says:

            hanya kau ,c4,c1 dan bujuk jer yg tak der otak. Org lain OK. sebab tu kau kena kutuk. hahaha

      • konceng says:

        mooooooooo!!!!
        sudah2lah 2 aku tgok hang dah leteh merapu,hikayat aljubory dah sampai phujung,hang pe-lah mana2 unt menenangkan fikiran….jgn kesengambut dahlah.kesian moooo…kesian c4…kesian c1…kesian!!!!!!

        • Moooohyideen says:

          merapu ka??? Kalau PR tak bising kes Kak Jat..free2 dapat RM250 juta, projek lingkup.

          Kat Perak org complaint Ex Exco dari DAP (nilai projek kecik jer), tapi dgn cepat DAP set up badan siasatan. Lebih pantas dari MACC.

          Sekarang ni dalam court kata PKFZ office buat type error. Pulak dah????? Ini cerita RM12.1 billion ni..

          Anak Tun M, Halim Saad, bail out some bilion2… Tu katanya nak tolong org melayu…kepala hotak hempa!!

      • Inilah padahnya bila sesaorang itu taksub. Fikiran dah tak bolih berfungsi dengan betul.Modal Anuar hanya perkataan “KONSPIRASI” sebagai pembelaan.

    • bujuk says:

      Fikir logik la bro… Seorang dah jadi datuk (63 tahun) liwat orang muda. Apa masalah Saiful tak boleh tolak keinginan Anwar, kalau betul? Kalau kata Anwar BOSS dia, kenapa lepas liwat dia report. Maknanya dia tak kesah pasal kerja gaji RM 1500. Kalau dia kata dah banyak kali Anwar fuck dia, kenapa dia datang sendirian ke bilik tersebut? Apakah layak seorang pelacur buat laporan dirogol? Dahtu doktor yg. buat pemeriksaan kata takda bukti di liwat… Pakar DNA kesan banyak DNA lain selain Anwar. Tapi hairan tak siasat pulak siapa punya DNA lain tersebut… kenapa?

  11. meh le tengok ni … huk huk huk >.<
    _______________________________________

  12. konceng says:

    anwar aljuborry = miang2 keladi – makin tua makin menjadi.
    nicky najis = miang2 keladi – makin tua nyayuknya makin menjadi

  13. OrangPekan says:

    Ingat tak, ada sessi dimana proceeding in court,peguam bela minta media dan orang yg tak berkenan disuroh keluar,yang itu akan dimasukkan kedalam summary hakim nanti, kita boleh dengar macam mana Saiful cerita dia kena balun dan posisi macam mana dan lain-lain kita belum dengar…eee geli geliman.Mampuih lah hang Aljuburi.

  14. 1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!

    Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

    Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!

    Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

    2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan “kesucian” Anwar?

    Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?

    Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah!

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

    3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!

    Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!

    Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!

    Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah “tidur sebantal baring sekatil” dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

    4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?

    Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana “Sheikh Anwar Al-Juburi”!

    Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!

    Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?

    Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka?

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

    5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?

    Kenapa Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

    6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!

    Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.

    Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato’ Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!

    Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato’ Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

    7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.

    Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!

    Kali ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!

    Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

    8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato’ Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!

    Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

    9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato’ Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!

    Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!

    Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

    10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!

    Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH!

    Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.

    Saiful telah bersumpah dengan menyatakan “bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya”!

    Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.

    Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira’ mengadap Ka’bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut!

    Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?

    Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

  15. Suaram dan Suhakam hanya alat Dajjal laknatullah.Tak perlu cerita panjang.

Leave a Reply