Menu Utama

Kemelut Penyenaraian Felda Global Ventures Hampir Selesai…

Alhamdulillah. Dengan kenyataan terbaru dari Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsuddin Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Sam, kemelut yang melanda para peneroka Felda berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd boleh dianggap selesai di kalangan pemilik Felda sebenar.

Pak Sam yang dipercayai pada mulanya termakan racun hasutan Mazlan Aliman dan Tan Sri Rozali Ismail selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan kedua pihak ‘orang luar’ Felda itu mula sedar tentang perkara sebenar. Penyenaraian FGVH itu adalah suatu rahmat kepada seluruh warga peneroka Felda dan ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Memandangkan persetujuan Pak Sam tersebut, maka selesailah masalah penyenaraian FGVH dari sudut para peneroka Felda. Pak Sam memaklumkan bahawa seluruh peneroka dan ahli KPF yang akan bermesyuarat khas akan sebulat suara menyokong penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia sebagaimana yang dirancang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang belum diselesaikan ialah tentang Mazlan Aliman (ANAK) dan Tan Sri Rozali Ismail (Puncak Niaga – Syabas) yang cuba campur tangan dalam hal ehwal pengurusan Felda.

Siapa Mazlan Aliman? Dia orang luar! Dia anak bekas peneroka Felda. Kenapa dia mahu campur tangan dan menyekat kerajaan menabur bakti memberikan imbuhan yang lebih kepada masyarakat Felda?

Ini adalah kerana dia bermotifkan politik. Dia cuba penatrate kubu kuat BN di setiap tanah rancangan Felda untuk memasukkan dakyah PAS. Sekiranya dia membiarkan Najib dan kerajaan terus menabur bakti dan berjasa besar kepada para peneroka, maka BN akan dapat sokongan lebih kuat dari masyarakat Felda.

Perkara ini sangat ditakuti oleh Mazlan Aliman kerana dia akan dikatakan gagal memandangkan sokongan padu yang diberikan warga Felda kepada kerajaan BN. Dia tahu, peneroka akan dapat bonus, imbuhan, duit raya, peruntukan dan dana seperti biasa sebelum ini.

Dan dia tahu dengan penyenaraian FGVH, para peneroka akan dapat lebih banyak ‘durian runtuh’ yang akan mengekalkan undi peneroka kepada BN. Itu yang dia tak mahu dan menghasut peneroka dengan menakut-nakutkan mereka.\

Ini bukan rekaan penulis. Penulis sendiri meredah tanah-tanah rancangan Felda bertanyakan sendiri kepada para peneroka dan ahli KPF yang sah. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik tu yang cerita. Mereka sudah menyampah, meluat dan marah pada Mazlan Aliman. Ada juga makcik yang nak halau Mazlan dengan penyapu jika cuba jejak kaki di Felda mereka.

Berkenaan Tan Sri Rozali Ismail, dikhabarkan oleh ahli Lembaga Felda sendiri, “tauke” Puncak Niaga dan Syabas ini memang mahukan jawatan yang disandang Tan Sri Isa Samad. Dia nak jadi Pengerusi Felda. Itu saja motifnya buat masa ini, kata mereka.

Kenapa dia nak jadi Pengerusi Felda sedangkan gaji jawatan tersebut lebih kecil dari Puncak Niaga dan Syabas? Mereka berkata, Felda ni lubuk duit kepada projek-projek yang lebih mega berbanding projek air yang kecil skopnya berbanding Felda. Puncak Niaga dan Syabas hanya lebih menjurus ke arah bekalan akir di sebuah negeri, manakala Felda lebih kepada seluruh negara dan kini akan berkembang lebih di luar negara.

Siapa kata para peneroka tak mampu berfikir? Siapa kata peneroka tidak tahu rancangan politik busuk yang cuba masuk mengganggu kepentingan mereka? Mereka lebih arif tentang motif keji tersebut.

Namun pada penulis, Rozali sudah tak mampu berbuat apa-apa. Suaranya sudah di’mati’kan Pak Sam dan para peneroka yang lain. Rozali boleh beri fokus lebih kepada Puncak Niaga dan Syabas selepas ini.

Yang tinggal kini hanyalah Datuk Dzulkifli dan konco-konconya yang cuba tunjuk ‘taiko’ dalam pengurusan Felda. Rasanya, Isa Samad mampu uruskan hal kecil ini. Isa Samad pun bukan calang-calang orangnya. Beliau lebih tegas berbanding bekas Pengerusi Felda yang lalu, Tan Sri Yusof Noor. Kalau Datuk Dzul tu buat hal dibelakang lagi, kasi “cuti terus sampai bila-bila” jer…






4 Komen to Kemelut Penyenaraian Felda Global Ventures Hampir Selesai…

  1. Keindahan Pantai says:

    Pak Din (Samsuddin Othman) memang menjadi selibriti menjelang PRU13. BN dan PR ingin merebut Pak Din kerana beliau ada 1.6 juta ahli (peneroka). Itu tidak termasuk lagi 3.5 juta keluarga kakitangan Felda. Lepas pilihan raya nanti BN kan sibuk mengurus pembangunan dan PR akan berhenti menyalak. Mazlan Aliman akan terus menyalak. Untuk makluman penulis blog ini, Tan Sri Rozali berada bersama Pak Din dalam GEMPAK dan setiap keputusan yang dibuat adalah keputusan yang dipersetujui bersama. Jika penulis cemburu kepada TSRozali, terpulanglah kerana anda pun ada kepentingan tersendiri juga walaujpun sebesar sebutir beras. Jika tidak ada kepentingan, anda tidak akan menulis di sini.

  2. Kondang Kondi says:

    Air pasang mesti ada surutnya. Selepas PRU13, tiada siapa yang akan bercerita perihal Felda melainkan anak dan cucu keturunan Felda sahaja. Felda popular menjelang pilihan raya umum sahaja ibarat air pasang. Ketika itulah semua nelayan memasang lukah, bubu, jala, pukat dan jaring. Pabila air surut, nelayan akan pulang ke jeti sambil minum kopi.

  3. Cik Cantek says:

    Alhamdulillah. Akhirnya semuanya selesai. Rakyat Felda kembali tenang. Semua dah bersetuju. Pak Sam setuju. Tan Sri Rozali pun setuju. GEMPAK dan GWGF setuju. Yang masih membangkang ialah ANAK dan pemimpinnya Mazlan Aliman. Beliau tak boleh bersetuju kerana ia akan bercanggah dengan perlembagaan PAS dan mungkin Mazlan kena pecat daripada parti jika menyatakan persetujuan berkaitan dengan penyenaraian FGVH.

  4. Orang Ujan says:

    Marilah sama-sama kita majukan taraf hidup warga Felda. jangan peduli apa kata orang luar Felda. Saya anak Felda. Rozali anak Felda. Pak Din anak Felda. Mazlan Aliman pun anak Felda. Bersatu kita teguh.

Leave a Reply

Threesome