Menu Utama

Jual Air Pada Selangor, Rakyat NS Tak Redha

Penulis dimaklumkan majoriti rakyat Negeri Sembilan merasa kecewa dengan keputusan tergesa-gesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan akur dengan cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menjual air dari negeri tersebut kepada negeri Selangor.

Dari segi kemanusiannya, usaha MB Negeri Sembilan itu baik, tapi dari segi politiknya, ia adalah kerja sia-sia yang hanya menguntungkan PKR.  Sudahlah berjaya memerintah Selangor melalui pakat-pakat setaraf pakat orang  kahwin.

Jangan salah, ini tidak ada kena mengena langsung dengan dendam atau sakit hati penulis atau mana-mana rakyat NS dengan rakyat Selangor, sebaliknya ini berkenaan dengan cakap besar Menteri Besar negeri tersebut (yang juga merangkap Exco Agama) kononnya bekalan air di negeri itu masih boleh bertahan sehingga 2019.

Maka itu dengan bongkaknya Menteri Besar gagap ini menolak segala kerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bekalan air yang dijangka meruncing pada 2014 nanti.

Bukan setakat bongkak, Khalid menghentikan projek penyaluran air dari Sungai Pahang ke Selangor yang sedang berjalan semata-mata untuk menunjukkan kuasanya.

Inilah masanya nak mengajar.  Nanti elok-elok kita tolong dan selesaikan masalah, PKR akan dakwa itu adalah kerana usahanya, kerja kerasnya.

Penulis sarankan, baik SPAN, baik Negeri Sembilan, mengelaklah daripada membantu Selangor.  Selangor ada kerajaan yang cukup ‘istimewa’.  Dikala semua pihak kata bekalan air akan meruncing pada 2014, Menteri Besar Gagap kata bekalan cukup sehingga 2019.

Memetik kata Exco ratu pornonya Elizabeth Wong:-

Selangor juga mahu mempromosikan pemuliharaan air dan menggalakkan penggunaan yang bijaksana, kitar semula air, pengumpulan dan pemeprosesan air hujan, menurunkan kadar NRW dan meneroka sumber air alternatif.

Kerajaan Selangor tetap berpendirian bahawa isu air boleh diselesaikan jika semua pihak memberi tekanan kepada kerajaan Pusat untuk menyelesaikan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air.Jika isu ini tidak diselesaikan terlebih dahulu, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat tidak dapat dilaksanakan.

Hebat, bijaksana dan dasyat ‘rancangan’ Khalid untuk menyelesaikan masalah air di Selangor tanpa memerlukan bantuan kerajaan pusat.

Seeloknya biar Khalid gagap uruskan masalah itu dengan sendiri.  Biar dia bekerjasama dengan konsultan yang  konon menasihatkan dia bahawa bekalan air di negeri tersebut cukup sehingga 2019.

Pendek kata biar dia selesaikan masalah itu sendiri tanpa bantuan sesiapa dan rakyat akan menilai siapa kuat kencing.  Inilah masa nak tunjuk terer pun.

Tak cukup air nanti, biar Khalid jilat air kencingnya sendiri kerana cakap besar, sombong dan bongkak sehingga rakyat menjadi mangsa.  Penulis walaupun suka melihat keadaan itu berlaku pada Khalid tapi tidak sampai hati melihat rakyat Selangor menderita.

Jadi masih belum terlewat dan terlambat, paling lewat tahun 2013 untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan BN.  Insya Allah, kami akan selesaikan semua masalah, termasuk masalah sampah yang gagal diselesaikan Khalid sehingga kini.






73 Komen to Jual Air Pada Selangor, Rakyat NS Tak Redha

  1. sungai siput says:

    MB n9 ni semua nak di jual nya

    mat hassan ni orang paklah… memang kamcing dia dengan si KJ

    PM kena pantau MB n9 ni, dengar cerita bukan main banyak kontraktor melayu bungkus bawah permerintahan mat hassan kat negeri sembilan

    projek besar semua geng dia sapu kat n9 tu, HATI MUDA sdn bhd

    apa kejadah nak jual air dengan selangor ,

    n9 50-50 dengar khabar dari orang kuat2 UMNO di sana

    orang2 kuat dan orang lama UMNO ckap kalau tak nampak ura2 mat hassan tak di ganti kan, memang pengundi confirm tak bagi undi pada BN PRU13

    alamat lungkup lah negeri sembilan

    memang failed sangat2 konco2 paklah ni

    • budakcuci says:

      satu lagi politik persepsi. ko ada bukti MB n9 org pak lah.

      adakah n9 akan bankrupt kalau jual air ?

      • sungai siput says:

        ada bukti yang sangat nyata….

        wah… dato azman punya tukang chai sudah berbunyi lah

        KJ parlimen rembau, sebelum tu dia nak parlimen s.alam……

        ini bukan persepsi, ini kenyataan, berapa banyak lagi DUN yang mat hassan menang PRU12 dulu????????

        kuat sangat kah NS cuma 4 DUN yang tinggal????

        betul lah kata penulis, rata orang NS tak setuju dengan mat hassan nak jual air pada selangor…

        memang mat hassan orang paklah, di akui sendiri oleh orang2 UMNO bahagian rasah

        • budakcuci says:

          kalau org pak lah ape salahnya. pak lah kan org umno dan x pernah pulak pak lah umum akan sokong pr atau nak masuk pr.

          umno akan dilihat lebih adil jika bantu selangor yg dah nak kering air. Mb9 mesti ada strategi dia.

          • sungai siput says:

            memang pak lah tak masuk PR, tapi pak lah bagi bless anak menantu bagi passport pada Bung Anwar

            apa strategi mat hassan tu, kalau kontaktor2 melayu mcm di ampangan, dan tempat lain habis bungkus semuanya tak dapat makan….

            aku ada ramai kawan2 orang N9 yang terdiri dari golongan professional, yang rata2 muak dengan mat hassan ni, tanya PA mat hassan berapa kali di datang solat kat surau2 di ampangan tu…??? zero takde langsung bak kata kawan sekerja sebelah aku ni… haa surau jiboi kawan aku ni kata

            tak penah dia jejak kaki kat surau ni…

            apa lagi dia orang ni pakat2 nak pangkah PAS, nasib la orang2 N9 nanti

            bagi aku mat hassan perosak ekonomi orang melayu

            lagi kalau hang nak tau, berapa banyak calon2 yang bertanding hari tu semua nya mat hassan punya chai, nampak sangat dia tak hormat pemimpin2 bahagian kat N9 tu,

            si mat hassan pakai KJ tukang bawak nama calon kat paklah, nyaris2 n9 nak ruyup masa PRU12 tu

            bila jadi MB jagalah orang melayu ni, tak kira lah depa orang PAS ka orang UMNO ka, tolong lah orang melayu

            kat mana strategi mat hassan ni, aku tak nampak lah apa mat hasan ni tolong orang melayu,

            kepada pengundi n9 bagi lah undi pada PAS kalau ada lagi si mat hassan ni PRU 13 nanti

          • budakcuci says:

            dengan kata lain ko nak cantas mb9 lah ni. ko ada calon lain tak. aku rasa dah tak da dah. kj pun x layak.

            ko kata dia x tolong melayu. bos aku melayu dia dapat projek dari mb9. semua geng2 kontraktor bos aku dapat projek dari mb9.

            semua kes yg ko senaraikan tu, kes terpencil lah. mana pemimpin2 dah lali dgn semua tu.

            selagi ada mat hassan, selagi itulah umno akan kekal kat n9.

            entah2 geng ko yg cantas isa samad dulu. pastu tuduh geng mat hassan

          • selamber says:

            HIDUP UMNO..!!..Kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi..& JANGAN kerana sedikit kecewa hingga sanggup menggadaikan maruah..INGAT BRO..!!..Jangan jadi BARUA..k

          • budakcuci says:

            itulah pasal. kata pejuang umno. ini kes jual air pun nak kecoh. pastu kait plak kes x pergi surau. pastu fitnah kata x tolong org melayu. bila berlawanan idea @ tindakan mulalah tuduh itu geng A lah geng B lah geng C lah.

            dalam ramai2 pemimpin, aku tgk mb9 lah antara paling banyak turun padang.

  2. Yop Tulin says:

    Heran macamana pengaruh KJ ni ada lagi, apa tak campak kan di ake kem PR tu?

    • Mooohyideen says:

      Semenjak bila KJ tu pilihan PR?? Ia pilihan UMNO. sebb tu bila undi dalam perhimpunan Anguk-Angguk, dia terpilih jadi ketua. Eh takkan org PR yg pangkah tu..???

      • sungai siput says:

        moohhh

        menang nya PR pru12 lepas sebab orang benci dengan group KJ ni

        jangan lah angkuh sangat, sepatut nya hang kena berterima kasih dengan KJ tu

        sebelum pilihanraya 12, tiap2 hari tv3 balun selangor dengan cara management khir toyo

        apa tv3 tu PKR punya ka masa tu?

        konon2 nak tunjuk power, penyudah ruyup selangor sebab pengundi muak dengan anak menantu paklah tu

        memang KJ ada kena mengena dengan PKR ,matlamat nya sama dengan PKR nak kuasa dan menyamun duit rakyat

        termasuk lah menteri besar n9 mat hassan ni

        politik, politik jugak mooh, tapi biar lah cerdik, biarlah bila berpolitik melayu yang dapat untung nya

        lu ada faham ka pasal politik ni moohhhh

        • Moooohyideen says:

          semenjak bila Media BN nak belasah BN sendiri…unless kalau ada restu dari Pemimpin BN sendiri/atau agenda Pemimpin BN sendiri. Bodoh la BN macam tu sebab Media Prima adalah hak milik UMNO.

          Jangan jadi bodo.

          • sungai siput says:

            sudah terang lagi bersuluh moooh

            kau tak tengok ke media prima balun selangor hampir setiap hari berita dalam berita perdana tv3, mesti ada sahaja issue yang tak kena sebelum pru12 tu, memang kau yang betul2 bodo

            jangan panggil orang bodo

            memang dapat bless dari pemimpin tertinggi UMNO

            yang pecah belah kan UMNO orang UMNO sendiri, pasal tu pru12 banyak negeri ruyup

            kedah dengan issue mahazir khalid, saad man, kes TDM di palatkan undi nak ke PAU

            selangor sebab KJ rasa khir pasaing habat dalam merebut jawatan KPU

            penang sebab memang orqng UMNO nak kasi paklah turun sebab dengar cakap menantu
            , no choice

            dengar sini moohh budak mentah yang bodo baru nak belajar politik, jangan angkuh yek

            nanti kueh kodok dengan pisang goreng pun benci tengok muka kau

            pengundi bulat nak bagi undi pada BN, sebenar nya aku kurang setuju, tapi itu lah yang aku risik rata rata nya

            kena nyah kan pengaruh budak tingkat 4 dalam pentadbiran kerajaan dulu

            termasuk lah mat hassan mb n9 ni…

  3. Mooohyideen says:

    Jual air..(aku tak tahu samada pricing dia competitive ke tidak), tapi N9 dapat duit, rakyat Selangor dapat duit. So skg hasil jualan air hendaklah diguna sebaiknya oleh kjaan N9 untuk rakyat N9.

    Sumber air ni pun anugerah Tuhan.

    Macam kat Tgannu, projek Monsoon Cup sampai RM300 juta lebib pesal dapat kat Patrick Lim??? Siapa buat masjid kaca lagi…alih2 msjid tu tak leh buat Solat Juamaat. ada org umno kesah???

    • jebat says:

      hee..he..aku tengok pak lebai pas pis pus duk syok bergambar kat masjid tu apa cerita moo.. ramai org datang melawat. rezeki org kampung pun mencurah2..kebijaksanaan pemimpin UMNO tp kebodohan kpd pemimpin pakatan syaitan..

    • P164 says:

      ko x yah nk sembang lah Moo. Suruh Khalid gagap tu settle kan masalah sampah dulu. Longkang pn dh banyak tersumbat. Lmpu jalan bnyk x hidup sbb x byr bil. mana pg semua duit.. Benda basic pn x bole settle…

    • Anak Merdeka says:

      masalahnya rakyat N9 pun tak dapat air cukup sekarang ni. asal musim perayaan aje bekalan air terputus. kalau dah jual esok2, lagi la tak cukup tuk rakyat N9 sendiri.

      air selangor berkarat. air kelantan teruk. air N9 nak kena jual. haissshhhh.. kena gali perigi la jawabnya.

      • sungai siput says:

        hahaha rileks la bro

        abis yang duk umah teres cammano nak gali perigi?????

        aku pun heran lah macam mana orang takde merit, takde grass root dalam politik macam mat hassan ni boleh ada dalam kepala paklah masa tu ambik dia jadi MB9

        tapi memang rata2 orang n9 tu tak suka dengan mat hassan, itu memang aku pasti

        memang ada style2 KJ gak, KJ dulu jual tongkah la, mvagusta lah, nak di jual kan proton lah,

        sama gak mat hassan ni nak jual air,ini semua group jual lah mat hassan/kj ni air kek nogori tu pun tak cukup haaa….

        maruah orang melayu pun nak di jual nya, dengan biarkan orang melayu jadi papa kedana kat N9 tu

        ini bukan kes terpencil satu malaya tau cerita pasal mat hassan ni

        beban kepada UMNO sebenar nya

  4. Mooohyideen says:

    Air kat selangor tu dapat kat T Sri Rozali, anak sedara Muhammad Taib…. projek hancus, kjaan selangor/rakyat tanggung. T Sri kaya raya.

  5. jebat says:

    pemimpin pakatan haram memang bodoh.. balaci2 dan penjilat2 je yg tak sedar..

    • selamber says:

      puak2 pakatan haram mcmtu la gayanya..betul tindakan kerajaan diarg hentam kalu nampak tak betl sikit apa lg makin seronok la diorg menghantam & menyalahkan kerajaan..takdenya yg positif..semuanya negatif..tp pandai melabel kerajaan(UMNO) yg negatif..hampeeeh

    • Moooohyideen says:

      Macam ni jer ke reply ko?? Apa substance nye???

      • selamber says:

        ape yg ko cuba nak tegakkan ni moo..kitorang dah fhm ape maksud ko tu jd tak perlu la pusing bnyk sgt..walau dgn fakta mcmna pun korang ttetap akan pusing..pusing mcmna pun jwpnnya tetap sama jugak..kan..jd wat ape nak ckp bnyk..takyah la ko tunjuk hebat..org makin nampak kelemahan ko..asik nak berkokok je

  6. Moooohyideen says:

    To Jebat:
    Puak PR bergambar, apa salahnya? Masalahnya kalau projek buat masjid tu di bagi kat org Islam yg berkelayan dan secara adil, bukan kah lebih baik???? Siapa yg awardkan kontrak???? UMNO lah jugak..kununnya parti yg memeperjuangkan Isle.

    To selamber:
    apasala kita org tak hentam??
    – PKFZ dah RM12.1 billion
    – NFC RM250 million
    – scorpene RM500 mil
    – bailout Tongkah RM700 mil
    – Sara Halim Saad RM3 bil plus
    – Tajiddin Mas sampai billion
    – Perwaja pun RM700 mil plus
    – MV agusta RM800 lost in term of opprtunity sales
    – Crooked bridge RM296 mil in compensation
    – Altantuya apa penyelesaiannya? TBH, Sarbani??
    – isu Correct3x- korang paham ka apa signifikan isu ni??
    – dan macam2 lagi…

    Yg korang kecoh TS Khalid servis keretanya RM7k guna duit kjaan Negeri (padahal dia guna his personal asset for the benefit of the people..tapi Pemimpin UMNO guna government asset for the benefit of themselves and their families)

    • sungai siput says:

      mooh

      300 club sex kat selangor, ronie mintak satu bulan 1k

      dia sudah ada 300k dalam poket dia,

      kenapa kau tak balun cina2 tokey yang jual share dia orang singapore dengan hongkong boleh jadi tuan pada ladang kat malaysia ni????

      tongkah , MV agusta, altatunya, bukan ke menantu paklah broker besar nya

      pasal tu lah undi2 orang melayu yang cerdik2 ni bagi pada PR dan di rosak kan last time….

      subtance2…. porah macam bagus je kau ni….

      mcam umah coner lot kau dengan keta camry kau…. cakap pedaih…..

      orang berpolitik kau pun nak berpolitik tapi tak tau apa2 pun, merepet2 balun orang2 melayu balik

      tapi bagus jugak kau ada kat sini, buat pemangkin pembenci para pengundi melayu pada PR

      • Moooohyideen says:

        300 club sex kat selangor, ronie mintak satu bulan 1k

        dia sudah ada 300k dalam poket dia,
        Komen Moo: Pi lapor MACC kalau ia satu bentuk rasuah.Kalau terbukti dia rasuah, org PR pun tak nak. Tapi bukan macam umno, Mat Taib, Isa Samad, Thamby Chik….di junjung sebagai pemimpin lg.

        kenapa kau tak balun cina2 tokey yang jual share dia orang singapore dengan hongkong boleh jadi tuan pada ladang kat malaysia ni????
        Komen Moo: Itu business decision.I need more info to comment.

        tongkah , MV agusta, altatunya, bukan ke menantu paklah broker besar nya
        Komen Moo: Tongkah itu anak Tun M, MV Agusta..apasal tak buat siasatan?? Tak berani kah?? Apasal angkat lagi KJ jadi pemimpin??? Itu bukan orgPas yg undi..itu org umno yg undi, jgn salahkan kami…

        pasal tu lah undi2 orang melayu yang cerdik2 ni bagi pada PR dan di rosak kan last time….
        Komen Moo: Ye ker..???

        subtance2…. porah macam bagus je kau ni….

        mcam umah coner lot kau dengan keta camry kau…. cakap pedaih…..

        orang berpolitik kau pun nak berpolitik tapi tak tau apa2 pun, merepet2 balun orang2 melayu balik
        Komen Moo: Org melayu yg sekular dan rasuah memang kena balun dan wajib ditentang!

        tapi bagus jugak kau ada kat sini, buat pemangkin pembenci para pengundi melayu pada PR
        Komen Moo: Supaya perasuah dapat dilindung??

        • sungai siput says:

          mooohh

          PR lagi kuat rasuah nya…. jangan tipu la mooh

          siapa menteri kewangan yang bagi bless jual tongkah pada singapore masa tu????

          betul ke semua orang melayu sekular yang undi BN/UMNO ni????

          moohhh kau kena belajar satu perkara lagi….

          ada banyak pengundi yang bukan totok PAS dan bukan juga TOTOK UMNO, maaf PKR ni tak masuk dalam list

          tapi boleh full swing undi pada PAS dan juga pada UMNO

          itu lah yang berlaku masa PRU12 , bila pemimpin lama UMNO di henyak dan pijak oleh group KJ, bila pemimpin angkuh UMNO tido dan lupa diri, undi swing ke tempat lain

          para2 pengundi melayu rata2 nya nak bagi undi pada BN balik,

          selangor , kedah, penang , perak insyaallah para pengundi nya muak dengan keangkuhan pemimpin PR yang syok rasa diri sendiri hebat bila menang PRU 12 hari tu….

          negeri sembilan kalau tak tukar kan mat hassan tu , dengar2 khabar confirm ruyup

          kalau ruyup aku harap biar lah PAS yang ganti jadi calon MB nya… sbb calon PAS lebih baik dari PKR

          moohh ingat yek, bukan semua orang totok UMNO dan juga totok PAS dalam forum ni…

          yang pasti orang melayu mula sokong UMNO balik dan bukan tak sayang kan PAS juga, tapi nampak gaya PAS tersasar dari perjuangan nya

          • Moooohyideen says:

            Bila pulak dapat consent dari Menteri kewangan???? Bila lawan kena buang ler…

            Kat Malaysia ni:
            i. Media controlled by BN
            ii. Not by populat vote..contoh terbaik..kat Parlimen Batu KL, majoriti PR (penduduk about 80 ribu org,70% sokong PR)- dapat satu kerusi. Tapi kat Putrajaya, penduduk 6 ribu org, majoriti BN, 70% sokong B- dapat jugak satu kerusi. Kesimpulannya walaupun jumlah dari dua kaw. ni 57 ribu sokong PR dan 28 sokong BN, tapi masih equal. Ini hasil persempadanan semula ciptaan BN.

          • selamber says:

            Niat ko hentam sana sini kitorang dah fhm..wat apa nak ulas bnyk kali ko nampak BEBAL jdnya..kes2 yg ko hentam tu konon memang la ada yg betulnya tp kebanyakannya tak betul rekaan & tohmahan je..isunya sedikit tp disensasikan..iye la konon nak mencari kesalahan & kelemahan kerajaan (BN) konon..tp niat & taktik korang ttp sama..tjuan ttp sama..kitorang dah fhm sgt walaupun ternyata fitnah..tp takpe la ko teruskan lah keBEBALan ko tu ye..

  7. Bulan Empat says:

    Bila kita bersembang rengan dengan kawan kawan kita baik Cina atau India seratus peratus yang kita dengar dari mereka ialah:-

    “Tentu lah BN akan menang. Kenapa pulak BN tak bolih menang. Kali ini BN akan memang besar.
    Pembangkang tak ada pemimpin. Pimpin untuk buat kecoh, buat huru hara, berdemo tepi jalan ada lah. Tapi untuk govern a country bukan team yang macam itu kita mahu.”

    Itu yang kita dengar.

  8. ezmanshah says:

    mohamad hassan ni setiausaha sulit kj kan?

    • sungai siput says:

      setiusaha sulit tak ada hitam putih

      aku punya politik senang sahaje, kalau takde manafaat kepada agama dan bangsa melayu, elok lah tukarkan orang lain

      rakyat selangor, kedah, perak, aku salute sebenarnya, bila si KJ main peranan letak calon yg KJ tentu kan, ruyup penyudah nya di kejakan dengan para pengundi ni

      negeri9 masih lagi ada balaci KJ ni , salah sorang MB N9 si mat hassan ni

      kesian aku tengok nasib orang melayu yang terbiar kat seremban tu

      tapi aku tengok pemimpin UMNO yang betul pejuangkan nasib orang melayu dengan PAS boleh duduk semeja minum yek kat N9 tu…bagus lah dia orang

      tak macam tempat lain

      kalau dia orang team senyap2 dengan PAS, macam yang di risik2 , mau ruyup nanti N9 seperti yang penah terjadi kat selangor, kedah, perak pru12 dulu

      mat hassan+KJ+dato ,ada hati air pulak kat selangor

      selesaikan lah dulu kemelut dan perasaan rakyat N9 yang terguris terhadap Mat hassan dan adik beradik dia yang merintah N9 tu

  9. dani bar brothers DC says:

    sungai siput..saya tertarik dgn komen saudara reg politik..ada FB tak? saya nk jadi fren…

    • sungai siput says:

      takde la bro …..

      saya ni kurang besocial sket pkai2 fb ni, hehe,bab2 fb ni memang takde, abis kawan2 satu course dulu pun dok tanya2 pasai fb saya

      saya tak boleh la pakai fb ni, situasi kerja2 yang saya laku kan tidak mengizinkan saya ada fb, twit pun takda…kelakarkan…

      anyhow saya nak bagi komen pada budakcuci

      saya tak perlu nak cantas mb9 tu, saya tak cari makan dengan UMNO dan juga dengan kerajaan n9 pemerintahan adik beradik tu

      orang johor pun tau cerita pasal si mat hassan aka orang kuat KJ dan paklah ni

      mana ada dia tolong orang melayu…

      saya harap nasib orang melayu akan lebih terbela di n9 tu

      memang ramai golongan professional yang yg tak berapa minat dengan cara pemerintahan mat hassan tu

      untuk pengetahuan budakcuci, apa yang saya dapat info dari oldtimer2 warlord UMNO sebelah selatan tanah air ,geng2 mat hassan/KJ ni lah yang menganiaya isa samad dulu dgn rasuah

      sampai la sekarang lekat persepsi rasuah dalam politik UMNO

      kalau orang johor pun tahu pasal ketamakan mat hassan ni, apakan lagi orang N9

      memang rata2 cukup benci dengan pemerintahan mat hassan adik beradik ni

      tanya lah siapa2 pun di N9 tu, budakcuci hang kena belajar terima kenyataan

      hang pikir pasal boss hang dapat projek pastu hang cakap mat hassan baik bagi projek

      yang nyata memang rakyat n9 tak suka mb9 mat hassan ni

      yang nak cantas mat hassan ni bukan saya, tapi rakyat dan pengundi N9

      ada faham ka budakcuci?

      • budakcuci says:

        menyampah betul ko dengan mat hassan yer. lain mcm plak aku rasa. ko penyokong pr kan ?

        kita tengok pru nnti, rakyat suka atau tak dgn mat hassan.

        semoga persepsi ko salah tentang mat hassan.

        • sungai siput says:

          buat apa nak tunggu masa mengundi

          baik lah…. aku berkata benar pada kau, memang pengundi2 kat negeri tu tak suka dengan mat hassan

          kau selidik betul2 info yang aku bagi ni

          kalau time lawan bola dengan N9, aku lah sampai dulu kat paroi tu

          selalu aku dengar masa lepak minum orang tak berapa suka dengan mb9 kesayangan kau tu

          dah 5 tahun aku asyik dengar orang kata dia tak tolong orang melayu, di orang kata abang dia dato azman tu control semua projek bagi kat kuncu2 dia sahaja

          ramai yang hidup melarat, budak yang buat kerja kecik2 kontrak ni tak dapat keja, sampai becerai berai jadi hidup dia orang

          aku tulis berdasarkan fakta dan pemerhatian, dan juga info2 dari oldtimer2 politik baik dari UMNO mau pun PAS luar dari n9

          sekiranya mat hassan masih lagi mahu jadi mb9, kemungkinan besar n9 jatuh pada pihak PR sangat tinggi, itulah pendapat ramai dan umum….

          lagi sekali aku cakap, aku tak cari makan dengan UMNO dan kerajaan pemerintahan adik beradik di NS

          kalau aku nak benci dengan MB9 kau, mesti lah setiapkomen aku aku akan tulis aku tak suka dia

          cuba kau baca tajuk ARTICLE ni
          meh tolong type kan untuk kau

          Jual Air Pada Selangor, Rakyat NS Tak Redha

          kau ada faham tak budakcuci

          selepas aku baca komen gagal kau, memang benar lah n9 pru13 nanti silap hari bulan ruyup seperti yang di bincang2 kan oleh penganalisis politik tanah air , sebab mat hassan ada panglima perang macam ekau jang…

      • bujuk says:

        Bro… betulkan aku.
        Dari tanggapan ko maknanya peluang Mat Hasan dan KJ jadi calon adalah gelap betul?

    • budakcuci says:

      dani… fb aku ko tak nak ker. hehehehe….

  10. sungai siput says:

    budakcuci says:
    itulah pasal. kata pejuang umno. ini kes jual air pun nak kecoh. pastu kait plak kes x pergi surau. pastu fitnah kata x tolong org melayu. bila berlawanan idea @ tindakan mulalah tuduh itu geng A lah geng B lah geng C lah.

    dalam ramai2 pemimpin, aku tgk mb9 lah antara paling banyak turun padang.

    sudah2 lah bohong orang…..

    satu lagi info aku dapat jap ni, masa nama ISA samad naik jadi calon bertanding kat bagan pinang ganti tempat arwah dato azman misai

    di fahamkan mat hassan tak hantar pun nama isa kat pusat masa bagan pinang tu

    warlord johor degn perak pun tau lah cerita ni bro

    bro…. mana ada mat hassan turun padang kat N9 tu, program syok sendiri ada lah, buat program, orang2 UMNO mcm kau yng penuh kan datang

    pengundi setempat tak datang lah budak cuci

    • budakcuci says:

      cerita dah lama ko baru dapat info. nampak sangat bohongnya.

      kalau x hantar mcm mana isa samad boleh jadi adun.

      agak2 lah nak fitnah.

      aku rasa ko ni penyokong pr kan. ko ingat penyokong umno akan percaya ngan citer2 ko tu.

      entah2 ko stakat dengar cite org jer. warlord johor ngan perak x kenal pun ko.

      • sungai siput says:

        betul ke budakcuci

        bukan urusan kau aku kenal atau tak warlord UMNO ni

        tapi yang pasti dari dia orang memang, mat hassan tak jaga orang melayu di n9 tu

        lagi satu cerita yang aku dengar dari warlord UMNO ni, macam mana si mat hassan terlibat dalam percaturan pemilihan ketua bahagian seremban

        info yang aku dapat, mat hassan dengan abang dia dato azman mb9 yg kedua n9 yang suruh timbalan Muhd Nor Awang lawan position ketua bahagian seremban dato ishak ismail

        nampak sangat mat hassan mb9 campur tangan urusan bahagian lain

        itu kes teruk tu budakcuci

        persoalan nya kenapa dati isyak sebagai ketua bahagian seremban tspi nama tak di calon di dun Lenggeng????

        jadi sama jugak cerita yang aku dengar dari warlord2 UMNO tu, pasal kes isa samad , mat hassan tak nak dia jadi calon di bagan pinang, dia bagi tau tansri muhyuddin nama2 calon yang lain

        tapi dengar cerita najib insist nak kan isa jugak jadi calon di bagan pinang

        kau nafi kan apa yang aku cakap ni….

        siapa yang bohong sekarang ni budakcuci

        aku tak rasa, oldtimer2 UMNO tu bohong kat aku, sebab character mereka sebegitu bermoral

        macam aku kata satu malaysia tahu mat hassan ni orang paklah, kau kena terima hakikat pendapat umum dan ramai budakcuci,

        negeri 9 akan kalah jika mat hassan masih lagi berkeras mahu memegang tampok kuasa, itu lah kenyataan para pengundi termasuk juga aku

        • budakcuci says:

          ko dgn warlord ko mmg syok sendiri.

          kalau ko bleh reka cerita, aku pun boleh gak.

          “dato ishak bengang pasal kroni dia x dapat projek dari mb9. pastu tuduh datuk azman yg cantas, pastu dia upah ko burukkan mb9”

          “dan dengan yakin ko kata rakyat kat belakang ko dan umno akan kalah pru nnti”

          statement syok sendiri.

          • budakcuci says:

            kerana x puas hati, akhir sekali keluarlah isu tak pergi surau. kah….kah…..kah….. x pergi surau pun nak dijadikan isu.

            harap2 ko pengunjung tetap surau kat sungai siput.

          • budakcuci says:

            kerana dendam lama keluarlah isu tak jaga melayu, hidup merempatlah. ko ingat pm dapat bantu semua melayu 1 malaysia ker. kalau dapat jaga x de lah yg merempat kat lorong2, dlm longkang, sting garden.

            nak puaskan hati semua org bukan senang, nak kayakan semua melayu pun bukan senang.

            tambah2 lak melayu yg asyik dengki jer.

          • sungai siput says:

            aku tak reka cerita

            satu malaya tahu pemilihan UMNO bahagian seremban begasak sampai baling2 kerusi

            campur tangan si mat hassan dengan abg dia dalam pemilihan bahagian seremban

            macam mana pulak dengan menggugurkan kan rais zainuddin di rembau?

            macam mana pulak dengan bibi sharliza di ketepikan sebegitu sahaja?

            kenapa, ampangan, paroi, sikamat dan tempat lain sepatut nya menang tapi kalah tipis?

            sebab orang suka dengan mat hassan kah???

            lepas ni mat hassan adik beradik tau lah nasib dia orang kat para pengundi ni….

            macam cerita p.ramlee sarjan hassan

            “Hassang suda jadi golila”

          • sungai siput says:

            pegi buat study benar atau tidak pengundi n9 tak nak mat hassan lagi….

            jangan telolong lolong ckap kosong

            aku tak peduli pasal jawatan mb9 kau yg tak tolong melayu tu

            analisis nya, perkara2 yg aku sebut tu penyebab tumbang nya BN di N9 pada PRU 13 nanti

  11. sungai siput says:

    kalau PM pun tak dapat jaga macam kau kata

    apakan lagi si mat hassan yang memang takde hati nak jaga orang2 melayu kat n9 tu

    • budakcuci says:

      abis tu ko ingat bakal mb baru ko tu dapat jaga semua ker.

      eloklah tu ko ceritakan semua konspirasi umno n9, dapatlah senjata free kat pr.

      ada 10 org mcm ko kat dlm umno n9 (tukang sebar berita palsu), mmg konpem kalah umno n9

      pastu sekali-sekali ngan pm bungkus. bagus…bagus….

      • sungai siput says:

        bro

        kalau dia betul2 ada hati tolong orang melayu

        aku akan bela mat hassan ni habis habisan

        tolong lah orang melayu kita ni, orang melayu kita ni susah, siapa yang boleh tolong

        kan bagus pegang jawatan MB9 tu, banyak pahala boleh buat tolong bangsa sendiri ni

        kalau tak sungguh orang tak mengata budak cuci

        bukan setakat dengar cerita orang , dah tengok dengan mata kepala sendiri,

        bukak lah hati tu , bersifat kasihan lah dengan bangsa sendiri

        • budakcuci says:

          tun mahathir, tun abdullah, ds najib pun dah byk tolong melayu. tapi masih ramai lagi kata depa x tolong melayu. ramai lagi org mengata.

          ingat kata2 ini: nak puaskan hati semua org bukan senang, nak kayakan semua melayu pun bukan senang.

          bila dapat projek dialibabakan. pastu projek x ikut spec lah x siap lah. sblom menambahkan lagi masalah kat kerajaan ns, baik kerat awal2.

          bila x bagi projek mulalah kecoh kata org ini cantas lah org itu cantas lah.

          cerita dari 2009 lagi, tapi mb9 masih lagi kat kerusi sama.

          lepas pru nnti bila mat hassan menang. aku nak ko ngan warlord tubuhkan parti baru kat n9.

          parti PPC (puak penyedap cerita)

  12. sungai siput says:

    “Penulis dimaklumkan majoriti rakyat Negeri Sembilan merasa kecewa dengan keputusan tergesa-gesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan akur dengan cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menjual air dari negeri tersebut kepada negeri Selangor.”

    aku pun bersependapat dengan penulis, dan study aku pun sama dengan penulis rakyat n9 kecewa dengan MB9 si mat hassan si pemerintah adik beradik sebab tak tolong orang melayu

    • budakcuci says:

      penulis kecewa dengan keputusan mb9 bukannya dengan mb9. penulis pun x ada nak memburukkan mb9 dengan kisah2 konspirasi mcm ko yg korek wat keluar.

      benda yg tidak betul jgn memandai2 menokok tambah.

      cadangan SPAN mestilah datang dari pusat. habis tu ko ingat pusat tu nuar n the geng ke yg jaga.

      hentikanlah fitnah ko tu. x habis2 nak memburukkan mat hassan. silap2 kerana ko umno n9 boleh lingkup.

      • sungai siput says:

        kalau tak betul apa yang kau nak takut kan sangat…..

        kan aku kata pegi buat study menyeluruh kat n9 tu betul ke orang ramai masih suka mat hassan lagi????

        10 orang kau jumpa , 7 orang sure tak suka mat hassan nie

        jangan lah bila di beri info, semua nya kau kata tipu dan bohong

        jangan lah bermulut lancang mengatakan semua nya fitnah, semua orang tahu perangai MB9 ko dengan abg dia azman, adik dia ghani gadak harta rakyat

        hallo bro kalau betul mat hassan tak pecah belah ka orang melayu

        kenapa setiap kali program saziman mansor dia takde, program mat hassan yang ada kena mengena dengan JKR saziman takde

        boleh kau beri explanation pasal ni???

        weh,… malu lah kau deny hal yang aku kata ni, satu malaysia baca statement merapu kau ni budakcuci

        tegelaj2 budak n9 kat office ni baca statement latah kau, tuduh orang buat berita palsu lah, buat fitnah lah, terima lah kebenaran nya

        exco yang mat hassan pilih pun semua nya comot2 jer aku tengok masa aku ada meeting keja aku lah kat allson dulu

        setakat nak berhujah dengan taufik PKR sikamat dengan cikgu rasyid ampangan, sayur2 jer aku ingat exco2 mat hassan tu kena balun

        kalau lingkup UMNO N9, lain state boleh menang, apasalah nya kalah sekali macam selangor atau perak atau kedah

        DS najib bagus dia buat keja dia, pada pendapat umum DS Najib insyaallah masih lagi jadi PM next PRU13 nanti

        yang rakyat N9 tak nak mat hassan dengan adik beradik dia

        jangan kata aku buat fitnah, p buat study betul2 apa yg aku cakap ni, belajar terima kebenaran hidup

        • budakcuci says:

          sungai siput says: kepada pengundi n9 bagi lah undi pada PAS kalau ada lagi si mat hassan ni PRU 13 nanti.

          walaupun aku ada x puas hati dgn beberapa pemimpin umno kat n9. x delah sampai sanggup keluar statement mcm tu.

          tgk statement ko pun dah tahu. semua berkisar pada persepsi, andaian, cakap2 kosong sahaja. kalau benar apa yg dikata mmg masa mula2 najib jadi PM dah lama mat hassan kena tendang.

          tapi smpai skang habuk pun tak de. ko, geng warlord ko pastu hasil study ko jer yg melalak terlolong.

          bak sini hasil study ko aku nak tengok 7/10 yer hasil pungutan suara ko.

          aku malas nak heboh lebih2 pasal agenda pemimpin umno yg nak cantas mat hassan. mat hassan pun dah tahu sape. cuma x nak hebohkan jer. silap2 boleh memberi kesan buruk pada parti.

          kat mykmu ni bukan semua org umno yg ada. x pasal2 jadi senjata pr lak masa pru13 nnti.

          katakan pemimpin umno yg lain jadi mb9. aku rasa bila ada yg x dapat projek. org mcm ko gak yg akan timbul.

          hentikanlah agenda mencantas ko tu. kalau ko mmg ahli umno. harap2 ko bukan geng nuar ya.

          • sungai siput says:

            kau kena hormat hak pengundi…depa nak undi sapa itu depa punya hal….

            sebenarnya kau yang takut bayang2 sendiri cakap ada orang nak cantas mat hassan

            apa mat hassan tak penah cantas orang ke kat n9 tu????

            semua orang tau lah cerita mat hassan cakap satu bukit mana boleh ada dua singa…….

            tapi itu masaalah dalaman korang

            aku harap siapa pun naik jadi MB kat n9 gantikan mat hassan tu atau kat mana2 negeri pun, mestilah bertanggungjawab membela nasib org melayu,

            aku tak cari makan kat negeri sembilan tu, jadi tak perlu kau melilau kata aku nak cantas mat hassan

            aku tak makan atas tapak tangan mat hassan macam kau makan

            aku bercerita pasal nasib budak2 melayu di n9 yang di abaikan

            pergi lantak lah dengan politik jumud UMNO kau tu, tidak mendatang kan faedah langsung kepada rakyat n9 dan negeri aku duduk

            aku bercerita pasal majority rakyat kecewa dengan sikap mat hassan sama seperti penulis kata

            majority … faham tak??

            jadi mat hassan saman lah pnulis article KMU ni sebab buat tulis fitnah majority rakyat n9 kecewa dengan mat hassan

            majority rakyat n9 bukan sahaja kecewa dengan issue air ni bah kan issue yang lain lebih2 lagi issue yang mengabaikan orang melayu

            wallahuallam

    • selamber says:

      assalamualaikum..tumpang lalu..

  13. tony gunawan says:

    pemikiran sebegini tidak harus ada pada seorang umat islam!

  14. bujuk says:

    Waw.. hebat pertandingan ni. Patutlah awal2 adamyan play save, takda dendam dan iri hati. Tapi dari perseteruan dua saudara ni jelas ada bayang di sebalik terang. Apabila konflik kepentingan menjadi taruhan hilang sebentar nama stingray,…laknat,selamber dan lain2. Sg.Siput dan budakcuci, dua nama yg. jarang dengar ambil alih.
    Jadi pada forumer yg. lain lihatlah kebenaran….. nak tolong orang pun salah. Bukan tolong saja… meniaga, dapat untung.
    Pada forumer yg. selalu aktif tapi pasif dalam tajuk ni, percayalah apa yg. pemimpin2 d atas sebenar buat untuk rakyat dan untuk kroni. Berapa bhg. utk. rakyat dan berapa bhg. utk. kroni.
    Aku percaya dua pembahas utama d sini bukan calang2 orang walaupun mereka tak bentangkan data2 sebagai fakta.
    Nampaknya cerah masadepan PR d N9… takbir. Allahuakbar.

  15. StinGray says:

    bujuk2…kuat betul memori hang kat aku yea..hehehe

    bujuk depa berdua berhujah diatas fakta yg mereka miliki…..bkn mcm hang pengamal setia pegangan khawarij..komen hang semuanya menghalakan cara…yg hang ni nak celah semacam jea apa hal…hang ni betul2 parasit yg dok kecoh2 sekarang ni…

    kalau sungai siput dgn budakcuci..stingray plak dgn bujuk..hang tak perasan ke????…PR tu ape bujuk…hehehehe

    • neutron says:

      Yaa cantikk….. itu Stinggay, pasdaplaknat, jebat dan cacai Ameno lain pun ternganga juga??? Cerita rahsia pimpinan Ameno N9 sangat sedap dibaca… Pada Bujuk, dia worang tarak tau apa macam mau komen perang siput cuci… Cerita dalam kain… tarak sangka dalam kain Ameno banyak busuk kah..kah…

      • sungai siput says:

        UMNO busuk sebab ada orang macam mat hassan dengan KJ

        baik lah aku buka all out pasal mat hassan ni

        mat hassan dengan adik beradik dia sebelum ni kecewa dengan UMNO dan pernah menaik kan bendera DAP di rumah ibu dia di rantau itu, boleh refer orang rantau termasuk chegu bard

        tun mahathir pernah berkata bahawa jgan lah ada pertandingan melawan ketua bahagian( Bhg Rasah),

        tapi mat hassan lawan jugak atas arahan boss mat hassan, anwar ibrahim semasa bung nuar menjadi TPM

        dalam erti kata lain Mat Hassan adalah orang Anwar Ibrahim

        pasai tu mat hassan kamcing dengan KJ , ingat tak bila nuar lepas, KJ yang tukang p hantar passport pada bung nuar…

        boss mat hassan bung nuar pun di pecat, kemudian mat hassan beralih arah pada najib, malang nya najib tidak di lantik menjadi TPM, sangkaan mat hassan meleset

        maka mat hassan beralih arah pula kepada tun dol(tpm), dari situ mat hassan menggunakan cabel KJ untuk rapat kepada kak endon guna rais zainuddin buat keja loby, sbb kak endun yang paling power buat decision, jadi naik lah nama mat hassan sbagai MB9

        pasal itu lah juga mat hassan naik kan nama KJ kat parlimen rembau ganti tempat hj pilus PRU 12 lepas, menang KJ 6 ribu undi PRU12, berbanding hj pilus yang sebelum itu dapat majoriti undi puluhan ribu semasa PRU 11

        jadi mat hassan ni adalah pelobi politik yang gunakan kedudukan dia hanya untuk mencari keuntungan berniaga sahaja, berpolitik untuk berniaga

        maklum lah sales man keta mercedes la kata kan, habis semua dia nak buat berniaga termasuk air kat n9 tu

        apa bung nuar bagi arahan ka kat mat hassan, suruh jual air pada selangor nak cover khalid ibrahim

        sbb tu ramai orag N9 kata mat hassan tak menolong pun orang melayu, alasan nya kontraktor2 yang bungkus kat n9 tu, pegi mati dengan orang2 tansri isa samad tak dapat makan, itu dendam kesumat mat hassan adik beradik,dan juga berpolitik untuk perniagaan adik beradik

        masaalah nya, kita kesian nasib orang melayu yang tidak terbela di n9 tu di bawah pemerintahan mat hassan, tak kira lah orang UMNO ka , orang PAS ka, itu orang melayu, orang melayu harus di bantu dan di tolong

        28 january punya paper ada cakap pasal projek buat hospital, mat hassan kata di buka tender dan serah pada JKR sebab mahal 80 juta, mat hassan konon2 kata pembinaan hospital di rembau mahal dan dah terlebih budget

        para pembaca sekelian, sebelum ni kontraktor yang sama juga buat hospital dan juga klinik kesihatan di N9, HATI MUDA sdn bhd

        persolan nya kenapa sekarang mat hassan baru nak kata maincon yang sama buat hospital harga nya mahal, jadi projek yang lepas2 yang hati muda( dato zainal salam) dapat tu macam mana, bukan ke terlebih budget juga dan sudah ada pembaziran…….

        mat hassan lah punca sebenar nya UMNO menjadi lemah di n9 , mat hassan terlibat secara halus dalam konspirasi menjatuhkan ketua2 bahagian UMNO yang tidak sebulu dengan nya

        siapa?????

        contoh , dato ishak ismail bahagian seremban, dan juga YB jalal, dato yunus di jelebu

        mat hasan juga mencantas rais zainuddin, bermasam muka dengan dato shaziman mansor Menteri kerjaraya, mat hassan tunjuk dia punya power, ala2 anwar ibrahim gak dia ni,

        aku pun agak tertanya2 kenapa group chegu bard PKR yang sama dun dgn mat hassan , kurang balun mat hassan….????? ada apa2 deal ka???? bnyak jugak budak PKR dapat kerja di N9 tu

        memang majoriti pengundi n9 kecewa dengan mat hassan lebih2 MB n9 yang paling besar, dato azman abg kepada mat hassan

        hari ni punya paper, ada keluar berita berita pasai nak kena kan tindakan displin kepada ahli UMNO yang konon2 nya sabotaj party, termasuk lah mat hassan jadi MT dan lembaga disiplin UMNO

        ada gegar ka takut pada kebenaran ?????

        UMNO perlu pantau mat hassan dengan kroni2 dia, majoriti memang fedup dengn mat hassan dan adik beradik dia

        apa yang aku pasti, n9 memang lain sikit, org UMNO dan org PAS boleh duduk semeja, dari bagi PKR yang merintah n9, lebih baik beri pada kuasa mutlak PAS

        apa guna di kenakan tindakan disiplin pada ahli UMNO, kalau n9 tergadai pada pembangkang

        kepada MB9 , tak kira apa sahaja aliran pemikiran politik orang melayu, orang2 melayu wajib di bantu

        hidup melayu, hidup melayu, hidup melayu

        • bujuk says:

          Bro.. kak Ijat pernah cabar, sebut mana pemimpin UMNO yg. bersih? Tuan boleh sebut tak pemimpin UMNO yg. tak meniaga, takda kontrak dan lain2 keuntungan peribadi atau keluarga selain jawatan YB jeee…
          kalu tuan tak boleh sebut, maknanya mat hassan ni memang tak baik, tapi yg. lain pun sama. Jadi marilah kita jatuhkan semua pimpinan UMNO dan lantik orang baru yg. bersih, kalau ada. kalau takda kita UBAH kepada ABU(Asal Bukan UMNO).

  16. ilham says:

    kadang – kadang org bukan negeri sembilan lebih tahu dari penduduk negei ini tentang mbn9.

    Lain kali jangan dengar kata org lain, sendiri datang negeri ni, tanya sendiri rakyat n9 apa pandangan mereka kepada datuk seri mohamad hasan. ini tidak main serang yo…

    betul air di n9 kini sedang menghadapi masalah, namun air yang akan dijual kepada selangor itu nanti apabila semua daerah di n9 tidak akan menhadapi masalah air menjelang tahun depan atau pertengahan tahun depan, selepas empangan trian dan loji ngoi-ngoi siap. serta beberapa loji dinaiktaraf di jempol dan kuala pilah.

  17. LKS71 says:

    Memang ramai jurucakap DAP, PKR DAN PAS kat sini…

    PANDAI CAKAP, SERUPA AJE DGN PEMIMPIN-pemimpinnya ….

    Tapi bab buat kerja hampeh….

    Masalah rakyat…..masalah bekalan air dah datang balik. Water quality report tak siap-siap lagi ke? Atau nak sorok lagi?

Leave a Reply