Menu Utama

Isu Arif Alfian dan Nur Amalina: UMNO juga yang dipersalahkan?

Baru-baru ini kisah tentang pelajar genius SPM 2005, Nur Amalina Che Bakri hangat diperkatakan di ruang lingkup warga pelayar internet di negara ini. Dikatakan pelajar yang berjaya memperoleh 17 A1 itu teruk dikecam pelbagai pihak, khususnya blogger-blogger PAS yang kononnya “terlebih Islamik” disebabkan oleh tersebarnya gambar-gambar seksi mahasiswi Universiti of Edinburgh itu.

Oleh kerana imej Nur Amalina yang berubah dari bertudung kepada berpakaian seksi membuka tudung dan kelihatan sosial, dia dikecam hebat. Namun, sebagai saudara seagama dan sebangsa dengan gadis genius ini, apakah wajar kita memaki hamun budak itu sehingga lari dari batas-batas Islam itu sendiri?

Contoh terbaik kebodohan akal blogger PAS yang mengkritik teruk Nur Amalinan ialah PASPB. Lebih menunjukkan kedunguan akalnya, PASPB telah menyalahkan UMNO dan dasar pelajaran kerajaan atas kekhilafan yang berlaku terhadap Nur Amalina. Sila klik di sini untuk melihat bukti kebodohan tersebut.

PASPB berkata…

Kerajaan UMNO melalui Kementerian Pelajaran sentiasa mahu keputusan cemerlang setiap kali menteri bertukar. Apabila , keputusan diperolehi kurang memuaskan maka diturunkan markah lulus.

Jika kurang dapat A, diturunkan markah untuk dapat A sehingga 70 markah pun dah dapat A. Sedangkan di sekolah ,markah untuk mendapat A adalah 80. Tak caya ka, tanya la cikgu2 kat sekolah

Kesannya, ramai yang dapat A markah rendah. Ramai yang boleh masuk U, kerajaan UMNO terpaksa buka lebih banyak U. Tapi, bila terlalu ramai yang keluar U dengan ijazah, kerja tak ada. Contoh pelajar UPSI yang ada ijazah guru tapi tak diterima jadi guru.

Kesan lain, apabila pelajar A markah rendah ni masuk U luar negara contohnya Oxford, markah lulusnya tetap tak ikut Menteri. Pelajar yang tak betul2 belajar, dok bebas bersosial akan gagal. Tak kira la pelajar tu dapat 20 A kat Malaysia pun.

Apa punya bodoh la akal blogger PAS ini? Kalau nak menulis tu, biarlah berfakta! Siapa kata Amalina gagal dalam pengajiannya? Tahu tak bahawa budak tu cemerlang dalam pengajiannya di Scotland? Amalina ambil dua kursus ijazah dalam waktu yang sama. Kalau dia graduate nanti, dia akan memperoleh ijazah di dalam jurusan perubatan dan satu lagi ijazah dalam bidang farmakologi! PASPB boleh buat challenge otak Amalina begitu?

Apa hal pula dengan gred A bawah 80 atau 70? Tahu tak bahawa kalau nak masuk universiti di luar negara, pelajar itu perlu menjalani kursus persediaan sebelum mengikuti kursus di luar negara? Pernah dengar tentang “KURSUS PERSEDIAAN PELAJAR”? Dah sah PASPB ni tak pernah masuk universiti! Itu pun tak tahu ke?

Tahu tak betapa sukarnya pelajar nak lulus di Pusat Persediaan Pelajar ke luar negara tu? Kalau tak lulus cemerlang 3.5 ke atas, jangan harap boleh dapat tiket lanjut pelajaran ke luar negara. Dalam satu batch yang ada 50 orang, selalunya hanya 15 orang saja yang lulus begitu. Selebihnya kena sambung belajar di universiti tempatan saja! Tahu tak?

Mengenai markah 70 atau 80 untuk dapatkan A, itu adalah normal dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Spesifikasi gred A, B, C dan seterusnya telah dikaji secara terperinci oleh pegawai-pegawai kerajaan yang merupakan badan eksekutif. Dikalangan pegawai-pegawai tu, ramai juga penyokong PAS,PKR dan DAP! Dasar itu bukan digubal oleh ahli politik atau Menteri! Itu pun tak faham?

PASPB berkata…

Kerajaan UMNO juga menetapkan pelajar yang hendak keluar negara mengikuti kursus BTN. Tahu apa yang ditanam kepada pelajar? Antaranya, bila pergi luar negara jangan ikut kumpulan-kumpulan Islam. Jangan join usrah dan aktiviti agama dianjur kumpulan Islam kat kampus.

Kenapa? takut pelajar tu balik tak sokong UMNO sebaliknya sokong Islam, bila sokong Islam sokong PAS la.

Habis disuruhnya join apa? Kena join Kelab UMNO la di luar negara.

Bila , pelajar2 ni sampai diluar negara. MSD pula ambil peranan ugut pelajar jangan masuk kumpulan Islam. Jangan join IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM, MISG dan lain2.

Kesannya, pelajar yang takut tak berani join kumpulan Islam walaupun sebenarnya kumpulan Islam ini bukan ajar ajaran sesat.

Pelajar ini join Kelab UMNO. Apa aktiviti Kelab UMNO, banyak nya program bersosial . Menyanyi, menari , fesyen .Kurang sangat program agamanya. Akhirnya, pelajar ini hanyut dan ada diantaranya gagal dalam pelajaran.

Pelajar yang join kumpulan Islam , pasti ada yang akan memberi nasihat jika mereka melakukan aktiviti maksiat. Ini menyebabkan mereka tidak hanyut sebab hidup berjemaah.

Tak caya ka, tanya la pelajar yang pi luar negara….

Jadi sah salah dasar UMNO dan tindakan ugut UMNO….

Tanya juga dua orang pelajar yang gay kahwin baru2 ini. Dua2 tu join Kelab UMNO atau kumpulan Islam? Anda tahu jawapannya………

Bila masa Kerajaan Malaysia halang mahasiswa luar negara berusrah dan ikut persatuan Islam? Bila masa pula Kerajaan Malaysia kata ABIM dan gerakan-gerakan lain itu sesat? Agama PAS ajar PASPB tabur fitnah ke?

Cuba pergi ke luar negara dan duduk di sana sebulan dua. Kemudian baru tahu cerita. Memang ramai budak-budak kita yang sertai usrah. Tak ada halangan pun! Budak-budak Kelab UMNO Luar Negara pun ada buat usrah juga. Malah ada kelab UMNO yang buat usrah setiap hari! Menipu sangatlah PASPB ni..

Memang ada gerakan yang bergerak atas nama Islam yang dinasihatkan agar pelajar-pelajar kita tidak menyertainya. Bukan apa, diluar sana, pelajar-pelajar kita sering terdedah dengan gerakan-gerakan macam PAS. Contohnya gerakan Aminah Wadud, Syiah, Sister In Islam dan sebagainya yang jelas bertentangan dengan Sunnah Wal Jamaah. Salahkah kerajaan Malaysia melalui kedutaannya menasihati pelajar untuk berhati-hati dengan gerakan ini? Salahkah kerajaan UMNO ini mempertahankan aqidah rakyatnya di luar sana?

Sikap paling buruk yang ditunjukkan oleh PASPB ialah menyalahkan UMNO atas perubahan Nur Amalina. Takkanlah perkara ini pun nak dipolitikkan? Dah terang-terang itu kehendak Nur Amalina. Bukannya UMNO yang suruh Amalina buat begitu pun! Patutnya, PASPB beli tiket kapal terbang dan pergi ke Scotland, tanya Amalina sendiri kenapa dia jadi begitu.

Lagi satu saya nak beritahu, Amalina tu budak Kelantan. Kenapa tak salahkan Nik Aziz tentang keseksiannya tu?

Begitu juga dengan Arif Alfian. Budak gay tu kahwin dengan lelaki warga asing pun nak disalahkan UMNO juga. Kenapa tak salahkan Anwar Ibrahim? Mungkin Arif Alfian terpengaruh dengan hobi Anwar tu kot???






5 Komen to Isu Arif Alfian dan Nur Amalina: UMNO juga yang dipersalahkan?

  1. tengkudin says:

    budak gay yang kawin sejenis tu salah sapa agaknya??? mestila salah ALJUBURI sebab bawak budaya GAY kat sini..bangang punya olang

  2. mrSkundel says:

    Memang tepat sekali apa yang dituliskan oleh si penulis ini.

  3. pasdaplaknat says:

    Golongan yang suka menyalahkan orang lain sebaliknya hanya pandai bercakap.. betapa ramainya guru-gur pendidikan Islam dan J-QAF di kementerian Pelajaran.

    Mereka pembentuk dasar Kemneterian, jika mereka ikhlas buat kerja, Menteri tidak akan menolak benda baik.

    Tapi itulah gaya hidup ala-biawak politik pembangkang.. lidah bercabang, golongan mcm ini tiada daya juang, aspirasi lemah dan tidak layak memerintah. Jangan haraplah PR boleh memerintah Malaysia dgn perangai BIAWAK ini!

  4. kiki says:

    alamak?diorang da delete la post tu..nak tengok tak leh..hah, tu laha akibatnye bile post something tak wat research..kan dah malu..bile dah kantoi, baru terketar2 nak delete..aku ade ramai member yang gi oversea..tapi setakat yang aku taw ni, sume berjaye menjadi orang..takde pon yang jadi cam 2 orang tu..malah lagi bagus dari diorang dok kat malaysia ni..perubahan 2 orang student kite tu, bukannye sebab UMNO ke, ape ke, tapi sebab diri sendiri..cukup2 lah nak tuding jari kat orang lain..

  5. Pejuang Islam says:

    Apelah bodoh sangat penyokong umno ni,realiti depan mata pun susah nak faham…

Leave a Reply

Threesome