Menu Utama

Isu Adam Adli dan SMM akan buat BN menang besar di PRU..

Kenapa saya katakan bahawa isu Adam Adli dan SMM akan buat BN dan Najib menang besar di PRU 13 nanti? Ia memang sudah dilihat sebegitu oleh ramai pemerhati politik kerana isu Adam Adli dan juga tindakan liar SMM memang secara jelas mempunyai kaitan sepenuhnya dengan Pakatan Rakyat.

Malah, seluruh negara sudah tahu bahawa pemimpin-pemimpin dari Pakatan lah yang menjadi dalang disebalik tindakan Adam Adli dan juga demonstrasi yang dianjurkan oleh SMM. Jadi tak menghairankan langsung jika rakyat menolak untuk memilih Pakatan Rakyat di PRU13 nanti diatas sikap liar yang ditimbulkan oleh kumpulan mahasiswa tersebut.

Majoriti rakyat Malaysia mahukan negara yang aman. Majoriti rakyat Malaysia juga mahukan negara yang tenteram serta dijamin keselamatannya. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia sudah tentu akan menolak sebarang anasir yang cuba menggugat keharmonian masyarakat.

Inilah budaya yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat melalui beberapa bantahan jalanan di dalam negara. Jika sebelum ini mereka menghuru-harakan negara melalui perhimpunan Haram BERSIH, kini mereka sekali lagi cuba mengacau dengan memperalatkan mahasiswa di IPT.

Rakyat melihat semua kejadian ini dengan teliti. Rakyat juga memerhati dan menilai kemampuan serta corak politik yang dimainkan oleh Anwar dan Pakatan. Anwar dan Pakatan hanya tahu menimbulkan kekacauan dan juga hanya tahu merosakkan keamanan di Malaysia.

Bagi Anwar dan Pakatan, biarlah negara hancur asalkan segala impian dan cita-citanya tercapai. Semua taktik Anwar dan Pakatan ini sudah lama disedari oleh rakyat Malaysia. Semakin hari, semakin ramai yang meninggalkan Anwar kesorangan.

Jika sebelum ini Anwar mempergunakan rakyat yang kurang cerdik berpolitik untuk turun menyokongnya di jalanraya, kini para pelajar di institusi pengajian tinggi pula menjadi mangsa tatkala sokongan rakyat biasa makin berkurangan kepadanya.

Disebalik semua perancangan Anwar dan Pakatan sekarang ini, Anwar lupa satu perkara.. Rakyat Malaysia sudah mula melihat Anwar dan Pakatan sebagai satu racun didalam sistem dan juga masyarakat majmuk di negara ini. Malah rakan baik Anwar iaitu Raja Petra juga berpendapat sedemikian.

Dan untuk menyingkirkan racun ini didalam sistem politik dan kemasyarakatan, tak mustahil rakyat yang layak mengundi akan menolak secara total Anwar serta Pakatan semasa PRU13 nanti.

Selepas tercetusnya isu Adam Adli dan SMM, majoriti ibu bapa yang anaknya bergelar mahasiswa semakin benci kepada Pakatan. Bagi mereka, Anwar dan Pakatan tak lain tak bukan hanya menjadi perosak masa depan anak-anak mereka sahaja.

Diatas faktor ketakutan inilah Pakatan Rakyat akan tumbang di tangan BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Pakatan Rakyat sekarang ini dilihat berpotensi besar untuk melingkupkan negara dan seluruh rakyat didalamnya.






12 Komen to Isu Adam Adli dan SMM akan buat BN menang besar di PRU..

  1. kulaan says:

    Aku dah tak sabar lagi dah nak tunggu PRU disebabkan 2 isu. Pertama Isu Madrasah dan yang kedua isu kurang ajarnya pelajar tajaan Pembangkang.Aku dulupun pelajar jugak, tapi tahu menghormati guru dan orang tua.

  2. StinGray says:

    Aku plak dh tak sabar nk tunggu 9hb ni…nak tengok penjara sg.buluh dirobohkan dgn ferrari….nak tengok pencacai2 Aljuburi guling2 atas jalan….kesian…raya thn ni sambut dlm jail…

    • raplahjingaa says:

      Aku pulak dok tunggu bila laa….si saifuddin tu nak berundur…udah-udah la tuu…makin lama makin mengarut !

  3. p164 says:

    Suruh budak-budak ni belajar dulu, dh hbis belajar baru lah berpolitik. Ini degree pn x da lagi dh sibuk nak berpolitik. Memang BN akan menang besar pru nanti.Sekolah x habis lagi sibuk nk berpolitik….

    • hasnil says:

      yang terlibat semua budak melayu,ada pelajar bangsa lain ambil kisah,kertawakan ada lah.

      • raplahjingaa says:

        Tu la pasal….kalau pecacai pembanggang buat kerja kotor….mesti bebudak melayu…rasminya pecacai melayu pembanggang dah jadi khadam DAP.

  4. tony gunawan says:

    yakah kalau macam ini bubarlah parlimen sekarang juga ? tunggu apa lagi? harap-harap tiada alasan lagi dikeluarkan apabila kalah ?

  5. pasdaplaknat says:

    Isu Madrasah membuatkan aku menolak PR secara TOTAL!! aku menolak seluruh isu2 lain biarpn UMNO rasuah 1 billion 20 billion.. HATI AKU SGT2 TERKESAN dgn ISU MADRASAH ini!!

    Aku telah ziarah sendiri tempat itu pagi tadi, aku bawak ahli keluarga aku dr jauh dtg lihat.. menitis air mata salah seorg dr mereka selepas melihat dpn mata suasana sebenar yg cukup KONTRA.. lebih teruk dr apa yg digambarkan dlm blog2 UMNO.. rupanya UMNO gagal project kan KEZALIMAN PAS dgn betul2 jelas!

    Madrasah itu hanya tunggu bila2 masa sahaja akn dirobohkan, disekelilingnya telah mula di ‘clear’kan oleh jentolak.. dengan rakusnya.. kedai perabot disebelah kirinya juga sudah buat banner “jualan habis2an sebelum pindah”

    Plaza Lama Tengku Yaacob terbengkalai itu sedang ‘diratah’ oleh jentolak, dlm proses runtuhan!

    AKu lihat Madrasah itu sayu..inilah WAJAH sebenar umat Islam Melayu di tanah Malaysia.. terutama parti anak SYAITAN = PAS! Bermegahlah MB Azizan dgn PAS dgn keangkuhan mereka..

    PASTI ALLAH AKAN BALAS DENGAN BALASAN AZAB BUAT MEREKA..AKU YAKIN INSYA ALLAH..AMINN!!

Leave a Reply

Threesome