Menu Utama

Hasan Ali Dipecat Berkuatkuasa Serta Merta Bukti Nik Aziz BERBOHONG..!!!

Sebagaimana yang dijangka, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali yang dikatakan “masuk perangkap UMNO” telah dipecat PAS berkuatkuasa serta merta. Satu keputusan yang sudah dijangka dari awal oleh penulis sejak dua tiga minggu yang lalu.

Menurut sumber yang saya perolehi dari rakan-rakan yang rapat dengan kepimpinan tertinggi Pas, kedudukan Hasan Ali bagaikan telur di hujung tanduk sejak beliau kelihatan vokal meluahkan pendiriannya.

Kes pertama mula ketika insiden JAIS – DUMC. Hasan Ali ketika itu ditekan hebat oleh Khalid Samad. Tidak menghairankan memandangkan Khalid Samad dan Khalid Ibrahim memang “kureng” sikit dengan Hasan Ali.

Tapi, Khalid Samad yang sememangnya berniat untuk bermusuh dengan Hasan Ali memburuk-burukkan beliau di hadapan kepimpinan PAS yang memanggil Ahli Parlimen Shah Alam itu menerangkan isu JAIS-DUMC versi Erdogan itu.

Namun, kepimpinan PAS yang memanggil Hasan Ali kemudiaannya (tanpa geng Erdogan) menyebelahi Hasan dan meminta beliau menggunakan kaedah “tahaluf siyasi” bagi berkompromi mengenai isu ancaman aqidah umat Islam itu. Hasan Ali difahamkan tidak berpuas hati dengan “tahaluf siyasi” itu, namun terpaksa mendiamkan diri atas dasar syura berjamaah.

Kemudian, timbul pula Himpunan Sejuta Umat yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam yang kebanyakkannya terdiri dari golongan PAS akar umbi. Himpunan itu dibuat bagi menjelas dan mempertahankan aqidah umat Islam yang semakin hebat dicabar oleh agama lain, khususnya Kristian, dan menyalahi perlembagaan dan artikel 153.

PAS Pusat ketika itu berpendirian untuk tidak turut serta himpunan tersebut dan dipercayai keputusan itu dibuat juga atas alasan “tahaluf siyasi” berkompromi dengan agenda tersembunyi gereja yang dikatakan disokong kuat oleh DAP dan PKR itu.

Bagaimanapun, Hasan Ali hadir dan berucap di majlis berkenaan atas kapasiti seorang muslim yang sayangkan aqidah umat Islam. Kehadirannya membuat ramai pemimpin PAS, khususnya Khalid Samad, tak puas hati!

Kemuncaknya ialah apabila Hasan Ali yang tidak tahan ditekan oleh kepimpinan PAS bertindak mengkritik hala tuju parti itu yang berubah setelah bersekutu dengan DAP dan PKR serta menukar perjuangan asal mereka dari menubuhkan negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Akibatnya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali menuduh kononnya Hasan Ali telah masuk jerangkap samar UMNO kerana mengkritik hala tuju parti itu. Selain Hasan, bekas Timbalan Presiden PAS yang bersetuju dengan pendirian Exco Kerajaan Negeri Selangor itu juga turut dikecam Cikgu Pa.

Nik Aziz turut dikatakan berbohong apabila mendakwa kemelut itu selesai dan menyatakan Hasan Ali meminta maaf berhubung kritikannya itu.

Paling pahit, Hasan Ali sendiri menafikan kenyataan Mursyidul Am itu dan menyatakan bahawa beliau tidak pun meminta maaf atau berganjak dari pendiriannya tersebut.

Dipercayai. Hasan Ali dipecat kerana insiden itu. Hasan Ali telah membuktikan Mursyidul Am PAS itu telah berbohong dan sekaligus membuktikan parti itu sememangnya tidak mengamalkan kebebasan bersuara.

Nah! Kita tunggu apa pula episod seterusnya…






53 Komen to Hasan Ali Dipecat Berkuatkuasa Serta Merta Bukti Nik Aziz BERBOHONG..!!!

  1. fazli says:

    Kepada Hassan Ali….bawalah penyokong2 Datuk keluar dari Parti keldai tunggangan tu…..kita talkinkan PAS sampai jatuh tergolek terus mampus…..kah…kah…kah…..

  2. yeop says:

    ini lah bukti bahawa pas tidak mengamalkan kebebasan bersuara di dalam parti..kung kali kung..mengata UMNO, diri sendiri pun sama je..

  3. umnototok says:

    Datuk buatlah pendirian mengikut prinsip sendiri. Kita tidak perlu kompromi atas nama akidah….Datuk Dr HA boleh pilih nak jadi YB Bebas seperti yg lain2 tu dan tak semestinya nak masuk UMNO untuk menegakan yg ‘hak’.
    Ada mata pandang ada telinga dengar ada hati rasa….tepuk dada tanya iman…

  4. jebat says:

    Datuk..perjuangan demi Islam bukan hanya ada pada PAS.. Pas sekarang bukan spt dahulu lagi. Pas adalah topeng bg DAP shj. Kami bersama Datuk Hassan dlm menegakan kebenaran kerana Allah.

  5. alfaisal says:

    Nampaknya Datuk Dr Hasan Ali dah tak dapat masuk sorga tajaan PAS la….

  6. tony gunawan says:

    tinggal tak sampai 24jam,mari kita sama-sama berdoa agar saudara anwar dapat dibebaskan esok!hidup anwar!hidup anwar!hidup anwar!

  7. Sesumpah says:

    Alhamdullillah, kerana selepas ini HA tidak perlu lagi cakap berlapik utk mengkritik mana-mana pihak yang menghina Islam. Saya rasa lebih baik HA join konsortium bebas bersama-sama dengan Zulnordin. Dalam Bebas, HA tak perlu lagi risau dikenakan tindakan tatatertib kerana beliau bebas bersuara mengkritik sesiapa jua hatta UMNO sekalipun.

    Perjuangan HA dalam mendaulatkan Islam amat konsisten sekali dan menepati dengan perjuangan asal PAS. Namun, sememangnya mengecewakan kerana PAS tidak lagi seperti dulu. PAS sudah jauh tersasar semata-mata menjaga hati rakan sekutu dan atas sebab itulah HA mengkritik PAS bukan kerana benci tetapi kerana teramat sayangnya beliau kepada parti Islam itu.

    Hari ini, HA telah secara rasminya dilucutkan keahlian sebagai ahli PAS. Walaupun nampak seolah2 HA dpinggirkan, tapi ia bagaikan petanda jelas saat-saat kehancuran PAS bakal tiba. Ini kerana, PAS telah tunjukkan wajah sebenar siapakah PAS kepada pengikut-pengikutnya. Saya menjangkakan PAS akan menuruti langkah PKR sebagai sebuah parti yang akan disisihkan oleh rakyat khususnya orang-orang Melayu menjelang PRU13 nanti.

  8. Mooohyideen says:

    HA selari dgn perjuangan UMNO…. ambik lah…

  9. Alhamdulillah…Selamat kembali kepangkuan PERJUANGAN ISLAM SEBENAR Dato Hassan Ali…Panji Panji Hitam Sedia menunggu, pejuangan akhir zaman.Tinggalkan perjuangan manusia DUNGU..!

  10. zumazore. says:

    yang bestnya ialah NIK AJIS BERBOHONG!!!
    Masih tak celik-celik lagi ker?

  11. kulaan says:

    Ramai yang mengkritik UMNO dari segi dasar struktur pentadbirannya .Tetapi ramai yang terlepas pandang bahawa tiada ahli yang dipecat kerana mengkritik kepimpinannya terutamanya pada zaman Pak Lah. natijahnya Pak lah terpaksa berundur secara terhormat dan secara tertib.

    Walaupun MyKMU pada masa itu ada ura-ura ada tangan-tangan nak cuba tutup dan kuburkan , tetapi MyKMU tetap masih wujud sampai sekarang..

    Ramai yang mungkin meluat kenyataan aku ni, ..”bahawa aku makin berbangga dengan UMNO walaupun aku bukan ahli….”

    Idup MyKMU..he.he..

  12. OrangPekan says:

    Hassan Ali tak perlu those idiots dalam PAS.

  13. bujuk says:

    Assalamualaikum….
    Berita HA dipecat disambut bercampur-campur oleh ahli PAS. Ada yg. sokong, ada juga yg. bantah… yelah HA bekas pesuruhjaya, ramai penyokong dan penggemar. Banyak juga jasa dia kepada seluruh umat Islam Selangor dan M’sia. Banyak program2 masjid termasuk tazkirah ramadhan yg. menyemarakkan surau dan masjid dengan majlis ilmu. Apa pun aku ucapkan terima kasih pada HA moga dia terus istiqamah dalam perjuangkan Islam.
    Dalam masa sama vokal HA dah tak boleh dibendung oleh PAS dan PR. Suara dia akan memecahbelahkan perpaduan parti dalam proses menawan PUTRAJAYA. HA juga seperti mencabar parti untuk memecat beliau bila beberapa kali melontarkan idea sedia dipecat. Terus melontar bom kepada PR melalui media UMNO sedangkan beliau boleh berhujah dalam majlis PR. Dalam organisasi, orang seperti ini boleh merosakkan parti…. lebih baik dipecat. Dalam masa musuh2 HA seperti Mustafa dan Syari Sughib dah tutup mulut untuk redakan keadaan, HA terus main lagu provokasi seolah tiada siapa berani ambil tindakan padanya. Dia jadi bongkak atas sokongan yg. besar dari rakyat selangor. Takpa… teruskanlah HA moga anda berjaya, ahli PAS boleh tengok HA akan merayu keputusan ini atau pertahankan ego dia.
    Ahli PAS nak tengok arah tujuan HA, BEBAS ke UMNO atau PERKASA. Dari situ dapat d nilai tujuan VOKALnya.

    • raplahjingaa says:

      konon-konon PAS terbuka….

      • fazli says:

        Rap….meroyan kot sibujuk tu….salah media UMNO pulak…..kah…kah…kah….nak masuk dalam Harakah…..Hassan Ali pun kata Harakah tak boleh dipercayai…..macam mana tu…..Hassan Ali perjuangkan islam…..si Bujuk tu pilih islam ke atau pilih PAS…..hang tolong ‘brainwash’ sikitv otak Bujuk tu RAPLAH…..

        • bujuk says:

          Aku tak salahkan perjuangan HA, tapi disiplin dia terhadap PIMPINAN. Dalam organisasi dia tak layak dijadikan contoh…
          Anwar dulu tak setuju dengan TunM, tapi dia bantah dalam meeting MT bukan bising diluar kecuali selepas d pecat. Jadi PAS bagi peluang HA bising, tapi kena keluar dulu. Terserah HA, beliau masih boleh merayu pada majlis syura…

    • selamber says:

      kata menyokong ‘kebebasan bersuara’..tak bebas pun?

    • Wong Pin Ter says:

      Hassan Ali tidak akan dapat sokongan Melayu Islam jika dia tidak memperjuangkan benda yang betul dan hak. Dia juga tidak akan berani mengkritik kepimpinan dan dasar semasa parti PAS seandainya PAS berpegang teguh kepada tujuan asal parti itu ditubuhkan dan tidak hanya menjadi budak suruhan DAP dan terlalu rakus untuk mendapat mandat ke Putrajaya. Hassan Ali juga tidak akan bermusuh dengan Khalid Samad dan lain-lain pemimpin PAS seandainya mereka jujur dan ikhlas untuk melindungi kepentingan orang Islam dan Melayu di Selangor. Isu DUMC sudah cukup untuk menggambarkan sikap dan kekuatan PAS di dalam mempertahankan kepentingan Melayu Islam khususnya di negeri Selangor ini.Di dalam pilihan raya akan datang orang Melayu Islam akan menghukum PAS sebagaimana orang Cina menghukum DAP pada pilihan raya 1999.

      • bujuk says:

        Tindakan HA tak salah mengikut perspektif Islam, tapi dalam organisasi dia bersalah. Organisasi, hanya pimpinan tentukan haluan. Adakah PAS salah, tidak… tapi laluan atau perjalanan yg. pimpinan PAS ambil mungkin panjang sikit, tapi HA nak ‘shorcut’, dia langgar habis halangan dan cedera, walaupun dia boleh lalu jalan lain yg. jauh sikit dengan selamat.
        Tujuan HA masih betul pada pandangan aku, tapi hati2 jangan seperti Zul kulim. Kerana jarang2 kambing yg. terlepas dari kumpulan selamat dari menjadi mangsa serigala.

  14. lelaki Y says:

    Nyatalah perjuangan “parti Islam” PAS kini bukan perjuangan untuk agama Islam tetapi untuk Anwar Ibrahim yang buruk akhlaknya.

    Selepas ini yakinlah akan ramai ahli-ahli PAS akan keluar daripada parti yang perpesong itu sepertimana telah keluarnya ribuah ahli PKR daripada parti dalam tempoh setahun ini.

  15. bluekang says:

    …sembahyang hajat PAS dah dimakbulkan oleh Allah…kebenaran telah ditunjukkan..parti kuffar PAS tersungkur di pintu syurga (tiket express palsu rupanya)…cukup seronok aku melihat balasan Tuhan yg CASH ON DELIVERY … dah puluhan tahun org-org PAS (termasuk sedara-mara aku) memfitnah, mengata, mengutuk dan mencaci maki UMNO..dan sekarang ni dah balik kat mereka semula…bulan PAS dari putih dah jadi hitam..ooops bukan bulan..shit hole rupanya..

    • selamber says:

      ALHAMDULILLAH..betul la bro..Allah dah tunjukkan kebenaran sedikit demi sedikit..Insyaalah mudah2an Allah akan tunjukkan segala kebenaran sedikit masa lagi & mudah2an semakin ramai la pengikut2 pakatan haram ini semakin sedar..Insyaallah..mudah2an..

      • bujuk says:

        Apakah zaman nabi dulu, Nabi tak pernah kalah perang? apakah bila nabi kalah perang kita boleh kata Allah nak tunjukkan ajaran Nabi salah?
        Comon la bro… setiap umat Islam itu akan di uji. sahabat2 nabi semuanya di uji, ada yg. ditindih batu, tak dapat makan, dipenjarakan dan sebagainya untuk pertahankan Aqidah.
        Kebenaran adalah bila kita perjuangkan apa yg. Nabi bawak melalui Al-Quran dan sunahnya.

        • nsr says:

          dude..ko citer hapa ni? harap ayat je islamik… nabi diuji sebab terang-terangan mengembangkan Islam. kalu dia kompromi dgn kafir laknatullah, sampai sekarang kita masih tak kenal Allah…HA buat yg terbaik untuk pertahan hak agama Islam sambil bersabar dgn kerenah dap, tapi PAS buat apa kat dia?? tendang dia keluar sbb nak jaga sgt hati org kafir…kompromi boleh kompromi tapi tgkla apanyer, kalo pasal ekonomi or sosial budaya ampunla lagi. apa yg HA cakap patut PAS defendla, bagi pkr dgn dap takut+hormat PAS sebagai parti yg kuat menegakkan Islam, kalau mcm nila PAS, dpt power esok, korang jadi budak pejabat org cina dgn gay jela…oh, + satu lagi pejabat yahudi!

          baik aku sokong UMNO, bukannye anak2 aku lapar tergolek perut kembung tepi jalan sbb kerajaan zalim! sejahat2 org umno, diaorg masih org melayu…masalahnyer ko masih menganggap PAS itula Islam…masih percaya org kafir itu suci murni niatnyer…masih kurang cerdik ye ko ni?

    • nsr says:

      betul bluekang…aku bukanla juga umno fan, tapi aku lihat sendiri org2 PAS (kelantan+terengganu) ni punya kutuk org…amboiiii…dia saje yg mulia, org lain sumer haprak, mcm confident betul masuk syurga….

  16. Mrskundel says:

    Advantage kepada DAP. Selepas ni kalau ada org islam nak masuk agama kristian saya beharap benar PAS mengesyorkannya. Jadi boleh lah orang melayu bebas memilih agama apa yang mereka rasa yang suitable atau padan dengan kehendak mereka dari segi amal cara hidup atau lifestyle. Saya juga berharap bujuk serta geng2 PAS memberi kebebasan kepada rkayat melayu hak untuk memilih agama mana yg terbaik. Sekian terima kasih

    • bujuk says:

      PAS unjurkan HUDUD buat apa kalau bukan mempertahankan AQIDAH umat ISLAM?
      Dalam HUDUD jelas, siapa yg. MURTAD atau keluar ISLAM dan tidak mengubah pendirian dia selepas diTARBIAH, maka hukumannya PANCUNG. Ada sapa2 berani nak tukar AGAMA?

      • bluekang says:

        jangan jadi bagus le bujuk..setakat cerita tak de substance boleh le..nak cerita hudud konon..pergi raid org islam minum arak pun dah kena pecat..ada hati nak cerita hudud…talk cock lah lu ni..

        • bujuk says:

          Jangan jaja fitnah…
          Yg. pasti dulu Mufti Selangor kena pecat sebab tangkap peserta ratu cantik Islam.
          Pasal ARAK ni siapa yg. kena pecat?

          • bluekang says:

            Fitnah my ass…it is a fact. If what u said is true (if only) about issue ratu cantik tu..lu lagi le besar punya hipokrit (tahap puaka) guna issue tu nak justify ur action now..dulu dok mengata macam bagus je…tuhan pun tahu lu org jenis tak ikhlas hati busuk..allah beri balasan..skrg dah kena kat batang hidung sendiri…mana lu nak letak muka oooi..whatever u say now does not carry any weight…talk cock only.

      • pasdaplaknat says:

        Bujuk…aku ni bosan lah ko asyik main lagu lama..lagu BASI… ko tahu tak BASI!!

        aku nk off topic pasal UMNO..sbb tolak sebalah lah UMNO tk ‘unjur’ HUDUD.. skrg ni aku nk tanya..MANA DIA HUDUD yang PAS gebang sekian lama tu??

        Mana dia ciri2 perlaksanaan Syariah Islamiyyah dlm segala pentadbiran-ekonomi-politik yang merupakan wadah dan jalan menuju HUDUD?? mana dia bujukk oiii???

        memecat org berakhlak yg ckp pasal keruntuhan Aqidah itu kah maksud HUDUD PAS?

        menyokong puak songsang atas nama kebebasan hak asasi itukah bayangan HUDUD dan MAQASID SYARI’AH PAS?

        Menyokong dan menggalakkan perkara2 yang Nabi larang dari sudut akhlak dan peradaban Islam itukah yang bakal mewujudkan Daulah HUDUD?

        Berkongsi TUHAN dgn kafir yang memperanak dan memperbapak Ketuhanan itukah yang dikatakan asas Ruhiyyah HUDUD PAS??

        calakalah org mcm kau BUJUK yg bernyayi2 bg puak2 MUNAFIQUN akhir zaman ini bujuk..

        jika kau tk setuju dgn parti lain..lebih baik kau diam dr kau berbuat FASIQ dan MUNAFIQ menyokong puak sesat Laknatullah ini!!

        JAHIL MUROKAB!!

        • bujuk says:

          Tuan tak perlu kecoh, saya tak paksa tuan jawab tulisan saya. Saya hanya bagi pandangan saya, jauhi pandangan saya jika dah bosan.Saya hanya komen tuduhan penyokong myKmu.
          K’jaan PAS K’Tan d Ganu dah luluskan enekmen HUDUD. Kami mengaku tak mampu laksanakan sekarang atas kekangan perlembagaan yg. mengatakan hukuman dari lain2 mahkamah tidak boleh mengatasi hukuman mahkamah sivil. Malah k’jaan zaman TunM ada menulis kepada k’jaan negeri untuk mengambil tindakan sekiranya terus laksanakan Hudud. Sekarang tunM kata dah pencen tapi surat tersebut atas jawatan PM. TGNA dah minta DS Najib tarik semula/batal surat tersebut. Sampai la ni….senyap.
          Tentang pemecatan HA tak dapat dibantu lagi, beliau telah beberapa kali engkar arahan ketua. Sudah beberapa kali dihadap jk disiplin atas kesalahan yg. sama. Dalam masa pemimpin lain tutup mulut, beliau masih terus mengguna media musuh organisasi untuk memlepaskan geram. Beliau beberapa kali mencabar kewibawaan pimpinan parti untuk memecat beliau. Jadi kenapa bising bila d pecat. Beliau sepatutnya bersyukur kerana sekarang beliau bebas untuk berdakwah dan menjaga aqidah umat yg. tak boleh beliau buat semasa dalam organisasi.
          PAS sedar jika K’tan terus laksanakan HUDUD bila Pusat memberi amaran bermakna k’jaan PAS akan dipecat seperti HA. Apakah HA boleh laksanakan ISLAM seperti dia menjadi EXCO. k’jaan? HA sepatutnya duduk d luar politik seperti Ust.Azhar dan ust.Asri, org. respek pandangan mereka walaupun ada yg. tak bersetuju. Kerana mereka tidak terikat dengan organisasi. Politik bukan sekadar mengatakan YA/TIDAK, tapi bagaimana meyakinkan rakyat dan pengikut bahawa tujuan dan matlamat itu benar dan diterima. Sebab tu PAS perlukan sokongan luas dari orang Islam/Melayu untuk laksanakan HUDUD.

  17. mahmud rosmah says:

    mmg terpulang kpd rakyat nak pilih agama apa…umno ni dulu masa pas nak mintak bentang rang undang2 hudud, umno mati2 tolak..kali ni nak jd hero tentang murtad…apara..kalo berani…kenapa tak rangka undng2 murtad dan bentang dlm parlimen skrg…kita tgk sapa yg angkat tgn sokong..

  18. man on da street says:

    Pada pendapat saya saudara Hassan Ali dah nampak dah penhujung jalan beliau di dalam PAS sejak sekian lama lagi dah.Terutama sejak kes penjualan arak di Shah Alam. Pada hemat saya beliau ada lah seorang hiprokrit, kenapa? Sewaktu beliau mengacara programme agama di tv , sampai berkembang berkimcup hidung menegakkan polisi BN, membodik kerajaan BN, sebagai motivator la konon,berjuta penonton RTM menyaksikan nya ,betul tak? kenapa masuk PAS berpusinggan 360 darjah? Akan tetapi sekarang pusing lagi 360 darjah? UMNO tak memerlukan orang macam ni. Dah habis madu sepah di buang, kini mau menjilat balik. Make your stand man! Saya hormati anda tentang pendirian agama anda, tetapi saya tak hormati anda tentang pendirian anda apabila UMNO perlu di bela dari dalam. You are a deserter when UMNO is in trouble. Serve you right when you are kick out by the party that you uses the platform to hentam UMNO.

  19. man on da street says:

    In other words “What comes around goes around man!”

  20. pasdaplaknat says:

    Hasan Ali seorang MUJAHID sejati di zaman serba rosak dgn manusia tahu agama tapi SU’UK!! (jahat)..menipu manusia2 lain (spt pemimpin2 tertinggi PAS skrg) bukan untuk MENCARI REDHO ALLAH.. tetapi melukut di tepi kaik ‘dajjal berupa manusia’ dan syaitan jelamaan manusia!!

    Hasan Ali tidak pernah bercakap atau memuji UMNO dlm konteks permasalan ini.. tp spt yg dikatakan.. PAS adalah parti permusuhan sesama Islam.. parti khurafat di negara ini… UMNO juga yg dikaitkan dgn Hasan Ali…

    aku rasa puak2 perang saraf PAS ini kena sampuk atau disantau oleh jin mana yg tk kan lekang mengaitkan UMNO dlm segala2 hal.. mereka menafikan KE-ESA-AN Allah dgn segala hal jahat itu adalah perancangan UMNO? seolah2 kuasa Allah Ta’ala itu spt tidak wujud?? semua UMNO rancang itu jahat…dan semua yang jahat itu jadi belaka??

    Hasan Ali merupakan MUJAHID Dakwah yang BERANI melawan FIRAUN moden dlm PAS..
    FIRAUN yg berpura2 dr Firaun zaman Nabi Musa.. Firaun yg pakai serban dan jubah tp perangai sejahat Firaun di zaman Nabi Musa..

    Allah Ta’ala pasti menunjukkan sesuatu hikmah senario yg menakutkan ini.. org baik dizalimi.. org jahat di julang.. !!

  21. insan kerdil lagi hina says:

    yup, mula dlu ak ingt smua org dlam prti pas nie ske maki hamun org len.. tapi lpas ak fllow kes Dr. HA nie, bru ak taw msih da lgi yng btoi2 pjuangkn Islam.. ak mmg hrmat btul dgn Dr. HA nie.. Smoga bliau trus dbrikan kshatan mntal n fzkal yng baik untk trus prjuangkn Islam.. ak ttp brdri tguh bsmanya krna ak khuatr mgkin nnt ak akn msuk prangkp kmplan yng mhu m’mrtadkn Islam.. Aku hrap Islam akn trus bkmbang di Mlaysia nie.. wlaupun d’laungkn Mlaysia ngara Islam tp luarnnya byk b’pksi pd cmpran agma..

  22. ber pada pada lah sikit oi orang islam ni musuhnya keliling pinggang ,jika bukan kafir musuhnya ,orang islam yang iri dan dengki juga musuhnya ,kalau islam dah kuat dalam satu negara maka musuh dari luar negara segera menyerang atas bantuan para pengkianat ,ya siapa pengkianat tanyalah diri hang dulu ada tak hang memusuhi orang islam kalau ada hang lah pengkianat itu,lagi banyak hang memusuhi orang islam lagi besaklah pengkianatan hang itu ,hang faham ka ,kalau hang tak faham memang sah hang ni gurkha

Leave a Reply