Menu Utama

Hasan Ali: Apa Pun Boleh, Asal Jangan Kutuk Anwar

Sejak dua menjak ini Hasan Ali memang vokal.  Dia kutuk orang separtinya sendiri termasuk Dr. Rani dan Khalid Samad tanpa ada tapis-tapis, tidak terkecuali Shaari Sungip, Ketua Penerangan PAS Selangor.

Tidak setakat suratkhabar arus perdana, Hasan Ali muncul dalam rancangan temubual di TV3 melepaskan semua kegeramannya kepada PAS diatas ura-ura dirinya tidak akan dicalon semula dalam pilihanraya akan datang.

Disebalik semua itu, PAS masih boleh lagi berlembut dengannya dan pada 27 Dec 2011, Hasan Ali dijemput ‘makan’ ke Kota Bharu oleh Nik Aziz bersama-sama Nasharudin Mat Isa, kononnya untuk jernihkan hubungan.

Besoknya saja Nik Aziz umum masalah sudah selesai dengan permohonan maaf Hasan Ali dan serentak itu, media PAS pun mulalah guna ayat-ayat bunyi arab macam ‘ukhwah’, ‘musyawarah’ dan entah apa kejadah yang lain lagi untuk menggambarkan ‘kejayaan’ tersebut.

Ada juga yang kata Hasan Ali hero kerana sanggup minta maaf.

Tapi, Hasan Ali menyanggah Harakah dan Nik Aziz kerana konon ada meminta maaf, sehingga memaksa Harakah siarkan transkrip penuh temubualnya dengan Nik Aziz yang ada menyebut Hasan Ali mohon maaf dalam perjumpaan tersebut.

Siapa yang faham ini akan mendapati bahawa Hasan Ali sebenarnya tuduh Nik Aziz menipu -‘Nabi’ Nik Aziz menipu?  Itupun PAS masih sabaaarr….

Pendek kata Hasan Ali sapu semua, dari Mursyidul Am, sampai kepada rakan se’fellow’ dalam Jawatankuasa PAS Pusat (setaraf Majlis Tertinggi UMNO) tanpa ada dikenakan tindakan oleh kepimpinan PAS pusat.

Tapi keadaannya berlainan bila Hasan Ali kutuk Anwar Ibrahim sebagai tidak bermoral kerana terlibat dengan liwat dan dengan itu rakyat tidak perlu hadir ke perhimpunan besar-besaran membebaskan Anwar yang dijangkakan besok.  Kenyataan itu mendesak Azmin Ali keluar kenyataan keras ke atas PAS agar ambik tindakan ke atas Hasan Ali.

Kebetulan atau apa, kurang 24 jam selepas Azmin Ali keluar kenyataan keras ke atas Hasan Ali kerana mempertikaikan moral Anwar untuk dilantik ke jawatan Perdana Menteri, Hasan Ali pun dipecat.

Seperti biasa, bila Azmin bukak mulut, yang keluar suara dia tapi ‘cakap’ Anwar, jadi maksudnya Anwar suruh PAS pecat Hasan Ali.  Hasan Ali dipecat tanpa dibicarakan atau diberi peluang membela diri – gaya biasa Anwar pecat orang.

Nampaknya, PAS sudah hilang maruah ditangan Anwar Ibrahim.  Sama ada memang benar para ‘anwarinas’ sudah menguasai PAS sepenuhnya, atau PAS tidak sanggup kehilangan sumber kewangan kerana berkeras nak mempertahankan Hasan Ali.

Umum mengetahui, sejak Pakatan harami berkuasa di Selangor, tabung parti PAS semakin kembung dari pelbagai sumber yang dijana melalui pemberian kontrak kerajaan negeri kepada penyokong PAS, yang kemudiannya menyalurkan sebahagian keuntungan kepada PAS.  Tidak masuk akal sama sekali PAS akan melepaskan semua itu hanya kerana mempertahankan Hasan Ali seorang?

Justeru bila Azmin bersuara dan PKR pula menguasai Selangor, maka petanda yang jelas sudah kelihatan – PAS akan hilang segalanya yang dinikmati sekarang jika berkeras mengekalkan Hasan Ali.

Maka itu Hasan Ali dipecat.

Pendek kata, dari apa yang penulis tulis ni, semata-mata nak menunjukkan bahawa pemecatan Hasan Ali ialah kerana arahan Anwar!!  Bodohnya punya PAS, takde maruah, nak pecat Hasan Ali pun kena tunggu ‘perintah’ Anwar.






57 Komen to Hasan Ali: Apa Pun Boleh, Asal Jangan Kutuk Anwar

  1. Shah says:

    Rakyat dah bijak. Undi PAS undi DAP. PAS menjadi boneka kepada DAP. PAS akan membangun bersama DAP. PAS menang, Anwar memang kaki bontot akan jadi PM. PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara. PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam sebagai asas pentabiran negara. PAS tunduk kepada DAP.

  2. StinGray says:

    Esok merupakan hari yg paling indah untuk sekelian rakyat malaysia….semoga tiada lagi setan gondol peliwat tua bersiar-siar dikhalayak ramai…

    Isnin 901 yg indah…lalalalalala..lalala

    • raplahjingaa says:

      tu laaaa….aku rasa malam ni macam malam raya pulak dah….

      esok hari raya !…esok hari raya !

    • yon76er says:

      Selalunya orang akan kata ” Ari Isnin nie BLACK MONDAY & Don’t Talk To me” tapi ari nie It’s a “Sunsine Monday” to me….La…la…..lalalalalalala…..seronoknya bila SiMat Cd dah takda dikalangan kita yg tak perlu lagi TEGOK BELAKANG KITA kerana takutttttt..diJuburi..

  3. mie says:

    Alhamdulillah akhir nya dato Hasan Ali di pecat dari Parti PAS.Dengan terkeluar nya beliau dari PAS maka terselamat lah beliau dari menanggung dosa kerana bersyubahat dgn puak2 yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi sebalik nya bersekongkol dgn manusia yg menyokong isu murtad Lina Joy atas nama hak asasi manusia,program Lesbian, & gay anjuran kafir laknat Ambiga,penyokong agama adalah sama(pluralisme),menolak hukum hudud atas alasan tiada tempat dlm kerajaan PR dan manusia yg punya nafsu spt kaum Lud.Dato Hasan adalah pejuang islam yg sebenar berbanding dgn ustaz 2 laion dlam pas yg di remote control kan oleh PKR dan DAP.Allah ttp bersama mu Dato Hasan…

  4. umnototok says:

    Cuba bayangkan kalau Anwar jadi PM, aku ingat setiap bulan akan ada rombakan kabinet.
    Setiap kali ada mana2 Menteri yg agak2 melawan arahan atau dirasakannya tak sebulu dgn beliau, alamat akan terkena pecatlah, silap2 YB yg tak disukai pun boleh diarah letak jawatan dan buat pilihanraya kecil macam dia ambil tempat Wan Ajijah.
    Pengundi2 di Malaysia, fikir2lah jika rasa2 ada hati nak berPMkan siNuar ni….
    Kalau aku dah tak goyang dah…aku tetap pilih PM aku yg handsome..DS Najib.
    HIDUP UMNO !!!
    HIDUP BN !!!
    1 MALAYSIA!!!
    UNDILAH BN !!!!!!!!!

    • Wong Pin Ter says:

      Tidak juga. Kalau YB-YB Menteri daripada PAS dan PKR mungkinlah tapi kalau YB-YB Menteri daripada DAP kemungkinan besar dia tidak akan berani berbuat demikian sebab segala rahsia besar dia ada pada tangan Pengerusi DAP merangkap peguamnya, Karpal Singh. Agak nampak lebih – lebih aje itu rahsia kasi pecah. Malah tak mustahil PM pula yang jadi boneka sebagaimana Nizar menjadi MB Perak dahulu.

    • Jack says:

      Itu ok lagi beb. Cuba bayangkan kalau dia jadi pm. Bini tpm jadi bini dia. Bini para menteri jadi perempuan simpanan dia. Siapa berani melawan. Masa tu kalau dia nampak bini Moo atau C4 atau bini bujuk alamat selamat tinggalla. Kalau melawan dengan Moo2 sekali kena. Masa tu Moo pun buat pengakuan bersumpah bini dia kena rogol dan liwat, Babi ni cuma kata ‘Moo dah kena beli oleh Umno’ je, xde siapa percayakan Moo. Masa tu Haramkah tanya Moo ada

    • Jack says:

      Itu ok lagi beb. Cuba bayangkan kalau dia jadi pm. Bini tpm jadi bini dia. Bini para menteri jadi perempuan simpanan dia. Siapa berani melawan. Masa tu kalau dia nampak bini Moo atau C4 atau bini bujuk alamat selamat tinggalla. Kalau melawan dengan Moo2 sekali kena. Masa tu Moo pun buat pengakuan bersumpah bini dia kena rogol dan liwat, Babi ni cuma kata ‘Moo dah kena beli oleh Umno’ je, xde siapa percayakan Moo. Masa tu Haramkah tanya Moo ada 4 saksi? Moo terkedu. Kesian Moo. Padan muka.

    • yon76er says:

      Waa cayu luuuuuuu…….

  5. randomsee says:

    demi liwat, siapa yang menentang akan dipecat…dari Pas…nescaya esok lusa Pas akan menfatwakan jenayah liwat dibenarkan dalam islam

    • m8 says:

      Pas dah benarkan liwat kat bini kalau tak percaya tengok undang-undang hudud pas terengganu.

      • bujuk says:

        Jangan permainkan hukum Allah, kalau jahil belajar dan bertanya. Jangan sambung lidah syaitan Zul.
        PAS dah bagi penerangan, LIWAT isteri bukan hukuman HUDUD, bukannya HALAL. liwat isteri tetap HARAM tapi hukuman TAKZIR. Jangan baca separuh-separuh kemudian buat andaian sendiri. Dah Allah tetapkan macam tu takkan korang nak pandai2 tambah dan ubah apa yg. Allah dah tetapkan?
        Tanyalah Ustaz Fathul Bari, boleh ke dijatuhkan HUDUD jika LIWAT ISTERI?

  6. jebat says:

    mana pergi pencacai2 najis pakatan haram ni..diam je..aku rindu c4..

  7. kulaan says:

    Insyaallah PAS akan runtuh seperti mana runtuhnya Madrasah di Kedah….

  8. Sesumpah says:

    Umat Islam memerlukan pemimpin yang berani dan tegas seperti DHA. Beliau dianggap wira kerana sentiasa berada di saf hadapan dalam membela dan mempertahankan maruah Islam terutamanya isu murtad dan isu gereja DUMC. Beliau juga dilihat lebih rasional dalam menangani isu kes liwat Anwar. Mungkin ramai tak tahu, DHA adalah antara individu terawal yang masuk PAS semata-mata kerana ketika itu beliau percaya bahawa Anwar difitnah. Ketika itu beliau sanggup berhadapan dengan risiko diketepikan daripada menjadi host dalam Forum Perdana di TV1. Peminat-peminat beliau pasti akan kecewa dengan tindakan PAS.

    DHA amat berpegang teguh kepada prinsipt terutamanya yang bersangkutan dengan isu-isu melibatkan Umat Islam. PAS tidak sedar bahawa mereka baharu sahaja membuang permata yang bersinar dan sukar untuk dicariganti.

    Keputusan Kes Liwat yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 akan menentukan ke mana hala tuju pimpinan PR dalam menghadapi PRU13 nanti.

  9. Putra kulim says:

    Demi nuarbrahim dan L.k.s dan DAPIG paspispus sanggup korbankan kawan sendiri yang berjuang untuk mempertahankan bangsa dan Islam, dan Sultan.

  10. terpikiqa says:

    Hari ini Perjuangan Islam PAS telah Dikubur oleh DAP dan Ditalkinkankan oleh Anwar. Mengesahkan PAS adalah LEMBU DAP Lahanat

  11. Mooohyideen says:

    Hangpa nak Hassan Ali…ambik la dia..lagi satu nasaharuddinn tu sekali…ambik la…. kami pun tak mau..

  12. Mooohyideen says:

    PKR: PDRM beri syarat selepas rundingan di IPK KL
    Posted on Sunday, January 08 @ 05:36:37 PST
    Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga

    Berita Oleh Mohd Farhan Darwis

    KUALA LUMPUR, 8 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, yang menyatakan PKR tidak menghormati perjanjian yang dipersetujui bersama, dan menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sebagai pembohong.

    Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider lewat petang ini, Naib Presiden PKR, N. Surendran (gambar), menegaskan, 10 syarat yang dikemukakan PDRM dikeluarkan selepas rundingan dan muafakat antara PKR dan PDRM di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Jumaat lalu.

    “Sebagai salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian PKR bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari lalu, tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya,” katanya.

    Malah, menurut Surendran, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada PKR melalui Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja.

    “Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Shamsul yang mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut,” kata Surendran.

    “Namun begitu, ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak,” tambahnya lagi.

    Tambahnya Surendran, walaupun PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, pihaknya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana menurutnya kepimpinan PDRM berpuas hati dengan penerangan PKR.

    “Kami tetap yakin bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis,” tegasnya.

    The Malaysian Insider tengahari tadi melaporkan Mohmad meyelar kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berikutan kenyataannya menolak 10 syarat yang dikemukakan polis terhadap PKR untuk menganjurkan Perhimpunan 901 Isnin ini.

    Menurut Mohmad, persetujuan berkenaan 10 syarat tersebut sebelum ini telah dipersetujui oleh PKR, dan persetujuan berkenaan 10 syarat itu telah ditandatangani oleh Shamsul sendiri.

    “Penafian Azmin Ali adalah tidak benar, syarat-syarat yang dikeluarkan adalah atas persetujuan bersama, tidak berlaku penambahan atau pengurangan,” kata Mohmad, dan menegaskan mempunyai foto yang membuktikan Shamsul menandatangani persetujuan menerima syarat tersebut.

    Mohmad turut menegaskan, segala penafian Azmin terhadap 10 syarat tersebut merupakan pembohongan daripada PKR.

    Tambah beliau, perjumpaan pihak polis dengan wakil PKR Jumaat lalu telah mempersetujui syarat berkenaan, tetapi Azmin di dalam blog dan laporan media semalam membuat kenyataan menolak 10 syarat tersebut.

    Pihaknya juga kecewa dengan tindakan Azmin itu dan menegaskan pihak polis tidak akan membuat perjanjian serupa dengan Azmin.

    “Buat apa nak jumpa lagi dengan orang pembohong?” soalnya.

    Perhimpunan pembebasan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan keputusan hakim terhadap kes liwat keduanya dijangkakan akan diadakan di kawasan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

    Sehubungan itu, pihaknya menegaskan, sekiranya kawasan tempat letak kereta tersebut sudah dipenuhi, peserta hendaklah bersurai daripada meneruskan perhimpunan berkenaan.

    PKR kelmarin bersetuju dengan cadangan polis untuk mengadakan perhimpunan 901 pada Isnin ini di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta namun menolak 10 syarat baru yang dikeluarkan pihak berkuasa itu.

    Sebelum ini Azmin mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

    Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

    Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

    Sepuluh syarat baru yang dikenakan terhadap penganjur perhimpunan itu menurut Azmin bercanggah dengan persetujuan asal yang telah dicapai semasa pertemuan pemimpin PKR dan Mohmad pagi kelmarin.

    themalaysianinsider.com

  13. raplahjingaa says:

    100,000 ribu moooo ? hehe…hang ni

  14. bluekang says:

    mooo..lembu bodoh ni dapat arahan “tactical” dari boss dia….” bila terkantul divert issue”…bodoh macam babi lu ni…dia punya strategy sama dgn leader2 diaorg..when you are caught buat cerita lain..”dapat ugutan peluru, keta masuk longkang, kena morfin le..lembu pun tak sebodoh mcm dia ni..hanya babi je yg boleh jadi bodoh macam tu..

  15. Brother_Borak says:

    Salam. Suatu waktu dulu Hassan Ali ini pernah terlibat dalam program TV1 iaitu Forum Perdana. Beliau sebagai pengerusi majlis dan ahli panelnya terdiri dari kawan-kawan beliau seperti Harun Din, Imam Azzamuddin, Arwah Ishak Baharom, Ismail Kamus dan lain-lain lagi. Apabila kes liwat pertama keluar dan disusuli pemecatan Anwar maka Hassan Ali ini dengan dan kawan-kawan mereka telah menjadikan pentas Forum Perdana sebagai alat untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Dari situ mereka ini digam oleh pihak RTM. Bermula dari situ jugalah mereka telah menceburi politik sebagai ahli Pas. Tapi alhamdulillah, program Forum Perdana masih lagi bersiaran dan terus mendapat sambutan. Kini selepas beberapa tahun berlalu dan setelah segala-galanya nampak goyang dari sebelah pembangkang maka Hassan Ali telah menyuarakan isi hatinya. Bermula dari kes rampasan arak yang telah dipulangkan semula beliau masih berdiam diri. Tetapi setelah isu murtad digereja dan kenyataan Sultan Selangor yang disanggah oleh beberapa pihak maka dia mula bersuara. Suaranya kedengaran garang namun begitu Pas masih lagi terima beliau seadanya. Suaranya kedengaran lagi setelah digugurkan sebagai calon pilihanraya. Kali ini lebih panas, melibatkan pembabitan dari ahli Pas sendiri, Pas masih menerimanya. Tetapi setelah kes terbaru berhubung dengan himpunan 901 yang beliau bantah dan membandingkan dengan Himpunan Sejuta Umat dan menyatakan bahawa seorang peliwat tidak boleh menjadi calon PM maka PKR telah menggunakan senjatanya dari dalam Pas untuk memecat beliau. Hassan Ali telah dipecat sebaik-baik Azmin Ali kekasih lama Anu..war mengeluarkan kenyataan supaya Pas memecat Hassan Ali. Dimana hilangnya kenyataan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda Pas dalam mempertahankan Hassan Ali sebelum ini? Pemecatan tanpa pembelaan sama seperti ISA juga iaitu penahanan tanpa bicara. Kalau ISA itu tidak betul samalah dengan Pas pun tak betul. Moralnya disini ialah Pas mengikut telunjuk PKR dan biaDAP. Tiada keadilan dalam pentadbiran Pas seperti mengikut kehendak Islam. Hukuman tanpa bicara ahlinya.

    SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.

    BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU

    BOIKOTLAH BARANGAN CINA DAN KEDAI CINA

    • bujuk says:

      PAS dah bagi amaran pada HA jangan guna media musuh untuk tegur PR kerana ia mencederakan parti. Tapi kalau dah tak boleh ikut kata pemimpin tapi taknak keluar, pecat adalah jawapan terbaik. HA masih boleh merayu kalau betul sayangkan PAS. Jadi semua terletak di tangan HA. PAS memang rasa kehilangan HA, tapi budak nakal mesti kena tindakan disiplin kalau tidak akan lebih ramai budak nakal hingga tak boleh kawal. Secara peribadi HA tak salah, tapi ingkar kata pimpinan walaupun dah ditegur maknanya biadap dan patut di hukum. Di sekolah kalau cikgu suruh pergi padang bersukan, kalau tak suka kena pergi padang juga. Tak boleh pergi kantin atau perpustakaan, walaupun tak salah. Apatah lagi lawan cakap cikgu kata saya tak buat salah, saya nak baca buku. Memang tak salah baca buku, tapi lawan arahan cikgu tu yg. salah kerana cikgu d padang bukan d kantin atau perpustakaan. Jika berlaku sesuatu cikgu yg. bertanggungjawab, bukan diri sendiri. Ibu-bapa dan orang lain akan salahkan cikgu dan bukan budak tersebut.
      HA tak wajib datang 901, tapi bagi arahan yg. berbeza pada penyokong PR dan sinis pimpinan itu yg. salah.

      • bluekang says:

        bodohnya..comment si bujuk ni..

      • Aku pun rakyat says:

        Apasal pas nak menggelabah. AhlivDap hentam islam ada lim kit siang pecat org dia. Aku mengharap betul pada pas sebagai party check n balance pada umno. Last2 pas kena balance dgn dap n anuar… Tgk camna adun dap kedah challange mb kedah?. Takde plak guan eng pecat mamat tu..apasal la pas yang aku respect ni boleh hilang taring.

  16. Ce.....cte says:

    assalamualaikum,

    kalaupun x setuju ataupun membenci seseorang individu atas sebab perbezaan pendapat janganlah sampai menyamakannya dengan haiwan ( seperti dialog dalam gambar )…..ingatlah kita semua umat islam bersaudara 🙂

    • yon76er says:

      Betul kita bersaudara…tapi jika saudara Islam kita menuju kehaluan yg tidak betul kita kena lah TEGUR dan BUKAN SOKONG MEMBUTA TULI…..

      • bujuk says:

        Apakah ni cara puak UMNO menegur? Aku nampak ni menghina dan memfitnah, moga Allah bagi balasan yg. setimpal dengan apa yg. ada dalam hati-hati mereka kerana menghina TGHA.

  17. raplahjingaa says:

    Sorry noo nak divert sikit..

    Pakar-pakar hospital besar pulau pinang setelah membuat pemeriksaan rapi keatas body guard kak jijah mat payad

    mendapati kesan luka di tangan yang didakwa tusukan jarum beracun…hanyalah kesan cakara

  18. raplahjingaa says:

    Sorry nooo…nak divert sikit..

    Pakar-pakar hospital besar Pulau Pinang setelah melakukan pemeriksaan rapi keatas bodyguard kak jijah, mat payad mendapati kesan tusukan yang dikatakan tusukan jarum beracaun hanyalah kesan cakaran biasa dan tidak langsung merbahayakan.

    pada yang tak tau…mat payad ni mendakwa dia di cucuk dgn jarum yang mengandungi arsenik..dia juga mendakwa merasa pening-pening dan mual,di masukan ke hospital…

    mat payad….mat payad…

  19. mrSkundel says:

    Sudah terang lagi mahu menyuluh ke brader? Memang terang-terangan PAS tunduk terhadap Anwar Ibrahim.

    Nampak sangat PAS tidak mempunyai pendirian didalam Pakatan Rakyat. Segala-gala suara PAS dikuburkan oleh DAP melalui Anwar Ibrahim.

    Dont be stupid lah PAS. People are not stupid either. You can use all those arabic words to convince in your speech but does it really imply within Pakatan itself? Well it seems not to me.

    Ini lah masa terbaik UMNO untuk meraih undi kerana kebodohan PAS.

  20. C4 says:

    UMNO dah tawarkan jawatan untuk dia kot ……

    • Aku pun rakyat says:

      Tak kisahlah sapa yang tawarkan jawatan jat dia pun.. Kalau dia gempur kes arak n gereja untuk kepentingan islam… Sokonglah dia… Sokong islam.. Bukan sebab dia umno or pas… Aku takde parti. Just pertahankan islam dan melayu..

  21. Abdul Haq says:

    Gambar atas terang2 fitnah!! Bertakwalah!! Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: “Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: “Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?” Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan”.

  22. carlosmontoya says:

    YEAHAAAAAAAAAAA…APA KABAR PENGAMPUN ROSMAH..MASIH MENANGIS DGN KEPUTUSAN MHKMH??? HAHAHAHAHAHAHAH…APA KHIR TOYO KATA NAK UMUM SESUATU SKG………………………………………………………………………………………..APA DIA KHIR TOYO?? KAU DIANIAYA NAJIB WKAKAKAKAKAKA

  23. bluekang says:

    Alo carlosmontotya..kita org sebenarnya sedang menangis kegembiraan coz ..1) teori fitnah lu org tak menjadi 2)kami yg sebelum ni merana kerana diumpat, maki dan di fitnah…but akhirnya sengsara berakhir..sekarang ni Allah dah beri petunjuk yg sebenar-benar nya… PAS is actually parti kafir and leader2 korg adalah munafik no.1…”Dr Hasan Ali dipecat kerana kelakuan tak “senonoh” tentang murtad, arak dan judi”..

  24. Anak_Nogori says:

    Ini membuktikan PAS mengamalkan kebebasan bersuara spt yg mereka war2kan selama ini.

    Lepas ni ramai lah yesman, yeswomen dalam PAS…tahniah dari saya.

  25. neutron says:

    kah..kah… Itu Hassan Ali kena pecat…. dia macam minta kena pecat… dia belajar dari Anwar juga… gain support from sympathy…. Hassan Ali worang pandai ugama , zina atau liwat apa pasal dia fitnah Anwar secara terbuka… tanpa bukti cukup dia sangat tidak Islamik… AMARAH punya pasal ???

    • yon76er says:

      Helo neutron, Liwat tetap terjadi sebab abg Karpal ko gak yg kata :KES SUKA SAMA SUKA kan??..kat mana fitnahnya….kot2 ZINA pon dah berlaku..dah lupa ker CinaDOll tempoh ari…

  26. oi politikni lapis berlapik oi macam akar yang menjalar dalam hutan tebal,kalau buka kulit tampak isi itu agama,politiktak macam tu la meskipun kamu tak suka orang ter tentu tapi kamu mau undi mereka kan kan,politiknya macam mana orang tu boleh undi dan suka kamu kan kan ini baru politik namanya ,bukan kondem sana condem sini oi

Leave a Reply

Threesome