Menu Utama

Hadi!! Jangan Letak Jawatan, Kami ‘Butuh’ Kamu

DALAM bahasa Indonesia butuh itu maksudnya perlu.

Penulis dengan rendah diri, merayu sangatlah pada Hadi, janganlah meletakkan jawatan dalam PAS atau enggan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Ini kerana UMNO khasnya masih lagi memerlukan khidmat Hadi untuk terus bersama-sama dengan PAS, kalau boleh sampai mati.

Kehadiran Hadi dalam PAS sebenarnya banyak menguntungkan UMNO.  Gerak kerjanya yang lembap (terutama sejak berbini 3) dan lebih patuh kepada arahan-arahan DAP dan Anwar Ibrahim sebenarnya banyak membantu kejayaan UMNO pasca pilihanraya umum ke-12.

Jarang rasanya UMNO mendapat kelebihan yang banyak dari kelemahan pimpinan parti lawan, melainkan Hadi.  Apatah lagi bila Hadi sanggup terhegeh-hegeh menebalkan muka ke Putrajaya untuk mengadakan rundingan kerajaan perpaduan dengan mantan Perdana Menteri, Abdullah Haji Ahmad Badawi (kini Tun) pada 2008.

Tidak ada siapa dalam UMNO yang boleh melupakan perkara tersebut.  Kerananya, PAS hampir terbelah kepada dua dan mantan Timbalan Presiden disingkirkan, semuanya atas isu yang sama – kerajaan perpaduan.

Siapa yang bertanggungjawab atas semua itu kalau bukan Hadi.

Penulis sendiri sudah tentu merindui Hadi, kerana tidak ada lagi ‘peluru-peluru’ mudah yang dibekalkan Hadi untuk menembak parti PAS dalam bentuk penulisan.  Ada Hadi ni banyak isu boleh ditulis .

Lagipun Hadi adalah antara beberapa kerat lelaki yang mampu ‘mendayung’ 3 sampan dalam satu masa.  Tidak ramai yang punya kebolehan sepertinya dan kalau dia bersara dari politik, hilanglah satu lagi ‘primadora’ lelaki terakhir Malaya yang boleh dijadikan contoh.

Takat itu ajela.

Jadi kehadiran Hadi sebenarnya penting untuk kelangsungan politik UMNO yang lebih baik.  Ya, penulis katakan lebih baik, tanpa Hadi pun memang dah baik dah.

Tapi ada kemungkinan juga, idea untuk mengundurkan diri ini timbul setelah Hadi dilihat tidak berdaya lagi menjalankan tugas sebagai Presiden PAS.  Sudahlah jawatan itu jatuh nombor 3 penting dalam hireaki kepimpinan PAS, kebangkitan puak Anwarinas hanya menjadikan jawatan tersebut bertambah tidak bermakna daripada sedia ada.

Kalau perkara ini benar, maksudnya krisis kepimpinan PAS memang sudah parah, berlawanan yang ditunjukkan kebelakangan ini, aman damai macam tidak ada apa.

Sejauh mana PAS mampu bertahan dalam keadaan sekarang hanya masa yang akan menentukan.  Dengan perjuangan zaman berzaman negara Islam sudah ditukar menjadi negara berkebajikan kerana takutkan DAP dan PKR, kini parti tersebut sedang diambil alih dari dalam oleh puak-puak anwarinas ini atau dalam kamus Hasan Ali disebut ‘parasit’.

Agaknya, apa lagi berkenaan Islam yang ada pada PAS selepas ini?  Bulu Nik Aziz kot.






30 Komen to Hadi!! Jangan Letak Jawatan, Kami ‘Butuh’ Kamu

  1. Cfu says:

    Satu demi satu pimpinan PAS akan jatuh. Mula-mula Hasan Ali. Lepas ni Azi… dan lepas tu Had. pula. Allah swt dah beri petunjuk. Tak sedar lagikah hayat PAS akan berkubur.

    • kalau tak berkubur pun… PAS akan bertukar menjadi parti lain…
      para ulamak dah diketepikan, perjuangan dah ditukar, kuasa untk menjaga islam dan akidah umat islam dah takde… dan mungkin kemuncaknya… PAS akan bertukar name daripada PAS ke _______. who knows…

      we can see the possibility.

  2. tony gunawan says:

    PAS ada hadi tak ada hadi tak penting langsung,yang penting PRU-13 siapa menang dia paling penting!bagi rakyak malaysia skandal NFC paling penting sebab ia akan mendedah kepada umum betapa rakus dan tamak serta senang pemimpin umno mengaut duit rakyat untuk menjadi kaya !

  3. mrSkundel says:

    Tony gunawan..nama kamu pun macam orang indonesia. Oh maaf ya pak, sebenarnya isu NFC ni takde skandal pun.

    Tiada secara bertulis didalam laporan audit negara mengatakan “Dispute/Mismanagement” or Wrongfully atau mana-mana perkataan yang mengambarkan bahawa ada isu skandal.

    PKR dan DAP sudah ada pun copy report itu, tapi sampai sekarang Rafizi dan commarade mereka tidak dapat lagi mengeluarkan hard copy evidence.

    Takpa-takpa..kes pun dah nak start naik makhamahkan. Kita boleh hujah disana.

  4. iya jika dari manusia yang mengetahui dari hal hukum yang asal/islam di ikuti mengetahui ilmu semasa yang hak dan yang batal marangkumi bab syariat ,tariqat ,haqiqat dan makrifat ,lagi mengetahui siapa yang ada di surga dan siapa yang ada di neraka ,bukankah surga dan neraka itu dah sedia dari lama dulu lagi yang telah berpenghuni sejak ianya di ciptakan lagi,kelulusan serta pengetahuan ini mau di letakkan sarjana apa ya

  5. ADA SIAPA DARI KALANGAN ORANG ISLAM YANG MENGETAHUI BAHWA KESELURUHAN HIDUP INI ADALAH IBADAH ,BAHWA JALAN MENUJU KEPADA ALLAH ITU SEBANYAK NAFAS YANG KELUAR MASUK TUBUH BADAN MAKHLUQ ITU SENDIRI,APA BETUL NI PAK USTAZ TUNGGU JAWAPANYA YA….

  6. tony gunawan says:

    kalau tak salah buat apa nak rasuah polis!

  7. ORG KG says:

    mana dapat wang 1.7 juta rasuah polis

    • MenantuOrgFelda says:

      mahkamah mana yang sahkan adanya wujudnya perbuatan rasuah polis? kalau setakat tuduhan, anwar confirm liwat saiful, takyah gi bicara susah susah

  8. pasdaplaknat says:

    Hadi ada juga rasa perikemanusiaan untuk mengundur diri..yg sorang lagi nu kt Pulau Melaka..MENCENGKAM jawatan2 besar- MursiDOL Am dan MB Kelantan, sampai xmau lepas2..

    dkrg khabar..ada statement dr puak ini menyatakan jawatan dlm politik berbeza dgn jawatan lain..krn ia boleh dipegang sampai MATI?

    betulkah Nik Ajis mengidamkan mati dlm jawatan MB? 21 tahun tu xcukup lg kah menanggung dosa2 penyelewengan dan penindasan pd rakyat..wahai Pok NIK?

  9. Invisiblemen Al Mahdi says:

    Nik Ajis bakal tersungkur kelubang NERAKA.Tok Pekong yg telah dinaikkan ketaraf Nabi.Terasa seronok dia dengan anugerah baru tu.Anugerah dari budak songsang tak cukup akal.

  10. tukul says:

    hardy boy

  11. Anak_Nogori says:

    Saya plak suka Hadi ni berhenti..boleh si Mad Sapu komunis tu naik plak jadi Presiden HamPAS ni..lagi banyak bahan kita…hehehe.

  12. tony gunawan says:

    hadi dan tua biarlah mat sabu ganti dia???

  13. OrangPekan says:

    Hardy dah tahu dia tak dak can nak jadi PM dah, ramai parasit dalam PAS dah tunggu dan rancang nak bagi Aljub jugak jadi PM, termasuklah Nicky Jis. Lebih elok berhenti lah. Dia cakap pun,nobody will listen.Adios Hardy…right thing to do, get out of this mess of parasites.

  14. Bulan Empat says:

    Jika kita mahu lihat individu berjubah, berjanggut, berketayap putih serta berbini lebih dari sudut ulamak, hati kita mampu sejuk . Sejuk kerana kita bolih memujuk hati kita dengan menyakinkan bahawa individu yang berpenampilan begitu adalah ulamak. Ulamak tentunya sempurna ibadah mereka dan hampir makbur doa mereka kerana kita andaikan mereka ‘dekat’ dengan Allah.

    Malang nya dengan mengambil mereka sebagai ahli politik maka tak dapat tidak kita akan melakukan dosa kerana seolah olah berprasangka dengan Allah . Prasangka dengan kejadian Allah adalah berdosa.

    Berprasangka kerana kita mengutuk perbuatan mereka sedangkan mereka juga hamba Allah saperti kita.

    Tapi macam mana untuk tidak mengutuk jika kita asyik dihidangkan dengan segala kekeliruan mengenai perkara, berputar belit kenyataan dan berbunyi tidak redha, tamak dan tak sedar diri.

Leave a Reply

Threesome