Menu Utama

Guan Eng Hebat Langsai Hutang RM630 Juta??? Lawak Sangat La Tu…

Saya terkejut dengan dakwaan “Khalifah” Pulau Pinang, Guan Eng, mengenai kehebatannya melangsaikan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM630 juta kepada Kerajaan Pusat dalam tempoh lebih kurang 4 tahun. “Hebat” betul..!!! Prestasi ini lebih hebat dari prestasi “Penasihat Ekonomi RM1” di Selangor..!

Heboh Guan Eng canang tentang “kejayaan”nya itu keliling pulau. Tak cukup di Pulau, dia sebarkan pula di seluruh negara. Kononnya, dengan “kejayaan melangsaikan hutang” itu menunjukkan dia memang cekap mentadbir Pulau Pinang dan sangat “efisien” menguruskan kewangan kerajaan negeri…

Tiba-tiba pulak ada “Ah Chai” ni “kacau daun”. “Ah Chai” ni namanya Donald Lim, Timbalan Menteri Kewangan, potong stim Guan Eng bila beliau menegaskan Guan Eng hanya auta saja dengan berita “langsaikan hutang RM630 juta” itu.

Menurut Datuk Donald Lim, Guan Eng sebenarnya hanya memindahkan hutang tersebut kepada Kerajaan Pusat memandangkan penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang yang berlangsung sebelum PRU 12 (2008) yang lalu di mana menurut perjanjian “rationalisation scheme” yang dipersetujui bahawa Kerajaan Negeri perlu membayar lebih RM14.6 juta setahun kepada Kerajaan Pusat atas “interest-free rental” di dalam tempoh 45 tahun.

Pulak dah! Dah jelas sangatlah Guan Eng menipu berhubung “melangsaikan hutang” itu..!!!

Sebenarnya, perjanjian perstrukturan semula bekalan air itu telah dibuat sebelum Pakatan Haram memerintah Pulau Pinang. Dalam ertikata lain, Guan Eng hanya meneruskan perjanjian itu dan memindahkannya hutang tersebut pada Kerajaan Pusat!

Guan Eng tak pernah bayar pun duit sebanyak RM630 juta itu kepada Kerajaan Pusat. Sebaliknya, dia hanya “transfer” balik hutang tu kepada Kerajaan BN Pusat. Lepas tu dia “claimed” kata dia berjaya jana banyak duit di Pulau Pinang dan bayar hutang tu?

Memang memalukan! Takde intergriti langsung dalam kenyataannya itu. Kalau pindahkan hutang, cakaplah “saya dah berjaya pindahkan hutang”. Tak payahlah nak putar-putar cerita pada rakyat kononnya pandai “berniaga” dan cekap mentadbir hingga mampu “bayar” hutang sebanyak RM630 juta tu!

Buruk benarlah perangai Guan Eng! Kalau betul dia bayar, cuba kemukakan resit bayaran atau sebarang bukti pembayaran RM630 juta itu kepada rakyat! Rakyat pun nak juga tengok bukti “kehebatan” Guan Eng bayar hutang sebanyak tu!

Tapi, kalau tak mampu kemukakan bukti, baik letak jawatan sajalah! Dah terang-terang “kantoi” menipu!

Nak dikatakan cekap tarik pelabur, Kerajaan Pusat jugak yang banyak bantu dan bawa masuk pelabur ke Pulau Pinang! Sila rujuk MITI untuk bukti-bukti bantuan dari Kerajaan Pusat tersebut. Nak harapkan Guan Eng? Tabur auta keliling Cerok Tok Kun bolehlah!






7 Komen to Guan Eng Hebat Langsai Hutang RM630 Juta??? Lawak Sangat La Tu…

  1. tony gunawan says:

    apa benda ni kunco-kunco umno sudah ketandusan isu,isu ini dilihat amat kecil jika dibandingkan dengan skandal NFC,PENYENARAIAN FGVH,PENYALAHGUNAAN DUIT ZAKAT OLEH MENTERI AGAMA KITA KHIR JAMIL,ISU BANK AKAUN AWANG ADEK HUSSEIN (CALON MENTERI BESAR KELANTAN BN)dan banyak lagi!

    • P164 says:

      630 juta ckt ke bro? cakap putar belit pemimpin pakatan memang pandai n terror. Lama-lama terbelit sendiri….

      • bangcak says:

        630juta tu sikit sangat kan??

        hutang mega berbillion2 sampai telaga minyak pon tergadai tu lebih besar dan membanggakan.

    • bangKano says:

      Apa apaan lu ni balik balik lu tonjolkan isu yng sama tanpa bukti kukuh dakwaan lu itu. Apa lu ingat kita kita ni manusia blo on sepeti kamu hah bisa di keruyuk begitu saja…..

  2. Maaameee says:

    Tony,

    Isu sebenar ialah intergriti, cakap serupa bikin atau cakap tapi tak bikin.Bukan pada jumlah kecil atau besar!

  3. neutron says:

    Mamak rasa bangga tapi kasihan juga samaitu suma cacai Ameno… ini Cina DAP lagi efisen dari CINA GERAKAN dan Ameno…kah..kah.. mamak tengok sini PeNANG itu Melayu Ameno sama sikit mamak punya suku dari India juga sekarang ada panas BONTOT tarak dapat projek… kah..kah..

    PULAU PINANG: Sistem tender terbuka yang diamal kerajaan Pulau Pinang menyaksikan lebih 70 peratus bidaan kontrak dimenangi kontraktor Melayu, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng hari ini.

    “Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak. Kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka. Kontraktor kelas F tidak perlu datang dari Umno sahaja,” katanya.

    “Biarlah Umno dan BN menerusi Utusan Malaysia menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” katanya pada kenyataan media.

  4. neutron says:

    Ni mamak ada copy paste kata kata LGE cantik punya… moga terbuka minda bebal rakan rakan Ameno mamak

    “Adakah DAP itu sebuah parti rasis kerana meminta supaya tindakan diambil terhadap kes rasuah seperti permintaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet?

    “Adakah DAP itu rasis kerana menyerang Umno yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kehilangan saham Bumiputera berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu miskin yang tidak menerima walau satu saham pun?

    “Adakah DAP itu rasis kerana mempersoalkan konsesi lebuh raya Banting-Taiping selama 60 tahun dan berjumlah RM7.07 bilion kepada Kumpulan Europlus Bhd yang dimiliki seorang bukan Melayu?” soal beliau.

    Beliau menambah bahawa Utusan Malaysia sudah tidak relevan lagi apabila orang Melayu pun sudah tidak percaya dalam fitnahnya.

    Guan Eng juga membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin kerana menggelar DAP cauvinis sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

    Menurutnya Muhyiddin tidak berhak menuduh DAP kerana Timbalan Presiden Umno itu sendiri sudah mendabik dada mengumumkan bahawa beliau adalah “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian”.

    Katanya keengganan Muhyiddin untuk mengutuk Utusan Malaysia kerana menggambarkan tragedi rusuhan Mei 13 yang mengakibatkan kematian beribu-ribu rakyat Malaysia sebagai “hari keramat” jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang bersikap cauvinis dan rasis.

    Ya Melayu Meloya Ameno memang rasis…

Leave a Reply

Threesome