Menu Utama

Felda Mampu Beri Peneroka Porshe Cayenne, Mazlan Aliman Boleh Buat Begitu?

Sehingga kini, susah banyak tanah rancangan Felda yang saya jelajah. Saya sudah bertemu dengan ramai peneroka dari tanah-tanah rancangan Felda yang berlainan di beberapa negeri, meninjau pandangan dan pengetahuan mereka mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Alhamdulillah. Boleh saya katakan bahawa seluruh warga peneroka bersetuju dengan penyenaraian FGVH itu. Malah, setelah diberi penjelasan, mereka lebih tahu mengenai penyenaraian itu, hal ehwal saham, hak peneroka dan komitmen kerajaan. Mereka setuju 100%.

Namun, disebalik persetujuan itu, ada juga yang melahirkan rasa marah, bengang, kecewa dan geram mereka terhadap segelintir pihak yang cuba menghalang golongan peneroka ini untuk terus maju. Paling mereka marah ialah golongan ini menghasut dan mengelirukan segelintir peneroka lain yang merupakan rakan-rakan mereka sendiri.

Siapakah segelintir golongan penghasut ini?

Menurut mereka, golongan ini ialah anak-anak peneroka yang rata-ratanya kerja di luar Felda. Golongan penghasut ini semakin kerap pulang ke kampung menghasut keluarga mereka dan peneroka di sekitar tempat tinggal mereka. Mereka dikenali sebagai Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

Menurut orang-orang kuat peneroka, ANAK adalah sebuah pertubuhan haram tidak berdaftar yang diketuai oleh Mazlan Aliman yang hanya bertindak mengacau keharmonian dan perpaduan para peneroka. ANAK dianggap sebagai “orang luar” kerana mereka bukan peneroka yang sebenar. Ahli Koperasi pun bukan, tapi nak bersuara…

Meskipun ANAK mendakwa mereka mahu membela hak dan kepentingan para peneroka, golongan peneroka tahu bahawa ANAK sebenarnya memperjuangkan kepentingan diri mereka sendiri dan politik busuk sahaja. Tidak lebih dari itu.

Jika dikatakan ANAK membela kepentingan mereka, mengapa ANAK tidak menolong mereka ketika susah mahu membangunkan sosio-ekonomi masyarakat Felda di situ? Itu persoalan yang mereka timbulkan.

Peneroka menjelaskan bahawa ANAK hanya datang membawa beberapa pemimpin bercakap itu dan ini, tapi satu haram pun tak membantu mereka menaikkan taraf hidup mereka secara praktikal. Berbanding dengan Felda yang banyak membantu kehidupan mereka dari “zero” hingga mampu memiliki kereta mewah “Porshe Cayenne”!

Mampukah ANAK mengubah nasib warga Felda khususnya orang Melayu sehingga mampu berjaya seperti itu dengan setakat menjual air liur mereka dan berdemo di sana sini sahaja?

Menurut beberapa ketua peneroka, Mazlan pernah cuba masuk ke kawasan tanah rancangan mereka untuk berceramah. Namun, dia dan ANAK dihalau begitu saja sebelum memasuki kawasan pintu gerbang Felda masing-masing! Memalukan!

Nampaknya, ANAK tidak pun mendapat tempat di hati para peneroka. Hanya anak-anak peneroka yang duduk di luar yang tidak tahu mengenang jerih payah ibu bapa mereka membesarkan mereka dengan rezeki Allah melalui Felda saja yang menyalak bagai orang gila.

Hakikatnya, dakyah dan propaganda pembangkang saja yang gah, namun sebaliknya mereka tidak diperlukan dan hanya menjadi pengacau saja di kampung halaman masing-masing!



« (Previous News)



9 Komen to Felda Mampu Beri Peneroka Porshe Cayenne, Mazlan Aliman Boleh Buat Begitu?

  1. tony gunawan says:

    ahahahahahahaha MAS rugi,TNB rugi,sekarang FGVH pula ,nampaknya pemimpin-pemimpin umno semakin terdesak semakin tamak!tak apa walau apa berlaku masih ada lagi lembu-lembu umno yang akan mempertahankan mereka seperti anda semua ni!

    • jauhari says:

      tony gunawan gua rasa kalau cmni dia pnya prinsip gua ingat kalau dia bukak kedai runcit x sampai sebulan comfirm tutup kedai,percaya x?jika selurah rakyat malaysia seperti dia maka tiadalah perniagaan dlm negara kita.

    • jauhari says:

      tgkla sndri cara dan pemikiran ank didik bulan dan bintang..org kata bapak borek anak rintik,inilah yg terjadi pada tony gunawan entah dtg dr indon mana x taulah,tp yg dpt kita lihat secara jelas cara pemikiran mereka yg terlalu ke belakang sama mirip dgn pemikiran ketua2 yg mereka sanjungi dan hormati..lancaulah u tony hernandez

  2. pasdaplaknat says:

    Dalam perniagaan mesti ada cabaran, ada ketika rugi, cuma mcm mana sistem pengurusan itu mampu dan cekap atasi kerugian.

    SO far GLC Kerajaan yg untung lebih banyak dari yang rugi, tp kenapa macai2 ni just highlight yg rugi je.. dh tentu ini motif politik kotor jgk kn…

    pendek kata apa pun kejayaan Kerajaan sperti FELDA itu xkn dihebahkan melainkan kalau rugi..

    cuma nktanya pd pencacai2 PR, air liur fitnah tu kalau kumpul entah berapa tempayan, tp MANA PULA HASIL projek PR?

    Kelantan, 21 tahun perintah? kalau generator pemerintahan itu hebat, dr miskin pun boleh jd kaya, sbb hasil asli banyal.. tp apa mana dia GLC kerjaan PR yg berjaya?

    so watch out dululah KEBODOHAN PR sndiri sblm nk bodohkan org lain.. just tau bercakap bohong, tp sendiri xde hasil..

    uweekk..ptuihhh (utk ko tony)

  3. bluekang says:

    aku dah kenal benar dengan puak2 yg specis tony ni…mereka ni jenis yg pemalas, tak kenang budi and yg paling teruk ialah tak tahu bersyukur…yang dia orang tahu bukak mulut and kerajaan suap and sumbat sampai tembolok dia orang…ada yg paling extreme tu nak kunyah pun malas walaupun dah ada dalam mulut dia org…

  4. tukul says:

    tu anak derhaka namanya…..tempatnya di neraka

  5. Tubir says:

    Percatoran FELDA melalui FGVH amat teratur Tapi kenapa ramai peneroka tidak bersetuju?Ada yang tersirat dari yang tersurat…….Ana mau tanya FGVH berapa keuntungan diperolehi dari kerja membawa pulang dan pemindahan kapal selam keMelaka tempoh hari ?……..Siapa yang bayar atau ianya satu kerja amal ………..sila jawab sesiapa yang tau cerita >>>

    • jauhari says:

      siapa kata ramai peneroka yg tdk bersetuju dgn FGV??saya anak peneroka dan baru2 nir sy lihat depan mata kepala sy sndri melihat warga peneroka berpusu2 memenuhi perkarangan pejabat felda setempat utk menandatangani loan saham..rata2 mereka mengatakan 99% yg menandatanganinya..kalau u bkn ank peneroka u duk diam2 sajelah tubir…fuck u tubir

  6. hakimi says:

    Assalam…

    Tahniah kpd MyKMU di atas penjelasan berkenaan FGVH. Barulah tau ANAK tu rupanya haram. Haramjadah punya ANAK!!! Hehehe…

Leave a Reply

Threesome