Menu Utama

Doakan Untuk Adik Ini.

Hari ini Puteri Amalin Nabila Binti Tengku Azminizam akan menjalani pembedahan jantung atas bantuan dan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Institut Jantung Negara dan rakan-rakan Mykmu. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga pembedahan ini akan berjaya.

Sumbangan JKM membiayai sebahagian besar kos pembedahan berjumlah lebih RM 25 ribu menunjukkan bahawa kerajaan yang “zalim dan penindas” ini sentiasa membuat kebajikan dan kebaikan tanpa peduli apa sahaja prasangka buruk sebahagian rakyat yang terpedaya kepada dakyah pembangkang. Tanpa publisiti, tanpa sidang media, kerajaan terus membantu sesiapa yang memerlukan. Setiap tahun bukan adik Nabila seorang yang menerima bantuan seperti ini. Namun kerajaan tetap disalah dan diburukkan hanya kerana menaikkan sedikit harga elektrik, tol dan petrol.

Sementara itu, adik ini mungkin memerlukan serba sedikit bantuan kewangan bagi keperluan ubat-ubat pada masa akan datang. Sesiapa yang ingin menderma bolehlah melakukannya melalu akaun maybank ibunya: 164409538281 ASZURIDAH BINTI TAIJUDDIN



« (Previous News)



8 Komen to Doakan Untuk Adik Ini.

  1. Brother_Borak says:

    Salam. Hari tu kata nak bagi akaun nombor apabila sampai masa nak bedah. Mana kita kenal ibu dia. Tolong permudahkan urusan bantuan ini.

  2. tengkudin says:

    insyaallah!! amin..

  3. veteranpas says:

    tu kat dalam artikel tu ada tulis nombor akaun tu

    • Brother_Borak says:

      Salam my fren. Tadi dalam pukul 9.55 pagi tadi tak ada. Artikel tu setakat “akaun ibunya”. Tapi tak tahulah pulak kalau mata ni terlepas pandang.

  4. pesakit IJN says:

    sebagai seorang pengunjung setia IJN, saya bersimpati dengan keadaan adik ini…namun saya percaya kerajaan tidak akan menzalimi rakyatnya…

    Dari pengalaman saya, IJN merupakan sebuah institusi perubatan khusus buat pesakit jantung…bagi saya IJN terbaik di Malaysia dan Dunia..

    Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur,pemimpin kita berfikiran jauh dan kehadapan …rasanya tiada didalam dunia ini ada kerajaan yang menanggung kos perubatan jantung yang mahal sebegini…

    Dalam kes saya, mengalami saluran jantung tersumbat dan direfer ke ijn oleh hospital kerajaan, alhamdulillah saranan kaum keluarga agar ke IJN merupakan tindakan yang betul..

    Walaupun pada permulaan kos pembedahan dan rawatan dikenakan sebanyak rm35k, tapi hampir 97% ditanggung oleh kerajaan melalui tabung yang disediakan oleh kerajaan spt yang berlaku keatas adik Puteri Amalin Nabila Binti Tengku Azminizam…

    Mungkin sesetengah orang akan mengatakan itu adalah tanggungjawab kerajaan, tapi bila memikirkan sampai orang singapore pun datang untuk menjalani prosedur di IJN kerana murah..saya terpikir sejenak, hanya pemimpin yang mempunyai daya pemikiran ke depan sahaja mampu melakukan sebegini…

    Hari ini saya difahamkan kerajaan telah menubuhkan dan membangunkan hospital bagi jenis2 penyakit tertentu yang melibatkan kos perubatan yang tinggi spt jantung…alhamdulilah, sekurang2nya rakyat yang tidak berkemampuan boleh menarik nafas yang lega…nak harapkan Pakatan Rakyat..mereka hanya mementingkan diri sendiri dan pemimpin mereka sahaja…

    Namun bukan semuanya bersyukur, ada juga pesakit ijn masih lagi menganggap IJN itu hanya kebetulan bukannya perancangan yang bijak…

  5. bangKano says:

    Aku pun nok beri sumbangan sikit tapi ragu ragu siapa ibu kandung adik ni sebenaq nya..? Semoga ada pengesahan dari pihak yang bole di percayai.

  6. Brother_Borak says:

    Terima kasih. Insyallah bantuan sampai. HURA!!!

  7. Semoga selamat menjalani pembedahan.

Leave a Reply

Threesome