Menu Utama

Dalang Luar UPSI : Provokasi, Biadap, Kasi Pecah Cermin, Tunjuk Ganas

AIDCNews – 02/12/11 – Bukan angkara siswa-siswi UPSI, tetapi di dalangi oleh ‘pelajar’ luar yang mahu mencemar imej dan nama baik UPSI.

“Mereka orang luar. Mereka sendiri merempuh cermin klinik panel, tetapi mereka tuduh polis pukul mereka”, demikian kenyataan Dato Dr Junaidy Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor HEP, UPSI.

Kalau siswa luar mahu permainkan Dr Junaidy, mereka silap besar. Mereka patut baca sejarah siapakah tokoh yang buat kajian tentang “Mahasiswa Politik dan Undang-Undang” yang menjadi salah satu rujukan gerakan mahasiwa masa kini,

Kecuali Adam Adli, orang luar yang dimaksudkan Dr Junaidy adalah ‘siswa-siswa’ dari luar UPSI yang bernaung di bawah sebuah pertubuhan haram pelajar yang dinamakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

SMM adalah pertubuhan underground pelajar yang diharamkan sejak tahun 2001. Ini cerita lama. SMM pernah ‘mati’ sekejap selepas kebakaran DTC (Dewan Tunku Canselor) UM dan penangkapan siswa 6 di Masjid Negara, namun ‘hidup’ semula selepas kampus menjalankan polisi terbuka.

Kasi Pecah Cermin

Siswa underground ini sudah sudah dilatih cara paling berkesan untuk berdemo. Mereka akan buat provokasi supaya polis/FRU marah dan pukul mereka. Angkat poster Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terbalik, itu adalah provokasi mereka. Menjerit dan maki hamun polis, itu juga termasuk dalam silibus modus operandi mereka.

Jika polis atau FRU tidak pukul mereka sampai berdarah, mereka akan buat apa sahaja supaya nampak berdarah, termasuk rempuh cermin klinik.

Lepas sudah nampak berdarah, diteruskan dengan drama sakit tenat, macam skrip BERSIH 2.0. Itu sahaja skripnya. Sama sahaja

http://www.anwaraidc.com/?p=20392






2 Komen to Dalang Luar UPSI : Provokasi, Biadap, Kasi Pecah Cermin, Tunjuk Ganas

  1. takbai says:

    Mahfut yang takat SRP gerenti tak dapat masuk U.Buat demo je la….

  2. […] Dalang Luar UPSI : Provokasi, Biadap, Kasi Pecah Cermin, Tunjuk Ganas. Dalang Luar UPSI : Provokasi, Biadap, Kasi Pecah Cermin, Tunjuk […]

Leave a Reply

Threesome