Menu Utama

Bila Pakar Putar Belit Kata Dirinya Dibelit…

Sudah menjadi amalan Anwar Ibrahim. Sekiranya dia berada di luar negara dan ditemuramah oleh media antarabangsa yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, maka dia akan membuat kenyataan yang menyebelahi Yahudi dan sangat liberal terhadap Islam.

Namun, sekiranya kenyataan tersebut dapat dihidu media tempatan, maka cepat-cepatlah dia memutar belit lidahnya menyatakan kenyataannya telah di “misquote” dan di”putar belit”kan oleh media pro-kerajaan. Hakikatnya, dialah yang membelit sebenarnya!

Terbaru, menggunakan kaedah modus operandi yang sama, dia mendakwa kenyataannya di Wall Street Journal mengenai sokongannya “melindungi Israel”. Katanya, media tempatan putar belit kenyataannya itu dan memberi amaran untuk tindakan saman darinya.

Persoalannya, bodoh benarkah media tempatan dalam mentafsirkan kenyataannya di Wall Street Journal itu? Dia seorang saja yang tahu dan faham berbahasa Inggeris? Media tempatan tak reti “translate” dan faham kenyataannya itu?

Bodoh sangatlah “putar belit” Anwar kali ini. Nampak sangat kebobrokannya untuk menyelamatkan diri dari dikecam rakyat. Dia fikir rakyat pun bodoh sama, tak tahu dan tak faham bahasa Inggeris, kah?

Kalau dah keluarkan kenyataan begitu, mengaku sajalah. Jawablah dengan isi dan makna yang diucapkan itu. Terlanjur perahu, mungkin boleh diundur, terlajak kereta mungkin boleh di”reverse”, tapi kalau terlajak kata begitu..alamatnya binasalah badan!

Wall Street Journal bukan Utusan atau TV3 yang dikatakan pro-kerajaan. Malah, media antarabangsa itu memang terkenal di persada antarabangsa dan dikenali sangat pro kepada Israel serta Amerika Syarikat. Sekiranya Wall Street Journal menyiarkan berita mengenai spekulasi ekonomi, ia mampu menyebabkan kesan besar terhadap prospek ekonomi sesebuah negara.

Dalam kata lain, Wall Street Journal memang berpengaruh.

Justeru, Anwar tidak mempunyai asas untuk menuduh Wall Street Journal itu “dibayar” oleh UMNO atau kerajaan untuk memutar belit kenyataannya. Tak logik langsung jika dituduh begitu.

Jadi, Anwar tuduh media tempatan yang “buat-buat” cerita? Media tempatan pun “quote” dari Wall Street Journal. Kalau Wall Street Journal menipu, maka samalah media tempatan pun. Masalahnya, dah terang-terang Anwar kata begitu, nak putar belit macam mana lagi?

Memang sudah berkurun abad Anwar dikatakan membodek Israel. Dari zaman dia jadi Timbalan PM pun dia memang rapat dengan Yahudi dan Israel. Itupun secara rahsialah. Namun, setelah rahsianya itu terbongkar, cepat-cepatlah dia “cover line” kononnya dia difitnah dan “diputar belit”kan!

Anwar mungkin fikir dia masih lagi “Raja Putar Belit” dan rakyat akan percaya dengan “putar lidah”nya itu. Tapi, itu dulu. Sekarang rakyat sudah celik! Rakyat sudah mampu berfikir tentang konspirasi yang dia sendiri cipta dan pelbagai pembohongan yang dia lakukan! Rakyat sudah serik..!!!

Baguslah. Putar alamlah lagi. Lagi Anwar putar belit, lebih banyak rakyat akan sedar tentang kejijikan dirinya. Lagi Anwar belit, lagilah dia akan terbelit. Dan sudah pasti rakyat yang ditipunya itu akan membelitnya sehingga mampus nanti!

Melihat keadaan dan situasi PKR yang makin lama makin teruk dan huru-hara, melihat keadaan parti yang dinaungi Anwar itu makin lama makin hilang sokongan, tidak hairanlah DAP dan PAS kini berura-ura untuk meninggalkan Pakatan Haram. Pakatan Haram makin hilang keyakinan pada “Imam Mahdi” itu!

Hakikatnya, Anwar dan Israel memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Siapa yang “fund” Anwar selama ini? Siapa yang “support” Anwar dulu, kini dan selamannya? Sekiranya Anwar miskin papa kedana sangat sebagaimana di dakwa, mana dia dapat duit banyak-banyak untuk hidup mewah?

Rasanya, kehidupan Pok Nik Aziz jauh lebih miskin dan dhaif berbanding Anwar dan Azmin. Baguslah. Anwar dan Azmin hidup begitu mewah, tapi Pok Nik terus papa kedana walaupun sanggup tanggung dua ekor “biawak hidup” itu!






26 Komen to Bila Pakar Putar Belit Kata Dirinya Dibelit…

  1. Anak_Nogori says:

    Kaya la lepas ni Imam Mahadi ni dok saman menyaman..ramai tu yg dia boleh saman, spt Ezam, Zul Kulim, Muhyiddin dsb..hehe.

  2. Bulan Empat says:

    Saperti biasa dia akan putar alamkan semua fakta dan memberi penafian demi penafian. Pro nya Anwar terhadap Israel memang jelas dari dulu tapi cara dia sembunyi dan berselindung ialah dengan exploitkan issue pada pihak lain termasok issue Afco . Isu ini hingga kehari ini dia masih berhutang dengan dewan rakyat bukti dan penjelasan utuk support kenyataannya yang kerajaan bersengkol dan bukan dia.

    Tetapi malangnya cacai nya terus menerus percaya kerajaan yang bekerjasama hingga kehari ini.

  3. umnototok says:

    Ko ambilah package ‘berbulan madu di atas pelangi’ dari Amy Search, Anuwar…
    Hidup asyik perasan sahaja….dah tu si anak perempuannya pun sama terjangkit??.
    kembang bontot bila ada ura2 nak dijadikan pengganti bapak untuk jadi PM sekiranya keputusan bicara tempuh hari sebaliknya.

  4. selamber says:

    Kerana putar belitnya la..buatkan Nuar ni terbelit sendiri (makan diri sendiri la tu)..macamtu la jugak pencacai2nya..

  5. Waris Jebat says:

    Biarkan dia bercakap dan diwawancara oleh media asing. So, be it. Lebih banyak dia bercakap lebih banyak rahsia, pekung dan pembohongannya akan terbongkar. Dia sekarang ni cakap apa yang difikirkan bukannya difikir apa yang dicakap malah tak sempat nak berfikir pun. Percayalah! masanya akan tiba dalam tempoh terdekat ini, dia akan ditolak pihak sana dan sini. Pencacainya tetap ada tapi setakat mencacai jerlah.

  6. Wong Pin Ter says:

    Putar belitlah macam mana pun yang pasti majoriti rakyat Malaysia memang sudah tahu dan maklum Anwar Ibrahim adalah pengamal biseksual dan pemimpin Pro yahudi Israel aka agen Yahudi. Cuma pecacai-pecacai tegarnya amat sukar untuk menelan kepahitan realiti sebenar siapa Anwar Ibrahim lalu demi untuk mempertahankannya maka mereka terus memutar belit sama semua isu demi menjaga imej dan kredibiliti pemimpin agung pujaan mereka itu.

  7. tukul says:

    cakap tk serupa bikin
    jgn undi pr

  8. Moooohyideen says:

    salam semua.

    saya rasa elok lock semua topic mengenai Pemfitnahan ke atas Anwar Ibrahim berkenaan jawapan keselamtan negara Israel dalam Wall Street Journal.

    Ambil thread yang ini sahaja kerana thread yang lainnya mengandungi unsur2 fitnah dan salah faham (walaupun ada yang bukan fitnah).

    Sesungguhnya, Saya telah menduga memang jawapan beliau tally dengan jawapan saya dalam thread yang berkenaan (4 hari lepas). bahawa Malaysia telah pun mengikut peraturan perlembagaan dalam Resolusi Perlembagaan PBB utk Majlis Keselamtan mengiktiraf Keselamtan Negara2 yang diiktiraf.

    Bahawasanya Anwar Ibrahim hanya mengulangi apa yang terdapat dalam resolusi yang telah sekian lama dipegang oleh Malaysia.

    sumber

    http://anwaribrahimblog.com/2012/01/28/jangan-putar-belit-kenyataan-demi-menghambur-fitnah/

    Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
    “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.“
    Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL
    DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

    “..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
    Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
    ANWAR IBRAHIM
    —-

    I was interviewed by the Wall Street Journal on Thursday, 26th January 2011. Among the questions posed to me was concerning foreign policy and the Palestinian issue. I was firm in stating that the wishes and rights of the Palestinian people must be protected and that includes the right to form a independent and sovereign state of their own, and not to be continuously oppressed. I also posited that if these conditions are to be must be fulfilled, then by the same logic, the rights if the Israelis should also be respected. My full response to this matter is reproduced below:
    “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”
    My position is clearly in line with that of the principles of struggle of the People’s Justice Party which values highly the Principle of Universal Justice and strongly defend the rights of the oppressed. In addition, my view runs concurrent with that of Resolution 1397 of the United Nations Security Council and the Arab Peace Initiative which promotes the Two-State Solution. What more, the same principle of the Two-State Solution approach had been addressed by the Hon. Foreign Minister at the General Debate Of The 66th Session Of The United Nations Assembly on 27th September 2011 in New York. He mentioned:
    “..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties.” (Israel and Palestine)
    It is clear from the Foreign Minister’s statement that Malaysia adopted a policy of respecting both the rights of the Palestinians and Israelis to enjoy peace and security. However, this condition shall largely depends on the prerequisite that the rights of the Palestinians are not violated. Hence, I would like to sternly warn any distractor who wishes to twist and turn my statement and henceforth spread lies that I have turned my back on the aspirations of the Palestinians. The principle of the People’s Justice Party is very clear in defending whose rights have been denied and oppressed. Our commitment to uphold justice has never faded, in fact it is always renewed and strengthened.

    ANWAR IBRAHIM

    • HeroTamil says:

      hikhikhikhik….

      Cuba nko tolong highlightkan..tang mana dalam Artikel tu bahawa WSJ bertanyakan tentang PALESTINE?.

      hikhikhikhik…oops!! aku lupa!!
      Rukun Iman Pertama PAS dan Umat “IMAM” Anwar….Percaya pada ANWAR….
      Huahahahahahahaha…

      Kalau tak paham bahasa Inggeris ngaku jer lah, terpaksa lah tunggu “terjemahan” Anwar…lalalalalala

    • hak ela…. fitnah amendenye…
      bengong sangat nape?…
      dah terang2 WSJ tulis macam tu…. kalau anwar beria nak saman, saman la WSJ…takkan takut kot…

      pastu kau post petikan dari pembelit tu sendiri…. bengong ke hape…

      takkan la die nak ngaku memang betul sume tu… memang mintak nyawa lah kan…

      ko ni pon agak2 la… jgn la taksub sangat….. bengong….

      fitnah, fitnah, fitnah…. dah terang2 bende tu dah ditulis… kalau fitnah… sape yg pemfitnahnya?… WSJ la…

      nak ancam saman kat media tempatan buat ape…

      nak sangat saman orang?… ha p saman datuk T sane…..

      dah takde kote ke nak saman?…

      habis la… dunia dah nampak sape anwar sebenarnya…

    • Anti Ungrateful Immigrants says:

      http://www.youtube.com/watch?v=Nfp810mMfgM

      Moo, lagi ko cover imam mahdi lantikan korang tu, lagi nampak tolol ko ni. Ko nak pusing camner lagi? FYI, aku belajar kat US 4 tahun. Alhamdulillah aku dapat degree 1st class. Ko agak english aku camner? Aku faham sangat apa yang tersirat & tersurat dalam news WSJ tu. Sedar lah moo. Cuba ko fikir dalam-dalam. Mari sama2 kita tegakkan Islam & martabatkan melayu.

  9. hajimat says:

    “Anwar is finish”. Yang tinggal hanyalah kemampuan dia menyogok para pengampu tegar yang sanggup buat apa saja kerana duit 50 dalam sampul yang bakal diedarkan.

    GOOD RIDDEN

  10. Cfu says:

    Mooo, kau tak payahlah nak pertahankan Nwar. Mengikut peta asal dunia, negara Israel tak wujud. Mereka rampas tanah Palastin dan tubuh negara Israel. Perkara benar tetap benarlah. Takkan Moo masih kata wujud negara Israel yang perlu dipertahankan(keratan media). Haram sebut hak rakyat Israel. Israel mana ada hak ke atas negaranya sebab mereka sebenarnya tiada negara

    • Anti Ungrateful Immigrants says:

      Super betul Cfu. Buat pengetahuan moo, Allah sendiri berfirman dalam Al-Qur’an yang mengatakan yahudi adalah musuh islam yang nyata sampai kiamat, wajib diperangi. By hook or by crook, memang yahudi tidak boleh dipertahankan. Camno tu moo???

  11. Anak_Nogori says:

    Dah selari plak kenyataan dia dgn resolusi PBB….hahahahahahahahahahaha..dah kantoi.

  12. tony gunawan says:

    cfu,u jangan banyak berbohong,nasib rakyat palastin jadi begini kerana negara-negara islam di dunia ini langsung tidak dapat membantu mereka termasuk malaysia yang dipimpin oleh kerajaan BN malah ada negara islam seperti mesir dan turki menjalin hubungan diplomatik dengan israel !lagi pun kita jangan lupa hubungan president umno dengan APCO dalam mentadbir negara ini!

    • Anak_Nogori says:

      Ya..mari sama2 kita sokong kenyataan Anwar yg akan menyokong segala usaha menjaga keselamatan israel ini dan dgn menyokong kita dapat membantu rakyat Palestine yg hari2 dizalimi oleh puak2 zionis itu.

      Takbirrrrrrrrrrrrrrrr.

    • Cfu says:

      APCO tu ciptaan Nwar. Kau Tony masih tak faham. Tiada kaitan dengan Najib.Aku bukan cakap mengenai nasib rakyat Palestin. Aku cakap Israel sebenarnya tiada negara. Buat apa kau iktiraf Israel.Orang macam kaulah yang menzalimi rakyat Palastin

      • sanija says:

        Cfu..Cfu..mung pun satu lagi bodo. Bila cakap Israel mau x mau memang kena kat Palestin bongok. Dari dulu hgga lo ning org pade tahu yg Israel rampas hak org Palestin.

    • selamber says:

      ko ni tonik..dari dulu posting ko ni tak pernahnya pandai..semuanya BODOH2 je..hehe..taknampak cerdik langsung..takpe la tonik..cuba lg ye

  13. cume pencacai anwar yg mereng je pecaya ckap orang tua tu…

  14. jebat says:

    Kenyataan Anwar mengenai Israel mengejutkan – Duta Palestin

    30/01/2012 5:52pm

    KUALA LUMPUR 30 Jan. – Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

    “Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

    “Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

    “Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya. — BERNAMA

  15. djray says:

    makan duit yahudi.. perngai pun macam yahudi.. kalau dia kata taik tu leh makan, pengikut dia tetap akan makan.. mmg bodoh sgt pengikut penyontot nih..

  16. OrangPekan says:

    Nak spin lagu mana lagi dah..damage is done.Terima je lah kutukan dari manusia yang perhatin kepada kesengsaraan rakyat Palestin.Balasan dari Allah entah macam mana nanti.

  17. Bulan Empat says:

    Nuar akan hanya senyap bila dia mati. Kerana orang macam ini dalam tidor pun dia bercakap.

    Kalau bercakap benda betul tak apa tapi dalam tidor pun dia berbelit .

    Dari situ timbulnya penganugerahan imam mahadi dan gelaran suci lain yang diberi pada nya.

Leave a Reply