Menu Utama

“Akulah pemanipulasi minda dan pembohong rakyat no.1 di Malaysia!”

Kalau saya kutuk Malaysiakini.com, sudah tentu ramai para pembaca yang akan marah-marah. Kalau saya “cuit sikit” pun laman portal pembohong itu, sudah tentu ramai penyokong pembangkang yang melenting. Sayang sungguh mereka kepada “portal suci” itu…

Sebelum ini, Malaysiakini sudah banyak kali “kantoi” menipu, melaporkan berita bohong dan menabur fitnah di laman portalnya itu, khususnya kepada kerajaan dan kepimpinannya. Mereka “spin” isu bermula dari tajuk, hinggalah ke akhir ayat berita yang disampaikan.

Misalnya, isu Mismah. Mujurlah Sinar Harian dengan etika kewartawanan yang kuat telah berjaya membongkar fakta-fakta sebenar mengenai Mismah dan memecahkan tembelang yang cuba dimainkan oleh Malaysiakini.

Terkini, Malaysiakini.com melalui Ketua Pengarangnya, Steven Gan, memohon maaf secara terbuka kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana menyiarkan 12 artikel yang berunsur fitnah bohong yang memburuk-burukkan imej Abdul Taib.

12 artikel..!!! Banyak tu! Kalau satu artikel, mungkin ralat. Kalau dua artikel ralat, mungkin tak sengaja. Kalau 12 artikel..???

Mujurlah Ketua Menteri Sarawak tu baik hati dan tarik balik saman tersebut. Kalau tidak, guling-guling la Steven Gan merayu simpati dari “boss-boss ghaib”nya nak bayar saman juta-juta ringgit!

Apa yang bermain difikiran saya ialah mengenai mentaliti pembaca Malaysiakini. Kreadibiliti Malaysiakini memang dah hancur habis. Zero! Itupun, mereka masih lagi masuk baca dan gunakan fakta dari portal itu untuk berhujah?

Namun, fikiran saya cepat mendapat jawapan. Iyalah. Puak pembangkang memang sukakan fitnah, sebab itulah mereka sukakan Malaysiakini. Kenapa pula mereka benci pada TV3 dan Utusan Malaysia? Tentulah, sebab TV3 dan Utusan Malaysia menyiarkan fakta sahih dan menyakinkan. Mudah saja jawapannya.

Bukan mahu memuji portal Mykmu.net. Mykmu.net juga pernah sekali tersalah lapor ekoran mendapat maklumat yang kurang tepat dari “informer”. Namun setelah menyedari kesilapan itu, sepantas kilat Mykmu.net memperbetulkan keadaan dengan menarik balik artikel tersebut, memohon maaf secara terbuka seikhlas hati dan berubah ke arah yang lebih beretika. Macam tu baru betul gentleman!

Namun, dengan peristiwa Malaysiakini.com meminta maaf kepada Abdul Taib, saya mohon kepada semua rakyat agar membuka mata dan mampu membuat pilihan secara waras dan rasional tentang mana yang kaca dan mana yang permata…

Kreadibiliti sangat penting di dalam media dan dengan kesilapan lebih 12 kali berserta banyak lagi kes-kes lain yang di”kantoi”kan, jelas sekali Malaysiakini.com sangat layak untuk “ditapak kakikan” saja.

Tapi, saya yakin Malaysiakini takkan insaf atau mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Itu bukan “style” Malaysiakini atau pembangkang. Depan hakim, mungkin mereka terpaksa minta maaf. Depan rakyat, mereka akan mendabik dada dan berkata “Akulah pemanipulasi minda dan pembohong rakyat no.1 di Malaysia!”.

Begitulah perihal Malaysiakini yang diagung-agungkan puak-puak pembangkang…






4 Komen to “Akulah pemanipulasi minda dan pembohong rakyat no.1 di Malaysia!”

  1. tony gunawan says:

    saudara-saudari marilah kita sama-sama tanpa mengira kaum dan agama berdoa setiap masa agar saudara anwar ibrahim dapat dibebaskan daripada segala pertuduhan jahat oleh mahkamah tinggi kuala lumpur pada 9 januari 2012.sekian terima kasih! hidup anwar!hidup anwar! hidup anwar!

  2. pasdaplaknat says:

    Assalamualaikum,

    saudara-saudari muslimin dan juga penganut agama lain, marilah kita berdoa supaya Tuhan tunjukkan kebenaran. Jika Anwar Ibrahim berada di pihak yang benar, tunjukkanlah kebenaran mengikut fitrah yang aman dan tenteram.

    Tetapi jika Anwar Ibrahim itu benar2 terlibat dengan kegiatan jahat itu semoga Allah tunjukkan dengan sejelas2nya dan hukumlah ia di dunia lagi sebagai pengajaran buatt umat manusia lain..pengajaran dan hukuman buat pentaksub2nya yang banyak memesongkan kebenaran dan keamanan..

    Sama ada beliau bersalah atau tidak berilah hukuman atas keangkuhannya membuat huru hara demonstrasi yang mengganggu hak manusia lain seperti mana yang dilarang dlm Islam!

    Sesungguhnya org yang benar itu tidak gentar dengan kebenaran..org yang bersalah sentiasa berhelah menggunakan pelbagai perisai termasuk PERISAI MANUSIA melalui demonstrasi!

    AMINN YA ROBBAL’ALAMINNN!!

  3. Icuk Sugiarto says:

    Saudara-saudari sekelian, jangan kita taksub dan fanatik kepada Anwar macam Tony Gunawan di atas. Dia mungkin di bayar untuk memberi komen yang sama tiap2 hari.

    Mari kita gunakan akal fikiran kita dengan mengkaji dan menilai sifat dan sejarah manusia Anwar ini dari zaman beliau di UM lagi. Semuanya ada di internet. Kalau minda anda terbuka dan tidak prejudis, anda akan dapati betapa teruknya Anwar ini untuk kita angkat dia menjadi seorang pemimpin negara.

    Dalam kes liwat 2 ni Zulkifli Nordin mengupas dgn amat baik kenapa kita percaya Anwar di pihak yang salah. Tak payah saya ulang point2nya pegi je ke blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/

  4. Memerangi yang Batil says:

    Anwar Ibrahim adalah pemangsa atau dalam kata lain, “yang meliwat”. Melalui keterangan saksi, bukti kukuh, kajian saintifik dari pakar dan bicara pendakwaan di mahkamah di mana ada soal balas oleh barisan pembelaan Anwar, memang terbukti dengan Anwar sememangnya peliwat.

    Malah sekiranya dirujuk kepada kes liwat I Anwar dahulu, mahkamah memang mengesahkan Anwar terlibat dengan aktiviti liwat. Cuma, dia dilepaskan atas sebab teknikal, dan bukan kerana tidak meliwat!

    Dan kali ini, biarpun mendakwa ada alibi, Anwar gagal membawa walau seorang pun saksi sebagai alibi untuknya melepaskan diri dari pertuduhan. Dia juga memilih untuk tidak bersumpah atau disoal balas, sebaliknya hanya memberikan ceramah politik memburukkan hakim mahkamah dan kerajaan dari kandang tertuduh.

    Sepatutnya, yang perlu diselamatkan dan dibebaskan ialah mangsa, iaitu Saiful Bukhari Azlan. Dia mangsa peliwat dan keadilan sewajarnya diberikan kepadanya tanpa kompromi meskipun melibatkan “Imam Mahdi”, “Pemimpin Anugerah Tuhan” atau “Papa Hebat” sesiapa sekali pun. No exception!

    Malah, dari sudut perundangan sekali pun, di depan peguam profesional paling luas pengalaman pun, Saiful dibuktikan telah diliwat seseorang yang dikenali sebagai “Lelaki Y”. Paling kukuh, spesimen DNA dari air mani lelaki Y ada dalam salur rektum dubur Saiful! Dalam banyak-banyak sumber DNA, mengapa sumbernya air mani dan bukan air liur, peluh atau rambut Anwar dalam lubang “bontot”nya?

    Mana datangnya air mani itu? Ingat senangkah nak dapatkan air mani seseorang? Lainlah kalau Anwar ada menderma air maninya di bank air mani dunia. Pada saya, hanya Wan Azizah saja yang memiliki hak eksklusif terhadap sebarang titisan air mani Anwar Ibrahim. China Doll atau Sukma pun tidak punya hak tersebut!

Leave a Reply

Threesome