Menu Utama

Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?

Saya berharap laman ini dapat membenarkan saya menulis mungkin buat kali terakhir mengenai kes Dr. Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi. Dr. Mohamad Khir dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan hartanah terbabit dirampas.

Tidak ada alasan untuk mempertahankan sebarang tingkah laku salah guna kuasa dan rasuah jika ia terbukti benar dan diuji oleh kebenaran maksima Mahkamah. Sama ada ia Ketua UMNO Bahagian, bekas Menteri Besar hatta Menteri pun harus berhadapan dengan undang-undang negara.

Namun dalam penghakiman Khir Toyo pagi tadi, saya dapati penghakiman oleh Datuk Wira Mokhtarudin sangat melucukan dan bakal menjadi bahan lawak jenaka dalam fraterniety guaman negara.Bagi mereka yang membenci Dr. Khir atau UMNO, hukuman tersebut adalah adil dan Dr. Khir layak mendapatkannya. Itu soal lain. Jika Dr. Khir benar-benar rasuah sekalipun sudah tentu kita mahukan beliau dijatuhkan hukuman atas sebab yang betul dan alasan yang diterima akal.

Malangnya apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Shah Alam menunjukkan bahawa penghakiman dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan ini tidak memenuhi ujian-ujian penting dalam menjatuhkan hukuman. Saya menulis dalam ulasan sebelum ini bahawa untuk membuktikan sama ada Khir Toyo bersalah atau tidak dalam mendapatkan satu barangan dengan balasan yang tidak mencukupi ialah bergantung kepada jawapan kepada soalan-soalan berikut:

1. Apakah nilaian sebenar hartanah berserta rumah yang tidak siap pada 2007 itu sama dengan harga pembelian pada 2004 sebanyak RM 6.5 juta. Ini kerana pertuduhan tersebut dengan jelas menyatakan Dr. Khir memberi balasan yang kurang berbanding harga RM 6.5 juta.

2. Yang mana satu pilihan hakim dalam menentukan harga hartanah tersebut pada 2007 sama ada nilai pembelian, nilai oleh Rahim and Co atau nilai oleh TransAsia.

3. Jika hakim menerima nilai pembelian tersebut sebagai nilai struktur rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007, Hakim perlu membuat keputusan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai harga hartanah tersebut bernilai RM 6.5 juta.

4. Untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan ini, Hakim perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak keterangan SP2 dan SP 3. Hakim juga perlu memutuskan apakah kenyataan-kenyataan SP2 dan SP3 boleh diterima sebagai satu saksi yang suci dan melampaui keraguan munasabah. Ini kerana pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir bergantung kepada kenyataan-kenyataan SP2. Jika kedua-dua ini diterima oleh Hakim, maka Dr. Mohamad Khir akan disabitkan kesalahan.

5. Jika hakim menerima penilaian Trans-Asia, Dr. Mohamad Khir mungkin dibebaskan berdasarkan kenyataan SP2 sendiri bahawa beliau tidak pernah memaklumkan kepada tertuduh mengenai laporan ini.

6. Jika Hakim menerima laporan Rahim and Co, bermakna tertuduh harus dibebaskan walaupun pendakwaraya mendakwa SP2 terpaksa menjual kepada tertuduh. Ini kerana tertuduh mendapat barangan tersebut dengan memberi balasan yang setimpal. Dakwaan SP2 terpaksa menjual juga tidak dapat diterima kerana SP2 mengaku di dalam Mahkamah bahawa beliau yang menawarkan untuk menjual kepada tertuduh.

Mokhtaruddin dalam penghakimannya menyatakan beliau mendapati Khir Toyo bersalah kerana membeli hartanah dari seorang yang beliau tahu mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dengan balasan yang tidak mencukupi. Menurut beliau kenyataan bahawa Dr. Khir pernah ditawarkan harga rumah tersebut dengan RM 7 juta dan kemudiannya terbabit dengan perbincangan antara Sumardi dan Shamsuddin dengan menyuruh Shamsuddin membeli rumah tersebut merupakan bukti Khir Toyo mengetahui harga rumah tersebut.

Hujahan ini sangat luar biasa kerana Pendakwaraya tidak pernah memanggil saksi mereka Datuk Sumardi untuk memberi keterangan mengenai situasi tersebut. Namun Hakim memilih untuk mempercayai kenyataan SP2 yang dinafikan oleh tertuduh.

Malahan Mokhtaruddin juga berhujah bahawa pengakuan SP2 dan Dr. Khir bahawa SP2 ada menawarkan hartanah tersebut dengan harga RM 5 juta merupakan bukti yang mencukupi untuk menunjukkan Dr. Khir mendapatkan barangan dengan balasan yang kurang daripada nilai sebenar. Ini bermakna menurut tafsiran Hakim, harga yang ditawarkan oleh SP2 menjadi “benchmark” balasan tidak mencukupi seperti dalam pertuduhan.

Hakim tidak langsung mengulas mengapa beliau menolak atau tidak menerima nilai pasaran oleh penilai profesional seperti Rahim and Co dan Irhamy and Co sebagai benchmark untuk menentukan balasan tersebut mencukupi atau tidak. Hakim juga tidak langsung mengambil hirau penilaian oleh Jabatan Penilai Hartanah dan lain-lain penilai.

Dengan kata lain, Hakim membuka satu keadaan yang sangat merbahaya pada masa hadapan dalam isu pegawai kerajaan membeli hartanah atau barangan lain. Seseorang pegawai kerajaan yang pernah atau akan membeli sesuatu barangan daripada orang yang beliau pernah mempunyai urusan rasmi akan berhadapan dengan ancaman pendakwaan pada masa hadapan. Kes hanya perlu diwujudkan dengan penjual mengaku bahawa beliau mahu menjual dengan harga yang lebih tinggi tetapi pegawai tersebut meminta membeli ikut harga pasaran.

Hakim juga jelas tidak mengambil kira fakta bahawa yang menawarkan untuk menjual hartanah tersebut ialah SP2 dan tertuduh hanya meminta untuk diadakan penilaian mengikut harga pasaran jika SP2 benar-benar mahu menjualnya.

Lebih melucukan hakim mendakwa beliau percaya kepada kejujuran dan kebenaran kenyataan Saksi Pendakwa 2 (Datuk Shamsuddin Haryoni) dan Saksi Pendakwa 3 (Nasir) berdasarkan persembahan mereka di dalam Mahkamah. Ini sangat menghairankan kerana sungguhpun sepanjang perbicaraan kita melihat pelbagai kenyataan tidak masuk akal termasuk pembayaran berjuta-juta ringgit secara tunai tanpa sebarang bukti resit mahupun barangan yang dibeli oleh Nasir, Hakim menganggap Nasir seorang yang boleh dipercayai.

Dengan itu kata Hakim, “Berdasarkan keterangan SP2 dan SP3, tertuduh telah mengadakan satu pakatan lebih awal untuk membeli rumah tersebut dengan terbabit dalam ubahsuai rumah dari awal sebelum transaksi pembelian dilakukan. Ini ini saya dapati tertuduh telah melakukan kesalahan.”

Kenyataan Hakim ini sangat luar biasa. Luar biasa bukan sahaja beliau menerima pakai kenyataan SP2 dan SP 3yang banyak percanggahan, malah yang lebih serius ialah mensabitkan kejadian ini dengan pertuduhan yang didakwa ke atas Khir Toyo.

Khir Toyo dituduh mendapatkan satu barangan dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau. Jadi apa relevan sama ada beliau berpakat untuk melakukan ubah suai atau tidak?

Hakim bukan sahaja tidak dapat mewujudkan satu benchmark yang sesuai untuk menentukan balasan yang tidak mencukupi tetapi juga telah membuat kesimpulan yang berlainan sekali dari pertuduhan iaitu kononnya terdapat pakatan menipu dalam pembelian hartanah tersebut.

Jika Khir Toyo berpakat dengan Shamsuddin untuk melakukan penipuan maka satu pertuduhan lain harus dibuat. Adalah sangat luar biasa untuk Hakim keluar dari ruang lingkup pertuduhan untuk mendapati Khir Toyo bersalah.

Sungguhpun Mahkamah mahu menghukum Khir Toyo untuk menunjukkan bahawa sistem kehakiman negara ini bebas, namun ia bukanlah bermakna memberi lesen kepada hakim membuat penghakiman semberono dan memalukan pengamal undang-undang sendiri.

Adalah tidak masuk akal untuk hakim menolak penilaian nilai pasaran sebagai benchmark untuk menentukan balasan pembelian tersebut mencukupi atau tidak tanpa sebarang huraian penghakiman yang mempunyai legitimasi. Ketika mensabitkan kesalahan Hakim langsung tidak mengulas isu ini yang diminta secara jelas oleh pembela dan hujah pembelaan isnin lalu.

Hakim juga langsung tidak menyatakan mengapa beliau berpendapat rumah yang tidak disiapkan pada 2007 tersebut dianggap sama harga dengan rumah siap pada 2004 atau pun mengapa rumah tersebut dianggap lebih daripada RM 3.5juta mengikut neraca keadilan undang-undang.

Selain Hakim, pendakwaraya juga menimbulkan prasangka di kem Khir Toyo mengenai terdapat percubaan menjadikan Khir Toyo sebagai kambing hitam apabila secara tiba-tiba memohon penggunaan hukuman rampas barangan yang terbabit dalam kes mengikut Seksyen 36 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Secara profesionalnya Pendakwaraya sepatutnya dari awal memaklumkan niat mereka untuk meminta seksyen ini diambil kira ketika menjatuhkan hukuman sekiranya tertutuduh di dapati bersalah. Namun pendakwaraya hanya mengemukakan semasa hujahan untuk meminta hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas Khir Toyo sekaligus menyebabkan peguam bela tidak bersedia dengan hujah mereka.

Hakim menangguhkan sidang seketika bagi membolehkan beliau meneliti kandungan seksyen tersebut. Apabila kembali Mokhtarudin enggan membenarkan sebarang penangguhan untuk membolehkan peguam bela menyediakan hujah, sebaliknya bersetuju dengan pendakwaraya bahawa keputusan merampas hartanah tersebut merupakan sesuatu yang mandatori.

Beliau terus menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan hartanah tersebut menjadi milik kerajaan. Hakim kemudiannya terus bangun tanpa menunggu sebarang permohonan menangguh hukuman. Ini menyebabkan peguam bela terpaksa meninggikan suara menyatakan mereka ingin membuat permohoanan penangguhan hukuman. Akhirnya beliau duduk kembali dan kemudiannya meluluskan permohonan penangguhan hukuman dengan syarat rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari.

Keputusan hakim merampas hartanah yang berada dalam kaveat HSBC ini juga menimbulkan tanda tanya dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi undang-undang lain apabila dicabar oleh Bank nanti. Hakim membuat keputusan seolah-olah tidak menyedari bahawa hartanah tersebut dibeli secara pinjaman.

Nilailah hujahan penghakiman dan hujahan pembelaan dan lihatlah siapa yang lebih rasional dan memenuhi kehendak undang-undang dan pertuduhan.

Bagi saya, hakim ini patut merasa malu dengan hujahan penghakimannya yang sangat dangkal dan dan tidak rasional ini. Cuma hakim ini bernasib baik ialah kerana penghakimannya ini membabitkan seorang pemimpin UMNO. Jika ia terjadi kepada Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat, nesacaya sudah seantero Malaysia beliau dikutuk dan dikeji.






99 Komen to Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?

  1. KuntaKinte says:

    hakim takleh beza Corruption dengan CBT dalam undang2?

  2. tengkudin says:

    nak buat camne…hakim main taram je..
    kita leh terima keputusan ini tapi hak ds khir toyo tetap ada untuk merayu…

    teruskan ds khir toyo…anda dipihak benar..aku tengok rumah yang mamat tu nak jual cam rumah lepas kene gempa bumi je…tinggal rangka je..

    • C4 says:

      tengkudin kau pergi lah tolong Khir tu…. dia masuk 6 bulan …lepas tu kau pulak 6 bulan …. cukup lah 12 bulan ….

      • bangKano says:

        Cakap macam orang tak cukup akai jerr hang ni,cakap la sebagai orang dewasa yang ada fakta yang lojik jangan pakai tibai asai leh bercakap.. Bodo punya olang selupa baca 6 Ipoh mali…..

      • yon76er says:

        Ko pon c4@AHJ blh gak teman DSAI masuk nanti…tapi ko syok laaa..dapat lepaskan rindu ko pd Abg Sodomi ko tuu…Jng lupa bawa KY yer……

    • nik says:

      kudin ko pi ler jadi hakim..orang mcm ko ler yang menyuburkan korup dlm amno..pru13 nnti amno TAMAT..nfc,khir toyol buat amno hancus…he2

      • raplahjingaa says:

        PRU13 ? hmmmm…rasa-rasa aku kalau PAS bernasib baik laaa…tu pun kalau bernasib baik….lepas PRU nanti PAS akan kembali berkampung di bawah rumah nik ajis….

        tu pun kalau bernasub baik…ingat tu.

      • yon76er says:

        Al’Juburi sempat ker bertanding nanti Nik ???? cian diakan. C4@AHJ nak temankan dia diResort SB , ko x nak ikut joint ker???Nak jgn lupa bawa KY tau…

    • ex-umno says:

      Memang wayang kulit betullah. Lepas ni masuk mahkamah Rayuan, ..tu dah makan setahun. Aku yakin… lagi dua tiga hari nak setahun , mahkamah rayuan tetap kata Toyol bersalah. Lepas tu dia amik MC dari doktor pulak. Akhirnya dia selamat dari penjara.
      Samalah plan diorang dengan Polis yang pukul Anwar dulu tu. DAH BOLEH BACA PUNYA.

      • yon76er says:

        Tak lah selama SiJuburi puya kes kan ex-UMNO??????berapa lama?? aku pon dah lupa….

        • ex-umno says:

          Saje nak ingatkan..dari 1998 lagi sampai sekarang. Dulu berpuluh2 pelacur beratur kata pernah tidur dengan DSAI. Last2 tak da bukti, terpaksa jailkan DSAI pasal salahguna kuasa kononnya. Lps 6 tahun kena penjara, tiba2 didapati tak bersalah plak dan dibebaskan….kelakar betul. Apatah lagi bila aku tgk org2 terlibat fitnah DSAI tu semuanya mati dalam keadaan yang amat HINA. Tu yang aku terus keluar UMNO tuu..

          • raplahjingaa says:

            laaaa….hang dok percaya cerita harakah rupanya…

            elok la orang macam hang keluar UMNO…tak dak faedah pun UMNO kalau di anggotai oleh sibenak macam hang…

  3. raplahjingaa says:

    Agak-agak ni kot yang pecacai pembanggang dok kata mahkamah kangaroo ni…

    agaknya…hehe

  4. conan barbaric says:

    Kalau kakitangan kerajaan nak masuk meminang maka tak boleh minta kurang belanja hantaran kahwin sebab ia juga merupakan satu kesalahan dalam S165 Kanun Keseksaan. Nanti kena jail..

  5. Mooohyideen says:

    Alamak…ni wayang kulit jer….nanti time rayuan lepas jer…. eh 1 tahun jer..???Mamat yg curi seluar jean kat shah alam pun kena jail 2 bulan, seluar jean RM80.00 jer..

  6. liverpool says:

    lebih kurang macam independent regulatory commission’s yang gantung suarez je…

  7. baba says:

    apa pun rasanya KT ada strong case dlm proses rayuan nanti. harap2 hakim time tu yg faham undang2 la.

    • bujuk says:

      Jangan risau, lepas Anwar masuk penjara lepaslah Khir toyo tu…

      • StinGray says:

        memang la bujuk, sebab khir kena 1 tahun, Aljuburi kena simpan kat situ sampai padam….dah tua bangka pun sibuk nk membuntut…tibai jea la pungkok jijah tu, x de sapa pun yg pedulik….

        • yon76er says:

          Dah kurang KEMUT kot tuu yg cari yg lain.

        • ex-umno says:

          Buruk betul bahasa org2 UMNO ni…nasib baik aku dah keluar UMNO!! Selamat aku dari dosa besar fitnah zina.
          Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa aku masa dalam UMNO dulu.
          Ya Allah…bukakanlah pintu kawan2 aku yang masih dlm UMNO ni.

          • raplahjingaa says:

            pissst ! hang minta doa kat Allah yang mana satu ? dalam bible pun ada Allah…hasil perjuangan lebai kulup nik ajis dan anwar…

            so yang mana satu ni ?

            hik ! hik ! hik !
            doa orang munafik….

          • bujuk says:

            Bro… jangan sampai menghina Allah dalam tuan menyindir makhluk Allah.

  8. C4 says:

    12 bulan tak ada menda lah …duit pun dah banyak…

    tapi dia belum appeal lagi….

    appeal tu lepas lah …. dia orang UMNO…

  9. C4 says:

    mahkahmah tinggi jatuh hukuman …

    tunjukkan serious nya UMNO dan BN…

    mahkahmah rayuan akan melepaskan nya ….

    sudah lah UMNO dan BN …. rakyat dah jelak dengan tipu muslihat kamu ….

  10. KampakSiam says:

    Tuan Hakim yang bijaksana jer, bijaksini & bijaksitu hampehh!

  11. C4 says:

    “hakim ini patut merasa malu dengan hujahan penghakimannya yang sangat dangkal dan dan tidak rasional ini”….

    apa nak malu …sebab pemimpin UMNO yang melantik Hakim…..

    patutnya pemimpin UMNO lah malu…

  12. terbit fajar says:

    Lawyer cabuk ternyata dapat memberi analisa hampir lengkap dalam masa singkat secara serta merta selepas verdict case ini.

    Ternyata beliau adalah seorang lawyer tulin bukan cabuk. Shabas.

    Kebiasaan nya dalam penghakiman saperti ini peluang dependant untuk menafaatkan rayuan agak tipis sekali, kecuali pihak defense dapat pamirkan alibi tulin kalis sangkal semasa rayuan itu nanti.

    Untuk Khir, kami tetap bersimpati tetapi Khir perlu mengambilnya sebagai satu ketentuan dan juga ini bukan pengakhir pada kehidupan anda.

    • Mooohyideen says:

      Ambik duitv rakyat juta2 ko simpati??? ish….ish…

      • raplahjingaa says:

        tu la aku jugak macam hang…tak simpati lansung…600 juta depa rembat, macam mana rakyaat nak simpati.

        kan moooo ?…kan..kan..kan..hmmmmm

    • bujuk says:

      Skrip dah tulis bro… hakim hanya baca skrip, 3 menteri mintak Khir toyo masuk penjara. Ini tulisan Dr.Khir dalam blog dia…. tak ingat?

      • raplahjingaa says:

        laaaa…mat sabu pun pernah minta anwar dipenjarakan sebab meliwat !

        karpal sink…siap suruh anwar bertaubat lagi…

        skrip sapa tu bujuk ??

        ceciter…ceciter…

        • bujuk says:

          Skrip yg. keluar surat khabar, Hakim tak takut…. tapi kalau skrip dari peguam yg. mampu meletakkan siapa yg. disukai dikerusi Ketua Hakim macam LINGGAM…correct3x. Lu fikir la sendiri…

  13. terbit fajar says:

    Kita jugak percaya walau pun mungkin rayuan nya ditolak , Khir akan menerima hukuman nya dengan rela hati.

    Khir tidak akan sesakali mengumpul pengikutnya untuk menjalankan kempen ‘selamatkan khir toyo’

    Baginya harga sebuah keamanan terlalu tinggi nilainya dibanding dengan penderitaan yang bakal dilaluinya dalam penjara.

    12 bulan/1 tahun walau pun berbunyi pendek tetapi sebenarnya lama.

    Sebagai layman kita rasa ngeri memikirkan kalau ditahan polis dalam lokap walau pun untuk tempoh sehari. Inikan pulak 365 hari.

  14. Brother_Borak says:

    Salam. Didalam sistem perundangan kita unsur yang penting sekali ialah peguam bela dan pendakwa. Tuan hakim sekadar menjatuhkan hukum berdasarkan kepada penghujahan dari kedua-dua pihak. Siapa yang hebat dalam penghujahannya pasti akan dapat mempengaruhi hakim. Sebagai contoh dalam kes liwat Saiful lawan Anu..war. Sekali imbas mendapati hakim seolah-olah berlembut dengan tertuduh walaupun dicemuh masih tidak diambil tindakan keatas tertuduh. Pihak pembelaan pula bijak mendapatkan penangguhan. Tidak pernah berlaku dalam perbicaraan hingga makan masa tiga tahun. Dalam kes liwat yang pertama pembelaan bijak mendatangkan syak sehingga pihak hakim memutuskan kes tersebut berlaku permasalahan teknikal dan membebaskan tertuduh TETAPI hakim tetap memutuskan berlaku liwat seperti yang didakwa. Jesteru sebarang dakwaan pembangkang sebelum ini yang menyatakan sistem kehakiman negara tidak bebas adalah tidak benar dan berniat jahat. Jika diteliti rekod perbicaran banyak juga individu-individu yang berkaitan dengan politik kerajaan didapati bersalah oleh mahkamah. Didalam kes Datuk Seri Khir Toyo ( DSKT ) ini beliau masih berpeluang diperingkat mahkamah rayuan. Mahkamah ini akan menetukan sama ada hukuman itu kekal atau dikurangkan. Sekurang-kurangnya kita dapati DSKT tidak takut untuk diadili. Perbicaraannya juga antara yang terpantas tempoh masanya. Bagi satu pihak lain perbicaraannya hingga tiga tahun baru nak habis. Itu pun tidak berani untuk bersumpah didalam mahkamah. Satu perkara yang menarik dalam hal ini ialah suasana adalah tenang dan aman. Tidak seperti lagi satu tu, dah merangka satu gerakan FACK untuk menghuru-hara Kuala Lumpur pada Januari akan datang apabila sampai masanya untuk dihantar ke Sg. Buloh. Pada masa itu keluarlah kenyataan seperti ‘Mahkamah Pandikutty’, ‘Mahkamah Kanggaroo’, ‘Mahkamah Berat Sebelah’ dan macam-macam lagi. Seperkara lagi tuduhan bahawa rumah itu berjumlah RM24 juta oleh seseorang yang berniat jahat jelas jauh panggang dari api. Kenyataan ini sekadar serkap jarang sahaja. DSKT masih mempunyai umur yang panjang dalam karier politiknya. Ini bukan pengakhiran politik baginya. Beliau akan kembali aktif untuk menyumbang jasa kepada rakyat. Jasanya ditagih rakyat. Rakyat Selangor akan merindui zaman pemerintahan beliau jika dibandingkan dengan kerajaan sekarang.

    SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.

    BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU

    BOIKOTLAH BARANGAN CINA DAN KEDAI CINA

  15. aku cuma nak kata…kalau anwar dijel kan 9 jan nie….abih laa meletup satu dunia…

    tapi org lain liwat(rogol) dan rasuah kena berpuluh tahun…anwar kena 5 tahun je…

    biasa laa…anwar kan orang umno…

    • Mooohyideen says:

      Ye le…proceeding lintang pukang….

      • pak wan says:

        moooooo……………moooooooo….memang lembu la kamu ni. apa yang lintang pukang. kamu belajar law ke….yang tau proceeding lintang pukang

      • raplahjingaa says:

        sperm tu jer tak lintang pukang kan mooo ?
        agak-agak hang la moooo…kira ikut akal benak hang tu….macam mana sperm anwar boleh sampai situ ??

        hang pikir ikut akal benak hang la….cuba hang cerita sikit…

      • StinGray says:

        yg rakyat nampak Aljuburi tu yg lari lintang pukang….tak silap aku dia lari kat kedutaan Turki kan mooo…

  16. satahunjagung says:

    errmmmm…

  17. bluekang says:

    Oh my god!!!!..Judgement yg paling mengarut dalam sejarah negara…very weak..no fact at all..decision based on fictions and assumptions…I salute you Dr Khir..anda berani dan sabar..dun worry there is 90% chance that you will be successful at the appeal hearing..coz a lot of facts that had been presented by the defence team during this trial were left out by the judge when delivering his judgement..

    • bujuk says:

      Belum cukup mengarut berbanding kes LIWAT 1, dimana tarikh di tukar sampai 3 kali, saksi utama mengaku tidak diliwat pada tarikh yg. dia tuduh diliwat. Paling kelakar, pada tarikh tersebut bagunan tempat diliwatpun tak siap lagi.

      • StinGray says:

        hang rujuk kat harakah yg org kuat PAS (Hasan Ali) kata media haprak tu ke bujuk…

        • bujuk says:

          Utusan pun lapor benda yg. sama atau hang tak wujud lagi masa tuuuu…

          • pasdaplaknat says:

            bang hasan PASA kita pn tkpercaya PAS.. cmne org biasa2 pn blh percaya yer.. kasihan2… kena ‘kencing’ saka Pok Nik..

          • raplahjingaa says:

            hassan ali kata….PAS bankrap pemikiran…

            Hassan Ali yang kata bujuk oiii….

            kalau pemikiran dah bankrap….jadi la macam pecacai-pecacai PAS…zombies !

          • bujuk says:

            Pakar motivator kata bankrap pemikiran sedangkan dia duduk dan jadi wakil PAS? Kelakar la… tak tau hang fitnah atau HA fitnah.
            Orang yg. bankrap pemikiran tak boleh jadi MB sampai 20 tahun.

          • pasdaplaknat says:

            20 th memerintah tp menipu rakyat atas nama Islam, siang mlm ceramah, mmg xbankraplah..keja kedarah duit ceramah..tp HARPAK!

  18. zahari says:

    lain macam ja cara penghakiman hakim mahkamah tinggi shah alam ni, mcm pro parti politik pkr jaa..hmmm

  19. takbai says:

    saja hakim tu nak test market. kita tunggu keputusan mahkamah rayuan. kes yang berjalan terlalu pantas dan kurang di tangguh. kes yang bertangguh-tangguh pun ada sebab isu yang di tuduh tak berani nak ‘angkat sumpah’ di kandang tertuduh.

    Syabas Dr Khir kerana berani mengangkat sumpah dalam mahkamah. tu baru la ‘anak jantan’.

  20. conan barbaric says:

    Anu ar bebas masa kes appeal dia, Puckatan tak kata mahkamah tak adil pulak?
    Bila khir toyo buat rayuan Puckatan awal2 kata dia akan bebas..apa mereka ni Pak Nujum ke?

  21. pasdaplaknat says:

    “Dengan kata lain, Hakim membuka satu keadaan yang sangat merbahaya pada masa hadapan dalam isu pegawai kerajaan membeli hartanah atau barangan lain. Seseorang pegawai kerajaan yang pernah atau akan membeli sesuatu barangan daripada orang yang beliau pernah mempunyai urusan rasmi akan berhadapan dengan ancaman pendakwaan pada masa hadapan. Kes hanya perlu diwujudkan dengan penjual mengaku bahawa beliau mahu menjual dengan harga yang lebih tinggi tetapi pegawai tersebut meminta membeli ikut harga pasaran…”

    ramailah yg kena dakwa nanti..semasa menjadi penjawat awam.. lepas pencen nanti… aduh.. apa sudah jadi ni tuan hakim?

  22. pasdaplaknat says:

    Diharapkan kes rayuan nanti ada pembetullan kepada kepincangan hakim pertuduhan ini.

    Insya Allah, semoga kebenaran terpelihara.

  23. neutron says:

    Rupa rupanya pro MYKAD UTK KAMU ni semuanya pencacai Khir…. sokong bagai nak rak…

    Kepada geng PR udah udah le.. jangan kata keputusan hakim ni wayang… korang hanya buat Pok JIB serba salah… kalau ikut perancangan lepas rayuan boleh lepas le… kesian le kat Khir kalau kalau pucuk pimpinan suruh ubah skrip jadi real… kesian la kat Khir…kah..kah…

    • pasdaplaknat says:

      Pork Nik kasi ko patwa baru ke kalau sebut kebenaran terpelihara tu jd pencacai? kita berdoa..Insya Allah..siapa yg benar naiklah..

      inikan bervideo jelas terlanjang bulat pun xnk ngaku? sumpah xnak..yg die nk jd PM? haha.. membahlolkan pencacai2! macai Pok Nik pn sakau skali..

  24. sangkatula says:

    Komen la puas-puas.. kalau Nuar dibicarakan secara tak adil.. dgn bahan bukti yg melucukan samada bukti bernyawa atau tidak.. hangpa mengekek puas-puas.. nah sekarang khir toyo kena.. apa macam? dah tau hakim2 lantikan UMNO ni melucukan, hangpa sokong lagi, bangang punya penyokong bawahan!!

  25. sangkatula says:

    Lagi satu aku nak komen… Pemimpin UMNO mana ada yg miskin, seteruk2 pemimpin UMNO JKKK pon ada habuan, apa lagi ketua kampung, AJK bahagian, Ketua bahagian, semua ada habuan.. peringkat atas apa lagi.. tengok sajalah Sharizat.. itu Shahrizat, yg lain.. takkan penyokong UMNO bangang kat peringkat bawahan tak tau.. depa rembat 7 keturunan makan tak habis.. HANGPA.. APA DAPAT? dapatlah makan free nasi bungkus, kain pelekat, kalau ada yg berjawatan sedikit kat kampung2 tu.. dapatlah baju baju koprat free.. hangpa nak tau baju koprat dan t/shirt free tu.. baru duit celah spender ketua2 hangpa.. APALAH BANNGANG NYA PENYOKONG TOTOK UMNO DIPERINGKAT BAWAHAN NI…

  26. daimpressive says:

    http://suaraserak.blogspot.com/2011/12/membetulkan-salah-faham-edisi-backing.html

    Blogwalking dan juga suatu perkongsian.

    Terima Kasih

  27. akukisahlah says:

    ish…ish..ishh…burok bebenor klu sikap org melayu bila dh berpecah belah mcm ni..saling tuduh menuduh..cbe tgk bangsa lain, ada tak saling tuduh menuduh?kureng sgt, depa sependapat n sepakat minta itu ini yg beri kepentingan pada bangsa depa…itu lh baru dinamakan pejuang bangsa…fikir2kanlah org melayu semua…

  28. […] mengkritik penghakiman beliau dalam kes Pendakwaraya lawan Khir Toyo tahun lalu. Dalam tulisan “Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?“, saya nyatakan, “hakim ini patut merasa malu dengan hujahan penghakimannya yang sangat dangkal […]

  29. […] masih ingat tulisan dan pertanyaan seorang penulis sebuah portal yang menulis artikel bertajuk Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim? Saya tidak pasti jika hakim menjawab pertanyaan-pertanyaan […]

  30. rashid albuana says:

    nak buat cam ne bro, hakim ikut telunjuk pemimpin umno, nak tau sapa pemimpin umno yang bersungguh nak kenakan khir toyo tu, mai sini aku habaq

    1. nazri aziz
    2. hishamuddin hussien
    3. zin badak
    4. noh omar

  31. tokgaru says:

    Lawyer Cabuk

    Hang tak cabuk sebenarnya. Aku baca setiap patah yang hang tulis. Hang betul2 follow kes ni. Sebab tu hang tahu sapa dia SP1 dan sapa dia SP2.

    “… tidak masuk akal termasuk pembayaran berjuta-juta ringgit secara tunai tanpa sebarang bukti resit mahupun barangan yang dibeli oleh Nasir, Hakim menganggap Nasir seorang yang boleh dipercayai”. Memang katun dan lucu. Duit berjuta bagi cash macam tu jer, macam beli satu kilo ikan kat pasar jer. Kelakor memang kelakor, tapi Tok Hakim percaya nak buat lagu mana.

    Mujur lah hukum penjara 12 bulan sahaja, kalau hukum gantung sampai mati, betul2 mati naya punya kes la bro.

    Nampak macam Khir Toyo telah dikenakan. Sapa yang mengenakan dia ?

    Heran juga dengan Tok Hakim tu ya. Hujah peguambela langsung tak lekat dalam kepada mereka. Lebih mengherankan, sebaik saja menjatuhkan hukuman tergesa2 nak belah masuk kamar hakim, dia sakit perut agaknya, dah tak tahan sangat dah.

    Ini lah politik cara orang melayu.

  32. Ziela says:

    Hakim kena pegi kursus hartanah dulu. Banyak kes sebenarnya Hakim tak faham. Ikut logik law saja..Tah apa2…pasni aku yang keje penjawat awam ni tak boleh beli rumah lelong sebab harga bawah pasaran…kena jail..tah apa2 hakim ni.Mengarutttt

Leave a Reply