Menu Utama

December, 2011

 

UNIT AMAL PAS YG SUDAH HILANG AMALANNYA….

AMPANG JAYA – Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan ‘hidangan’ yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam. Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki. Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung. Lagi kuat sorakan, lagi ghairah siBaca Lagi


Adam Adli, Budak Tak Solat Yang Diangkat Hero

PENULIS sebenarnya keberatan nak bagi publisiti percuma pada budak keding ni tapi tujuan menulis ini bukanlah sedemikian maksudnya sebalik nak ditujukan kepada si bodoh-bodoh asal Pakatan haram pembangkang yang sibuk nak mengangkat budak ni sebagai hero, hanya kerana dia menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri di PWTC tempoh hari. Turun bendera, terus jadi hero?  Apa punya bebal. Sebenarnya kalau diturutkan kembali sejarah, ini bukanlah pertama kali perkara bodoh seumpamanya yang dibuat pembangkang.  Maksud penulis, mengangkat individu yang nampak popular sebagai hero, calon pilihanraya atau apa saja dek satu insiden, asal saja insidenBaca Lagi


Mampukah Kerajaan Menangani Syak Wasangka Rasuah

Oleh Datuk Rejal Arbee Walaupun rata-rata sudah gah meramalkan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan dalam beberapa bulan saja lagi tetapi hingga sekarang tiada siapa pun boleh memastikan tarikhnya yang sebenar melainkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sebelum ini pun ramai telah menjangkakan ia akan diadakan bulan November lalu tetapi jelas sakaan itu sudah meleset. Apa pun ramai yang berangan besar mahu menjadi wakil rakyat khususnya dikalangan sesetengah anggota Pakatan Rakyat yang mahu menjadi anggota parlimen kerana kononnya Pakatan itu kali ini akan dapat mempengaruhi secukupBaca Lagi


Nga Dapat Peluru: Tak Boring Ke Ulang Tayang Drama Sama?

Dilaporkan semalam bahawa Ahli Parlimen Taiping merangkap manusia paling rasis dan korup dalam negara dan dunia, Nga Kor Ming telah menerima ancaman bunuh dan peluru, melalui pos yang dihantar ke rumah ibu bapanya di Perak. Alahai, alahai, tak boring ke main drama sama setiap kali?  Kalau orang DAP ada masalah dengan orang lain, mesti dapat peluru, mesti dapat ugutan bunuh.  Bila rasa diri nak disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun, mesti cerita peluru dan ugutan bunuh ni keluar. Dulu Karpal, lepas tu RSN Rayer, sebelum sebelum tu, Kit Siang. Setiap kaliBaca Lagi


Imam Mahdi: Badrul Gila, Anwar Suka, Rakyat Mangsa

Penulis mengurut dada panjang-panjang sambil menarik nafas dalam-dalam. Semuanya setelah menonton video yang memaparkan ceramah Dr. Badrol Amin – bekas pensyarah Uiniversiti Islam Antarabangsa yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Cabang PKR di Sabak Bernam. Di dalam ceramah tersebut yang boleh dirujuk disini, Badrul Amin menggunakan pendapat sendiri untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi!! Penulis tidak nampak apa yang mendesak dalam dada Badrul Amin sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian yang jelas karut? Kalau nak diikutkan, ini adalah karut marut kedua selepas seorang penceramah PAS di Kelantan yang digelar ‘Ustaz Budak’Baca Lagi


Madrasah Salihiah Kanchut: Idris Ahmad Patut Malu Pada UMNO..!

Sejak-sejak diturunkan pangkat dari jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad yang gila ‘glemer’ seolah-olah nak lawan ‘tauke’ dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Konon-kononnya dia lebih vokal dan lantang mengutuk UMNO… Namun tanpa disedari, tingkah laku Idris Ahmad ini menunjukkan kebodohan melampau dan membuktikan AJK PAS Pusat ini masih tidak matang dalam bidang politik. Terbaru, dia menempelak UMNO dan bertanyakan sejak bila parti kita ini menjadi juara dalam isu agama Islam? Kononnya, dalam mengulas isu Kerajaan PAS Kedah merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak, Alor Setar, UMNO cubaBaca Lagi


Anwar Liwat: Zaid Pun Setuju Liwat Berlaku Tapi Suka Sama Suka

Whatever the verdict in Anwar Ibrahim’s sodomy case next week, I hope he will be treated fairly. If there is a conviction and the court is disposed to hand down a custodial sentence, let it be minimal. Even if the act of sodomy was committed, it was consensual. This fact must not escape the judge. Ini adalah secubit dari kenyataan Zaid kepada sebuah portal pro pembangkang yang penulis sempat baca.  Dalam pendeknya, Zaid hanya beri 2 pilihan sahaja dalam kes Anwar, sama ada dipenjarakan kerana bersalah meliwat secara paksa seperti mana dalam pertuduhan  atau dibebaskanBaca Lagi


Apa Sebenar Kes Dr Khir

1. Minggu lalu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan rumah Dr Khir (masih di dalam kaveat HSBC) akan dipindahkan kepada milik kerajaan bergantung kepada keputusan rayuan Dr Khir nanti. 2. Dr Khir didapati bersalah oleh Mahkamah atas alasan mendapatkan sebuah hartanah dengan balasan yang tidak mencukupi dari orang yang mempunyai hubungan rasmi semasa beliau menjadi Menteri Besar. 3. Pada hemat saya peguam bela Dr Mohamad Khir perlu membuat permohonan mengenepikan keputusan Hakim Datuk Wira Mokhtaruddin kerana beliau telah terkhilaf dalam menentukan ukuran balasan yang tidak mencukupi tersebut. 4. RamaiBaca Lagi


Ramalan PRU-13: 143 Kerusi Parlimen Dan 9 Negeri Milik BN

SEBELUM membuka bicara, penulis nak maklumkan awal-awal bahawa bukan resmi penulis mahupun UMNO sendiri untuk bergantung kepada ramalan-ramalan oleh peramal yang mengaku mempunyai kuasa untuk melihat masa depan, tidak terkecuali keputusan pilihanraya umum ke-13. Bagaimanapun, adalah menjadi kebiasaan bagi sebahagian besar masyarakat cina untuk percaya kepada ramalan-ramalan sedemikian dalam menentukan apa yang perlu dan tidak perlu dibuat dalam kehidupan seharian mereka.  Maka itu, penulis ingin berkongsi dengan ramalan seorang peramal terkenal, Han Jia Siang yang disiarkan dalam akhbar China Press, 2 hari lepas. Menurut Han Jia, jika pilihanraya umum ke-13Baca Lagi


Hasan Ali “Balun” Cikgu Pa Dan Harakah Di Rumahnya…

Hangat sungguh sidang media yang disampaikan oleh Datuk Hasan Ali di rumahnya. Dalam menjawab segala pertikaiannya dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang digulingkan itu membidas Mustapa tanpa belas kasihan! Sebelum ini, Mustapa atau Cikgu Pa mendakwa Hasan Ali sudah masuk perangkap UMNO dengan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO. Dalam ertikata lain, Cikgu Pa nak kata Hasan Ali jadi “talibarut” UMNO lah. Namun hari ini, Hasan Ali mendedahkan bahawa Cikgu Pa sendiri terhegeh-hegeh memohon untuk mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan tertinggi UMNO! Lagi teruk “talibarut”Baca Lagi