Menu Utama

November, 2011

 

Lisa Surihani Sertai Puteri UMNO, Lebai PAS Terangkat Kupiah!

Pada saya, hari ini Pergerakan Puteri UMNO Malaysia boleh dipuji apabila berjaya menarik seorang artis kesayangan ramai, Lisa Surihani, untuk menyertai pergerakan sayap UMNO itu untuk berjuang bersama-sama demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Saya pasti ramai peminat-peminat Lisa Surihani yang teruja apabila mendapat tahu artis kesayangan mereka ini hadir di Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang. Dan sudah tentu kehadiran Lisa tersebut akan membuat ramai lebai-lebai PAS yang akan melopong terangkat kupiah masing-masing! Saya difahamkan bahawa Lisa Surihani adalah merupakanBaca Lagi


Ucapan TSMY Luar Biasa, KJ Masih DiTakuk Sama

Ucapan pembukaan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan persidangan serentak 3 pergerakan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri semalam begitu mengujakan siapa pun yang mendengar dan tepat menusuk pada mereka-mereka yang nak ditembak. Dah takde lagi kecaman secara sinis, sebaliknya semua didedah dengan terang dengan nama pihak-pihak berkaitan sebiji sebiji disebut. Pada penulislah, ucapan TSMY itu bukan ucapan perasmian tapi paluan gendang, tanda bermulanya perang menentang pembangkang.  Momentum itu pula dikekalkan oleh Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil yang ganas mencerca perilaku moral Ketua Umum PKRdalam ucapannya, Anwar Ibrahim yang tak sudah-sudah dengan isuBaca Lagi


SYIAH GANTI PAS : SYIAH BERKEMBANG PESAT DI NEGERI PEMBANGKANG

UNTUK HUJAHAN LEBIH TERPERINCI SILA LAYARI : http://penaminang.blogspot.com/2011/06/mat-sabu-timbalan-presiden-pas-pusing.html


Ketua Pemuda Pas Puchong Cuba Mencari Markah Bonus!!

Dengan bermacam persoalan berbangkit dari cerita hutang berjumlah RM66 juta Khalid Ibrahim kepada Bank Islam sehinggalah kepada kes penjualan asset oleh PKNS yang tidak pernah dijawab oleh Khalid Ibrahim sendiri, mengapa Ketua Pemuda Pas Puchong tidak melaporkan kepada polis atau sekurang-kurangnya mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Selangor itu dahulu? Adakah Ketua Pemuda Pas terhutang budi kepada Khalid Ibrahim kerana memberi peluang kepada Pas dalam menguruskan peruntukan DUN Seri Serdang? Atau Ketua Pemuda Pas Puchong ini telah lama mengalirkan air liur kerana ingin menjadi calon Pas di Puchong dan menggunakan kesempatan ini untuk melonjakkan nama beliau didalam Pas kawasan Puchong? Atau juga Ketua Pemuda Pas Puchong ini mahu menutup masalah dalaman Pas kawasan Puchong yang dilihat lembab dan sembab?


Sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong, saya melihat Pas Puchong telah hilang punca,ketandusan isu dan usaha membuat gerak kerja pilihanraya khususnya di Puchong. Ini lebih diburukkan lagi dengan masalah dalaman parti yang tidak pernah sehaluan. Dewan Pemuda Pas Puchong dilihat besar kepala dan tidak dapat menerima pandangan serta pendapat orang lain. Ini diakui sendiri oleh beberapa sahabat saya didalam Pas Puchong.


Isu penyelewengan didalam pemilihan jawatan kuasa Pas Puchong sesi 2011-2013 masih belum kendur diperkatakan. Masakan tidak?ada wakil yang membantah keputusan pemilihan dengan mengatakan berlakunya penyelewengan undian kepada pihak pengurusan demi untuk mencari kebenaran tetapi wakil itu pula dimarahi. Bukan setakat dimarahi,wakil itu juga dihebahkan sebagai tali barut UMNO didalam Pas Puchong. Malah PASTI yang dikendalikan oleh wakil yang membuat bantahan tersebut dinafikan hak beroperasi dengan disekat segala kemudahan dan tidak dibenarkan mendapatkan buku dari PASTI kawasan Puchong. Siapa yang menjadi pengurus kepada PASTI kawasan Puchong? Tidakkah Dewan Pemuda Pas Puchong merasa sedikit bertanggung jawab dalam berpolitik dengan tidak membabitkan kanak-kanak didalam hal politik semasa? Inikah sikap yang ditonjolkan dalam kepimpinan Pemuda Pas Puchong oleh saudara Rosharizan yang mengajar kepada ahli pemudanya untuk berpolitik tidak kira apa juga keadaan,tempat dan siapa yang mendapat tempias keputusan politik yang kita buat.


Saya tidak bercadang untuk menulis lebih panjang mengenai isu –isu dalaman mahupun kegagalan Pas Puchong dalam membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat pada entri kali ini. Cukup sekadar memberi nasihat kepada saudara Rosharizan supaya berlaku lebih jujur dalam mencari kebenaran dan keadilan. Terlalu banyak soalan yang diajukan oleh Dato’ Satim sebagai Ketua Pembangkang Selangor tidak dijawab oleh Menteri Besar . Desak dahulu Menteri Besar Selangor menjawab berbagai persoalan yang diajukan sebelum cuba untuk mendesak orang lain menjawab soalan yang baru ditanya.


Jangan terlalu bermain politik adu-domba kerana parti yang mana anda terajui sayap pemudanya kian menghampiri tarikh luput di Puchong.

Azmir Yuzaimi Mohd Yunos
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong


JUSA Luar -Sistem Kerajaan Akan Porak-Peranda?

1. Semalam Utusan melaporkan bahawa kerajaan bercadang untuk membenarkan mereka yang di luar skim perkhidmatan awam memohon menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Menurut laporan tersebut mereka yang berpengalaman di sektor swasta boleh memohon menyertai JUSA C dan ke atas. 2. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh dilantik menjawat jawatan dalam kategori JUSA C sehingga ke Ketua Setiausaha Negara tanpa perlu melalui Sistem Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). 3. Kita dimaklumkan bahawa cadangan ini sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam sektor awam. Kononnya, melalui pengambilan kepakaran tenaga di luarBaca Lagi


Omegay: Tak dapat jawab isu air kotor, wally mintak sokongan pemain import kehkehkeh

“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya? “Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya. Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga. – haarrkkkharkkptuihhh lorr wally slipau kena import pemain luar untuk dapatkan sokongan setelah isu air berkeladak takBaca Lagi


TUDIAA!! BILA KETUA LEMBU MARAHKAN LEMBU-LEMBU PKR YANG LAIN!!

Apabila lembu pakai songkok.. He he he.. Pudin lembu naik angin semalam apabila ada diantara YB PKR yang langsung tak datang ke kongres PKR di Johor. Apa nak buat Pudin, mungkin depa pun dah bosan dengar hang dengan Anwar dok merepek. Dari dengar hang dengan Anwar merepek, baik depa buat kerja lain. Lagi satu, memang YB PKR ni kurang komitmen pada kerja. Setia pada parti pun kurang, sebab tu depa jadi macam tu. Senang cerita, YB-YB PKR ni memang malas pun. Baloq liat orang Kedah kata. Lain kali kalau tengokBaca Lagi


“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil…!” – Anwar Omega

Menjelang Perhimpunan Agong UMNO esok, Anwar Ibrahim cuba merendahkan moral dan semangat para delegasi dan perwakilan UMNO. Dalam ceramahnya di Gelang Patah baru-baru ini, Anwar menyatakan bahawa UMNO takkan berjaya menawan kembali negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Haram. “Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil… Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” kata Anwar di hadapan hampir 300 orang hadirin pada ceramahnya itu. Mustahil? Benarkah dakwaan Anwar adalah MUSTAHIL bagi UMNO untuk menawan kembali negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan? Benarkah begitu hebat sekali sokongan yangBaca Lagi


NFC: Kontroversi NFC Berpunca Dari DAP? – Part II

Sebelum ini, saya ada menulis mengenai isu NFC yang bertajuk Kontroversi NFC Berpunca Dari DAP? – Part I. Dan kali ini, saya teruskan penulisan mengenainya untuk Part II. Pada entri Part I, saya menjelaskan tentang lawatan dan perjalanan operasi NFC yang baru 3 tahun beroperasi secara berhati-hati berhadapan dengan pasaran yang tidak menentu dan saingan sengit dari “tauke-tauke” yang mengimport lembu berbaka biasa dari Thailand. Namun, entri kali ini akan berbicara secara langsung mengenai asal-usul kontroversi yang cuba dimainkan oleh puak-puak Pakatan Haram terhadap kerajaan melalui isu ini dan sayaBaca Lagi


NFC: Kontroversi NFC Berpunca Dari DAP? – Part I

Kontroversi mengenai National Feedlot Corporation (NFC) yang timbulkan oleh beberapa pemimpin politik pembangkang heboh diperkatakan pelbagai pihak disusuli dakwaan-dakwaan yang mempertikaikan projek tersebut. Sehingga kini, Kongres PKR yang sedang berlangsung di Pulai, Johor juga sedang hangat menghentam Kerajaan berkenaan isu ini. Apa sebenarnya isu NFC ini? Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Setiussaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Samad dan beberapa pemimpin pembangkang lain mengecam pembelian kondominium di Bangsar itu sebagai satu bentuk penyelewengan dana. Menghangatkan kontroversi NFC, Rafizi berhujah dengan menyatakanBaca Lagi