Menu Utama

August, 2011

 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54

Penulis bangga menjadi rakyat Malaysia dan penyokong UMNO/BN dalam masa yang sama. Menjadi rakyat negara yang hebat hasil kepimpinan yang hebat ibarat menang pingat emas dengan batu berlian terlekat ditengahnya, maksudnya kegembiraan berganda.

Kepada semua rakyat Malaysia, penulis ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. Merdeka!!!


Selamat Hari Raya, Dari MyKMU Untuk Mu

Penulis nak ambil kesempatan ini mewakili rakan-rakan seperjuangan dalam MyKMU untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan pengunjung laman ini. Pada penulis sendiri, Hari Raya adalah lebih dari sekadar menyambut kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan.  Sebagai seorang yang terlibat dalam psywar politik di alam maya ini, dari sudut inipun penulis telah mencapai kemenangan yang satu lagi. Benar kata penulis di awal Ramadhan dulu, kesucian bulan Ramadhan tidak langsung menghalang pemimpin PR dan balacinya dari terus menerus menyebarkan fitnah dan propaganda bohong kepada rakyatBaca Lagi


Komunis, Bersih & Mat Sabu: Satu Puzzle Yang Lengkap

Masih ingat bukan tangkapan pihak polis ke atas Ahli Parlimen Sg Siput Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dari Pakatan Rakyat  dan 5 yang lain atas dakwaan terlibat dengan unsur-unsur subversif kerana cuba menghidupkan kembali fahaman komunis? Sebelum itu dua warga asing yang diketahui terlibat dengan golongan aliran kiri Romeo Castillo dan Min Young Song, masing-masing dari Filipina dan Korea Selatan turut ditahan kerana terlibat dalam kempen PSM mempromosikan Bersih 2.0.  Romeo Castillo adalah aktivis komunis di negara asalnya Filipina. Ketika ditahan Dr. Jeyakumar dan anggota partinya (PSM) sedang mempromosikan perhimpunan haramBaca Lagi


Main pelacur boleh.., takkanlah meliwat tak boleh?

Hari demi hari, Anwar semakin menghampiri ke pintu gerbang Sungai Buloh. Kes dia yang sedang dibicarakan didalam Mahkamah sekarang ini juga semakin tak menyebelahinya. Mana tidaknya, setakat ini kesemua saksi yang dibawa oleh pihak pembela langsung tak berupaya menunjukkan Anwar tak bersalah. Malah, Anwar yang memilih untuk memberikan keterangan tanpa soal balas dari pihak pendakwa juga memberikan gambaran pada rakyat bahawa dia sebenarnya takut untuk berdepan dengan pihak pendakwaraya. Sekarang ini, seluruh rakyat negara kembali bercerita tentang apakah benar atau tidak Anwar melakukan perbuatan liwat terhadap bekas Pembantu peribadinya, SaifulBaca Lagi


Mat Sabun tak ada hati perut hina pejuang!! PAS PENYOKONG KUAT KOMUNIS!!!

   Mat Sabun kata mereka ini mati kerana pertahankan British…   Para pejuang Melayu yang pertahan Bukit Kepong dinista oleh Timbalan Presiden Pas! Tahniah Mat Sabun kerana akhirnya membuat pengakuan terbuka bahawa engkau memang penyokong tegar komunis. Pengakuan bahawa komunis adalah pejuang sebenar berbanding orang-orang polis yang mempertahankan Bukit Kepong telah meletakkan Mat Sabun setara Chin Peng dan Rashid Maidin! Tahniah.. tahniah…! Akhirnya Pas bukan sahaja meninggalkan perjuangan Islam tetapi kini memperjuangkan komunis pula. Pun begitu aku begitu sedih sebab dalam bulan Ramadan dan kita bakal menyambut 1 Syawal, MatBaca Lagi


54 Tahun Merdeka, Mat Sabu Masih Sokong Komunis

Mengucap panjang bila selak suratkhabar pagi tadi, mana tidaknya, dah 54 tahun merdeka masih ada lagi orang yang menyokong komunis di bumi bertuah Malaysia ini.  Yang menyokong itu bukannya baru masuk politik tapi sudah berpuluh tahun, yakni sejak 70-an, anehnya kenapa baru sekarang dia melihat komunis sebagai pejuang kemerdekaan? Yang penulis maksudkan ialah Mat Sabu,  pelakon, penipu, pengkhawat dan perampas bini orang yang paling tersohor dalam Malaysia ini. Kalau Mat Sabu dari zaman berzaman memang menyokong komunis, kenyataannya yang terbaru ini tidaklah beberapa memeranjatkan penulis.  Peristiwa Bukit Kepong yang jadiBaca Lagi


Wajib Tonton & Sebarkan Video Klip Ahli Parlimen PAS Akui Dia Malu Dengan Pembohongan Fuziah Salleh PKR..!!

VIDEO: http://www.youtube.com/watch?v=MQq_oo7K2Hc&feature=player_embedded Panaasss…!Video klip diatas menunjukkan bahawa dua orang pakar yang menjadi panelis jemputan dalam segmen TV3 iaitu Ahli Parlimen PAS Hulu Langat,Dr Che Rosli Che Mat, dimana beliau juga merupakan seorang pakar dalam Saintis Nuklear, bersama seorang lagi Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan benar benar membuktikan bahawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh PKR seorang pembohong yang menabur FITNAH jahat menakut-nakutkan rakyat Pahang mengenai isu Lynas….!Kata Dr Che Rosli, “Yang membawa isu ni (adalah) PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripadaBaca Lagi


PENGARUH KHALID, JAIS TAK DAKWA SESIAPA DALAM KES MURTAD?

12 orang yang tertera perkataan Islam pada kad pengenalan mereka telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Peguam mereka yang dikatakan peguam PAS, telah memberi amaran agar mereka tidak digelar sebagai MURTAD, bahkan peguam tersebut akan mempertahankan ‘hak-hak’ 12 orang tersebut untuk beragama! Khabar yang sampai ialah, JAIS tidak akan mendakwa sesiapa pun kerana tidak mempunyai cukup bukti…. (SILA BACA DI UNSPINNERS) Kalaulah benar bagai dikata, ditambah pula dengan kekalutan Khalid Samad untuk menyaman Papagomo, selain reaksi Latheefa Koya yang lebih cakap berbanding MBPJ, maka tidak dapat tidak, keputusan JAIS itu sebenarnyaBaca Lagi


Lynas: Padah Ambil Ahli Akademik Jadi Calon Pilihanraya

Setelah cerita pembohongan cincin 24 juta terbongkar tapi oleh pihak luar (Kompas) yang tersilap bergantung kepada penyebar fitnah bernama Chegu Bard, semalam Pakatan Rakyat terkantoi lagi tapi dalam isu Lynas pula, lebih memeritkan yang terlibat itu adalah orang Pakatan Rakyat sendiri, dari parti PAS. Dalam nak menunjukkan bahawa partinya juga turut mendapat sokongan orang-orang terpelajar, sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang, PAS telah mencalonkan beberapa orang dari kumpulan ini sebagai calon pilihanraya ke-12 pada 2008.  Setelah keputusan keluar, beberapa diantara mereka ini menang dan bergelar YB sehingga kini. Antara yang terlibat ituBaca Lagi


Murtad: PAS Punya Tahi, UMNO Yang Disuruh Cuci

Jelas, PAS menentang tindakan JAIS menjalankan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) berhubung satu laporan awam bahawa adanya majlis untuk memurtadkan orang melayu Islam berlaku di gereja tersebut. Jelas, PAS mengutuk Hassan Ali kerana dikatakan Hassan Ali adalah dalang sehingga pemeriksaan tersebut berlaku.  Jelas juga bahawa PAS (melalui Khalid Samad) memberikan segala macam alasan untuk membela puak-puak Kristian dalam kejadian tersebut. Kalau boleh penulis petik kata-kata Khalid Samad:- Khalid Samad menjauhkan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam SelangorBaca Lagi


Threesome