Menu Utama

Bicara Dr Khir: Tiada Layanan Istimewa Kepada Syarikat Shamsuddin

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini dimaklumkan bahawa tiada sebarang layanan istimewa kepada syarikat Ron Niaga Sdn Bhd milik Shamsudin Haryoni sungguhpun ia mendapat sokongan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Menurut bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Harun Salim, semua permohonan penswastaan bersama dengan PKNS sama ada melalui Menteri Besar, EXCOm, ADUN atau yang terus kepadanya harus melalui prosedur yang sama.

Prosedur tersebut ialah melalui penelitian oleh Bahagian Korporat PKNS bagi menentukan kedudukan tanah, kemampuan syarikat dan faedah kepada PKNS. Mahkamah dimaklumkan bahagian korporat akan menyediakan kertas kerja penswastaan tersebut untuk di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan PKNS.

Jawatankuasa Penswastaan PKNS dianggotai oleh Menteri Besar Selangor, Pengurus Besar PKNS, dua orang wakil kerajaan Persekutuan, Pengarah JKR Negeri (dan dua orang lagi yang disebut tetapi tidak jelas kepada pemerhati dalam mahkamah).

Pada perbicaraan yang masuk hari ketujuh hari ini, Harun juga memberitahu, bahawa Ron Niaga ada menghantar surat agar PKNS mempertimbangkan semula syarat berhubung bon pelaksanaan juga melalui Dr. Mohamad Khir.

Saksi menambah, pada surat itu terdapat tulisan tangan yang menyatakan ‘syarikat ini adalah syarikat bumiputera dan mempunyai rekod baik serta tidak mendatangkan masalah’ adalah sokongan daripada Dr. Mohamad Khir.

Bagaimanapun Mahkamah dimaklumkan oleh Datuk Harun bahawa hanya diberikan tempoh lanjutan sehingga April 2008 sungguhpun syarikat terbabit merayu  lanjutan tempoh sehingga 31 Disember 2009.

“Bagaimanapun permohonan yang dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan PKNS dan diluluskan untuk dilanjutkan selama dua tahun, iaitu sehingga April 2008 sahaja,” kata Harun.

Sementara itu, menjawab soalan peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi bersetuju bahawa Mohamad Khir tidak mempunyai sebarang penglibatan dalam perjanjian antara PKNS dan Roniaga.

Athimulan: Adakah kelulusan oleh Jawatankuasa Penswastaan kepada Ron Niaga adalah berdasarkan perkara-perkara yang akan membawa keuntungan kepada PKNS mengikut syarat kepada syarikat-syarikat lain?

Harun: Ya.

Athimulan:  Adakah terdapat kelonggaran diberikan pada mana-mana syarikat?

Harun: Tidak boleh, ia salah dan tidak pernah.

Athimulan: Tidak ada dasar pilih kasih? Jika syarikat tidak layak, ia tidak akan diluluskan?

Harun: Ya.

Harun juga menegaskan Dr Khir tidak mempunyai kuasa meluluskan sebarang projek biar pun ia mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penswastaan.

Saksi memaklumkan bahawa penukaran Bon Jaminan kepada Jaminan Pengarah/Pemegang Saham Syarikat yang diminta oleh RON NIAGA dan disokong oleh Dr. Khir bukanlah perkara luar biasa.

Ada syarikat-syarikat lain juga mendapat penukaran ini, namun saksi tidak ingat jumlahnya dan sejak bila amalan tersebut dilakukan. Mahkamah juga dimaklumkan syarikat Ron Niaga membayar bahagian PKNS mengikut jadual dan perjanjian yang ditetapkan.

Saksi juga menegaskan Dr. Mohamad Khir tidak masuk campur dalam sebarang urusan perjanjian antara Ron Niaga dengan PKNS.

Dalam sesi pemeriksaan semula oleh Pendakwaraya, saksi menyatakan sama ada MB setuju atau tidak, keputusan muktamad adalah oleh Jawatankuasa Penswastaan.

Menjawab pertanyaan Hakim, saksi turut sahkan tanah yang hendak dibangunkan ialah milik PKNS bukannya milik kerajaan negeri.

Ikuti perbicaraan Dr Khir secara langsung di dalam Facebook.com






4 Komen to Bicara Dr Khir: Tiada Layanan Istimewa Kepada Syarikat Shamsuddin

  1. Mat Sabun says:

    Semua ahli politik termasuk YB BN atau PR bagi recomen dekat surat sokongan mereka. aku rasa ini amalan politik biasa.

    Aku tengok semenjak PR take over PKNS, Bangunan dan tanah di Jalan Barat PJ tu dah develop jadi shoping mall. Dengar sebut kawan2 tak delah untung sangat…Tak macam zaman khir toyo Untung PKNS berratus milion ringgit.

    • Tuan gedukngok says:

      Kenapa zaman sekarang tak untung sangat berbeza dgn zaman dr khir? Tidak kah margin nya sama, cuma bahagian PKNS dah dikecilkan? Kalo andaian ini betol kemana perginya bahagian yg lebih besar itu yg dulunya masok poket PKNS?

  2. […] tanah yang hendak dibangunkan ialah milik PKNS bukannya milik kerajaan negeri. Sumber:  MyKMU GERAKAN TIMUR: Artikel di atas adalah dari sumber yang sahih dan sekaligus menafikan artikel […]

  3. wahai para pencaci ,meriahnya gelanggang ko ni,gelanggang pencaci ,adakah ko ni di hidupkan sebagai pencaci ,berapa gaji ko dibayar sebagai pencaci dan bunus lainya dan yang tergelak denga ko pencaci atau tak merasa rugi ko sebagai pencaci

Leave a Reply