Menu Utama

Tahukah Aziz Bari bahawa…

Baru-baru ini Pensyarah Undang-Undang UIAM, Prof. Dr. Aziz Bari menghina ahli akademik, cendikiawan, ilmuan, dan yang sewaktu dengannya dengan menggelar mereka sebagai bisu dan penakut! Tahulah Prof hebat. Tapi janganlah sampai tidak menghormati orang lain dan menghina mereka yang enggan bersikap sepertinya…

Mereka-mereka yang dihina oleh Aziz Bari itu termasuklah dari istana sampai ke badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, universiti, syarikat kerajaan (GLC), JKKK, pegawai agama, profesor, naib canselor, rektor, timbalan naib canselor, dekan dan macam-macam lagi.

Kata Aziz Bari yang “MAHA” VOKAL dan “MAHA” BERANI ini, golongan yang disebutkannya itu GILA JAWATAN dan KUAT MENGIPAS. Mereka semua tidak sepertinya yang mana “suaranya didengar di seluruh dunia”, hinggakan “seluruh pemimpin dunia pun pernah di kritik”nya.

Hebat bukan Prof Dr. Aziz Bari ini. Hebat…! Memang hebattt..!!!

Namun, tahukah Aziz Bari bahawa mereka-mereka yang dihinanya itu tidak berperangai seperti yang disangkakan. Mereka cuma tidak berminat untuk menarik perhatian orang ramai sepertinya. Bak kata lain, mereka tidak GILA GLAMOUR macam dia.

Tahukah Aziz Bari bahawa lebih ramai dari golongan yang dia hina itu lebih genius, lebih bijak, lebih pandai, lebih cendikiawan berbanding dirinya. Namun, mereka tidaklah menunjuk-nunjuk dengan melabelkan orang itu begini, orang ini begitu. Apatah lagi mereka tidak seperti Aziz yang sukan menghina orang!

Tahukah Aziz Bari bahawa golongan yang dihinanya itu lebih suka dengan uslub islah, berbanding dirinya yang suka menyalak sana, menyalak sini ikut sedap mulutnya sahaja? Golongan yang dihinanya lebih suka cara sederhana sebagaimana yang dianjurkan Islam. Sekiranya Kerajaan atau UMNO bersalah, mereka menegur dengan berkhikmah, bukan macam Aziz yang perasan vokal tapi isinya kosong!

Tahukah Aziz Bari bahawa golongan yang dihinanya itu juga tidak pengecut sebagaimana yang dituduhnya? Mereka berani menegur Kerajaan dengan cara yang lebih menyenangkan dimana teguran mereka itu sering mendapat perhatian positif dari pihak Kerajaan.

Di sebaliknya, sekiranya diberi peluang, mereka lebih suka menempelak pihak pembangkang yang didewa-dewakan Aziz Bari selama ini kerana mereka tahu bahawa pihak pembangkang lebih teruk khilafnya berbanding Kerajaan sedia ada. Sekurang-kurangnya Kerajaan yang membayar gaji mereka itu mendengar juga teguran ikhlas mereka berbanding diri Aziz Bari yang bersifat seperti “anjing tersepit”.

Golongan yang dihina Aziz Bari itu tahu bahawa sekiranya mereka menegur pihak pembangkang, bukan saja teguran mereka itu tidak akan diterima, malah mereka juga bakal berdepan dengan risiko dihina, dicaci, dicerca, dicarut, malah mungkin juga rumah atau kenderaan mereka bakal dibaling dengan molotov cocktail! Maklumlah, penyokong-penyokong Aziz Bari sememangnya terkenal dengan keganasan…

Justeru itu, saya menyarankan agar Aziz Bari cerminkan dirinya dahulu sebelum menuduh yang bukan-bukan terhadap golongan yang dihinanya itu. Mereka tidak hina, sebaliknya Aziz Bari lebih layak untuk menerima penghinaan sebegitu. UIAM bayar gaji Aziz Bari untuk menumpukan perhatiannya terhadap mencurahkan ilmu perundangan, tapi lain pula yang ditumpunya. Dia sebok pula berpolitik dan menghina orang lain.

Mungkin Aziz Bari mahu golongan yang dihinanya itu bersikap sepertinya. Namun, Aziz Bari perlu tahu hakikat bahawa saya yakin bahawa golongan yang dihinanya itu sedikit pun tidak ingin mencontohi seorang Professor Doktor sepertinya yang angkuh, gila publisiti, gila glamour, gila segalanya. Mereka tak “hingin” pun…!






14 Komen to Tahukah Aziz Bari bahawa…

  1. Jeffry says:

    AJIS PARI2 NI INGAT DIA PUTRA DARI KAYANGAN KE PER?..TAU LA DIA DH DPT TIKET SYURGA WALLY SLIPAU. SEBENAUNYE DIA NI MAHA BADIGOL!. ORG YG BERINTELEK MCM DIA NI PERASAN BAGUS TP SEBENAUNYA MMG TAK BAGUS MANE PON KLU NK DI BANDINGKAN DGN ILMUAN2 LAIN DLM ATAU LUAR NEGARA. GAJI DIA PUN KERAJAAN YG BAYAR. MEMBAZIR JEK GAJIKAN ORG OTAK TIKUS NIH! KEHKEHKEH…HARKK PTUIHHH!!

    • PakLong says:

      Perumpamaan kan dah ada. Tong kosong sangat kuat bunyinya. Jika kita sepak, terajang atau flying kick maka berguling-gulinglah tong itu. Dibandingkan dengan tong yang penuh berisi. Kalau kita sepak, terajang atau flying kick, kaki kita akan berasa sakit. Silap-silap boleh bengkak atau patah. Fikir-fikirkanlah!

  2. Mooohyideen says:

    Ye ke??? Jangan menghina golongan itu??? UMNO Hina org lain boleh pulak…..???

    Kesimpulan article ini..jagan hina UMNO dan sekutunya…senang paham sket…………………Umno jer yg boleh hina org lain…

  3. Mooohyideen says:

    Ni aku dapat dari Tranungkite…:

    Pembohongan Umno Terserlah!
    oleh Anwar Ibrahim

    Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa’i mashkur dan amalan solehah.

    Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

    Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.

    Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato’ Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang ‘Connect The World’ merupakan keputusan penerbit program tersebut.

    Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

    Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan Ketua Pembangkang Malaysia

    • capt jam omega says:

      anwar ibrahim ni lulusan ekonomi ke? setahu saya dia telah merosakan ekonomi malaysia diatas kesilapan tun mahathir melantik anwar jadi menteri kewangan sehingga terpaksa memanggil dua kali tun daim memperbetulkan ekonomi malaysia.
      anwar setahu saya sekadar lulusan penggajian melayu.sastera lah tu

    • raplahjingaa says:

      Peeh !! kena kat batang hidung dia…..semua berhaluan kanan…..masa dok naik sheik dengan amoi tu….tak kira kanan kiri dah…..poorah !! Munafik !

      ” KITA MENDAPAT SOKONGAN ATM, YANG DI PERTUAN AGUNG SEDANG MENUNGGU DI ISTANA NEGARA ”……habeh ternga-nga semua totok PR….hahahahahha

  4. azam says:

    Baiknya kerajaan BN/UMNO ialah orang seperti ini masih boleh mencari makan dengan kerajaan. Saya yakin jika PR yang jadi kerajaan, orang2 yang vokal seperti ini akan terpinggir kalau pun tak kena terajang.

  5. kajangmari says:

    pembangkang ni ada banyak kategori. Prof Aziz Bari ini guna untuk memburuk-burukkan kerajaan dengan membuli ahli-ahli akademik dan prof yang lain. saya ada bertemu dengannya lagaknya memang macam dia saja yang pandai dan lain semua bodoh. di SRA pula ustazah-ustazah pula yang buruk2kan kerajaan. tuduh kerajaan umno zalim, rasuah dan sebagainya di depan anak murid yang masih suci yang bersih. kempen untuk parti pas. anak saya tahun empat tanya saya pas itu baik ke ayah. ustaza kata pas baik. anak saya tanya ngapa pas bukan pis (parti islam semalaysia). dia takut orang cakap itu parti kencing ke ayah. inilah cakap-cakap anak saya yang berusia 10 tahun.
    harap ustazah-ustazah ini janganlah lagi kempen pas dengan budak2 kecik. lagi pun pas tak perjuang negara islam lagi. mereka hendak negara berkebajikan (welfare state).

  6. Hero Tamil says:

    mamat nie yang duk kata Peralihan pemerintahan di Perak macam undang-undang rimba, yet at the same time, stll having wet dreams of 16 Sept….

  7. bangKano says:

    Aziz Baru sangka dia dah hebat tetapi sekadaq profesor kangkung. Sebenaqnya dia ni dah gila hendak kan kuasa politik dan seterusnya ekonomi. Mula-mula dulu semua yang dia cakap semua nya nampak betoi lama lama cakap semacam torak ja. Jangan asyik nak menorak orang lain nanti diri sendiri jadi sasau meroyan macam orang gila kat Hospital Tanjung Rambutan.

  8. Pak Tam says:

    Malu aku jadi rakyat Msia jika ada juga seorang prof di Msia begitu. Mungkin dalam 10,000 satu jadi begitu. Hanya penyokong PAS yang suka prof yg bersikap begitu.

  9. zahari says:

    manusia tak kira alim/ulamak/bijak bistari bila dianugerah ilmu yang hebat oleh AllahSWT, dia akan jadi sombong dan takabur dgn kelebihan yang ada pada dia. lantas terus menghentam kesana kemari sedang dia dibuai oleh bisikan syaitan yang lebih bertenaga berbanding syaitan untuk org biasa. Dia tak sedar apa yang cakap tu dah masuk kategori mendabik dada/sombong/riak

  10. Rindu Damai says:

    SERIBU PERATUS SAYA SOKONG ‘ AZAM ‘ . Disekolah-sekolah Men / rendah banyak
    orang cam ni.

Leave a Reply

Threesome