Menu Utama

Negara Berkebajikan: Lebih Baik Pilih BN!!

Orang PAS semua nasib baiklah sebab Hadi Awang tidak ditakdirkan membawa kapal, sebab kalau itu berlaku nescaya stering kapal itu boleh longgar kalau tak patah dek sebab sering berpusing-pusing mencari arah tujuan yang baru.  Yelah, kejap nak pergi Negara Islam, kejap nak pergi Negara Berkebajikan.

Penulis tak pastilah tentang negara lain, tetapi sepanjang pengetahuan penulis selama bergiat dalam politik negara ini, tidak pernah rasanya berjumpa dengan parti yang memanjang je tukar dasar parti melainkan PAS.  Lama dulu pun penulis dah cakap yang mengkarung dengan PAS tidak banyak berbeza tapi penulis tak sangkalah begitu sakitnya PAS hari ini sehingga tukar dasar macam tukar selipar.

Kebetulan atau apa, Nik Aziz juga digelar Wali Selipar.

Hadi mungkin terpukul dengan kenyataan Timbalannya beberapa hari lepas bahawa PAS tidak akan menukar dasar Islamnya walaupun bersekutu dengan DAP.  Hadi tahu yang DAP tidak akan berkompromi dengan satu apa pun yang terkait dengan Islam dan ucapan Nasha semalam boleh menyebabkan PAS kerugian dalam bentuk politik dan wang kalau DAP memutuskan kerjasama politik dengan PAS.

Maklum, busuk-busuk sekarang orang PAS ada jugak yang dapat jadi ahli Majlis dalam kerajaan DAP Pulau Pinang dan menyumbang kepada tabung parti!!

Jadi Hadi terpaksa menekan soal negara berkebajikan pulak untuk menutup kesalahan dalam ucapan Nasha sebelumnya.

Kalau nak kira negara berkebajikan, baik lagi pilih BN sebab dengan puluhan bilion wang yang dibelanjakan kerajaan BN untuk tujuan subsidi, BN lebih berkebajikan daripada PAS dan Pakatan Rakyat pun.  BN dah laksanakan dasar subsidi ini sejak merdeka dan PAS baru nak cakap soalnya hari ini?

Bodoh ke atau memang akal tak sampai ke situ?

Menurut Hadi negara berkebajikan memang ada disebut dalam al-Quran dan BN yang sering dituduh Hadi dengan pelbagai gelaran tidak Islamik ni rupanya mematuhi ajaran Islam kerana membelanjakan puluhan billion wang untuk memberi subsidi kepada rakyat.

Kerajaan BN bukan setakat berkebajikan tapi juga menguruskannya dengan baik.  Bukan setakat itu, soal lain dalam negara juga diuruskan dengan baik sehingga tidaklah sampai berlaku perang saudara dan sebagainya disebalik kepelbagaian kaum, bangsa dan agama rakyatnya.

PAS diketahui gagal menjadi ketua kepada Pakatan Rakyat malah PAS sanggup menggadai prinsip untuk bekerjasama dengan DAP sedang DAP langsung tidak ubah apa-apa pun dasar partinya untuk bekerjasama dengan PAS.

Jadi buat apa nak pilih PAS dan sekutunya kalau kerajaan BN sekarang sudah beri lebih baik lagi?  Lihat sajalah di negari-negeri yang diperintah pembangkang sekarang, apakah mereka berkebajikan sangat?  Kalau ada yang diberikan pun tidak sampai kepada semua lapisan rakyat seperti dalam hal air percuma.

Baru bercakap tentang subsidi saja PAS dan sekutunya sudah kalah disitu, bagaimana pula dengan pelbagai jenis bantuan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang miskin dan kurang upaya?  Pembiayaan perubatan yang murah di hospital kerajaan dan klinik 1Malaysia?  Pinjaman dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di bawah PTPTN?

Semua ini menunjukkan bahawa kerajaan BN sudah lama melaksanakan kerajaan berkebajikan ini walaupun tidak mewar-warkannya dimana-mana.

Tapi kalau betul nak laksana negara berkebajikan ini, elok ahli PAS minta ia ditulis dalam perlembagaan PAS, bukan apa takut apa yang dibuat Nizar dalam DUN Perak dalam soal negara Islam dulu berulang kembali, rujuk sini.






56 Komen to Negara Berkebajikan: Lebih Baik Pilih BN!!

  1. Observer says:

    Memang dasar akal tak sampai ke situ, org pest ni kene think outside the dome – kopiah putih yg menujukkan isi didlmnya semua blank.

  2. Apai says:

    Sebenarnya org Pas takde ilmu utk memerintah. Idea dah jumud sebab negeri yg PR pun takde perubahan yg dilakukan. Itu pun minta bantuan kerajaan pusat. Kalau 100% kebajikan, negara akan bankrap. Pas jangan mimpi DAP akan beri kuasa yg lebih. Jawatan yg diberi mungkin Menteri Kebajikan & Wakaf. Itulah kebolehannya mengikut kehendak pemimpin yg bodoh. Tunjukkan kpd rakyat sebg contoh negeri yg diperintah sekarang supaya rakyat yakin. Isu semasa pun tidak dpt ditangani. Dah jadi pemimpin nanti “Ibarat beruk mendapat bunga”.

  3. marhaenkacak says:

    kopiah hitam ka kopiah putih ka..semua nya kene faham islam itu agama kesejahteraan..

    PAS abang, UMNO adik? Takkan tu pun nak ajar?

    • PakLong says:

      Eh..eh.. sejak bila jadi abang dan adik ni. Bila diajak berunding soal perpaduan ditolak mentah-mentah. Setahu aku PAS itu gundik. DAP & PKR tu tuan!!! Takkan tu pun nak ajar!!!

      • neutron says:

        Aslkm, Tak yah le nak cite pasal perpaduan… naik muak saya dengan korang nih.. masa 2004 tak ada dengar pun nak berpadu.. mengutuk ahli PAS tak habis habis.. skarang baru nak merayu rayu ke…tak tau malu.. Allah nak tunjuk ler tu..( suruh korang jangan berlagak sangat…) tu baru sikit nikmat yang Dia tarik balik..

        • besalah…UMNO ni puak yg bakal ditalkin kan
          so, selagi bernyawa…drang mintak tlong lah
          kat orang yg mereka maki hamun/fitnah/aibkan dulu

          tapi bila dorang rase kuat…dorang akan buang balik
          orang yg pernah tolong mereka tu…..tahun 70an dah kene

          • khahar Muzafar says:

            Takut berlaku sebaliknya! PAS yang dunggu yang akan di talkinkan

          • ElectroMagneticPulse says:

            UMNO bukan nak mintak tolong, tapi nak selamatkan PAS. yang mainkan kononya UMNO terdesak media pembangkang je. UMNO bakal ditalkinkan? kenape pulak ek? hahahahah… kenyataan terdesak dari seorang penyokong PR.

        • ElectroMagneticPulse says:

          merayu-rayu? haha.. jgn nak perasan… taknak besatu pon takpe. yang mainkan isue ni sampai kononya UMNO merayu2 media pembangkang je. najib sendiri cakap, kalau taknak besatu pun takpe. tapi makesure hidup dlm pakatan tu jgn la diperkudakan selalu. ataupun jadi la dominan dlm PR..tapi atas ape yang dilihat skrg ni… hermmmm… tak tau lah nak cakap lagi PAS ni mcm mane…. baik tukar name je la…

          • bujuk says:

            Menipu.. mana ada najib cakap macam tu…
            Najib cakap kalau tak nak bergabung dengan UMNO pun takpa tapi keluarlah PR.

          • Gen2Felda says:

            bujuk…jangan segan mengaku pas hanya balaci kasta rendah dalam fuckatan…kami paham perasaan anda..

            pemimpin pasrael hanya jadi jaguh menentang umno…berdepan dapigs melukut takoottt…

            merasmikan muktamar pas, hadi tak berani sebut negara islam atau hudud mungkin lim kit siang ada dibarisan pemerhati..

          • bujuk says:

            PAS kurang kerusi buat masa ini, tapi aku yakin kerusi PAS akan bertambah bila melayu sedar kepentingan mereka sekarang terletak di tangan PAS. Asal UMNO jangan ambil indo, thai dan lain2 pendatang untuk bagi IC masa PRU nanti. Bila kerusi PAS paling banyak apakah rintangan yg. mampu menidakkan kuasa Melayu dan Islam?

  4. jakunMalam says:

    apa yang melucukan selama ini juak2 Pas membawa tafsuran Al-quran yang salah dengan mengatakan Al-quran ada menyebut negara islam…..hadi awang menyanggah pendapat mereka bahawa al-quran hanya menyebut negara kebajikan…..selama ini dah berapa jut manusia umat melayu islam dah ditipu dengan kenyataan negara islam itu kehendak al-qiuran….

    senang2 sahaja nak ubah kerana inginkan tempat dalam pakatan, dan aku tak terkejut bila ustaz nasha kalah kepada pengkhalwat ……tgk sahajalah naib presiden Pas..semuanya moral meragu…hussam skandal politik wang, mahfuz dengan akalnya dan skandal projek kuin….salahuddin? wow skandal pudu hotel….syabas hadi, anda benar2 mentransformasikn Pas jadi sekular melebihi UMNO…..

  5. neutron says:

    Aslkm, semua pemerintah negara di dunia ni pasti akan buat kebajikan.. hatta Stalin komunis tu sekalipun…cuma sikit atau banyak je sebagai bezanya… mungkin sesetengah orang tu dia rasa dah cukup dengan apa yang ada lalu dia sanggup memejamkan mata nya walaupun penyelewengan didepan mata.. jangan ler pulak kata orang yang tak puas hati tu tak pandai bersyukur.. hanya kerana dia menyatakan atau nak perbetulkan penelewengan tersebut…

    Sebagai contoh yang paling siok dan sempoi… KERAjaan UMNO/BN kononnya dah peruntukkan RM 52billion saham bumiputra tapi yang tinggal kini cuma RM2billion saja… Adakah kita dikatakan tak tahu bersyukur hanya kerana kita sangsi mana pemimpin pemimpin KERAjaan tu ghaibkan RM50 billion … RM50 billion beb bukan RM50 je…

    Allah tak marah pun kalau kita mencari hak dan kebenaran… mm… lu PK ler sendiri

    • Gen2Felda says:

      cuba ko buktikan 52 bilion ‘saham’ bumi tu kerajaan BN ghaibkan?

      tak berani? sebab kenapa? sebab ko tahu saham tu melayu sendiri jual..Kerajaan tak boleh halang..kalau BN yg.ghaibkan, kenapa kerajaan sendiri yg.umumkan?

      koperasi kohilal pas yg.ghaib duit penganot pas sampai sekarang tak settle..itu tok serban buat tuhh..

      • shayzet says:

        neutron……..cakap biar ada bukti la….jangan main hentam je….tunjukkan fact…..jangan lupa orang melayu kalau nampak duit beriban depan mata……sasau jadinya……so siapa yg salah….melayu jugak…yg pergi jual tu buat apa…kerajaan dah bagi untuk masa depan kita….so salah BN ke ? bangan punya orang ….. pooorrraaaahhh….

      • 52 Biilion tu ghaib smasa dibawah pemerintahan UMNO
        knape UMNO pembela Melayu bleh trlepas pndang bnde ni
        mereka bela Melayu atau kapur uit Melayu ?

        Kohilal tu sjenis perniagaan..ade untung dan rugi
        audit dah siasat, tiada pnyelewengan….
        kerugian tak sampai 1juta…..dan ia tidak mngakibat kan seluruh rakyat Malaysia menderita

  6. ade gak bdoh nyer penulis artikel ni…..Klinik Hospital Biasiswa PTPTN yg disebut
    kuasa kerajaan pusat nak dibndingkan kuasa kerajaan negeri

    isu air diselangor dikatakn tidak adil…dia sedar ke
    ade mereka yg pkai meter pukal….yg pnting orang kmpung pkai single meter dpat air subsidi

    kebajikan sngat ke kerajaan UMNO ni ?
    bgaimana royalti Minyak di negeri kelantan ?
    bgaimana tarif elektrik plak ? ape komen Tan Sri Ani Arope dan FMM psal kanaikan baru2 ni
    sdar ke UMNO kesan kanaikan berantai ekoran kenaikan tarif elektrik ?

    setahu aku lah kan UMNO ni kalu buat kebajikan pasti nak selitkan korupsi
    buat projek atas nama kebajikan rakyat tapi masa yg sama projek2 tu mereka
    pergunakan tuk menebalkan poket kroni dan poket sndiri

    • neutron says:

      itu kebajikan juga… puak ni suka tengok dalam skop kecil( kebajikan untuk kroni ) … kita tengok skop besar

    • jebat says:

      betulke PR laksanakan negeri berkebajikan.. Kah..kahh.. Lucu la.. Adoi.. Malas la nak cite pasal PR. Makin lama makin menjadi. Makin lama makin benci tgk muka2 pemimpin munafik yg melacurkan cerita sedih untuk dpt simpati.. Harapkan kasihan belas rakyat je la, itu pun dua tiga kerat yg tak sedar diri.. Negeri kebajikan.. Tanya guan eng apa dia tolong rakyat yg susah..jgn lupa tanya khalid sekali.. Pemimpin2 agung fuckatan rakyat..

    • Gen2Felda says:

      kalau ko anti harga barang naik,,cuba ko panggil semua pemimpin fuckatan sekarang buat pengakuan bersumpah atau apa2 saja yg.menjanjikan kepada rakyat bahawa bila mereka perintah kelak HARGA BARANG TAK NAIK ! ada berani?

      • jngan kasi idea banggang…..kenaikan biar ada asas nya.
        mane orang tak marah kalu kenaikan tu sbnar nya boleh dielak
        tapi sngaja dinaikkan jugak…..ape komen Tan Sri Ani Arope ape komen FMM
        psal kenaikan tarif elektrik ?

  7. Nicky Najis says:

    Ahlul-bahlul PAS boleh la hang bodohkan Tok Hadi. Sikit-sikit kaitkan dgn Islam terhangguk-hanggukla ahli PAS yg bodoh kematu.Bukan susah nak kelentong org melayu ni, kaitkan je dgn ayat Quran dgn hadis, teruja la mereka.Tapi sekarang ramai Melayu bijak pandai tak termakan tektik tu. Ahlul bahlul PAS je yg teruja. TAKEBEEEEEEEER….

  8. umnototok says:

    Akhirnya Allah beri petunjuk dengan ‘terang lagi bersuluh’, kalau puak2 PAS tak nampak juga memang jelaslah mereka semua memang bermata ‘ikan kering’.
    Hakikat ini berlaku juga kepada puak2 PKR yang telah terdahulu diberi petunjuk oleh Allah Subhanallahwataaala, namun kerana kebanyakan mereka pun bermata ‘ikan kering’ maka apa yang Tuhan tunjukan dipandang acuh tak acuh sahaja, bagai mencurahkan air ke daun keladi.
    Cuma malangnya selepas ini ‘jika’ Allah turunkan bala bencana ke atas Negara Malaysia, semiua rakyat Malaysia akan terkena kesannya. Apa nak dikata, ingatkan adalah orang2 yang ‘waraq’ yang sekurang2nya boleh diharapkan untuk memohon kepadaNya barang dijauhkan segala bala bencana, tetapi sedihnya mereka yang diharapkan sebagai ‘wali2 Allah’, rupa2nya kebanyakanya yang ramai hanyalah ‘wali2 selipar’ sahaja.
    Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah kami, rakyat Malaysia, dari segala mala petaka dan lindungilah kami daripada gulungan orang2 ‘munafiq’ yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan mendorong kami kejalan2 orang yang engkau murkai dan jalan orang2 yang sesat.
    Amin ya Rabalallaminnnnnnn……

  9. Putra kulim says:

    Itu hadiawang kata dalam ucapan dasarnya , pas tidak dapat terima UMNO kerana ideologinya tak sama Apakah ideologi pas sama dengan dap dan pkr ?? Lagi2 nak temberang Kerana nak jaga hati kapalsing dan likising, perjuangan nak tubuhkan negara Islam dikuburkan digantikan dengan negara kebajikan kononnya. BN tak pernah menjajakan slogan ini tapi kebajikan rakyat tetap dijaga. hanya kerna minyak naik dan barang keperluan turut naik maka dituduh kerajaan BN zalim. Apaakah makanan tak cukup ? Anak2 vtak boleh sekolah ?? tak dapat beasiswa ? tak dapat pinjaman? Rawatan rumah sakit terabai ?? Dalam masa bersungut minyak mahal, ramai orang tukar kereta baru dan lebih besar. Makin ramai orang melancong ke luar negara dan tak lupa mengerjakan Umrah.
    Manusia yang tak habis2 bersungut dan menghentam kerajaan, adalah puak2 yang tidak tahu bersyukur, dan manusia ini lah yang sanggup menggadai bangsa dan agamanya kepada dap.

    • kelawar says:

      Sesekali jenguk2 la org2 di kampung dan pendalaman.

    • bujuk says:

      Sedapnya kau cakap, gaji kau berapa ribu? ce kau bandingkan pendapatan penduduk kampung dan kakitangan k’jaan dan swasta tak berpangkat, ini adalah golongan majoriti dlm. negara… faham. Aku tak kata tiada orang beli kereta, tak melancong dan benda2 mewah lain.. tapi siapa mereka? dan mana mereka dapat wang? Untuk pengetahuan tuan rakyat m’sia mempunyai hutang kredit yang nilai berbilion RM. Selain itu kek ekonomi bibahagi tidak sekata… hanya kroni2 yang mampu hidup mewah dan berbelanja. Itulah saham bumiputra 50bilion yang hilang.

  10. aku pun nak jadi ulamak dalam pas dan aku nak ajak member – member semua dapat gelaran ulamak, tapi syarat – syarat nya adalah ………………sekurang-kurangnya mesti boleh baca sekurang-kurangnya boleh baca alfatihah di khalayak ramai dan lepas tu tafsirkan ikut sedap mulut aje 2- mesti pakai baju labuh sampai buku lalai dan baju tu mesti berwarna putih atau hijau 3- pakai kopiah putih atau hijau,,,,,,,,,,,,,,,,,,,kau mesti dapat gelaran ossssstazzzzzzzzzzzz !!!!!!!!! kenapa lah tak jadi orang yang rasional dalam berfikir ?????????aku anti orang yang mempergunakan atas nama islam atas kepentingan peribadi !!!!!!!!!!!!!!!!!1

    • kelawar says:

      pandainya….

      • kecikbesor says:

        juak2 pas….kater nak perjuangan orang islam…sokong ekonomi islam…berlalak-lalak le atas mimbar masjid…cakap die lebih islam……biler keluar…kedai islam dicaci, pegi kedai orang kafir…betulla la tue nak support kebajikan orang bukan islam kan…dapat diaorang bina lebih byk rumah ibadat mereka kan…….aku raser orang bodo je lupa dier kater dalam Al quran kiter kena bina negara islam…sekarang dah lain….hancur kalo ulamak sekarang cakap tak serupa bikin…hancur islam melayu kalo diorang memrintah

  11. bangKano says:

    Gamak nya konsep negara kebajikan saranan Hadi Awang tu rakyat tak perlu di kena kan pelbagai cukai termasuk cukai pendapatan. Ya la nama pun kebajikan semua mesti dapat percuma seduit tak keluaq. Kalo lagu ni ramai rakyat akan sokong Hadi Awang biaq pi negara Malaysia lingkup asai kan rakyat tak di beban kan dengan cukai. Mungkin lagu tu kot maksud negara kebajikan.

    • zach says:

      awat hang pikiaq cmpai lgu 2??? byk lgi cara len… pnh x kerajaan skunk araskan tahap kemiskinan?? aku tgk malaysia nie ramai yg melarat… knp kerajaan xtlg?? bangsa apa yg melarat 2 ea??

      • ElectroMagneticPulse says:

        pembangkang je yang mainkan isue tu. pembangkang hanya tahu mainkan isue saja. tapi buat tak tau. sekarang ni kerajaan dlm usaha memajukan rakyat. lagi satu takkan semua nak harapkan kerajaan. hasil usaha diri sendiri mane? bangsa melarat salahkan kerajaan sepenuhnya. ape bende la minded macam ni.

        • zach says:

          dari aku kecik aku dgr kerajaan sedang memajukn rakyat… dh lapok la de.. jd de xsetuju r kerajaan dipersalahkan?? lau mcm 2 aku mintak jase baik de tlg terangkan n minta umno tukar nama r… n juak2 sne slalu ckp sal bangsa? bangsa yg mane aku xtahu pulak… biar de je yg jwb… apa yg aku impikan 1 arie t kerajaan xkira mana yg memerintah selaraskan mane tahap kemiskinan paling bawah… so sng… mcm aku walaupn kais pagi makan pagi.. aku xkisah de.. aku percaya ttg qada dan qadar.. tp aku sedih bila ader bangsa aku yg melarat xmkn… bkn malas bekerja tp disebabkan hal2 yg xdipinta… harap de paham la ea… bila bangsa diatas bertahun2 lmenye… ttp ada jgk sebilangan menahan lapar dan pnuh kedaifan

          • kecikbesor says:

            Dah orang melayu malas…aku cakap betul…apsal orang indon keje kat umah aku kater boleh dapat sekurang seribu senang2 je….sebab dier rajin…memangla kais pagi makan pagi..cuber usaha lebih kais so makan pun lebih…

        • Gen2Felda says:

          KUALA LUMPUR 30 Mei – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah komited memastikan kadar kemiskinan yang kini berada pada tahap empat peratus terus dikurangkan menerusi pelbagai pendekatan.

          Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pendekatan itu bukan sekadar membangunkan kemudahan infrastruktur kepada penduduk luar bandar, malah melibatkan usaha meningkatkan pendapatan mereka yang berpendapatan rendah melalui projek agropolitan.

          Selain itu, katanya, kementeriannya juga akan menumpukan kepada pembangunan ekonomi usahawan dengan membantu membina kedai dan menyediakan latihan serta pinjaman kepada mereka.

          “Namun syarat yang penting bagi kita selain menyediakan kemudahan prasarana ialah dengan memastikan masyarakat luar bandar mempunyai minda yang betul kerana ia merupakan ramuan utama kepada kemajuan Jepun yang bangkit selepas Perang Dunia Kedua,” katanya.

        • Gen2Felda says:

          KUANTAN 29 Mei – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan RM9.43 juta bagi membantu 1,000 keluarga miskin tegar menerusi program Azam Tani di negeri ini tahun ini.

          Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, usaha itu bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di Pahang.

          “Kementerian akan meneruskan usaha seperti ini sehingga rakyat negeri ini menikmati kehidupan yang lebih selesa,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) Pahang 2011 di Taman Pertanian, di sini semalam.

          • Gen2Felda says:

            kalau masih hidup miskin dalam ni, hanya ada dua sebab:
            1)malas
            2)kecacatan fizikal yg.tak mendaftar dengan kebajikan masyarakat.

            masa bujang di pasir gudang dulu, pagi aku di pejabat..malam aku part time kat petrol station…Adakah negara ini tak ade peluang nak dapat duit lebih?

          • bujuk says:

            Paling penting isi borang ahli UMNO, baru dapat semua peruntukan tersebut…. ye tak.
            Itu namanya bantu ahli UMNO bukan bantu rakyat miskin…faham.
            Lagi satu sanak saudara ketua cawangan dan ajk cawangan juga layak dapat bantuan atas tiket kroni walaupun ada kereta dan astro dirumah.
            Sudahlah UMNO bab bantuan orang miskin pun nak dipolitikkan. Blah laaaaa…

          • Gen2Felda says:

            bujuk…bila kerajaan tak bantu,ko kata kerajaan zalim..
            bila kerajaan bantu dan turunkan % kemiskinan, ko kata nak bantu orang miskin pon nak dipolitikkan..

            yg.sebenarnya hati ko sakit kan..tuduhan kroni dan sebagainya tuh ko check lah dalam kelambu sendiri..Prosiding TBH dah dedahkan macamana dapigs perbodohkan pasrael dalam tender kerajaan negeri…apa pas selangor buat?

          • bujuk says:

            Aku ada ramai kawan pimpinan kecil UMNO yang ada lesen kelas F, majoritinya dapat projek bagi pada kontraktor cina @ MCA. Ini namanya konsep alibaba hang suruh DPMM siasat berapa banyak kontrak k’jaan milik bumi diseliakan oleh nonbumi. Hang nak salahkan siapa aku tanya? Benda ni dah jadi rahsia umum, semua orang tau. Pi siasat projek2 lain di negeri BN pun lagi teruk… bukan aku kata benda ni betul, tapi apa langkah k’jaan untuk atasi masalah ni?

          • kecikbesor says:

            tak payah borang umno… carilah keje elok2…rajin lebih sikit….aku idup berjaya dengan biasiswa dari kerajaan dr kecik sampai besor….. elok je…usaha tue penting…tapi kalo kor yakin sangat kat PR……syarikat cina tue kaya raya nak ker diaorang hired pekerja melayu byk2x… alasan x pandai mandarin ..pikir sikit

  12. bujuk says:

    Negara kebajikan ni dah diwar-warkan masa PRU-12 lagi, apa yang puak2 UMNO meraban sekarang. Isu ni menteri2 BN dah kalah hujah dulu sebab tu PR dapat perintah 5 negeri. Rakyat bukan mintak semua benda subsidi tapi kita minta hasil negara dirasai oleh semua rakyat. Hasil bumi dan cukai m’sia amat banyak untuk dibahagikan kepada seluruh rakyat jika tiada ketirisan dan kroni. Terbaru pendedahan oleh bekas CEO TNB, Dato Ani Arop negara telah rugi RM131 bilion untuk perbelanjaan tenaga IPP. Itu baru tenaga yang lain2 belum kira… apakah saudara2 semua buta dan pekak tentang pendedahan ini. Apa perlunya IPP kalau kita dah ada TNB yang mampu menjana tenaga negara? Aku ingat lagi bagaimana PM masa tu telah memaksa CEO TNB t.tangan perjanjian ini dengan alasan negara bergelap selama beberapa jam kerana diboikot. CEO TNB yg. bertanggungjawab sanggup letak jawatan kerana isu ini, hasilnya sekarang negara terpaksa membayar berbilion RM pada sykt. kroni ni, yang menanggung deritanya rakyat biasa. Adilkah perkara ini?

    • Gen2Felda says:

      Lima IPP yang memeterai perjanjian PPA dengan kerajaan pada 1993 dan dikategorikan sebagai IPP generasi pertama ialah YTL Power Generation Sdn. Bhd., Genting Sanyen Power Sdn. Bhd., Segari Energy Ventures Sdn. Bhd., Powertek Bhd. dan Port Dickson Sdn. Bhd. Sejak 2006, kerajaan telah berusaha merundingkan semula PPA dengan pemegang konsesi IPP generasi pertama ini tetapi masih buntu. Tempoh konsesi akan tamat pada akhir tahun 2015.

      Terdapat dua kaedah pembayaran kepada IPP iaitu pembayaran kapasiti (CP) dan pembayaran tenaga (EP) yang merupakan struktur pembayaran lazimnya bagi penjana tenaga di seluruh dunia. CP bermaksud pembayaran kepada pemilik penjana kerana menyediakan loji. Komponennya merangkumi kadar tetap O&M (FOR), pulangan atas ekuiti dan khidmat penjelasan semula hutang EP pula adalah pembayaran kepada IPP untuk menampung kos operasi loji jana kuasa, selain membayar kos bahan api.

      Kos bahan api adalah pass through iaitu apa sahaja kos bahan api yang diperlukan bagi menjana elektrik akan dicaj kepada pengguna.

      Huraian di atas berkait rapat dengan dakwaan pihak tertentu baru-baru ini bahawa kerajaan membazirkan RM15.1 bilion duit rakyat untuk membayar IPP. Apa yang sebenarnya ialah subsidi bahan api (yang lebih murah berbanding harga gas di pasaran) oleh Petronas diberikan kepada semua loji jana kuasa di Semenanjung, termasuk loji milik TNB. Jadi subsidi bahan api yang didakwa sebagai pembaziran itu sebenarnya disalurkan kepada pengguna seperti kita menerusi mekanisme pembayaran di atas.

      • bujuk says:

        Persoalannya kenapa perlu IPP jika TNB mampu menyalurkan tenaga yang cukup untuk keperluan negara ?
        Kau tak jawap.

        • Gen2Felda says:

          jika TNB mampu jana tenaga, maka tak terjadi tragedi peristiwa memalukan negara bergelap secara hampir keseluruhan..

          ini bab keselamatan…kalau semudah itu negara hilang kuasa elektrik, maka mudahlah musuh negara nak serang negara ini..Soo,kita perlu backup dari sumber alternatif..Cuma aku pun tak setuju dengan syarat perjanjian yg.berat sebelah tuh..

          • bujuk says:

            Bro masa ni PM dah suruh CEO tnb sain, sebab taknak sain dia suruh sabotaj, tak pernah dalam sejarah berlaku macam tu sebelum ini. Tujuan untuk buang CEO dan lantik baru yang nak sain, perkara sama berlaku masa nak ambil KLIA, Dato. Abu Hassan taknak sain, ambik orang baru Khir toyo nak kata apa? sain je la.

      • Gen2Felda says:

        beberapa isu yang sedang dirunding dalam PPA iaitu IPP bagi memastikan loji-loji mereka terus digunakan selepas tamat konsesi pada akhir 2015. Kerajaan pula akan membaiki kelemahan syarat-syarat asal dalam PPA..

        tak dinafikan perjanjian PPA ttg.IPP dulu berat sebelah, tetapi selepas 2015 bila perjanjian tamat, maka perjanjian baru akan berdasarkan menang-menang dengan mengambil iktibar kecacatan perjanjian terdahulu.

        • bujuk says:

          Berapa kali perjanjian berat sebelah, apakah mereka diatas makan rasuah atau terlalu bodoh untuk berunding? Dengan PLUS, Syabas dan lain2 semuanya berat sebelah, dan beratnya pada kroni, kenapa? Apakah parti yang menyebabkan negara rugi beratus ribu bilion ini masih hendak dipilih setelah melakukan kesalahan berkali-kali? Sehingga pulau batu putih pun terlepas? Apa tuan akan lantik peguam yang menyebabkan tuan rugi berjuta ringgit dan berkali-kali untuk menjadi peguam tuan?
          Saya tak tau kebodohan apa yang ada dalam diri tuan. Apakah kebodohan itu namanya bangsa, agama atau negara atau kepentingan tuan sendiri?

    • Gen2Felda says:

      hasil negara dirasai oleh semua rakyat? kat kelantan apasal banyak konsesi balak bagi pada Roshaimi Bin Razak yg.terkenal rapat dengan seorang anak Nik Abdul Aziz?

      rampas tanah rakyat di gua musang dan projek ladang rakyat yg.tak tahu mana perginya kebaikan untuk rakyat..

      • bujuk says:

        Kalau ada rasuah dah lama SPRM serang k’tan. Lesen balak pada orang yang boleh bagi keuntungan maksimum pada negeri, apa masalah? Yang penting hasil negeri bukan hasil kroni. Yg.masalah BN bagi lesen pada kroni yang melingkupkan k’jaan. Buat makmal komputer belum rasmi dah runtuh, stadium runtuh, masjid runtuh, , bumbung dewan rakyat habis berjuta2 tapi masih bocor, hospital pun bocor jugak, mahkamah jalan duta pun pernah bocor, MRR2 retak menuggu belah, siap k’jaan tambah peruntukan pada sykt. kroni bukan nak saman. Ini yg.rakyat pertikaikan.

  13. […] Tapi kalau betul nak laksana negara berkebajikan ini, elok ahli PAS minta ia ditulis dalam perlembagaan PAS, bukan apa takut apa yang dibuat Nizar dalam DUN Perak dalam soal negara Islam dulu berulang kembali, rujuk sini. dan sini […]

Leave a Reply

Threesome