Menu Utama

Saksi Akui Taksiran Untuk Lot 10 dan 8 Diubah Pegawai Atasan

Sementara itu, saksi ke 7 Pendakwa, Puan Noor Faiza Shamsuddin memberitahu Mahkamah bahawa beliau menghantar laporan kepada LHDN bagi jual beli pada Mei 2007 mengikut taksiran berikut iaitu, PT 65 (lot kosong) ialah RM 918 ribu dan RM 3.9 juta untuk PT 62 (Lot tanah dan Banglo).

Beliau menyatakan harga tersebut berdasarkan perbandingan transaksi sebelumnya pada 2004 dan juga lawatan beliau ke tapak tersebut pada Ogos 2007.

Bagaimanapun dalam sesi soal balas oleh Peguam Bela, Kamrul Hisham, saksi mengakui taksiran yang dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ialah taksiran yang diubah oleh ketuanya Zaleha.

Menurutnya, taksiran asal ialah RM 759 ribu bagi lot tanah kosong tetapi ditukar keopada RM 918 ribu oleh ketuanya. Manakala bagi Lot tanah bersama banglo beliau mentaksirkan sebanyak RM 2.9 juta tetapi ditukar kepada RM 3.9 juta oleh pegawai atasan yang sama.

Saksi juga mengakui beliau membuat taksiran berdasarkan pelan rumah yang telah siap kerana tidak tertulis dalam surat perjanjian jual beli bahawa ia merupakan sebuah rumah yang belum siap.

Beliau akui semasa lawatan tapak pada gos 2007, rumah tersebut sedang diubah suai dengan banyak. Namun saksi memberitahu Mahkamah beliau mentaksirkan sebagai rumah siap kerana taksiran tersebut untuk 29 Mei 2007 iaitu tarikh perjanjian jual beli.

Oleh kerana tiada maklumat bahawa rumah tersebut sedang diubah suai (berdasarkan surat perjanjian) ketika jual beli maka beliau membuat taksiran untuk sebuah rumah lengkap seperti dalam pelan asal.

Mahkamah juga dimaklumkan taksiran pada 2004 sebanyak RM 4.3 juta untuk lot tanah dan banglo serta RM 700 ribu untuk tanah lapang adalah mengikut harga jual beli bukannya harga taksiran Jabatan.

Taksiran Jabatan adalah lebih rendah daripada nilai jual beli tersebut. Justeru adalah prosedur untuk jabatan menaksir mengikut harga jual beli apabila harga tersebut lebih tinggi daripada harga taksiran jabatan.

Saksi juga bersetuju dengan peguam bela bahawa harga lot tanah dan rumah yang  belum siap adalah lebih rendah daripada taksiran harga rumah yang siap.






7 Komen to Saksi Akui Taksiran Untuk Lot 10 dan 8 Diubah Pegawai Atasan

  1. Farid says:

    Laaa….panggil lah pegawai atasan tu…

    • kak siti says:

      Kepada Farid, ini proses mahkamah, bukan boleh suruh ikut suka hang, kalau tak faham jangan komen, nanti dikatakan b***h pulak.

    • omega says:

      Laa, dah DPP tak panggil, takkan nak suruh khir toyo panggil pulak. bodo tak boleh diajar kau nie farid

    • UMNONGOK says:

      AKU TAK HERAN DGN LANUN2 UMPORNO SBB DEPA SEMUA MAMPU BELI APA SAJA HASIL DARI ROMPAKAN HARTA RAKYAT,,, DAKWA2 NI AUTA PUAK2 UMPORNO SJ NANTI ADA LA KAMBING HITAM JADI MANGSA KAMBING PUTIH NI TERLEPAS LA

  2. Farid says:

    Mahkamah ni akalu tanpa objek yg dipanggil manusia, tak berguna jugak.

    Apa korang ingat org zaman sekarang bodoh kah???? Ko je yg masih bodoh.

    Kalau polis interrogate seseorang and that respondent menjawab, “Saya dapa arahan dari orang atasan” so bagi mereka yg berakal (kecuali org UMNO/Mykmu ni), mereka pasti akan berkata, so tanya lah, siapa org atasan tu…? Panggil lah dia.

    Bagi org yg berakal dan menggunakan akal sebaiknya lah..

    Contohnya…org kata Al Quran ada segalanya, so ada lah pulak si polan bertanya, dalam al Quran ada cerita pasal cara2 nak buat kek chocolate kah???? Jawapannya – Ada – iaitu bagi mereka yg menggunakan akal.

    • Tuan gedukngok says:

      Agak-agak semua PPP cabuk tu surf mykmu.net ni tak? Kalo tak macam mana nak ikut arahan si farid ni. Kalo tak ikut kang kena label bodo la pulak!

      Tapi farid kan, apa kata ko ambil perhatian diaorang, ko pergi guling-guling depan mahkamah tu, kalo tak depan jamban AG pun takpa, baru tak tolol!

  3. Gen2Felda says:

    tengok moral kes ini…kes berjalan lancar tanpa ada cubaan tangguh perbicaraan, tanpa ada notis nak tukar hakim dll.

    semua ni melancarkan kes dan rakyat mahu tengok pengadilan ditegakkan.

    kenapa mat jubo tak mahu kes nya berjalan seperti ini?

Leave a Reply