Menu Utama

PilihanRaya Masjid: Usaha DAP Ubah Masjid Jadi Macam PAS

Soalan pertama, apa keperluan yang penting sangat untuk diadakan pilihanraya masjid?  Sebab, kalau dipandang dari mana sudut sekalipun, tidak nampak ada keperluan.  Soalan kedua, siapa DAP untuk menentukan apa yang baik dan tidak baik untuk institusi orang Islam, dalam hal Pulau Pinang berada dibawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung?

Perlembagaan Malaysia terang-terang menyatakan hal ehwal negara Islam bagi negeri-negeri beraja terletak dibawah kuasa rajanya, manakala bagi negeri yang tidak beraja berada dibawah DYMM Seri Paduka.

Penulis dan ramai pihak yang lain melihat usaha mengadakan pilihanraya masjid di Pulau Pinang ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengubah institusi Masjid yang dihormati ini menjadi institusi memecah belahkan orang Islam seterusnya menukar masjid menjadi seperti parti PAS.

Bila dah diadakan pilihanraya, ada besar kemungkinan orang yang tidak layak dipilih untuk menguruskan masjid, sebab individu tersebut berjaya menang dalam pilihanraya masjid yang diadakan.  Tidak mustahil besok, kaki kelab malam pun boleh jadi imam masjid, bukan atas kelayakannya tapi sebab dia menang pilihanraya masjid!!!

Keadaan sama yang berlaku sekarang dalam PAS sekarang bila parti yang bertujuan untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud di Malaysia ini, sudah berubah arah sebab kepimpinan yang tidak pro ulamak sedang menguasai parti melalui proses pemilihan yang diadakan baru-baru ini.

Dan konsep sama nak diaplikasikan di masjid pulak.  Sebab itu kita kata usaha mengadakan pilihanraya masjid ni untuk ubah masjid jadi macam PAS.

Kenapa DAP tidak mengadakan pilihanraya di tokong, kuil dan gereja, kenapa mesti masjid?  Itu yang mendatangkan tanda tanya, sudahlah orang Islam berpecah dek fahaman politik ketaksuban, sekarang nak dipecahkan lagi orang Islam di masjid pulak?

Masjid tidak boleh diuruskan oleh orang yang tidak berkelayakkan dari segi agama seperti mana PAS sekarang, nama saja parti Islam tapi kepimpinan tertinggi terdiri antaranya terdiri daripada orang bodoh (Mahfuz) dan yang tidak bermoral (Mat Sabu).

Jawatan Imam, sebagai contoh,  tidak boleh terdiri daripada orang yang tidak layak, begitu juga dengan jawatan-jawatan yang lain.  Cara sekarang sudah cukup bagus kerana kelayakan dan kebolehan menjadi kriteria utama, bukan sebab menang pilihanraya.

Pulau memulau yang berlaku dalam politik kepartian, tidak boleh berlaku di masjid.  Jangan sebabkan pilihanraya, masjid jadi sepi sebab tidak dikunjungi orang akibat perbalahan siapa yang patut menang dan tidak.

Ini masalah yang DAP faham tapi buat-buat tak faham.  Agenda halus dipergunakan atas nama pembaharuan untuk memecahbelahkan orang Islam dan menguatkan parti mereka dan orang cina.  Sama kes macam penggunaan DNA babi pada pelbagai barangan makanan yang dijual kepada orang Islam sekaranglah.

Pendek kata, tidak boleh secara terang, depa buat secara halus dan tujuan mengadakan pilihanraya masjid ini semata-mata untuk memecah belahkan orang Islam di Pulau Pinang yang sedang sikit demi sedikit bersatu dibawah UMNO.

Tidak ada yang lain.

 



« (Previous News)



23 Komen to PilihanRaya Masjid: Usaha DAP Ubah Masjid Jadi Macam PAS

  1. tenno says:

    Secara kasarnya matlamat mereka adalah untuk gauge the popularity among malays. Kalau yg menang tu calon PR, maka safely said undi org melayu tidak hilang, jika calon pro-bn yg menang, maka letak duduknya dah diketahui…

    • C1 says:

      hang ada otak tak pikiaq… ni cerita dongeng modern rekaan UMNO … hang caya bulat2 ..awat bodoh lagu tu hang ni…

    • johorman says:

      Penulis artikel ni.. kalau Non Muslim baca buat Malu orang islam jer.Sepatutnya pemilihan AJK masjid dibuat secara kehendak anak kariah ( election la tu..mangkuk oi ).Jawatan pegawai masjid i.e imam dilantik melaui mesyuarat AJK.Benilah yang diamalkan turun temurun tapi lepas 90 an jadi kecoh sikit coz banyak yg tak pro BN menang.The important orang UMNO kena banyak jadi orang yang warak dan diterima anak kariah surely UMNO menang.

  2. zumazore says:

    sepatutnya DAP menguji “pilihanraya TOKONG” dulu baru wat kat tempat lain baru la adil namanya… ini DAP tapi nak ngajar orang islam lak… sungguh memalukan wakil PAS yang bagi idea ni…betul ke otak dia ni leh pakai?….

  3. umnototok says:

    Apa yang saya nampak DAP nak mengikis kuasa Jab Agama di bawah kuasa Raja/Sultan.
    Keperluan pilihanraya masjid dah sah bermatlamat mempolitikan Institusi Masjid.
    Implikasinya; memecah-belahkan umat Islam kepada beberapa kelompok kepartian dan kepentingan
    peribadi.
    Ini tanda2 bencana mula melanda umat Islam, berpunca dari kelemahan orang2 Islam sendiri yang telah terjajah dibawah kuasa orang ‘kafir’ laknatullah, dan sekiranya orang2 Islam tidak dapat merubah keadaan itu sahlah mereka menjadi gulungan ‘DAYUS’. Nanguzubillah!!!
    Kita tidak perlu jadi orang Palestine, di sini pun kita sudah ‘terjajah’ seperti mereka.
    ‘Ada cukup batu kah di Pulau Pinang nak baling musuh2 Islam di sana???!!!’

    • C7 says:

      ” …DAP nak mengikis kuasa Jab Agama di bawah kuasa Raja/Sultan..”

      ni aper ke bangnag sangat statement ni…. tak logik weiiiiiii

      pencacai najis UMNO ni benda2 bodoh jer nampak depan mata, berlegar dalam kepala.. ptuih.!

      • umnototok says:

        Yang lojik untuk awak adalah apabila orang kafir dah menentukan dasar2 pentadbiran agama Islam, ‘jika’ awak orang Melayu Islamlah, tak ambil peduli
        pun, mengenai pelaksanaan ini, maka jelaslah awak lebih ‘bengong’ dari saya,
        malah ‘lebih dayus’ lagi……

  4. buana says:

    parti, DAP dah kuasai…surau, masjid on the way..
    jika pengurusan masjid pun perlu diadakan pilihanraya,,,,maknanya unsur2 keduniaan…unsur2 kapitalis mula meresap masuk dlm tempat dimana kita mendekatkan diri dgn Allah swt…
    SO, bayangkanlah politik wang yg boleh berlaku…ada tuan, ada hamba….ada pemberi…ada penerima… ada lobi melobi…
    Sesiapa pun boleh taja individu yg bertanding dlm pilihanraya rumah ibadat Allah…
    Umat Islam akan dikuasai suara dan pergerakan mereka melalui masjid tempat utk beribadat kpd Allah swt..
    Kuasa2 asing tidak mustahil akan menaja dan memberi bantuan kpd yg bertanding…dan apabila calon itu menang… Penaja calon lah yg akan menguasai pentadbiran masjid…
    Bertambah hinalah umat islam..
    PAS BERPOLITIK BUKAN KERANA HENDAK MENDIRIKAN PENTADBIRAN ISLAM TETAPI KERANA NAFSU AMARAH – BENCI, NAFSU DENDAM DAN NAFSU TAMAK HALOBA SEMATA2 UTK MENUMBANGKAN UMNO

  5. Anti Ungrateful Immigrants says:

    PAS taik!

  6. C3 says:

    gua mau lari topik kejap bro…
    sebab berita yang gua copy dan paste manyakkkkkkkk HOT… ni baru kantoi sekor toyol… bapak toyol akan kantoi kalau Pakatan Menang BERGAYA masa PRU13 nanti hakhakhak

    ———————————————————————————————————————————————–

    Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

    Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

    Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.
    Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

    • C3 says:

      opsssssss lupa….

      ini anak toyo .. hanyalah kambing hitam ……….

      supaya najib rosmah akan dilihat sebagai berjaya memerangi rasuah dan salah guna kuasa…

      hakhakhakha padan muka kau anak toyo…

      gelak lagi hkahkahkahkahakhakhkaka

  7. Telok_Blangah says:

    Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam berkata pentadbiran masjid tidak wajar dipolhttp://3.bp.blogspot.com/_c2_MNrQfsHc/Sb89qrq_E6I/AAAAAAAAALs/f25p2m4E-KI/s320/ali-rustam-mac17.jpeitikkan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang hendak mengujudkan pilihanraya bagi memilih Jawatankuasa Masjid.

    Kenyataan beliau disiarkan oleh Sinar Harian semalam.

    Tergelak dan geli hati saya bila membaca komen Ali Rustam. Ini kerana beliaulah bapak yang mempolitikkan masjid. Buktinya semua masjid dan surau di Melaka ini dikuasai oleh orang Umno melalui perlantikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Imam, Khatib, Noja, Pengerusi dan semua AJK Masjid akan dipastikan orang Umno, jika ada yang bukan Umno akan dipecat atau dilucutkan jawatannya. Anak qariah tidak mempunyai kuasa untuk melantik AJK Masjid semuanya dilantik dengan perakuan Umno dan Ketua Menteri sendiri. Ada antara pengerusi dan AJK yang tidak layak tetapi dilantik semata-mata kerana orang Umno.

    Akhirnya penduduk berpecah semata-mata disebabkan Umno bermain politik di masjid. 2 contoh paling ketara berlakunya perpecahan akibat politik Umno ialah di Kariah Bukit Pegoh sehingga berlaku pergaduhan di dalam masjid. Pengajian agama di halang oleh Pengerusi dan AJK yang semuanya Umno.

    Surau An-Najihin, Taman Merdeka Jaya juga mengalami krisis akibat politik Umno. Kemuncak krisisnya ialah perletakan jawatan kesemua 3 orang Imam surau tersebut beserta dengan beberapa orang AJK. Semuanya gara-gara tamak kuasa dan campurtangan politik Umno.

    • C7 says:

      melaka tak nampak lah… sebab negeri UMNO pegang… aisehhh
      tgu lah melaka jatuh kat pakatan… baru bleh nampak…

      tapi… berani ker DAP.. nak masuk hal ehwal pengurusan Masjid…

      ni mykmu ni buat cerita dongeng lah weiiiiiiiiiii…………..

      lagi mau api-apikan … jahat sungguh UMNO ni… meracun fikiran umat islam supaya selar DAP.. secara tak lansung menyruh menjauhi PAS kerana berkawan dengan DAP..

      huhhh

  8. LiwatanutanPas says:

    DAP amat suka benar dengan pilihanraya….tak kisahlah jenis apa pilihanraya janji pilihanraya…gereja patut mulakan dulu…buknnya masjid….

  9. Alyabu says:

    Orang UMNO suka sangat nak jadi Pengerusi dan AJK Mesjid tapi tak suka mengimarahkan mesjid..mereka hanya bergaya apabila ada pemimpin2 UMNO datang ke mesjid..cuma tunjuk muka saja kononnya merekalah paling aktif..apa2 pun semua buruk dan huduh bila orang UMNO menegendalikan mesjid..ceramah2 mestilah yang memuji kerajaan walaupun benda2 yang haram…lagi pun tak kusyuk sembahyang berimamkan orang UMNO.. kerana akal penipu mereka..

  10. Gen2Felda says:

    Akhirnya Islam pergi jua

    Oleh Zulkifli Noordin

    KENYATAAN Joceline Tan dalam analisisnya di akhbar The Star kelmarin mengenai kesan pemilihan Pas merumuskan secara tepat apa yang berlaku bila beliau berkata,‘‘Pemilihan Pas menunjukkan betapa kebulurnya parti itu untuk memenangi pilihan raya umum, kebuluran yang menyebabkan mereka bersedia berkompromi dengan dasar “kepimpinan ulama’” parti tersebut!”.

    Deklarasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa ‘Pas Islam pergi’ akan mengetepikan perjuangan penubuhan ‘negara Islam” dan mengubahnya kepada slogan “negara kebajikan” adalah bukti jelas kenyataan di atas.

    Kesanggupan beliau menyatakan “konsep negara Islam” tidak ada dalam al-Quran bagi menghalalkan perubahan dasar itu membuktikan kesanggupan neo-Pas melakukan apa sahaja untuk memenuhi impian ke takhta Putrajaya.

    Ini adalah kenyataan daripada seseorang yang 30 tahun lepas sanggup mengisytiharkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu melaksanakan hudud, qisas dan ta‘zir dan menolak penubuhan negara Islam.

    Sebab itu ada hadis Melayu menyebut “Kalau nak meludah jangan ke langit, kerana kelak akan terkena muka sendiri!”.

    Melaksanakan negara Islam bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan, sebab di dalam Islam ada ciri kebajikan. Tetapi melaksanakan negara kebajikan belum tentu melaksanakan negara Islam, sebab bukan semua kebajikan itu Islamik.

    Abu Talib adalah antara manusia paling hebat membuat kebajikan; beliau membela, membesar, melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW, tetapi beliau tetap kafir. New Zealand dan Sweden adalah antara negara yang dikenali sebagai welfare state – “negara kebajikan”, tetapi mereka tetap negara kafir.

    Menukar slogan daripada ‘negara Islam kepada ‘negara kebajikan adalah sekadar retorik politik, tetapi malangnya al-Quran dijadikan sandaran kepada retorik ini!

    • neutron says:

      Aslkm, mungkin kamu betul Gen2 bila cerita pasal Abu Talib dan negara Islam… tapi malangnya kamu sendiri tak sudi dan tak bersedia nak sokong undang undang Islam… kalau kita orang Islam sendiri tak mau dan berat hati camana orang lain…. Cuba lah sokong PAS sewaktu PAS belum join PR dan bagi dia perintah 5 tahun … kalau hudud nya tak betul… ko undi BN balik le.. ni idak…belum apa apa dah tak yakin dengan Islam itu sendiri…Hadi tu cuma tukar aproach… iltizam negara Islam masih sama jer…

  11. Perantau says:

    Jangan terpedaya dgn dakyah UMNO, walaupun saya bukan org Pulau Pinang, tapi dah 13 tahun menetap di sini. Sebelum ni pengerusi, naib pengerusi dan kebanyakan AJK masjid adalah dari golongan kaya berpangkat Dato’ yang menerajui kepinpinan masjid ( kebarangkalian mereka orang2 umno addalah tinggi ), yang mana kehadiran mereka untuk mengimarahkan masjid adalah amat mendukacitakan. Mereka hanya hadir ketika mesyuarat agong dan majlis keramaian yang ada menjemput org2 besar sahaja, dan ada pula hanya sembahyang jumaat dan sembahyang raya sahaja. Lagi satu kedudukan Pengerusi dan timbalan adalah tetap( tak dipertandingkan semasa mesyuarat )…Mereka ni yang tak berapa tahu atau tak berapa menyelami pentadbiran masjid….
    Jadi sekarang, terpulang kepada anak2 khariah masjid itu sendiri yang menentukan AJK masjid, tanpa memperdulikan segala macam Dato’2 yang kebal di atas jawatan pengerusi masjid tapi tak nampak batang hidung di masjid…

Leave a Reply