Menu Utama

PKS – Parti Kebajikan SeMalaysia Ganti PAS

Selama guna nama Parti Islam SeMalaysia ini pun, tidak nampak apa yang Islamik sangat diperjuangkan PAS, melainkan jubah menyapu lantai, janggut berserabai dan kain serban yang ntah berapa lama tak basuh.

Apatah lagi bila perjuangan Islam dah ditinggalkan ni untuk negara berkebajikan pulak.

Ini bukan kita mempersendakan sunnah tapi sekadar nak menyatakan itulah pakaian orang-orang PAS selama ‘mengaku’ memperjuangkan Islam.  Seolahnya Islam itu diukur dari pakaian semata-mata, kalau pakai tudung tu baik tapi realitinya kita sendiri tahu sama tahulah – ada juga yang terakam buat BJ sambil pakai tudung.

Itu satu hal, dan seakan ada satu kemestian, asal saja seseorang lelaki masuk PAS dan berpakaian sepertinya, automatik dapat gelaran Ustaz, yang perempuan Ustazah.  Mat sabu yang mulut lebih cibai dari cibai itu sendiri pun masih digelar ustaz sehingga sekarang.  Nak gelak pun ada dek kebodohan ini.

Semuanya demi nak menyokong propaganda bahawa PAS itu memperjuangkan Islam.

Parti Islam SeMalaysia dengan akronim PAS ini sendiri pun dah tak kena dah.  Parti Islam SeMalaysia sepatutnya PISlah, apa pulak yang PAS?  Dizaman muda penulis dulu, ada penulis tanyakan kepada satu orang tua penyokong tegar PAS, kenapa namanya Parti Islam SeMalaysia tapi kependekkannya PAS pulak pakcik?

Kata pakcik tu ‘A’ itu mewakili Alif (I), itu yang jadi Islam tu.  Lepas tu penulis tanya balik, kenapa yang P dan S tak dieja dalam jawi, hanya A saja?  Langsung pakcik tu tak menjawab dan sekarang pakcik yang penulis maksudkan itu sedang berada dialam perantaraan dengan akhirat kini.

Begitulah moralnya, PAS menipu penganutnya hidup-hidup sampai mati.

PAS selama hari ini menipu orang saja kerjanya, daripada nama parti itu sendiri yang menimbulkan kekeliruan, sehinggalah kepada perjuangan yang baik sikit (dari segi tempoh) dengan biskut Chipsmore (kejap ada, kejap takde).

Yang penulis maksudkan itu negara Islamlah, itu yang penganut di dakwa sebagai Parti Islam SeMalaysia atau SeMalaya diawal penubuhannya.

Negara Islam dan perlaksanaan hudud yang jadi kiblat perjuangan PAS ni bukan perkara kecil anak tau.  Ada isteri jadi janda, anak jadi yatim, yang takde laki jadi duda saja (sebab yang terkorban orang lelaki semuanya).  Dek sebab besarnya perkara itu, sehari dua cakap soal ni mana cukup, perlu dipanjang-panjangkan jangan cepat lupa.

Sekarang ini negara kebajikan pulak.  Perjuangan negara kebajikan ini tak perlu pakai serban dan jubah.  Tak perlu nak selit-selit ayat al-Quran bila berceramah.  Tak perlu lulusan Al-Azhar untuk bercakap tentangnya.  Sapa pun boleh cakap nak turun harga, turun minyak dan turun apa pun.

Dan kenapa PAS tidak menukar namanya selari dengan pertukaran perjuangannya pun kita tak faham.

Nama parti tidak boleh lari dari matlamat perjuangan.  Kalau nama parti Keadilan, mesti perjuangan untuk keadilan walaupun perjuangan satu orang.  Kalau parti sosialis (adik komunis yang akhirnya jadi kawan Nik Aziz), mesti perjuangkan agenda sosialis, dan seterusnya.

Tak terkecuali PAS.  Tak bolehlahlah kata perjuangan negara berkebajikan tapi guna nama Parti Islam SeMalaysia.  Setakat nak kata Islam juga perjuang kebajikan, UMNO dah lama buat itu (kebajikan) walau tak letak dalam nama parti.

Dan ntah berapa banyak parti memerintah dalam dunia yang bagi kebajikan pada rakyatnya tanpa letak perkataan kebajikan.

Hari ini kita tanyalah orang-orang dinegeri yang ‘parti kebajikan’ ini perintah.  Setakat mana berkebajikannya?  Kalau tak sebab Nik Aziz nak berkuasa sehingga Izrail datang menjemput, apa yang boleh nak dibanggakan dengan Kelantan tu?

Sebelum kau cerita nak laksanakan apa jadah kebajikan diperingkat Malaysia, laksanakanlah di peringkat negeri dulu.  Ini apa pun tarak, tapi nak perjuang kebajikan konon.  Dan yang nak dibuat itu pulak meniru apa yang UMNO dan BN dah laksanakan di Malaysia ni, cuma ditambah baik mana-mana perlu saja.

Contoh UMNO/BN tetap minyak pada harga Rm 1.90 seliter, pembangkang mungkin rendah sikit dari itu, kok dia kata RM 1.89 masih rendah juga logiknya.  Tapi persoalannya berapa besar kesan kurang RM 0.01 sen itu kepada harga barangan dan perkhidmatan yang sering dijadikan isu oleh pembangkang sekarang?  Keduanya berapa lama boleh tahan?

Kita jangan lupa, masa kerajaan dolah badawi naikkan harga minyak ke RM 2.70 seliter, Anwar janji nak turun RM 2.20, kurang RM 0.50 ‘kalau’ kerajaan pusat berubah tangan pada 16 September 2008.  Eh, takdelah banyak pun penurunan, masih mahal dari harga sebelum kenaikan (RM 1.92 sen).  Kalau RM 1.30 seliter ke, RM 1.00 ke tahanlah jugak.

Balik pada PAS tadi.  Tak malu ke nak gunakan nama Islam dikala perjuangan dah tukar kebajikan?

Tukar nama parti tak serumit nak tubuhkan parti, Zaid Ibrahim dah buat itu dengan mengubah nama AKIM kepada KITA. Even itu pun (tukar nama parti) tak rumit sebenarnya kalau semua syarat dipatuhi.  Yang rumit ni nak tubuh Pakatan.  Dari April 2008 sampai la, Pakatan masih tak daftar lagi.  Lambang bunga raya latar belakang oren tu apa jadi ntah.

Dah layu agaknya.

Nasihat penulis kepada PAS, rentikanlah menipu orang ni.  Untungnya awak punya para pengikut yang rata-ratanya bodoh.  Kok ada yang terpelajar pun, itu sebab dia boleh memperbodohkan yang lebih bodoh dibawah, sebab itu dia masuk PAS.  Bertanding di kalangan orang bodoh memang peluang untuk nampak lebih hebat.

Kalau tak nak nampak hipokrit dan munafik, kita semua cabar PAS tukar namanya kepada PKS (Parti Kebajikan Malaysia), ada berani?  Bukan itu saja, Mursyidul Am jadi Kebajikan Am, Majlis Syura Ulama tukar jadi Majlis Syura Kebajikan dan sebagainya, baru betul-betul KEBAJIKAN.






25 Komen to PKS – Parti Kebajikan SeMalaysia Ganti PAS

  1. C2 says:

    Bagaimana hendak menjadi ‘penganut’ PAS, DAP atau PKR…

    amat mudah….

    senang saja……. kamu kutuk saja UMNO BN dua tiga perkataan.. cukup…
    secara automatik kamu akan di gelar ‘penganut’ PAS, DAP atau PKR… walapun kamu tak kenal apa itu PAS DAP PKR…

    hahaha…. sekian.. joke malam ini…

    • C2 says:

      ada lagi… kamu juga akan di berikan pangkat seperti… pencacai, penjilat..ntah apa2lagi la…. tengok level mana kamu kutuk UMNO BN ni…

      • abu says:

        bro, ko baru tahu ke ?
        dah lame bnde ni trjadi d sini

        silap2 mane ahli UMNO yg hentam sikit UMNO
        pun kene maki dan dituduh ahli PR

        • stingray says:

          Hadi bru senyum sikit kat najib..meroyan sakan pak lebai-pak lebai kulup semalaya

        • Gen2Felda says:

          bab gelaran nih pas adlah juara….semua pemimpin umno ada gelaran…Tun M paling teruk digelar Mahafiraun,Mahataik dll…Sekarang ni Tun berumur 87 kalau tak silap aku tapi masih sihat kesana kemari menyumbangkan idea dari pelbagai kertaskerja..

          wally selipor yg.dah berapa kali diusung keluar masuk icu masih jumud nak terus duduk kerusi MB walaupun selepas 20 tahun jasa dia yg.paling kelihatan hanyalah pembinaan stadium bola.

    • stingray says:

      pelawak rupanye C4 ni..patul la..

  2. umnototok says:

    Apa yang paling aku tak setuju apabila sebuah parti kah atau pertubuhan kah, menggunakan
    nama ‘Islam’, walau pun baik sekali pada namanya, tetapi apa akan jadi jika…….
    1. Seorang ahlinya telah melanggar hukum Allah atau undang2 negeri; seperti telah melakukan
    kesalahan2 maksiat kah, jenayah kah, dsb.. dan orang akan bertanya ‘adakah itu sifat2 orang
    yang menjadi ahli parti atau pertubuhan yang bernama Islam???’.
    2. Seorang ahli bercakap/berceramah dengan mengutuk/menfitnah pihak lain secara terang2an
    melalui pembesar suara sesuka hatinya; ‘orang juga akan bertanya, adakah itu sifat orang2 yang
    menjadi ahli sebuah parti/pertubuhan bernama Islam???’
    3. Seorang ahli bercakap atau menuduh, orang lain sebagai kafir semata2 kerana memihak kepada
    sebuah parti lain, yang sah pada hakikatnya parti lain berkenaan memang memperjuangkan
    Islam sebagai salah satu prinsipnya, dan ahli2nya pun masing2 menghayati rukun Islam yang
    lima sama seperti orang yang menuduh; adakah orang yang menuduh itu layak dipanggil sebagai
    seorang Islam yang menjadi ahli kepada sebuah parti yang bernama Islam???
    4. Pada hakikatnya apabila seseorang sudah merasakan diri mereka lebih Islam dari orang lain yang
    juga menganuti agama Islam, walau pun mungkin amal-ibadatnya tak sehebat yang menuduh ,
    orang yang bebangga diri itu dengan sendirinya telah tergulung dikalangan orang2 yang bersifat
    ria’, dan kita patut tahu apa hukumnya orang bersifat ria’ itu, dan kemana akan diletakan oleh
    Allah apabila sampai ke alam akhirat nanti. Wallahua’lam….

    Kesimpulannya, di manakah letak Islamnya parti PAS???

    • zumazore says:

      BRO umnototok…
      PAS dah tukar perkataan ISLAM tu untuk KEBAJIKKAN….
      MUNGKIN SINGKATANNYA MACAM NI PKS (macam singkatan untuk PEKEBAS je)

  3. Apai says:

    Parti Kepala Suntut. He..he..he.

  4. Telok_Blangah says:

    Dlm PAS pelbagai golongan yg mendokong perjuangan spt. Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Harun Din Al Hafiz, Bekas Imam Besar Majid Negara Taib Azamudin, Pensyarah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Badrul AMin Baharon,Prof Shahnon Ahmad dan ramai lagi…..jika dibandingkan dgn ilmu yg kita ada, siapalah kita…..

    • zumazore says:

      memang betul tu , tapi mereka tu semua sama… iaitu MENYEMAI API KEBENCIAN ANTARA UMAT ISLAM KAT MALAYSIA… KAFIR MENGKAFIR DAN HALAL HARAMKAN SESUKA HATI, FATWA YANG TAK IKUT MAJORITI, CARUT MENCARUT KATANYA TUHAN PUN MENCARUT, TOLAK PERPADUAN YANG DI CANANG IALAH UMNO TERDESAK, JAUH DARI TERDESAK LIHAT SAHAJ KERUSI PARLIMEN UMNO BERAPA JIKA NAK DI BANDINGKAN NGAN PAS….LOGIK LAAA…
      ye laa sapa kita di UMNO ni , tempat buang salah jee…

      • umnototok says:

        Setinggi mana pun Ilmu seseorang, tidak bererti mereka tidak melakukan
        kesalahan, sebab dalam Islam MANUSIA ni semua SAMA TARAFNYA MELAINKAN MEREKA YANG BERTAKWA!!!.
        Oleh itu, adakah dikira mereka terdiri dari orang2 yang bertakwa dalam erti kata sebenar sekiranya mereka hanya membiarkan perlakuan2 buruk dan menolak saranan kebaikan seperti yang disebutkan oleh ‘zumazore’ di atas???.

    • raplahjingaa says:

      Kalau ada ilmu tapi letak kat lutut pun tak guna jugak……

  5. Telok_Blangah says:

    Siapa yg menyemai api kebencian?. Jika dilihat sejarah, puak2 yg dahulunya menjatuhkan hukum kafir, telahpun masuk UMNO skrg ni…Mcmnilah saudara, PAS dan UMNO sama2 ISLAM. Dua2 Islam…Pas boleh membuat perpaduan dgn UMNO tetapi tidak boleh bersatu kerana dasar yg berbeza. Jika pemerintah UMNO mahu menjadikan Islam sbg teras perlembagaan negara (AL-quran dan Sunnah saw), saya yakin dgn sendirinya PAS bersetuju bergabung dgn UMNO….

    Lagi satu, janganlah di ‘cop’ kami yg tidak setuju dgn dasar kerajaan, maka kami semua di ;cop’ pembangkang semata2…..Jasa pihak pemerintah tetap ada cume perlu ada penambahbaikan sahaja dgn rujukan syariat Islam sepenuhnya. Itu aje…..

    • umnototok says:

      Telok Belangah, pada awal2 perjuangan PAS saya tidak begitu ‘resah’ kerana saya masih mengharapkan PAS boleh menjadi satu parti pembangkang yang pro-aktif terutama bila
      perlu ada teguran2 yang bernas terhadap Kerajaan BN, khususnya dalam soal kemaslahatan agama Islam.
      Apa yang berlaku sekarang, PAS lebih kecenderungannya untuk menghentam
      kanan kiri (all-out) Kerajaan BN, disamping tidak memberi keutamaan bahawa pihak yang
      dihentamnya adalah Kerajaan yang bernakhodakan seorang Melayu Islam, sedangkan pada masa yang sama PAS mendewa2kan sahabat yang jelas banyak tidak menyokong
      dasar dan pemerintahan Islam apatah lagi bangsa Melayu.
      Kalau dahulu, kita masih menaruh harapan bahawa PAS boleh memberi penerapan Islam, dengan penuh ikhlas terutamanya kepada generasi muda, walau pun sebagai parti Pembangkang di peringkat Nasional, TETAPI kini kita perlu bertanya balik, apakah
      pengharapan yang ada apabila PAS telah merubah dasar perjuangannya, malahan
      seolah2 telah berpatah arang menolak mentah2, lamaran UMNO yang secara terbuka menawarkan satu pendekatan berbaik-sangka, atas tiket penwujudan ‘Kerajaan Perpaduan’, demi Agama Bangsa dan Tanahair/
      Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan samada masih ada titik pertemuan antara
      UMNO dan PAS, dalam perencanaan pewujudan ‘Kerajaan Perpaduan’, InsyaAllah….

      • Telok_Blangah says:

        Saudara, berdasarkan keterangan lepas yg telah dinyatakan, UMNO dan PAS memang wajib bersatu demi Islam.

        Ok, masalahnya skrg, PAS mempunyai dasar yang berlainan dgn UMNO. PAS lebih kpd agama manakala UMNO lebih kpd bangsa. Soal agama yg patut didahulukan berbanding bangsa.

        Jika mahukan perpaduan, di sini saya melihat tiada masalah PAS dan UMNO dlm soal perpaduan yg melibatkan kepentingan Islam. Tetapi untuk bersatu, itu yg masalahnya. Masing2 dgn dasar dan polisi yg berlainan. Satu cara sahaja, kan nabi dah berpesan, 2 perkara tu sbg rujukan. UMNO sbg pemerintah gunakan kuasa yg ada skrg ni, pergunakanlah 2 perkara itu untuk semua hal dunia dan ukhrawi agar kita semua selamat dari kemurkaan Allah dan api neraka….

        • umnoover says:

          Tak payahlah hidup di awang2an. Kembalilah ke alam nyata dan terima hakikat bahawa nak tegakkan Islam di muka bumi Malaysia ni bukan sekadar kata2 kosong tapi mengambil masa dan strategi serta perpaduan umat islam.

          masalah pengikut PAS ialah rata2 mereka adalah anti-establishment yg akan menentang UMNO habis2an. Alasan pentingkan agama daripada bangsa semua tu bullshit of the highest order. Kerjasama dgn PKR boleh pulak sedangkan level nilai2 Islam UMNO jauh lebih baik daripada PKR.

          PAS adalah sebuah organisasi di mana ahli2nya mempunyai pemikiran yang dicemari dengan racun hasad dengki sombong dan angkuh tapi penakut dengan bangsa lain. Apapun yang UMNO buat semuanya salah di sisi PAS tapi sekiranya kesalahan dilakukan oleh parti bukan UMNO di dalam BN atau pembangkang, pengilkut PAS tidak akan berani menegur. Secara ringkasnya, PAS ialah satu organisai yang objektifnya berpaksi kepada misi menghancurkan UMNO sahaja.

  6. umnototok says:

    Pada dasarnya kedua2 UMNO dan PAS adalah sekata dari aspek dasar dan perjuangan,
    tinggal lagi mungkin kerana adanya lain2 pengaruh atau matlamat yang tidak sejajar dengan
    kehendak2 hukum agama dan dasar pentadbiran yang wajar, di kedua2 pihak, lazimnya yang
    berkepentingan, peribadi, seseorang individu atau sesuatu kelompok.
    Pada saya, biarkanlah UMNO memberi penekanan dari aspek perjuangan Bangsa, kerana
    setidak2nya salah satu syarat dalam difinasi Melayu itu wajib baginya sebagai seorang
    ‘penganut Islam’, menakala bagi PAS pula biarkanlah memberi penekanan dari aspek Islam.
    Kita manusia pelbagai punya rasa dan pelbagai cita, apa yang penting perbezaan pendapat tidak
    seharusnya menjadi penghalang kepada keserasian, DAN kita selalu perlu mencari PERSAMAAN
    dalam kemufakatan itu sangat penting untuk menentukan sesuatu DASAR yang terutamanya dalam
    mengatur dan mewartakan Perlembagaan Negara.
    Disinilah letaknya KEPERLUAN KUASA samada mutlak atau majoriti, yang bergantung pasti
    kepada SUARA.
    Dimana letaknya SUARA KITA itu, melainkan ada dalam UMNO dan PAS.
    Wallahua’lam……..

    • raplahjingaa says:

      Masaalahnya …..kepentinga politik di letak kan dia atas sekali…selepas tu baru bangsa dan agama…..bagi orang cina pulak….bangsa di atas sekali lepas tu baru politik dan agama…..nampak tak ?

      • umnototok says:

        Secara jujurnya, kita kena akui yang kita selalu kalah berbanding mereka dari segi prinsip perjuangan. Politik kita selalu mengutamakan kepentingan peribadi demi kuasa yang tinggal seciput itu.
        Kita sepatutnya ‘jujur’ dalam perjuangan ini, ‘kedua2 belah pihak pun’, kerana kita sudah tidak kecukupan masa lagi untuk meraih sebanyak mungkin ‘laba’ dari pelbagai aspek dan bidang, yang mereka telah monopoly hampir keseluruhannya.
        Pada masa ini sepatutnya KITA sedang mengembeling minda dan bahu
        untuk mencapai sesuatu yang separuh mustahil???….

  7. 3036 says:

    PAS memperalatkan Masjid untuk menagih undi orang Melayu.. ini kerana PAS sedar bahawa sokongan terhadap mereka khususnya dari kaum Melayu makin berkurangan.. sbb itu mereka sanggup melakukan apa saja bagi memenangi semula hati orang melayu..

    Kalau tak nanti kedudukan PAS didalam Pakatan Rakyat pada PRU13 berada ditangga tercorot kerana majority kerusi dalam Pakatan Rakyat dipegang oleh DAP lahanat!!! huhuhu.. siannn PAS, jadi kuda tunggangan jek laaa..

  8. paspispus says:

    cabar pas tukar jantina

Leave a Reply