Menu Utama

Pasca Pemilihan PAS 2011: Esok PAS akan bersilat..!!!

Kecoh betul pemilihan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS kali ini. Meskipun pemimpin PAS cuba menyembunyikan fakta bahawa “tidak wujud pepecahan pada pemilihan PAS kali ini”, jelas sekali dakwaan itu berlawanan dengan apa yang berlaku sekarang. Esok pemilihan PAS akan berlangsung…

Tmbalan Presiden bakal ditandingi oleh Mat Sabu, Tuan Ibrahim dan Nasharudin, sebagai penyandangnya. Mat Sabu kini dikatakan sebagai calon “favorite” dengan pencalonan tertinggi. Manakala Nasharudin kelihatan goyah untuk mempertahankan jawatannya.

Dikhabarkan bahawa Tuan Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk bertanding untuk memecahkan undi yang ada pada Mat Sabu, bagi memenangkan Nasharudin sekali lagi. Dengan campurtangan Tuan Ibrahim, dijangka Nasharudin mampu mengalahkan Mat Sabu yang tidak digemari oleh geng pro-ulama PAS! Apatah lagi, Harun Din juga telah meminta perwakilan kekalkan Nasharuddin sebagai Timbalan kepada Hadi Awang!

Keadaan ini dikhabarkan telah menyebabkan Mat Sabu “hangin satu badan” dan bertindak untuk bersekutu dengan puak-puak Erdogan PAS. Tapi, dikatakan Erdogan PAS memberikan syarat kepada Mat Sabu agar dia menggunakan pengaruhnya untuk memenangkan Husam, Mohd Amar dan puak-puak Erdogan lain yang bertanding….

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula akan memperlihatkan pertandingan 6 penjuru! Memang dah panas pun! Mahfuz, Salahuddin, Nizar, Husam, Mohd Amar dan Idris Ahmad bakal berentap esok! Memang panas gila sekarang ni. Mereka difahamkan sedang sebok berkempen “dalam gelap”!

Pok Nik awal-awal lagi sudah memberi sokongan (endorsement) kepada Husam dan Mohd Amar dengan alasan “pemimpin PAS Kelantan wajar dibawa ke PAS Pusat untuk berkongsi pengalaman”. Namun, semua tahu bahawa Pok Nik sememangnya menyebelahi puak-puak Erdogan! Maklumlah…diakan anti pro-ulama yang mahukan Kerajaan Perpaduan yang membawa agenda perpaduan umat Islam!

Selain itu, beberapa blog turut mendedahkan bahawa Husam menabur wang sebanyak RM300,000 kepada Kickdefella untuk melobi jawatan yang ditandinginya kali ini. Meskipun Husam menafikannya dan dikhabarkan bakal menyaman RBF, namun hakikatnya, Kickdefella yang sebelum ini turut mengaku penglibatannya menerima wang dari Husam untuk berkempen untuk Husam turut menghangatkan keadaan!

Nizar pula dikhabarkan sudah naik hangin dengan kempen secara “gelap” oleh Husam, apatah lagi Pok Nik tak “endorse”kan namanya sekali dalam sokongan yang diberikan pada Husam dan Mohd Amar. Dikhabarkan Nizar mula sabotaj Husam dan mendedahkan keburukan-keburukan Husam!

Itu belum lagi saya dedahkan permainan Mahfuz, Salahuddin, Idris Ahmad dan lain-lain pemimpin PAS yang bertanding. Sebenarnya, meskipun pemilihan kali ini cuba disembunyikan kepincangannya, hakikatnya pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, mengakui bahawa pemilihan kali ini yang paling sengit dalam sejarah PAS!!!

Justeru itu, jika sudah disifatkan “paling sengit dalam sejarah”, sudah tentu wujudnya permainan kotor, kempen secara gelap, dan pelbagai agenda tikam-menikam yang bakal memecah-belahkan PAS. Hakikat ini tentunya diakui oleh pihak perwakilan yang bakal bersidang esok! Cuma kepimpinan PAS saja yang tak mahu mengaku!



« (Previous News)



26 Komen to Pasca Pemilihan PAS 2011: Esok PAS akan bersilat..!!!

  1. jebat says:

    walau siapa pun yg menjadi pemimpin pas bukan menjadi persoalan.. Yg penting tidak lari dr perjuangan islam. Pas harus menjauhkan diri dr pengaruh org2 anwar. Pas akan hilang identiti sekiranya ulamak2 dlm pas tewas kpd tali barut anwar dlm pas. Kami org melayu masih mengharapkan pas bersatu dgn umno agar maruah agama dan bangsa dpt diwarisi oleh anak cucu kami. Ingat..mundurnya islam dan melayu maka lenyaplah identiti islam nusantara kita..

  2. Apai says:

    Sebenarnya siapa pun yg dipilih dlm Pas tiada yg menguntungkan bangsa Melayu dan Islam. Sikap fanatik pada pemimpin menutup segala kebaikan masa depan menjadikan pemikiran ahlinya yg jumud. Parti ini hanya laku beberapa negeri saja tetapi dinegeri lain adalah org yg mereka rasakan levih alim dpd org lain. Kita tidak nampak apakah sumbangan yg diberikan kpd negara bagi negeri2 yg diperintah oleh puak pembangkang. Yg kita nampak jika penbangkang menang, negara akan diperintah oleh puak kominis. Puak Pas takkan ada tempat kecuali diujudkan Menteri Wakaf seperti Arab Saudi. Mungkin tugasnya jaga tanah perkuburan dan masjid saja. Nama parti Islam tapi bekerjasama parti kominis. Agendanya hanyalah kuasa. Itu saja. Lepas itu hanya percaya pada Qada dan Qadar sebab itu saja yg Tuhan kehendaki. Yg pasti negara akan mundur. Pemimpin yg ada niat utk menyatukan org Islam tidak disukai. Kata Ketua Pemudanya “Pilihlah pemimpin yg boleh bekerja dan bukannya yg pandai berpidato”.

  3. Telok_Blangah says:

    PAS & UMNO boleh bersatu dgn syarat UMNO & PAS meletakkan AL-quran dan sunnah saw sbg teras perpaduan. UMNO sbg pemerintah skrg ni mesti melaksanakan syariat Islam bagi menggantikan undang2 common law Inggeris. Kami rakyat bawahan yg beragama Islam menegaskan UMNO MESTI merancang dan akan melaksanakan hukum & Syariat sptmana yg termaktub di dalam Al-quran dan sunnah saw. Sekian…..

    • Mullah TTDI says:

      Kepada Telok-Blangah dan jebat, marilah kita bersama-sama berdoa supaya PAS dan UMNO bersatu dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras perpaduan. Dan marilah kita berdoa agar PKR dan DAP dihancurkan sehancur-hancurnya rancangan jahat mereka di negara kita ini. Amin Ya Rabbul ‘Alamien….

      • Telok_Blangah says:

        Bagaimana pula dgn MIC, MCA dan parti komponen BN yang bukan beragama Islam yg lain? Sekadar bertanya………

        • ElectroMagneticPulse says:

          bukan nak melenyapkan mereka. tapi nak rosakkan rancangan jahat DAP untuk bekuasa dimalaysia dengan niat tak baik dan menghentikan PKR(anwar) dari terus diperkudakan.

        • jebat says:

          niat kita bersatu sesama muslim bukan bermakna kita ingin bermusuh dengan non muslim. Kita ingin memperkasakan agama dan bangsa kita agar boleh bersaing dgn bangsa lain. Aku yg berkecimpung dlm perniagaan runcit dpt melihat betapa bersatunya cina saling payung memayungi diantara mereka. Alangkah bagus kalau kita pun mcm tu..

    • jun says:

      Setuju… cuma pernah tak anda buat ilmu hisab sikit… Ahli Parlimen Muslim kat Malaysia.. nie secara kasar je .. jika ada maklumat detail di alu-alukan … Kerusi Parlimen 222 kerusi.. Majoriti mudah 111.. 2/3 148 kerusi ( nak pinda atau lulus usul/perlembagaan ) BN @ UMNO+ di SabahSerawak = 83 kerusi… PAS 25kerusi..PKR 16 kerusi.. jumlah 128 kerusi.. sekadar nak majoriti mudah untuk perintah..memang boleh… tapi nak ubah perlembagaan perlu 2/3 majoriti… so apa tindakan yang amat patut ahli Parlimen Muslim buat… UMNO @ PAS usul undang-undang Islam ???, jadi jika usul pun tak lepas.. maka kena berhemahlah dalam menerapnya… perkasakan dahulu Mahkamah Syariah… jika semua orang Muslim Malaysia bersatu.. 60% populasi… pastikan kerusi yg dimenangi solid lebih 2/3… barulah kita boleh mengubal apa yang untung bagi Agama, Muslim dan Negara yang kita cinta… agak2 nya bila ye… saya sekadar mendoakannya sahaja… semoga Orang Islam di Malaysia terus bersatu padu… terutamanya orang Melayu… sudah..sudahlah bergaduh pasal politik nie… jom kita fikirkan… mohon maaf…wassalam

  4. bujuk says:

    Sepanjang pengetahuan aku… semua pemimpin PAS adalah ISLAM dan pejuang, tak kira profesional mahupun ulamak. Yang memecahkan PAS adalah puak2 UMNO yang tak suka profesional dan Ulamak bekerjasama, dan dinamakan berbagai nama seperti puak edorgan dan pro-ulamak. Hairannya TGNA mursyidul Am diletak dalam puak edorgan…
    Apapun aku suka kalau UMNO nak bergabung dengan PAS tapi biarlah kali ni UMNO masuk PR kerana sejarah membuktikan PAS masuk BN tapi gagal mencapai apa2. Lagipun PR nampak lebih kuat berbanding BN.

    • ElectroMagneticPulse says:

      hahahahaha…..UMNO gak kne salahkan… kepincangan dlm parti sendiri pun UMNO gak yg kne?…. ko nak suruh UMNO masuk PR? ko nak bagi UMNO diperkuda DAP? dulu PAS keluar sebab ape yep? kalau takde buat hal takkan boleh terkeluar. dalam BN UMNO paling dominan manakala dlm PR aku rase nampak je PKR dominan tapi mastermind kat belakang DAP.

    • jebat says:

      untuk mengatakan PR lebih kuat adalah satu imaginasi yg lari dari realiti.. Bukti paling kukuh dan mudah BN masih lagi menjadi suara majoriti di parlimen. Kita buang segala sengketa yg lampau. Aku setuju al quran dan as sunnah menjadi rujukan.. Yg menjadi masalah sekarang ialah ungkit mengungkit mencari kesalahan sahaja sehingga kebaikan tidak nampak langsung. Berlapanglah dada kita berdamai buang yang keruh ambil yg jernih. Soal siapa yg layak menjadi pemimpin biarlah dikalangan melayu islam yg memilihnya.. InsyaAllah kita akan bertemu di satu titik pertemuan..

      • Farid says:

        apasal ko limitkan melayu islam??? Apasal kalau cina Islam tak boleh kah??? Bagu aku siapa yg megamalkan islan yg sebenarnya dan kompetent, boleh jadi pemimpin…..

        So kalau diTakgdirkan Nabi saw ada hari ni, maka baginda tak boleh jadi pemimpin….? sebab- baginda bukan melayu????

        Very the bawah tempurung dizaman borderless world ni…

  5. Spin1001 says:

    PR nampak lebih kuat berbanding dari BN… muahahahahahahahahahahaha… muahahahahahahaha… muahahahahahahaha… muahahahahahaha… sori tergelak besar… anwar dah kat penghujung jalan… DAP dah mati akal… PAS berpecah belah… kerajaan PR tunggang langgang… memang penting umat Islam bersatu semula… yang rugi umat Islam diMalaysia jugak kalu kita tak bersatu… kafir jugak yang untung…

    • Farid says:

      Ha…kalau nak bersatu masuklah Pas..apasal nak kena masuk UMNO la pulak…?

      • jebat says:

        kerana ada org mcm farid org melayu islam susah nak bersatu.. Terlalu spesifik dlm penyatuan..

        • Mullah TTDI says:

          Betul jebat…. Farid ni lah yang terlalu ideal sangat dengan PAS dan beranggapan bahawa PAS ini parti maksum dan pemimpin-pemimpin mereka pun maksum. Pada pandangan saya, cepat atau lambat, PAS dan UMNO akan bersatu atas teras al-Quran dan as-Sunnah dan marilah kita bersama-sama berdoa mempercepatkan lagi proses penyatuan UMNO dan PAS ini…

      • ElectroMagneticPulse says:

        sebab ape kene masuk PAS yang tak dominan dlm PR tu?. UMNO lebih dominan. kalau besatu dgn UMNO dan kluar dari PR. bukan ke pas lebih selesa meneruskan perjuangan die dan jadi lebih kuat? kat dlm PR PAS terlampau mengikut rentak politik PR dan DAP. aku rase ko pun nampak jelas kn ape sebenarnye rancangan PR dan DAP? tapi cume ko je buat2 bute terus menerus sokong PR terutama pemimpinya anwar yang sebenarnye dah hilang kredibiliti untuk jadi seorang pemimpin pada parti. tapi kenape DAP terus nak kekalkan anwar sebagai pemimpin pakatan? pikir la sendiri sebab ape yep..

        • ElectroMagneticPulse says:

          orang lain kene dakwa pasal salah laku walaupun hanya dakwaan saja pun dah letak jawatan. anwar dah la dlm kes liwat tak habis2, lepas tu kne lak video seks siap ade video. tapi still tak letak jawatan. tak malu ke?. baru2 ni die failkan permohonan untuk hakim dlm kes liwat die tu tarik diri dan meminta kes dibicara semula. aik, cam pelik je. sengaja nak melambatkn perbicaraan ke?

  6. Sitiedar says:

    Mari kita doakan agar puak2 erdogan tersungkur bersama2 peliwat.PAS hakikatnya sudah berpecah dua walaupun pengikut2 totoknya menafikan ada perpecaahan dalam PAS…………Dato Harun Din pernah mengkufurkan ularmak Erdogan ( Nicky) yg menyokong kalimah Allah digunakan pihak gereja.

    • Farid says:

      Ye…ke..Pas dah berpecah….????? Ish…Ish….

      • Sitiedar says:

        Antara ulamak berbeza pendapat…Dato’ Harun Din mahukan gandingan Abdul Hadi dgn Nashrudin Mat Isa…Nicky lebih favour anak sedaranya Tuan Ibrahim…kroni gak
        org tua ni..hehehe

  7. Brother_Borak says:

    Salam. Ini adalah percaturan dalam keluarga Pas. Biarlah mereka dengan cara mereka dalam menentukan hala tuju Pas. Kemana Pas selepas ini? Ke gaung, tertimbus atau ke laut, lemas. Satu perkara yang kita nampak dalam Pas sekarang pun ada perebutan kuasa.

    SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.

    BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU

    BOIKOTLAH BARANGAN CINA DAN KEDAI CINA

  8. hamba allah says:

    ni ke parti islam? masyallah!!
    dlm parti sendiri pun berlaku perpecahan..
    pemimpin yg x mampu menyatukan hati anak2 buah..

  9. Telok_Blangah says:

    Dalam pemikiran, kenapa golongan yg berilmu spt Dato’ Harun Din Al Hafiz, Dato’ Ismail Kamus, Ustaz Taib Azamuddin, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Prof Shahnon Ahmad dan ramai lagi yang berjuang di dalam PAS? Kenapa mereka semua tidak berjuang di dalam UMNO? Adakah apabila mereka berjuang di dalam PAS lantas menjadi kaya raya? Apa yang dilihat realitinya, kekadang mereka yang tidak mempunyai kelayakan dan ilmu yang tinggi dan memegang jawatan di dalam UMNO boleh menjadi kaya raya sekelip mata. Ini bukan soal cemburu tapi hakikatnya adalah realiti yang berlaku. Sbg orang Islam, tidak perlu ada rasa cemburu jika saudara kita menjadi kaya tetapi biarlah dgn cara yang betul……

Leave a Reply

Threesome