Menu Utama

Negara Berkebajikan: PAS patut malu pada rakyat Kelantan..

Umum sudah mengetahui, negara Islam kini tak lagi menjadi keutamaan buat PAS. Sebaliknya, PAS kini sudah berubah mendukung prinsip negara berkebajikan seperti yang dimahukan oleh DAP dan juga Anwar Ibrahim.

Persoalannya, apakah semua pemimpin-pemimpin PAS tahu apa yang dimaksudkan dengan negara berkebajikan tersebut? Kita tak perlu pergi jauh untuk melihat kemampuan PAS merealisasikan agenda negara berkebajikan mereka. Kita lihat Kelantan sebagai contoh..

Di Kelantan, semenjak 20 tahun lebih pemerintahan PAS di bawah Nik Aziz, boleh dikatakan semua keperluan asas rakyat seperti air, bekalan elektrik dan juga tempat tinggal masih lagi menjadi satu masalah besar. Seluruh negara tahu akan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri tersebut.

Apa guna PAS melaung-laungkan konsep negara berkebajikan jika rakyat di negeri yang mereka tadbir sejak sekian lama masih tak mampu dijaga kebajikannya? Bukan rakyat Kelantan tak bising dan merungut tentang masalah yang dihadapi, tetapi pihak kerajaan PAS negeri saja yang buat tak nampak dengan apa yang berlaku.

Cuba bayangkan, air yang disalurkan kepada penduduk negeri di seluruh Kelantan, warnanya tak ubah seperti air teh tarik yang kita beli di warung-warung tepi jalan. Itupun, bekalannya kerap terganggu dan sering terputus di beberapa kawasan.

Penyaluran bekalan elektrik untuk rakyat di Kelantan kini pula semakin menjadi tumpuan. Baru-baru ini, lebih 300 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) terpaksa menggunakan lilin atau menutup premis mereka apabila MPKB menutup akaun bekalan elektrik pasar itu.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked MPKB Ab Salim Ahmad berkata, beliau menyedari bekalan elektrik itu terputus sejak kelmarin dan semalam ramai peniaga merungut.

“Kami tidak diberikan notis pemotongan bekalan elektrik oleh MPKB, ini adalah satu tindakan penindasan. Kami juga terpaksa berniaga di dalam gelap dan panas kerana lampu dan kipas tidak dapat berfungsi,” katanya.

Bukti sudah jelas, beginilah cara PAS jaga kebajikan rakyat di Kelantan. Sepanjang yang kita tahu, pemimpin PAS terlalu banyak meluangkan masa dengan berpolitik dan mempolitikkan isu-isu yang tidak menguntungkan rakyat tetapi menguntungkan parti dan pemimpin Pakatan.

Niat Parti PAS cuma hendak menang dalam pilihanraya. PAS bukannya mahu berkhidmat pada rakyat, apatah lagi untuk menjaga kebajikan umat Islam keseluruhannya. Lihat saja bagaimana rakyat Kelantan dianiayai oleh Nik Aziz dan juga pemimpin-pemimpin PAS.

PAS terpaksa mengikut telunjuk DAP didalam memperjuangkan negara berkebajikan. Walau pun PAS tahu DAP adalah sebuah parti politik sosialist yang bertemakan Komunis moden dan ia bertententangan dengan ajaran Islam, PAS tetap ingin ikut sama perjuangan DAP. Kenapa?

Bukankah ini menunjukkan Pemimpin Parti PAS sudah jadi gila kuasa namanya? Dan dimanakah perjuangan asal PAS yang mereka laungkan selama ini? Di mana slongan PAS yang mahu membangun bersama Islam? Anda jawablah sendiri.. PAS kini bukan saja menipu pengundi Islam, tetapi sebenarnya mereka sedang menipu diri mereka sendiri.



(Next News) »



53 Komen to Negara Berkebajikan: PAS patut malu pada rakyat Kelantan..

  1. C4 says:

    kat negeri yang diperintah oleh UMNO sama juga ….

    bukan dapat air berseh pun……

    • randomsee says:

      ye ke?…..atau kau saja nak bagi sedap hati sahaja….

      selama 20 tahun kebajikan rakyat kelantan terabai…bazar tok gundu pun depa nak untung juta2…peniaga jadi mangsa…projek tebing sg kelantan pun dah hilang….sib baik kerajaan pusat buat projek ….kalau tidak tenggelam rakyat kelantan dalam mimpi rekaan porky nik ajis

      • ckp jgn sebarangan says:

        randomsee ni sengaja nk provoke rakyat kelantan. kami rakyat kelantan tak pernah rasa terabai di bawah pimpinan PAS. Kami tak pernah mimpi Kelantan membangun seperti KL & JB tapi Alhamdulillah, Kelantan membangun dengan pesat walaupun wang tahunan milik negeri dinafikan & diberi kepada kroni2 UMeNO utk sendatkan perut masing2. Apekan lagi royalti petroleum. Projek jambatan Sultan Yahya Petra bagaikan takkan siap, asyik bertukar tender sbb kronimania UMNO gelap mata & tak mampu nak siapkan projek utk rakyat. Setakat nk besarkan tembolok masing2 jer. Bila dah kaya-raya terus lari, peduli aper dgn nasib kami rakyat Kelantan yg terpaksa menanggung trafik yg teruk. Kami rakyat Kelantan bukan bodoh & kami tahu apa yang sebenarnya berlaku di negeri tercinta kami.

    • mrSkandal says:

      Betul ke C4 ke kamu hanya menuduh jer ni? Sudah lah janganlah kamu cuba meletakkan persepsi negative sangat. Kita ni dah kira untung lah kerana masih lagi boleh bekerja, antar anak gi sekolah, boleh berniaga..cuma kena usaha lebih sikit baru boleh lumayan..

      Kamu ni C4 tak bersyukur sebenarnya, dah diberi betis nak peha pula. Aku masih ingat lagi kawan aku seorang penyokong kuat PAS tidak mahu membayar balik duit PTPN. Dia kata adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk memberi duit itu secara percuma. Dan aku juga masih ingat baru² ini seorang penyokong tegar DAP dalam opis aku kata, kalau DAP memerintah- maka mereka akan kutip balik duit PTPN ini.

      So mcm mana bro? Orang dah bagi pinjam duit untuk pergi belajar dan menimba ilmu, bayarlah balik. Kerana orang macam member aku ni lah yang membuatkan pelajar lain tak dapat loan untuk belajar..dah amik pastu tak nak bayar..Islam apa mereka ini C4?

      Kamu merunggut tak kaya..kenapa kamu tak nak usaha? Sekarang ni ASB pun kita (melayu) dah tak boleh buat sebagai Ovdraft bank- ini telah menyekatkan lagi penguasan duit orang melayu tau tak..

      Non Muslim pun dah kata mereka tidak suka akan 7% diskaun pembelian rumah diberikan terhadap orang melayu kerana dah diberi 7% pun masih belum mampu untuk membeli..

      Kerajaan dah bagi mcm²..byk bantuan diberi..byk program telah disediakan untuk membantu orang melayu yang miskin..tapi kenapa mereka tak nak guna pakai? Kerana apa? Kerana PAS dah meracuni pemikiran mereka bahawa segala program² hanya buang masa..lebih baik duit program itu disalurkan kepada rakyat..kalau mcm tu tak perlulah kita semua ada degree atau kedoktoran..

      Kenapa kerajaan kelantan tak beri jer rumah percuma…haa ni aku nak tuntut..aku nak beli umah RM200k aku taknak umah RM100k kebawah..sekarang aku nak PAS bantu aku..beri kan aku RM100k downpayment sebagai kebajikan boleh???

      Baru lah kita boleh panggil kerajaan kebajikan..lagi satu aku nak PAS dan PKR membantu seluruh umat islam..asalkan umur mencecah 18thn akan diberi wang RM10k bagi menabung untuk ke Mekah untuk menunaikan haji..sekarang RM20k-RM40k kan package? Haaa berilah RM10k dalam bentuk bond, nanti bile Tabung Haji declare dividend agihkan…boleh tak?

      Lagi satu, Sgor kata setiap anak² malaysia baru pertama kali buka akaun bank dengan BSN atau mana² bank yang berkolaberasi dengan kerajaan diberikan RM1000 juga ini dapat membantu serta mendorong mereka untuk menyimpan lagi duit..boleh??

      Setiap umat Islam yang masuk universiti sama ada universiti luar atau dalam negara saya mahu mereka mununtut supaya kerajaan Pakatan memberi wang perbelanjaan RM600 dan ianya harus diberikan percuma..tidak ada lagi PTPN..haram kan PTPN..

      Haramkan juga pinjaman MARA kerana ini semua riba..kita mahu kebajikan..rakyat malaysia mesti dapat percuma…Elektrik, Petrol Minyak, beli kerata pun kerajaan patut bantu dengan peruntukkan 20% downpayment ditanggung oleh kerajaan

      Saya memang nak tuntut..BN tak kata Kebajikan jadi saya tidak boleh tuntut..tapi pakatan kata dia kebajikan..

      Saya dah pun hantar surat kat kerajaan KEDAH untuk membantu sanak saudara saya yang hidup merempat dikedah itu berikan wang support bulanan..mereka tak nak kerja, mereka nak dengar ceramah sahaja..jadi berikan mereka wang bulanan dalam RM300 setiap sorang..bantu mereka..janganlah pulak suruh mereka bekerja kerana bekerja itu menganaiya mereka..mereka perlu kebajikan…

      Ok C4? Jom kita sama² tuntut segala kebajikan..kita dah miskin sangat dah ni

      • neutron says:

        Aslkm, ko tak tau apa yang kau tulis… ko ni salah konsep kebajikan…Islam apa ko nih…hampeh… Apa apa pun kau try la bagi PR perintah 5 tahun… kita tengok camana dia orang ubah sistem…kalau tak bagus kita guling la dia orang tu nanti

        • mrSkundel says:

          Hahah senang kamu cakapkan..kamu ingat DSAI tu tak nak membalas dendam kesumat dia ke?

          Bro aku tak kisah sgt pasal PAS ni..tapi aku begitu musykil dengan DAP nie..kamu tahu berapa ramai chinese yg belum diiktiraf kerakyatan mereka di Malaysia ni? Sudah cukup untuk mengurangkan majority Islam bro…

          Ni bukan main atau pak pandir punya informasi..

          Non bumi punya ramai tgh tunggu depa punya kerakyatan..esok lusa diberi..haaa susah juga kita nanti

          Mmg lah sekarang takkan berlaku..benda ni semua dituntut tau tak..

          Sikit² depa amik dari kita…esok lusa kita jadi melayu seperti di wilayah thailand dan singapura sapa kita nak salahkan? Kau dan aku mungkin sudah takde time tu..tapi anak-cucu kita mcm mana??

          Biarlah Malaysia ini jadi Melayu yang punya..diaorang leh jer amik tanah lain nun kat China tu berlipat kali ganda lebih besaq..mcm² perniagaan boleh buat..kat India pun sama..kat negara² lain pun sama..

          Tun Sambanathan penah berucap mengatakan bahawa masyarakat india bersyukur kerana diterima baik di malaysia..kerana thailand dan indonesia tidak menerima mereka begitu juga dgn brunei..

          Laa sekarang ni depa mahu hak keistimewaan kamu (7% diskaun rumah, MARA, UiTM untuk melayu SPM yg tak score, FELDA, ASB, PNB, Petronas petrol station, loan, dan mcm²)

          Resources dah la limited..

          Kita tak penah langsung pun menghalang mereka mengaut keuntungan kat Malaysia..sekarang mereka mau memerintah pulak?

          Apa lagi mau?? Adil mcm mana>? Kau tgk sahaja di sektor swasta..bandingkan nisbah melayu yg berjaya dgn nisbah non malays

          Melayu diberi keutamaan dan bantuan kerajaan tau tak..masih lagi tak boleh..

          Depa takde langsung..tapi boleh kaya-raya..

          Lu ingat cina² ni suka ka tgk lu mampu belanja mcm depa belanja?

          Mereka tak suka tau tak..

          Lu ingat cina² ni suka ka tgk lu hantar anak masuk universiti? Tgk lu graduate? Depa tak suka tau tak..mereka kata degree kita haprakkk..

          Pasal quota mereka terpaksa amik kita bekerja..lu tak terasa hina kaa?? Lu dah perabiskan masa dan wang lu masuk belajaq alih² cina kata lu nyer degree mcm taikkk

          Lu pi oversea pun lum tentu cina² malaysia ni nak tolong mengiktirafkan lu..

          Tgk saja kawan aku kat Singapura tu..graduate dari Birmingham Uni dalam Chemical Engineering..balik singapura kerja apa?? Dah 6 tahun grad..masih lagi Junior Exec?? Atas alasan apa???

          Itu bukan racist ke???

          Maaflah saudara…PAS terlalu berlembut..kita tak boleh ada pemimpin yang berlembut sangat…

          Kamu kata tak mau racist..abih tu nape kat Arab masih ada lagi puak² bertelagah?? Amerika pun napa tak de langsung Pak-Itam yang toplist dalam business?? Mengapa??? Pasal depa tak diberi peluang..

          Laa ni Malaysia..negara sekakang kera ni..dikongsi pulak..gile ke apa

          nape thailand tak beri bangsa melayu yg beragama Islam diselatan thailand ekonomi yang adil..beri mereka peluang dalam kerajaan dan berpolitik..beri mereka buat perniagaan..bantu mereka..mengapa??

          Pasal mereka Islam kan…jangan la kamu memandai jer nak beri peluang kat depa ni..

          Esok lusa kamu nak beli rumah depa bilang sekarang semua anak bangsa Malaysia..kamu nak jawap apa??

          Masa tu kalau kita nak memperjuangkan bangsa kita dah tak boleh kerana apabila pakatan memerintah dia akan ubah dasar undang² negara..barang sesiapa memperjuangkan bangsa boleh dianggap sebagai racist akan dikena tindakan undang²…

          Jangan main² sedara..aku dah bg tau awal²..tapi nak jugak tu lantak ang laaa

        • raplahjingaa says:

          Haaa ? try ?….oiii dol hang ingat ni kedai runcit ka nak main try-try….bagi kat hangpa…. nanti hangpa pelingkup….lepas 5 tahun…negara ni balik pada tahu 60an….zaman pop yehyeh….seduit pun tak guna !

          Bukan tak dak negari yang hangpa perintah…..apa yang jadi, orang melayu jadi lembu macam hangpa…tengok kat penang….orang melayu meniaga kecik-kecik tepi jalan…depa mai runtuh semua gerai-gerai tu…cina pulak meniaga tepi jalan….bukan depa nak runtuh, depa tutup pulak jalan tu…supaya senang cina-cina ni semua nak meniaga…..

          Mangkuk ayon macam hangpa ni apa yang hang pa tau….siang malam dok berkesidai depan markas PAS dok nga-nga kena pembohong….pas tu masuk kat sini nak tunjuk bijak…..minta maap banyak-banyak.

          Takat hangpa ni mai la sapa pun…..aku lebelkan dungu tahap gaban….dari yang kecil sampai yang besar….yang muda sampai yang tua….dungu tahap meja kenduri !!

          Nak try perintah konon……ewah-ewah…..

        • Gen2Felda says:

          tak payah try..

          kat pulau pinang baru 3 tahu melayu dah hancur bawah kuasa khalifah lim guan eng

          kat selangor? dap perintah melalui boneka si khalid brahim

        • bangKano says:

          Pi guling ? Alih alih depa tu dok asyik begulin ataih jalan raya macam lembu kasi kenyang makan rumput..!!

        • hulubalang says:

          ewah2..senangnye nk main try2..mcm berborak kat kedai kopi lak..bro, ni kite tengah bcakap pasal pemerintahan negara bro.bukannye pemerintahan kedai kopi..bagi try 5 tahun pastu tahun ke 6 jek negara kite da bungkus..ape kes..tak yah lah nk try, bukak le mata tgok je ape kesan dr pemerintahan diaorang kat negeri2 yg diaorang da perintah..list kan le kebaikan / hasil baik yg ko nmpak ..itupun kalau ko bole list lah…

    • jebat says:

      air kat rumah aku terlebih ok.. Lembu mandi pun pakai air paip yg berkualiti..

      • neutron says:

        Aslkm, bangga la konon sebab lembu lagi penting dari manusia.. itu yang UMNO seronok sangat menganiaya manusia kat Kalate….

        • Gen2Felda says:

          pas menzalimi 300 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) terpaksa menggunakan lilin atau menutup premis mereka apabila MPKB menutup akaun bekalan elektrik pasar itu..

          adakah peniaga itu dilayan seperti manusia?

        • hulubalang says:

          sape menganiaya sape bro? pegi lah pelusuk negeri mane pun, rakyat kelate lah yg paling ramai..tk yah pegi jauh lah, kat kilang aku nie pun rakyat kelate lah yg paling ramai..kenape?nape diaorang tak balik kelate berkhidmat kat sane? nape nak dtg sini ? ape lebehnye negeri lain dr kelate ? ko sndirik jawab lah bro..aku ingat lagi dlm 1 interview lah , bile di tanye tentang pembangunan di kelate, Nik Aziz dgn bangganye ckp kat kelate pun maju , kat kelate pun ade giant lah tesco lah ..itu je ke erti pembangunan dlm kepale otak dia? kalau ye, aku betul2 simpati dgn rakyat kelate..

        • alkali says:

          UMNO yang menganiaya manusia di Klate ataupun manusia tu sendiri dibiarkan diri teraniaya oleh kerajaan pusat yang memerintah?????

    • pasdaplaknat says:

      C4, ko ni ckp xhabis2 nk bohong, menipu.
      ko tak takut ke buat dosa kering hari2..
      aku di besarkan di negeri yg dulunya BN perintah..
      aku dibesarkan dgn nikmat air bersih kurniaan Allah SWT, yg di uruskan oleh kerajaan BN
      tp aku cukup hairan selepas sahaja Pakatan Bohong Rakyat ambil alih negeri aku ini
      tiba2 kualiti air merudum.. air pun seolah2 BENCI dgn bongkaknya Pakatan Rakyat Laknatullah ini..

      kalau dhulu hanya 1 bulan sekali mungkin keluarga aku kena cuci takungan air dalm rumah,. tp skrg setiap 5-7 hari terpaksa buang kelodak, dlm tangki2.. tekanan air jatuh, isipadu yg keluar dr paip lebih rendah.

      bila dilaporkan pd agensi puak Toghut ini, mereka buat agensi itu spt PAS yang punya..suka hati je jwb bodoh2..

      negeri mana yg Pakatan Bohong Rakyat ini pegang akan ditimba musibah AIR KOTOR dan TIMBUNAN SAMPAH..

      Tuhan akan laknat Pakatan Haram Rakyat ini!!

    • zach says:

      bodo penulis disini.. bandingkan xmgikut kemampuan.. ko bri royalti minyak pada klantan.. tgk dpt x mereka urus kelantan

      • megat rambai says:

        negeri2 yg xdpt royalti minyak ok je membangun..kne la pandai cari duit bg stabil ekonomi..asyik harap bantuan je..cmne nk tlg org..kate nk wat negara berkebajikan?belajar dri yg pakar…jgn belajar memfitnah je..dh2 la PR oii…penyokomg2 PR yg berbangsa melayu ni jgn la jd bodoh sgt..

      • raplahjingaa says:

        hang lago bodoh….minyak apa yang ada ?….nun 200 km nuuuuu…

      • hulubalang says:

        nk harapkan royalti minyak je ke baru dpt membangun?cam ner lak dgn negeri2 yg tk de royalti minyak?sempit tul pmikiran..

  2. jebat says:

    3 tahun aku menuntut di kelantan.. Apa yg aku lihat kerajaan negeri terlalu santai dlm pemerintahan.. Setiap kemudahan utk rakyat negeri semua dilepaskan kpd kerajaan pusat.. Memang benar itu tanggungjawab kerajaan pusat tetapi dimana penglibatan kerajaan negeri. Air diuruskan oleh kerajaan negeri amat menyedihkan. Walaupun aku duduk dlm lingkungan kuasa MPKB tp kualiti air amat menyedihkan..airnya berkarat. Aku tak tau la yg duduk beratus kilometer dr KB. Nasib baik rakyat kelantan kuat berusaha kalau nak harapkan usaha kerajaan negeri jawabnya duk tang tu je la.. Mereka menerapkan ilmu akhirat tp melupakan terus ilmu dunia. Sedangkan kedua2nya amat penting..

    • Farid says:

      Annuar Musa tulis surat kat Kjaan Federal supaya menghentikan bantuan pusat kepada Kelantan. Jahat tak mamat ni?? Kjaan Pusat pun bhati jahat terhadap Kelantan. Waktu Annuar Musa dia dikaitkan dgn kes rasuah (Amanah Ikhtiar dulu), KERETA Annuar Musa (Merc S-Class S500) yg ditahan. Eh pelik sungguh…kereta pulak yg ditahan…rajin2 lah surf kat net yer, tgk kes ni….

      • pasdaplaknat says:

        farid dol..ko xyah le citer bab UMNO lagi..
        aku nk tgk dan nk teliti.. mana die DRAF/MODEL negera kebajikan Pakatan Haram Laknatullah ini??

        aku teringn sgt nk tgk ape bende manipulasi nk BOHONG dan MEMBONGOKKAN rakyat dgn isu ini..

        Kalau Malaysia ini bukan negara kebajikan yg berjaya yg ditadbir oleh BN/UMNO buat apalah pendatang Indon/bangla/Vietnam/Filiphina/Selatan Thai/India/Afrika/Iran/Mesir berbondong2 masuk ke sini?

        sama ada jadi buruh atau pelajar IPT? otak ngok ko tu tudah bebal dan menebal menolak segala kebaikan.. jd ko jdlah org yg berdusta=MUNAFIQ farid oii

      • mrSkundel says:

        hehe farid..apa sudah jadi kepada Annuar Musa? Bukan ke dia handle KAFA ke? Kelab Bola Kelantan…tgk apa jadi dgn kelab bola tu? Berhasil tak??? Itu UMNO punya kerja…

        Pastu tgk kemana Annuar Musa sekarang? Adakah dia masih dalam kabinet kerajaan?? Menteri?? Tidak ada kan…

        DSAI? Nak terus jadi PM..atas dasar apa dia patut jadi PM? Dia bagus? Dia hebat?? Kamu tau dia memilih untuk meminjam duit IMF supaya Tun Dr M akan dipersalahkan oleh rakyat??? Bijak betul anwar ni..

        Tapi sebijak-bijak Anwar..para pemimpin DAP lagi bijak..mengapa?? Kita tgk dan lihatlah..

      • raplahjingaa says:

        pulak dah….hang ni kuat pembohong sungguh la mat farid oii…..ni hang pi tolong pak hang tebas rumput lagi bagoih……

      • jebat says:

        ada bukti? Memang dasar pakatan haran duk kencing rakyat. Takbirrrr

      • Gen2Felda says:

        elok wally selipo bagi lim kit siang perintah kelantan 2 tahun..karpal sink 1 tahun dan nuar 2 tahun lagi..aku rasa lebih baik dari pas perintah..
        pemimpin pas semua tido…bila tak mampu,salahkan umno..

        p/s: gelombang merah dah jadi tsunami..Tungguuuu

        • Bebas Sokmo says:

          felda kena bayar 1.2 juta kpd peneroka yg saman felda hari ini. kenapalah felda selalu hisap darah peneroka………peneroka ni kebanyakannya melayu

          • Gen2Felda says:

            dalam kes tu felda di khianati oleh peguam nya sendiri yg.tak hadir perbicaraan ..

            ko apa tau ttg.felda? info ko semua datang dari mazlan aliman yg.dah tak laku tu?

            hisap darah peneroka? tiap tahun peneroka dapat insentif hari raya, insentif naik sekolah pada Desember, memiliki tanah sendiri, rumah sendiri, perkampungan moden, bantuan persekolahan, maktab felda, MRSM felda, pembangunan usahawan muda, saham koperasi untuk semua peneroka dll…kini majoriti peneroka duduk rumah terima gaji bulanan tetap bila kebun diurus felda dengan menggaji pekerja indon/bangla…Yg.rajin ramai menceburkan diri dalam perniagaan..

            pas pening kerana tak berjaya bila masuk felda kerana peneroka tahu bersyukur…Bab saman felda kat kelantan tu, kini dah terjawab dengan penubuhan GWGF melalui sukarelawan tetap yang berada di 317 tanah rancangan Felda melaporkan kepada menteri berkenaan berkaitan masalah peneroka termasuk Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) bagi memastikan masalah peneroka diselesaikan segera..

            sebab tu mazlan aliman dah tak popular..

    • neutron says:

      Aslkm, Kualiti air tu siapa yang aniaya siapa? Kes air ni dari zaman Cek Det lagi Kelantan di aniaya oleh PUSAT… nak bagi orang Kelate susah gara gara undi PAS.. Singapore tu siap bagi air murah… orang luar Pusat nak jaga sangat tapi orang Islam Kelate… orang Melayu Kelate tak mau di bagi air bersih oleh Pusat….Bagus sangat lah tu…

      • jebat says:

        ada bukti?

      • Gen2Felda says:

        perjanjian air singapore ditandatangani dan dipengaruhi british…Tahun depan perjanjian tamat…Singapore dah tahu mereka kena terima realiti hanga air baru nanti akan ikut pasaran ..sebab tu mereka terpaksa buat teknologi tapis air longkang dan kumbahan yg.dikenali sebagai NEW WATER.

        Pas kedah tak tahu urus air kedah yg.selalu putus dan kaler kuning..Tapi mereka tak putus bekalan pada pulau pinang…

        • Bebas Sokmo says:

          bukan ke pejanjian tu tamat pada tahun 2063?

          • Gen2Felda says:

            NUSAJAYA 8 Dis. – Kerajaan negeri akan mengambilalih semua aset air yang diselenggara Lembaga Kemudahan Awam (PBU) Singapura apabila perjanjian pembekalan air yang ditandatangani pada 1961 tamat September 2011.

            Aset-aset tersebut melibatkan loji rawatan air Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Gunung Pulai.

            Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, selepas perjanjian itu tamat, tiada lagi urus niaga sama ada penjualan atau pembelian air antara Johor dan Singapura.

            “Apabila tamat perjanjian itu, berakhirnya transaksi penjualan atau pembelian air antara Johor dan Singapura daripada loji air Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Gunung Pulai,” katanya ketika menggulung perbahasan dan menjawab soalan Datuk Baderi Dasuki (BN-Panti) di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

        • raplahjingaa says:

          Aku hairan sungguh…kenapa air di negeri PR jadi warna kuning……..

      • alkali says:

        woi neutron,ko tak tau ker pasal air ke singapore tu?????perjanjian tu dibuat lama dulu,(ko pun ntah kluar ke tak aku tak tau la),masa tu harga/ekonomi skang tak sama macm dulu…lagipun air yang dihantar tu bukan air yg boleh minum terus…klu la semalam perjanjian tu dibuat,aku tak rasa harga akan jadi macm tu….

    • fabao says:

      syukur..ada jgk air..dr takdak langsung?

  3. pasdaplaknat says:

    Negeri yang diperintah oleh Pakatan Ahzab Laknatullah ini ada 2 masalah besar yang mereka tak mampu settlekan..

    AIR dan SAMPAH..

    skrg sudah merebak ke Pulau Pinang dan Selangor..Kedah awal2 lagi sejak Azizan swastakan jd SADA..melingkup kualiti air.. Kelantan xyah ckp lah mmg negeri yg kerajaan N.AJIS..ajar rakyat minum air kotor.. buang sampah ikut suka..

    SO..PENCACAI2 PR LAKNAT SEKALIAN..LEMAH NGOK CMNI KE NK TADBIR MALAYSIA? negera kebajikan? ptuihhhh…uweekkk..

    • Gen2Felda says:

      cadangan nak buang Alam Flora dari urus sampah di selangor adakah tanda kerajaan negeri dah tak cukup duit nak bayar perkhidmatan Alam Flora?

      adakah ni akibat janji nak bagi free itu dan ini sehingga kerajaan negeri dah kering duit?
      kehilangan wang Yayasan Selangor sebanyak RM80 juta pergi mana?

      banyak tanda2 kerajaan negeri dah sempit duit…dulu duit zakat pun nak rembat..

  4. bujuk says:

    Secara Iklas aku kata sistem air bersih di k’tan masih tidak memuaskan, begitu juga sistem perbandaran dan perkampungan. Tapi org. k’tan susah muafakat bab tanah sebab tu rumah2 berselerak dan tak tersusun, jadi sukar untuk buat jalan kg. untuk naik taraf. K’jaan pertu tegas jika nak berubah kalau tidak kg.2x dah macam setingan.
    Bab air bersih ni aku ingat zaman Tun M lagi UMNO dah dera rakyat k’tan. Bagi pinjaman tapi sorong-tarik sebab tu banyak yg. tergendala. Sedangkan negeri tak boleh pinjam diluar hingga pusat nak saman masa tu. Jadi bukan salah PAS, tapi PUSAT memang nak dera rakyat k’tan sebab tak undi UMNO.
    Isu MPKB takda letrik, pada aku salah sendiri. K’jaan perlu jaga kepentingan umum@ramai berbanding kumpulan2 kecil. Aku yakin ada tangan lain masuk campur untuk jatuhkan imej k’jaan k’tan. Tapi TMB dah tangguh hingga hujung bulan…. ok la tu.
    mrscandal, kau punya imaginasi jauh sangat, takkan sebagai manusia kau nak makan tidur aje? baik jangan hidup. K’jaan kebajikan itu maksudnya rakyat marhaen tidak tertekan dan masih boleh tidur nyenyak, perut tak kosong, anak boleh belajar hingga tingkat tertinggi mengikut kemampuan pelajaran dia. Mampu beli rumah sendiri, kereta sendiri dan apa yg. patut ada dalam sebuah keluarga. Hutang rumah takla dari rm100.000 bila bayar jadi rm200,000. dan kita kerja untuk bayar hutang saja. Pelajar ada biasiswa ikut gred 100%, 50%, atau 25% supaya mereka lebih berusaha bukan seperti sekarang tak lulus PMR sambung SPM lagi, akhirnya sekolah jadi tempat gengster, perokok, buli dan 1001 macam masalah. Murid nak belajar jadi rosak…

  5. umnoover says:

    aku part try-try tanpa asas2 sains ugama dan dalil2 lain aku tak suka betul.

    pasal part try2 ni lah negara kita sekarang bercampur2 bangsa lepas tu sikit2 kata perkauman.

    PAS tak payah nak start deraf negara berkebajikan la.. draf perlaksanaan hukum hudud dulu tu dah naik puluhan tahun pun tak keluar2.

    cakap tak serupa bikin. keturunan Melayu tak dapat biasiswa korang punya pasal. lahabau mangkuk tak sedar diri. lagi nak mintak kerajaan pusat tolong. balik negeri kau sendiri kerja kat sana jual budu lagi baik.

    kat kubur takkan tanya siapa bangsa engkau. tapi kat padang masyar nanti akan dihisab sama ada kau dah tunaikan dan lindungi hak2 orang lain. hak2 individu, kenegaraan dan bangsa semua ada.

    conclusionnya bangsa melayu memang suka pupuskan diri sendiri. takde jati diri, orang lain ambil kesempatan.

  6. Anti Ungrateful Immigrants says:

    PAS tetap babi tunggangan DAP kimak

  7. alfaqir ilallah says:

    bismillah
    dgn nama Allah, binasalah kaum munafiqin

  8. mrSkandal says:

    Dalam harakahdaily ada berita tentang perniaga² kat MPKB

    Elektrik dipotong kerana tunggakkan RM60,000 tak bayar..

    Oleh kerena tertunggak..maka elektrik dipotong..

    Sekarang saya menyeru kerajaan PAS bayar atau tanggun kos RM60,000 itu kerana PAS kata ia mahu negara kebajikan..so sebagai langkah pertama bayar kos elektrik untuk para perniaga itu..

    Adalah menjadi HARAM seandainya PAS mengutip cukai perniagaan mereka tetapi enggan membayar elektrik..kerana pusat perniagaan MPKB itu merupakan hak kerajaan PAS..maka PAS patut atau sewajarnya membayar atau tanggung segala facility yang digunakan..

    Kalau ini pun PAS tidak boleh..mcm mana mahu membuatkan Malaysia negara kebajikan??

  9. Telok_Blangah says:

    Walaupun Kelantan dikatakan rakyatnya hidup susah, tapi kenapa kadar kemiskinan bukan paling terk di Malaysia? Negeri mana yer yg paling teruk kadar kemiskinannya? Jika kerajaan Negeri teruk sangat,mengapa PAS terus menjadi pilihan rakyat Kelantan? Salah satu sebabnya ialah sebab AMANAH pemimpin…………

    • mrSkundel says:

      Oh TIDAK salah sama sekali..kerana apa? Kerana mentaliti orang kelantan belum berubah. Kerana pembangunan teknologi moden belum masuk sepenuhnya ke kelantan

      Selain dpd itu juga, rakyat kelantan dah lama sangat kena hasut supaya Jangan Menyoal apa² mengenai PAS..kalau sesiapa yang berani menyoal maka adalah menjadi satu dusta..

      Hehehe kalo dah 20 tahun asyik kena ceramah jer, asyik kena brainwash maka macm tu la jadinya..

Leave a Reply

Threesome