Menu Utama

Mampukah Mat Sabu menggalas harapan Pas?

Muktamar Pas ke-57 telah berakhir dengan menyaksikan keputusan pemilihan pucuk pimpinan yang paling sengit dalam sejarah, namun saf kepimpinan baru yang terpilih kali ini disifatkan sebagai yang terbaik dalam sejarah parti itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pucuk pimpinan parti itu kali ini mempamerkan gabungan terhebat antara golongan ulama dan profesional Pas, serta dijangka bakal menguatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang.

Meskipun begitu, cakap-cakap politik menyifatkan kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas bakal membuka lembaran baru untuk parti itu yang selama ini hanya di anggap sebagai ‘parti kelas ketiga’ oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pada sesi yang lalu, ketika Nasharuddin Mat Isa menyandang jawatan Timbalan Presiden, Pas dilihat sangat lemah apabila berhadapan dengan PKR atau DAP di dalam beberapa perkara dasar yang menjadi pertikaian antara parti yang membentuk Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi sememangnya mengakui bahawa terdapat perbezaan ketara mengenai dasar, ideologi dan perjuangan antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu, namun mungkin kerana Pas sebelum ini bersikap pasif serta enggan bertelingkah pada hubungan yang masih setahun jagung itu, maka mungkin parti itu mengambil sikap mengalah.

Ekoran sikap mengalah oleh Abdul Hadi, dan Nasharuddin yang menjadi Timbalannya itu hanya berdiam diri, maka Pas dilihat seolah-olah ‘termakan nasi kangkang’ apabila hanya menurut apa saja dasar serta tindakan rakan-rakan politiknya itu walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan mereka.

Misalnya, kes rampasan arak yang berlaku di Shah Alam yang dilakukan oleh Datuk Hassan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan berkenaan hal ehwal agama Islam Selangor, terpaksa dikembalikan apabila pemimpin DAP, Ronnie Liu, campur tangan.

Contoh yang paling jelas yang membuktikan Pas terpaksa menggadai perjuangan asal parti itu sejak 60 tahun ditubuhkan ialah apabila pucuk pimpinannya terpaksa bersetuju dengan penubuhan negara kebajikan, di mana Pas dilihat seolah-olah ‘dipaksa’ melupakan agenda asal mereka untuk menubuhkan negara Islam, atau ‘daulah Islamiyyah’.

Namun, dengan terpilihnya Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden bagi sesi 2011-2013 kali ini dikhabarkan bakal menyaksikan perubahan di dalam hubungan di antara PAS, PKR dan DAP yang hanya baru di’ijab kabul’kan sejak tiga tahun lalu.

Mereka-mereka yang mengikuti perkembangan semasa politik tanahair tentunya arif tentang hubungan dingin di antara Mohamad Sabu dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta menurut desas-desus politik, pertelingkahan antara mereka adalah serius dan bersifat peribadi.

Sejarah menceritakan betapa Mohamad Sabu membenci Anwar. Sejak Anwar mengisytiharkan dirinya menyertai UMNO pada tahu 1982, tidak henti-henti Mohamad Sabu menyerangnya. Tidak mengira apa jua isu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ itu seolah-olah tidak memberi ruang langsung untuk Anwar ‘bernafas’. Ada saja yang tak kena pada Anwar di mata Mat Sabu.

Sebagai contoh, Mat Sabu adalah individu yang bertanggungjawab yang menggelarkan Anwar dengan gelaran ‘Al-Juburi’, meskipun ketika itu tidak ada sebarang dakwaan serius mengenai penglibatan Anwar dengan aktiviti meliwat.

Malah pada satu masa, Mat Sabu turut bergandingan bersama Karpal Singh di dalam Dewan Parlimen untuk mendesak pihak Kerajaan untuk menyiasat Anwar, yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri, di atas dakwaan meliwat dan mereka turut mendakwa memiliki bukti kukuh mengenai dakwaan itu.

Mungkin di atas sikap Mat Sabu yang kerap menyerang Anwar itu, maka mereka berdua ‘berkerat rotan’ dan ‘tidak sebulu’ sehingga kini.

Meskipun Mohamad Sabu memberitahu mynewshub.my bahawa beliau telah berhenti menyerang Anwar sejak Anwar bertukar menjadi pembangkang, tidak semestinya hubungan dingin dan pertelingkahan antara mereka berdua turut reda.

Mungkin kedua-dua tokoh pembangkang itu mampu ‘berlakon’ intim bersama di hadapan penyokong-penyokong pembangkang dan menafikan sebarang sengketa antara mereka, namun hakikatnya, ramai yang sedar bahawa hubungan mereka sememangnya ‘tidak berlaga angin’.

Sebenarnya, menurut tinjauan saya pada Muktamar Pas baru-baru ini, cakap-cakap antara perwakilan di gerai-gerai makan di sekitar Markaz Tabiyah Pas Taman Melewar itu membayangkan harapan mereka terhadap Mat Sabu bagi mengembalikan maruah Pas di dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mengharapkan agar Mat Sabu mampu menjadi Pas sebagai parti dominan di dalam Pakatan Rakyat memandangkan suara parti itu yang sering tenggelam pada setiap perkara yang diputuskan di dalam keputusan dan tindakan pakatan itu.

Mampukah Mat Sabu menggalas harapan dan mengkabulkan impian para perwakilan Pas, hanya masa sahaja yang akan menentukan. Mohamad Sabu tidak punya banyak masa untuk membuktikan kemampuannya menonjolkan kehebatan Pas di dalam Pakatan Rakyat, Pilihanraya Umum ke-13 diramal bakal berlangsung pada tahun ini atau tahun depan sahaja.

Sekiranya Mat Sabu gagal memenuhi harapan perwakilan ini, maka mungkin Mat Sabu bakal mengikut jejak langkah Nasharuddin memandangkan lebih dari enam orang yang akan mengintai-ngintai untuk mengambil alih tempatnya untuk menjadi orang nombor dua parti itu.

 






83 Komen to Mampukah Mat Sabu menggalas harapan Pas?

  1. C4 says:

    ini lah sifat UMNO yang terlalu sibuk dengan PAS…. berbagai analisa dibuat….

    kau jaga lah parti UMNO sendiri yang kian hancur tu…..

    tak payah nak cakap soal PAS tunggangan DAP, makan nasi kangkang DAP, bla….bla….bla…

    nak melaga-laga kan PAS ………. aku tengok Utusan prono pun dah menyampah …..

    sebab ulasan langsung muktamar pun dia ulas ….nak melaga-laga kan orang

    • zumazore says:

      TAJUK YANG BEST IALAH::::: di MANAKAH WANG TABUNG MEMALI, KEDAH!!!

      • C4 says:

        mangkok ni dok sibuk dengan tabung memali …..

        pi tengok lah …. tu komisyen kapal terbang dan kapal selam tu ….

        • Sesumpah says:

          Kalo takat tabung memali dan kohilal korang takleh nak manage. Macamana rakyat nak pecaya korang leh manage kewangan negara ngan baik ? Oppsss…nak tau gak siapa bakal menteri kewangan yang korang nak lantik kalo menang nanti.

        • zumazore says:

          besen ni…c4… jawab ngan kepala otak bukan jawap ngan salahkan orang lain..besen!
          C4… adalah singkatan kepada = si pok..
          bagus ko tulismacam ni sebab aku akan print lagi bagi kat spisis macam ko ni kat tempat keja aku bia dia orang tau tahap otak peBANGANG macam ko ni….. tulis la lagi BAHAN!!!!

      • abu says:

        PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali

        Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut.

        Dakwaan berlaku penyelewengan tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat. Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan. Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia.

        Cukuplah itu sebagai jawapan kepada pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ.

        http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=print&sid=11935

      • Mak Pidah APs says:

        PKFZ 12.1 billion, Soprne commission close to RM500 mil, MV Agusta beli close to RM400 mil then jual at nominal value RM4.00, Tanah rezab melayu lesap byk, share bumi dari RM50 Billion tinggal RM2 billion- pi mana???, Bakun dah pakai duit RM6billion lebih, Correct3X- apa kesudahannya??, Isu Norrita??, Altantuya – apa motif pembunuhan? Apsal rekod keluar masuk C4 tak disiasat? apasal rekod imegresen Altantuya dipadam??? musykil sungguh…, isu IPP-TNB ..pejanjian berat sebelah dan kjaan belanja billions every year, Crooked Bridge..pampasan RM296 juta..sapa dapat???, Isu KJ Avenue…is it Indider Trading?? Ada siasat???

        • matahati says:

          MEROYAN mak pidah ni…isu tu SEMUA dah dijawab..nak jugak enterframe lagi..hish..hish..hish…macam cakap dengan baldi jeeee..

        • zumazore says:

          PEMBANGKANG nampaknya ketinggalan dalam pengetahuan am… dah lah jadi PEMBANGKANG BODOH LAH PULAK….
          dalam BN kalau ada isu pasti ada jawapan pada rakyat… sebaliknya isu AL-JUBURI masih tak terjawab2…. tah lah , kalau dah hati tu tahap HARAKAH maka hasilnya tang tugak…MENYALAK TAK TENTU PASAL, NAK KATA SAKIT TAPI OK, NAK KATA BIOL TAPI MASIH BOLEH MAKAN NASIK, NAK KATA KETURUNAN KAKI GADUH TAPI TAK JADI GENGSTER TARIK KERETA,TAPI YANG NYATA IALAH KO ORANG NI “TAH APA-APA JER LA”

    • jebat says:

      c4 yang bongok lagi bengap.. Ko ingat pas tak pernah sibuk pasal umno ke.. Ko g tanya mahfuz ngan mat sabu.. Kat ceramah ‘agama’ pas dia cerita pasal ape?

  2. marhaenkacak says:

    kita tunggu dan lihat sajalah…

    Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

  3. SayaOrangSusah says:

    Mat Sabu nak menjadi hero? kahkahkahakhakhakhakahkahakhakahkahakhakahakhakahkahakahkahakah sakit urat ketiak aku gelak

  4. Sesumpah says:

    Sehingga ke hari ini, puak pakatan masih belum menetapkan siapakah bakal PM Malaysia. Diaorg dah tak boleh nak harapkan Nuar, pasal Nuar dah tak lama dah nak ‘ bercuti panjang ‘. Kalo soal nak lantik PM pon masih blom ada kata putus, jgnla haraplah berangan2 nak ke putrajaya. Matlamat diaorg cuma nak menang PRU13, soal rakyat adalah perkara ke-2 semata-mata. Siapa yang akan menganggotai kabinet bayangan ? Nampaknya agenda PAS masih samar-samar hingga ke hari ini.

    • C4 says:

      apa masalah nya kalau PM hadi awang …????

      lepas tu anwar boleh lepas dari sungai buluh…

      lepas tu kita kerja kan najib dengan rosmah

      • Sesumpah says:

        Hadi bakal jadi PM ? Ko biar betol…. 🙂

        Bila masa pulak Nuar boleh lepas Sungai Buloh. Ko ingat Nuar senang2 je ke leh dapat pengampunan. Zaman Pak Lah dulu bolehlah.

        • zonan says:

          kng hadi xblh??baik drpd pembunuh model,perogol kanak2,perogol amah,peraba budak sekolah,org yg tkt bini,si lidah pendek,anak kutty,malikul sembab,bab kata anak sembab dlm lagu dia bn u must go go go to hell!!

          • Sesumpah says:

            Nak jadi PM mesti kena cukup pakej sebagai seorang pemimpin, ceo Malaysia, wakil kerajaan, pentadbiran, pengurusan, mastermind dan segala-galanya. Barulah rakyat respek dan negara luar pun respek jugak kat pemimpin kita.

          • vinn says:

            org luar respek???kah kah kah kah kah kah kah kah takut org smpai bom gn c4 org respek?kah kah kah kah kah.katak bwh tempurung brckp kah kah kah kah kah kah.

          • Sesumpah says:

            vinn ni macam tak reti nak berhujah jer…asyik kah kah kah kah jer.

          • zumazore says:

            zonan ko ni rakyat bangla ke kemboja?… tak tau berita ker? kan dah di katakan oleh YB. ZULKIFLY NOORDIN DAN RAJA PETRA yang cerita tu hanya pembohongan yang telah di rancang dan telah di bayar untuk mereka cerita… wo ko ni kan tak malaysia ko kan bangla ke nepal ke kemboja kee.
            buta ilmu ada hati nak lawan kat sini wat malu je la oiiii. tak pe aku kan nak print bagi kat orang yang sama ngok macam ko… teruskan keNGOKkan ko

          • zonan says:

            aku org feldalh bodo ko zuma,mana aku th,org felda mcm aku ni hari2 jmp pandy kutty mcm si maslan ckp 2,ops trckp pandy kutty lak jgn terasa ye,si zul bisol 110persen pun ko ambk kira ke?kekekekekekeke,pasal raja petra 2 ko ada bc malaysia today x yg versi penuh dia??yg tv3 bt pe bodoh?@ ko ni bodoh xth bhsa london?kekekekekekekekeke,org bodoh mcm ko plng layak duduk kt bwh buah dada bik mama ko 2.ZUMA KO JWP NI BOM C4 DTG DR MANA???JWP JGN XJWP,AKU TGU JWP KO!!

      • jebat says:

        lim guan eng ngan bapak dia jawatan ape yek? Karpal ngan anak dia pulak?

    • AisMan says:

      Hadi Awang kata dia tak nak jadi PM… so PM Anwar lah …. Persoalannya siapa TMP? Lim Kit Siang ke Kapal KAram ke? Tak kan DAP nak biar Azmin jadi TPM sedang kan nak jasi MB selanor pun DAP tak bagi.

  5. tenno says:

    Impian pertama timbalan presiden pas ialah demonstrasi bersih 2.0??? Mat sabu boleh mintak RM25k dari rancangan ‘impian saya’ kat TV3 utk biaya kos demonstrasinya.

    • C4 says:

      memang lah kita mahu PRU ke 13 ni bersih ,……

      dari penipuan SPR ….

      • tenno says:

        Retorik…

        • C4 says:

          memang UMNO menipu dalam PRU pun….

          macam kat sabah satu ketika dulu ….bagi IC kat pendatang filipina …

          sehingga mahkamah tinggi batalkan pilihanraya ????

          • tenno says:

            tahun yg pbs bwh pairin kitingan yg menang tu ker??

          • zumazore says:

            TIPU?… dah bangang dia ni.. ko tengok sendiri bila keADILan (adil ke ? ) buat pemilihan cadang dan ranting yang lalu… fuhhh adil gila siot, ahli ada 50 orang tapi kertas undi sampai 200 , perghhh gila siot, siap berani membeli undi secara terang2 guna duit, pas tu bila orang tanya macam mana nak isi kertas undi mereka siap ajar tanda ikut kehendak mereka…. setiausaha PKR si amat jerawat batu tu si nasition tu kata “pemilihan yang di buat oleh PKR ini akan di jadikan contoh untuk SPR tiru”… LAWAK YANG TERLAWAK LA KO ORANG NI….BANGANG TAHAP PENGHABISAN DAH TAK LEH REPAIR LAGI DAH…
            BRO BILA NAK TOBAT?

      • jebat says:

        kalau spr tu penipu pakatan haram dah lama mampus.. Tapi masih hidup dan menang di 4 negeri lagi

  6. Mak Pidah APs says:

    Semenjak bila kitaorg taksub dgn TV3 ni??? Korang ingat kita ni dok tgk Jom Heboh, Mentor, AFUNDI, Drama2 bodoh????

    • C4 says:

      program TV yang macam tu hanya untuk menghayalkan bangsa melayu …..

      melayu seronok dengan hiburan …. dengan penyanyi no satu negara lah…. bla…bla….

      kat TV tu hari2 ada drama … semua tu melalaikan melayu

      Cina pulun buat harta …..

      • zumazore says:

        C4 BODO… TV3 tu cina yang punya ker?.. tak tau tanya jangan main hembus je.. malunya jadi pembangkang yang serba bongok pengetahuan am…
        TAK PE LA KO ORANG KAN PEMBANGKANG…..BANGANG!!!

        • zonan says:

          hbs melayu pnye ke?pedulik apa aku sapa pnye..Bn dh nk mampus ckp besar lg ke?mmg dh dasar bn bangang sama dgn pnykong dia bangang jgak,zuma ko ni br nak main politik nk tnjuk pandai,smpn skit bodo ko 2 malu org tahu kekekekekeke

    • tenno says:

      mak pidah pun bukan pandai sgt…

  7. camne plak ngan Muhyiddin Yassin ?

    Muhyiddin sejak akhir-akhir ini menampakkan seorang pemimpin yang mengharapkan retoriknya dan pengumuman “peruntukan satu dua juta ringgit” ke mana sahaja beliau pergi adalah cukup untuk menarik sokongan rakyat.

    Tidak apa jika retorik itu adalah pembohongan semata-mata – contohnya di Sarawak, beliau mengumumkan Malaysia adalah sebuah negara maju kepada pengundi Iban di rumah panjang. Umum tahu kita masih, lebih-lebih lagi sekarang, dikategorikan sebagai negara membangun.

    Di Pahang, bulan lalu, Muhyiddin dengan selamba memberitahu masyarakat petani, kononnya hanya Malaysia satu-satu negara yang membekalkan subsidi kepada rakyat.

    Sekali lagi, beliau lupa masyarakat tani juga mempunyai anak pinak berpelajaran yang tahu sistem subsidi diamalkan di hampir semua negara termasuk Amerika Syarikat.

    Semalam pula beliau memberi satu lagi “bola tanggung” – Malaysia menurut Muhyiddin sudah lama menjadi negara berkebajikan kerana menyediakan subsidi untuk barangan dan pendidikan percuma serta rawatan hospital pada kadar yang nominal.
    persoalan nya
    jika Malaysia sudahpun menjadi negara berkebajikan kerana memberi subsidi kepada rakyat, maka kenapa subsidi itu kini dipotong dan ditarik balik manakala harga barangan dibiarkan naik?

    Oh ya! Kerajaan Umno-BN terpaksa berbuat demikian kerana defisit negara semakin mengembang – 5.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

    Persoalan seterusnya
    Kenapa defisit dibiarkan begitu tinggi sepanjang zaman pemerintahan Umno-BN? Adakah ia berpunca daripada sikap boros dalam pengurusan kewangan? Bagaimana dengan faktor penyelewengan dan ketirisan?

    Kenapa kerajaan dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad hingga sekarang terus membiarkan defisit negara ini meningkat, dan subsidi untuk syarikat-syarikat IPP pula dilindungi manakala kadar elektrik untuk rakyat dinaikkan?

    Siapakah yang bertanggunjawab di atas kos sara hidup tinggi yang dibebankan kepada rakyat – adakah ia salah Dr Mahathir, Pak Lah atau Najib atau ketiga-tiga mereka sekali?

    Rasanya, tidak perlulah Muhyiddin mendakwa Malaysia sudah pun menjadi negara berkebajikan selagi rakyat dipaksa menerima pelbagai kenaikan harga barangan manakala kontrak-kontrak lumayan dibolot oleh juak-juak tertentu yang berkait dengan Umno.

    Sehingga hari ini Muhyiddin dan menteri-menteri lain mengelak daripada memberi maklumat mengenai kontrak yang diikat dengan IPP mahupun kontrak yang dinikmati oleh syarikat konsesi air di Selangor.

    Negara berkebajikan bermakna PEMERINTAH YANG TELUS, AMANAH dan MENGEMBALIKAN HASIL BUMI KEPADA RAKYAT dan TIDAK memperkayakan diri.

    Negara berkebajikan tidak bermaksud memberi komisyen “atas angin” RM500 juta kepada syarikat kroni kononnya untuk menguruskan pembelian kapal selam yang akhirnya tidak boleh menyelam.

    Sekadar retorik dan menabur pengumuman peruntukan di sana sini sahaja tidak akan memadai.

    • Sesumpah says:

      Apa yang Nuar buat masa dia jadi Menteri Kewangan dulu ? Takkan dok diam jer. Nuar takot ngn Tun M ke. 🙂

    • zumazore says:

      Asal Bukan Umno KATA “Negara berkebajikan bermakna PEMERINTAH YANG TELUS, AMANAH dan MENGEMBALIKAN HASIL BUMI KEPADA RAKYAT dan TIDAK memperkayakan diri.”…………TULIS MACAM BETUL SANGAT, PI TENGOK KAT NEGERI SELANGOR, AHLI DAP YANG KENA BENGKRAP PUN LEH BUAT DUIT JUTA2 HASIL BERSELINDUNG DI SEBALIK SYARIKAT BUMIPUTRA… TEO BENG HOCK MATI SEBAB KENA BUNUH SEBAB ADA BANYAK RASIA KAT DIA PASAL PROJEK HARAM ORANG2 DAP… ALAM FLORA BUAT KERJA DENGAN BAIK TAPI DI TAMATKAN KONTRAK SEBAB NAK BAGI KRONI PKR MAKAN… NAK BAGI ELAUN PADA JANDA TAK JADI2, NAK BAGI ELAUN PD BABY TAK JADI2, NAK BAGI ELAUN PADA ATUK2 TAK JADI2….. TAH APA – APA JE LA SI KHALID GAGAP TU BUAT… MASA BARU JADI MENTERI BESAR DIA PERNAH BERKATA DALAM BAHASA INGERIS GAGAPNYA (aku melayukan) ” kami mempunyi ramai kawan dari luar negara yang akan membantu dalam hal- hal teknologi menternak babi dan semua yang ada masalah…” cakap cam bagus, tapi apa hasilnya?… sendiri tengok laaaa, sendiri tanya , sendiri jawab laaa…
      kita tengok SELANGOR lepas PRU13 nanti apa kan terjadi kat SELANGOR..
      BRO BILA NAK TOBAT?

  8. Anak_Nogori says:

    TUN M kata – Karpal Singh tak perlu mati utk PAS langkah mayatnya.

    Berikut ialah tulisan penuh Dr Mahathir:

    SIAPA MENANG SIAPA KALAH

    1. Dalam pertandingan tentu ada yang menang dan yang kalah.Pertandingan jarang menghasil keputusan “Menang Menang”, dengan semua yang bertanding berjaya. Demikianlah juga Muktamar PAS yang baru lepas- terdapat yang menang dan yang kalah.

    2. Katanya yang kalah ialah puak ulama. Yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Syabas…

    3. Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukanpun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama.Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan.

    4. Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS – iaitu mendiri negara Islam. Dengan begitu mudah asas ini digugurkan.

    5. Kenapa? Kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khusus Karpal.Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.

    6. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.

    • vinn says:

      kah kah kah kah kah copy paste kah kah kah kah kah bgtlh org2 united mogol no otak kah kah kah kah

      • Anak_Nogori says:

        Setidaknya itu statement dari tun m…yg ko cuma pandai kah kah kah kah saja ka..

        Hahahahahahahahahaha,..bengong.

      • Farid says:

        Apa salahnya copy paste??? Kita look on substance..bukan nak buat tesis kat sini/ assigment kat U.

    • Mullah TTDI says:

      Anak_Nogori… Memang betul dan kena masanya komen Tun Dr Mahathir. PAS sekarang didominasi bukan oleh Ulamak ataupun Professional, tetapi dikuasai oleh Aktivis seperti Mohd Sabu dan Mahfuz Omar. Golongan Professional adalah golongan yang mempunyai ‘profession’ seperti jurutera, pensyarah atau pun doktor.
      Seperi tulisan YB Zulkifli Nordin, Islam telah berlalu pergi daripada perjuangan PAS. Dan diingatkan di sini bahawa ISLAM itu bukanlah PAS dan PAS itu bukanlah mewakili ISLAM. PAS adalah parti politik sahaja yang sekarang terpesong daripada perjuangan ISLAM. Dulu, Negara Islam, tetapi sekarang Negara Kebajikan yang kita tidak tahu apakah pengisiannya dan pembangunan Ekonominya. Hanya setakat retorik semata-mata.. Mudah-mudahan, ALLAH selamatkan kita daripada bahaya Pakatan Rakyat ini.Amin Ya Rabbul ‘Alamien…

      • AisMan says:

        Sebenarnya tak kisah lah sapa pun yang memegang tampuk dalam PAS, Ulamak kr Profesional ke tapi yang penting matlamat perjuangan parti , visi dan misi serta prinsip nya kene diperjuangkan . PKR memperjuangkan Anuar, DAP memperjuangkan negara mcm Singapore PAS ??????? ada yang dah tergugur dari Buku Perjuangan .. so adakah ini permodenan Parti PAS.

      • zumazore says:

        kena jelaskan sapa si MAT SABU, mat sabu ialah yang memberi gelaran AL-JUBURI pada nua ( dalam islam gelar mengelar tu tak baik malahan berdosa… ehh aku lupa mat sabu leh jumpa pok nik mintak fatwa hilangkan dosa… dan mat sabu ialah kaki carut mencarut … ehhh pok nik ajis dah keluarkan fatwa ” tuhan pun mencarut” maka mat sabu terlepas dosa lagi…. mat sabu berkhlawat ngan bini orang…opps lupa lak aku nik ajis ada keluarkan fatwa supaya supaya sembahyang tobat and tutup buku…)
        mahfuz omar… tak ada SRP pun tapi jadi penasihat untuk anak syarikat negeri kedah.. dah nak bungkus dah anak syarikat negeri, tak ada SRP tapi cuba nak memimpin orang yang belajar tinggi, nampak sangat PAS tak ada yang boleh di harap, macam tu nak memimpin negara….pooooooorah!

  9. Mak Pidah APs says:

    Ya lah bila Anwar bersuara jer, nak Table Corruption bill, terus career dia ended kat situ.

    Dalam UMNO tak leh jadi hero kalau nak buat baik…

    • Sesumpah says:

      So, Nuar terpaksa bersikap hipokrit semata-mata nak jaga hati mahathir. Mcm tu ke maksud ko. Kalo mcm tu seolah-olah Nuar ni mcm seorg penakot sbb tak berani membantah semasa dalam kerajaan. Patotlah Nuar ni cuma berani melawan masa kat luar kerajaan jer, tapi penakot semasa berada dlm kerajaan semata-mata kerana sayangkan jawatan. Pemimpin macam ni ker ko nak jadikan dia sebagai PM ?

    • tenno says:

      Ye ker? Yg hampir sign IMF tu bukan anwar ker? nak sign ambik RM1b je, mcm malaysia ni takde duit RM1b…

      • Mak Pidah APs says:

        Anwar never been given chances to explain on this. there has never been any balanced report in Malaysia.

    • stingray says:

      UMNO tak perlukan yg hero nye atas katil jea..mengadu kat jijah smpai la ke rakyat jerman kononnye sakit blkg dan pinggang.. tp bila dtg nafsu serakah, depan belakang abis disesah..mengadu lg kat jijah konon diri difitnah.. Mak Pidah AP ‘Anak Pandi’ amik la dia sbg hero ko smpai dia mampus pun..kami bg FOC jea..tap hati2 dgn kata laluan CIFUT hero ko tu..

      • Mak Pidah APs says:

        Kalau anwar tak buat, akhirat esok ko kena jawab depan Azza wajalla. Eh…anyway org UMNO ni percaya ke ada akhirat??? Tgk pemimpin dia…aku doubt…

        • zumazore says:

          cuba ko paksa nua bersumpah jika dia benar… dalam islam bersumpah tu harus kerana hendak membersihkan nama sendiri dengan syarat mesti di lakukan pada satu masa yang sama kedua – dua pihak berhadapan!!
          cubako orang cabar datuk eskay dan anua bersumpah bersama, sapa agak2 nya yang berani berhadapan…. aku dah tau sapa….
          kalau macam tu aku nak bagi idea pada TV3 & ASTRO AWANI buat “sumpah laknat terbuka” dengan temukan 2 orang ni kat depan kemera tv…. satu malaysia akan tengok..haa baru tau sapa berani sapa tak

          • zonan says:

            aduh bodonye budak ni,sumpah brhadapn 2 sumpah lian lah bodo,bl masa anwar gn eskay ni laki bini?pasal agama ni kalu xth p lah tye gn ulama muda korg ni,ada jgk org bodo mcm ni..

  10. Mak Pidah APs says:

    Ada yg komen pasal tabung Memali kat atas. so sekarang ni Legal, PDRM, MACC adalah hak BN…maka siasat lah! Tak buat keje ker…??? Jangan jadi macam kes pasir kat Selangor..punya lah kecoh ..siasat punya siasat…rupa-rupanya..org UMNO lah punya jugaak…..

    Sambil2 tu siasatlah sikit yg kat bawah tu..:

    PKFZ 12.1 billion, Soprne commission close to RM500 mil, MV Agusta beli close to RM400 mil then jual at nominal value RM4.00, Tanah rezab melayu lesap byk, share bumi dari RM50 Billion tinggal RM2 billion- pi mana???, Bakun dah pakai duit RM6billion lebih, Correct3X- apa kesudahannya??, Isu Norrita??, Altantuya – apa motif pembunuhan? Apsal rekod keluar masuk C4 tak disiasat? apasal rekod imegresen Altantuya dipadam??? musykil sungguh…, isu IPP-TNB ..pejanjian berat sebelah dan kjaan belanja billions every year, Crooked Bridge..pampasan RM296 juta..sapa dapat???, Isu KJ Avenue…is it Indider Trading?? Ada siasat??? Kalau ingat lagi HPC High Performance Centre kat England tu…senang2 jer spend RM27 juta…Taib Mahmud..mana dapat kekayaan??? Siasat lah jugak…

    BN Adilkah??? BN jujurkah???

    • stingray says:

      Boleh percaya ke pada PDRM ni abu..mcm pelik jea puak2 ni..

      • zumazore says:

        harap esok beg duit ko hilang dengan rumah ko kena rompak, kemudian ko panggil astro yang ko tak akan panggil polis sebab tak percaya pada polis… tapi kalau ko pi buat lapuran kat polis maka keturunan tak ada maruah, dah ludah jilat balik… cakap jangan takbur, tuhan marah… aku Mintak maaf sebab kalau aku doa kan keburukkan orang lain pun dah kira berdosa aku ni…. tapi kalau aku orang PAS maka fatwa pok nik ajis aku gunakkan maka terlepas dosa aku…. fikir2 kan laaa
        BRO BILA NAK TOBAT?

        • Mak Pidah APs says:

          Ko dah doa kan keburukan org lain then ko mintak maaf..??? Apa cerita tu…

          Apa kes cerita keturunan lak????? Anyway thinking ko ni standard Darjah satu, tak leh bwk berbincang, ilmu kurang.

          • zumazore says:

            cuba baca bakil tulisan aku tu balik , kenyataan ke SINDIRAN ? bagus la ko ni sebab tak ada perasaan sebab dalam hati ko dah hilang satu nikmat iaitu perasaan… ingat2 bro …

          • stingray says:

            ko pun sama Mak Pidah oii..tuduh sni tuduh sana..apa guna ko berpelajaran tinggi tp ulasan mcm budak tadika PASTI..Mak sapa la si Pidah ni..cian anak2 ko, ada mak pun sibuk meroyan kat sni, mati kering la anak2 ko agaknye..laki dh tak balik 3 ari pun tak perasan asik merapu jea kat sni..jgn salah kan UMNO plak bila kena cerai nti…

  11. ceritabillion says:

    Mak Pidah wah wah hebat la info u ada..juta dan billon saja ceritanye.. tak de pula cerita pasal
    video berharga berbillion tu…hehe..

    ps- bila masa PR ini adil kepada semua..

  12. tenno says:

    Dah jenuh cerita tp jenis2 payah nak paham ni susah…itu yg susahnya bila 1 org pakai nick byk2…bila kita terang hari ini, esok dia soal lagi pakai nick lain…

  13. Telok_Blangah says:

    Syabas Mak Pida…..teruskan usaha anda semoga semua rakyat mengetahuinya…

  14. Mak Pidah APs says:

    Tenno..masalah ko ‘nick’ ke on issue, on how it being brought up and debated??? on the substances??? ataupun u have substandard IQ to digest all these??

    • stingray says:

      Takabur nye Mak Pidah lampir ni..mcm dia sorang jea prgi sekolah..

      • Mak Pidah APs says:

        Eh org UMNO gi sekolah TV3, RTM, Utusan, AF, Mentor, Metro…korang pandai pasal gossip jer…dgn melayu itu dan melayu ini….

        • zumazore says:

          isu tu dah terjawab lama dah ko je yang taknak amik tau.. pas tu nak marah marah and down grade UMNO n BN lak… yang bangang nya ialah akhbar ko orang yang tak nak keluarkan penjelasan dari kerajaan tapi keluarkan IKLAN UBAT KUAT SEX bebanyak… huii yooo banyak rosak ini orang punya otak!!!

    • tenno says:

      If you care enough to look at the older articles than you might find some answer but all you ever did in this forum was whining. For a start PKFZ.. where did you get the figure? RM12.5b was given by LKS but the truth is even less than half of the amount. Again…where is your integrity in looking for information? You PR people didn’t come here looking for the truth, rather you spread lies to satisfy your master’s hunger.

      Mak pidah your anwar is a bygone things, he and the rest of the old skeletons in PAS and DAP should just retire and let the younger one to lead this nation. This nation may be better off without them.

      • matahati says:

        tak payah la explain kat mak pidah tu….buang masa jeee…banyak keje lain lagi nak dibuat…terangkan panjang lebar pun tak guna sbb dia nak jawapan dia jugak..errr cuba tanya kat dia…dia nak jawpan yg macamana? senang sikit..

        • tenno says:

          Itu la pasal…kesian pun ada….yg dorang boleh harapkan ialah demonstrasi…yg adegan aksi2 guling2 atas jalan sambil pegang bendera, dorang la heronya….DAP sengih jer tenguk badut2 jalanan ni beraksi…

      • Mak Pidah APs says:

        Anwar is a bygone thing????? Apasal akak tengok kat website ni dari dulu sampai skg penuh cerita Anwar????? Yg dok kecoh ahl MYkmu sendiri..? Cuba baca all article and posting2 lepas org Umnongok kat sini…

        • tenno says:

          Aiyo….susah la ini macam…sumua mau kasi sumbat….mau kasi baca baik2, pelan2….nyonya sula tua, yangan gopoh2….malu sama anak…

      • zumazore says:

        tenno.. aku sokong ko dan aku paham apa yang ko tulis tu, tapi aku rasa ko salah guna bahasa laa sebab Mak Pidah APsb tu sebenarnya bukan tau pun bahasa ingeris, yang dia tau copy paste.. sebab anak sedara dia yang translatekan kat dia… maksud aku penyampian tak berkesan dan tak sampai matlamatnya… jangan malu guna bahasa malaysia, any way aku sokong ko.. terima kasih dan minta maaf jika terasa.

        • tenno says:

          Takde hal bro….berpesan2 kpd kebenaran, berpesan2 kpd kesabaran… kesemuanya aku masih miskin dan hina…

  15. Mak Pidah APs says:

    RM12.1 billion is the spending thus far. pergilah check.. RM4.5 billion is the gurantee letter issued by kementereian Pengankutan. Supposedly any financial related matter is from Finance Ministry..tapi tak pe..org UMNO BN kalau ckp ape pun bukan dia org paham, apatah lagi kalau libatkan bilion-bilion ni. Yg dia org tahu Tabubg Memali jer.. (PDRM dah clear yer..).

    • tenno says:

      kalau keje yg dah settled pun nak masuk kira, knp tak letak jer RM1billion…

    • raplahjingaa says:

      Hemm……buka mulut jer….cakap pasal billion-billion orang nu songlap duit…orang ni songlap duit…pas tu suruh orang pi check…apadaaah, ni semua akibat dok nga-nga dengar ceramah mahfus la ni……main hentam jer, mapfus gelak..hangpa pun gelak…mahfus menjerit…hangpa pun menjerit…pucuk pangkal apa pun hangpa tak tau…..

      kalau ikut hangpa semua orang kat dunia ni masuk neraka….totok PAS macam hangpa aja yang masuk syurga…..hangpa dok ingat nik aziz tu dok tersenyum kat pintu syurga jemput hangpa masuk…..

      cakap pasal ekonomi macam la hangpa tau….apa yang hangpa tau….adalah apa yang mat sabu dan mahfus tau…tek lebih drp tu…

      Tabung memali yang tak berapa duit tu pun hangpa rembat lincin…..dok usung tin milo minta duit kat orang kampung….sian kat orang kampung oii….depa tu dah la susah….hangpa pekena depa pulak…konon jalan jihad la…untuk islam la…tapi semua masuk perut hangpa…..malu la sikit oiii…kerja la cari rezeki yang halal…tu kita kata duit yang sikit…..kalau yang banyak tu toksah cakap laa…

      Semua orang buat tak kena bagi hangpa….tapi hangpa tak buat apa pun…ladang rakyaat apa cerita..? kohalal apa cerita…? balak di kelantan apa cerita….? tu pun ada hati lagi nak bagi tanah kat bekas komunis….apa punya turrr. Pasal moral jangan cerita laaa…. bini orang kaa…anak orang kaaa….dalam keretapi kaa….bilik hotel kaaa….dalam kereta kaaa….semua jadi !! hilang habeh lebai….si wali selipar tu pulak pandai-pandai kata tuhan dah mengampuni depa ni semua….ewah-ewah…sapa yang ajar dia macam tu….nama aja lebai…tapi otak boh kat tapak kaki.

      Dah habih akai hangpa dok usung lilin di rumah cina mampoih…pas tu hangpa kata tak salah…..tak salah apa macam tu ! ada ka akai..

      Ni sat….saja nak buat cerita……abu jahal kalau dia hidup balik dan tengok perangai hangpa semua tok-tok PAS tentu di terjun masuk kubur dia balik…..senyum gembira….” rupa-rupanya ada lagi orang yang lebih jahat drp aku…..kaum yang digelar toktok PAS “

  16. Insyaallah,jika kita berdakwah secara lembut dan bijaksana mungkin ia dapat mengalas harapan pas ataupun memimpin parti pas.

Leave a Reply

Threesome