Menu Utama

Liputan Bicara Dr. Khir: Saksi Pendakwa Kedua dan Ketiga Penuh Pembohongan

Keterangan Saksi Pendakwa Kedua (SP2), Datuk Shamsuddin Haryoni, pada petang tadi menimbulkan kegemparan apabila ia sama sekali bercanggah dengan kenyataan Saksi Pendakwa Ketiga (SP3), Nasir Ismail.

Shamsuddin mendakwa beliau hanya membayar nasir sebanyak RM 1.5 juta dan bukannya RM 2.5 juta seperti dakwaan Nasir sebelumnya. Beliau juga menegaskan wang tersebut adalah wang beliau, bukannya wang Dr. Khir seperti yang didakwa oleh Nasir sebelum ini.

Kenyataan Shamsuddin ini mengesahkan dakwaan peguam bela Dr. Khir bahawa Nasir berbohong terhadap jumlah yang beliau terima dan juga kononnya beliau pernah menerima daripada Dr. Khir sebelum bekas Menteri Besar tersebut membeli rumah.

Shamsuddin kemudiannya membuat kenyataan yang menyanggah kenyataan beliau sendiri.

Pada rabu lalu, Shamsuddin membuat kenyataan bahawa beliau mengunjungi rumah Saiful untuk pertama kalinya bersama Dato Sumardi Ismail dan Dr. Mohamad Khir Toyo.

[Ketika itu galeri awam dan para peguam terkejut kerana saksi pertama yang tidak berpihak dan berkepentingan, Saiful Aznil mendakwa Dr. Khir datang bersama isteri di bawa Sumardi ketika datang melihat rumah tersebut namun tidak jadi beli.

saiful menyatakan Empat bulan kemudian Sumardi membawa Shamsuddin untuk melihat rumah tersebut.]

Namun dalam keterangan hari ini, Dato Shamsuddin mendakwa beliau ke rumah tersebut bersama Sumardi sahaja. Setelah melihat rumah tersebut beliau dimaklumkan oleh Sumardi bahawa Dr. Khir turut pernah melihat rumah tersebut dan berminat untuk membelinya.

Jika pada rabu lalu Shamsuddin menyatakan beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM 6.5 juta, hari ini beliau menukar kepada kepada jumlah RM 5 juta sahaja.

Beliau menjawab soalan pendakwaraya bahawa beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM 5 juta dan membuat pengubahsuaian pada kos RM 1.5 juta. Beliau mendakwa rumahnya bernilai RM 6.5 juta sebelum dijual dengan harga RM 3.5 juta pada Dr. Mohamad Khir.

Namun Nasir sebelum ini mendakwa beliau menerima RM 2.5 juta dari Shamsuddin dan RM 4 juta dari Dr Khir sebelum perubahan nama dari Ditamas kepada Dr. Khir pada 2007.  Kenyataan Shamsuddin ini jika diterima pakai jelas menunjukkan Nasir berbohong di dalam Mahkamah.

Namun jika kenyataan Nasir mahu diguna pakai bermakna kenyataan Shamsuddin pula berbohong. Yang pasti sehingga hari ini hanya  SP1, Saiful Aznil yang memberi jawapan yang tampak benar dan telus berbanding dua saksi lagi.

Niat jahat SP3, Nasir tampak jelas sekali apabila beliau tetap mengatakan wang yang diterima oleh Dr. Shamsuddin ialah wang  Dr. Khir. Mengapa beliau bermati-matian menegaskan ia wang Dr. Khir jika beliau sekadar saksi tanpa sebarang niat jahat. Bukankah beliau sepatutnya menerangkan fakta sahaja?



(Next News) »



36 Komen to Liputan Bicara Dr. Khir: Saksi Pendakwa Kedua dan Ketiga Penuh Pembohongan

  1. KuntaKinte says:

    kencing tak abih-abih saksi pendakwa ni. nampak gaya nak pelepas tengkuk sendiri. Anjing pun tak gigit tangan yang bagi makan. hahahahah apa jenis manusia shamsuddin haryoni ni.

  2. Farid says:

    Oooooo rupa nya UMNO yg dok bagi makan…cara rasuah la….anyway rasuah memang sebahagian dari UMNO. Aku ingatkan duit cukai ni semua hasil yg dikenakan ke atas rakyat dan perniagaan, rupa2 hak sesuka hati UMNO. jelaslah UMNO sinonim dgn Rasuah.

    Perlu kah aku cakap apa2 lagi???

    • raplahjingaa says:

      Laaaa…mat farid oii,hang baru sampai….dok tunggu jugak mana hang pi…..hang tak perlu cakap apa-apa……just be here !! your presence here….made my day !!….. hahahahahaha….tu la kecik-kecil dulu hang dok nga-nga kat PASTI….dah besar hang jadi pak lawak…..main redahhhh…aja..

      • Anti PR says:

        farid tu memang dari dulu lagi belajar kat PASTI…tu yg bengong mcm budak2 tu..tak boleh berfikiran waras….

        • C4 says:

          kau orang lah bengong …. pemimpin buat rumah juta2….

          kau dapat apa ????

          • hamPAS NYOIR says:

            aku dapat hamPAS nyoir utk jadikan makanan ayam, itik dan B.B.

          • ‘rumah’ yang kekal 6 kaki bawah tanah..apa nak di kisah..kalau kau jadi pemimpin pun kau akan buat rumah juta2.. jadi lah pemimpin C4..cakap kat sini buat kering tekak aje buat apa??

          • capt jam omega says:

            pemimpin buat rumah berjuta2 lantak lah..yang hang dengki buat apa.sahabat nabi yang kaya juga tapi nabi tak dengki pun.
            kau ni jenis iri hati pada kekayaan orang.kita kena percaya pada takdir.rezeki tu dari allah.kalau kita kurang rezeki bukan bererti allah zalim tapi ada hikmah.aku kalau kaya dah tentu bini empat sebab tu rezeki aku setakat dua jer..keje pun captain kapal jer bukan captain space ship

    • Aljob says:

      Bezanya UMNO dengan PR. Pemimpin2 UMNO dan orang orang UMNO tidak mempertahankan ahli ahli mereka yang rasuah sebagai mangsa konspirasi mangsa perangkap atau mempertahankan mereka di akhbar2 seperti yang PR buat. UMNO membiarkan mahkamah menentukan nasib ahli ahli mereka yang dituduh tanpa komen komen yang berbentuk membela.

  3. m8 says:

    mesti saksi ni penyokong kuat PKR, modus operandinya untuk menjatuhkan umno, agak-agak lah nak menipu, esok mesti terbongkar siapa yang jadi saksi penipu, kalau tipu kat luar tu oklah sikit takde masuk penjara, kat mahkamah saksi penipu kena masuk penjara lah jawapannya.

  4. jebat says:

    Dr khir lebih baik dr aljuburi.. dr khir minta dipercepatkan perbicaraan. Tak da perangai. Pemimpin umno pun tak da la duk kelam kabut pertahankan dr khir. Semua serah kpd mahkamah. Kita respet mahkamah walau apa jua keputusan..

    • Farid says:

      Mintak di [percepatkan la…..dah tau legal semua dok bwh BN…

      • raplahjingaa says:

        Answer from a common totok PAS….

        mahkamah – Bila depa menang….kecoh satu dunia kebenaran di bukti kan
        – Bila kalah…..tu haaa….jawapan mat farid tak bagi……level tu
        saja pemikiran depa…..aku sedih bercampur kesiannn.

    • C4 says:

      sebab dia mintak cepat …….. sebab dah malu ….

      kalau duduk kat sungai buluh lama ….. lama2 org dah lupa …

  5. Farid says:

    Pemimpin2 UMNO rasuah…rakyat marhein umno masih terima. Dunia dah berubah. Basically rakyat dah muak lihat pemimpin2 yg tidak amanah ni. Sbb tu sokongan terhadap UMNO/BN semakain berkurangan. Nasib baik BN masih kawal media Malaysia. Kalau semua org access to these info, maka habislah BN.

    Lihat kenyataan ahli Mykmu yg terang menerima rasuah sbhgian dari budaya UMNO. Rakyat dah berubah…kalau UMNO tak berubah…sayonara lah jawabnya….

    • C4 says:

      biar kan mereka bergaduh sesama mereka ….

      maka terserlah lah pemimpin UMNO ni rasuah …..

      tak payah video ….

    • raplahjingaa says:

      Hang frust ka ? tu la hang….BN pemerintah negara….diberikan rakyaat mandat untuk itu….hang tu yang dengi dan sakit hati….BN punya suka la dia nak control media….negara mana yang tak control media ,mat farid oii……hang ni tau ka tak tau…..hang tak tau kot…siann

      • hamPAS NYOIR says:

        hanya akhbar haramjadahkah, roket konkek dan suara keledaian jer BN tak kontrol sbb dia utk tatapan org2 gila

        • pbelalang58 says:

          bro
          apelah nak kepoh2 sgt…….lets mahkamah buat koje……nak tak betui ape di mahkamah….its open to pemberita nak tengok dan saksi……bagi gua, mahkamah malaysia dah terlalu baik………kalau di amerika atau uae….. sapa2 yg buat salah pasai rasuah ke, pakai muntot ke, pasal guna kuasa ka…….dah lama kantoi…………
          lain kali, nak komen pakai hotak kat kepala……..jgn dok cakap2 yg hotak datang dr kepala lutot………….
          kesian aku tengok bangsa2 aku ni……..ikhlas dgn diri sendiri…..tak payah nak politik2 tak bertempat………hang tengok cina dan india..ada dia org kepoh2…….

    • UMNO dah lama dan banyak berubah..cuma Kelantan aje dari 10 tahun dulu sampai la nie tak pernah berubah..tandas2 masjid dan surau disepanjang jalan masih kotor macam dulu jugak..rumah kecik pun tak berubah wajah cam mane nak buat yang besar2 kan…
      ubah jgn tak ubah..

    • antihypocrite says:

      Kalau x dikawal media (terutamanya dari pihak pembangkang) lagi teruk korang menabur fitnah..Kalau jadi pembangkang jdi lah permbangkang yang responsiv yang dapat membantu bukan setakat nak menakluk putrajaya je..Jangan sebut pasal rasuah dalam umno je bro,rasuah ada dimana2 cuma ko nampak umno je pasal hati dan mata ko dah buta dgan dakyah2 kepalsuan pembangkang ko tu

    • hj says:

      kau kata umno rasuah, aku rasa pas lagi rasuah. tengok kota baru la ni. bazar tok guru. sapai la ni tak selesai lagi.pas bukan rasuah saja main tino ,bini orang pon jadi. harap maklom fard

  6. C4 says:

    UMNO yg mendidik theyworang jadi penipu danpembohong …..

    • cucu_datoonn says:

      salam…kpd kwn2 yg dok mengata UMNO itu busuk dan haprak….aku just nk tanya satu soalan….kemewahan dan kesenangan walaupun sedikit yg korang ada skg ni hasil dari perjuangan siapa? walaupun kita wajib percaya rezeki itu Allah yg pinjamkn untuk kita kne ingat selalu…rezeki xkn datang bergolek kawan….belajarlah untuk bersyukur dgn apa yg kita ada…insyaallah, hati jadi tenang nanti…klu lebih2 sgt belajarlh memberi….klu terkurang…carilah lagi….aku doakan supaya Allah swt bukakn minda dan hati org2 hanya beranggapan dialah segala-galanya yg sentiasa betul….aminnnn….

    • hj says:

      pas lagi terok. mendidik mencaruk macam muka mu tu c4 banyak mencaruk . ini didikdn pas

  7. hamPAS NYOIR says:

    HamPAS mendidik dia olang jadi penzina, mencarut dan maki hamun spt Mat Sabu, Din Puduraya Dll

    • siamang gagap says:

      pas juga ajar pengikutnya jadi pembunuh budak tadika. Dimana rasa belas kasihan terhadap seorang budak kecil sampai sanggup dibunuh. Inilah hasil ajaran n.ajis yang penuh dendam serta tiada kesabaran. Inilah yang dibanggakan oleh pencacai n.ajis tua kutuk

  8. kambingberjanggut says:

    pasni tunggu sprm siasat plak rumah anuwar yg harga dikabarkan berjuta juta…bekas banduan tak ada kerja tapi mampu membina rumah yg bernilai jutaan ringgit.

    • Bebas Sokmo says:

      tungu apa lagi, report polislah ramai2. cpt sikit siasat

      • omega says:

        Kalu anuwar tak payah report kat sprm. klu report dan sprm siasat nanti lagu baru pulak muncul. Konspirasi sebab dia mampu buat rumah umpama istana negara. kaya giler untuk bekas banduan sg buluh

  9. […] meh sini Baca dan fikirkan……Read More.. […]

  10. I genuinely enjoy studying on this website, it has got wonderful blog posts. “Beware lest in your anxiety to avoid war you obtain a master.” by Demosthenes.
    pro bowl jerseys http://docuprep.net/newspages13.asp

Leave a Reply