Menu Utama

Lagi Taktik Kotor Pendakwa Raya: Saksi Pendakwa Lari Ke China

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mokhtarudin Baki, semalam menyelar saksi pendakwa raya, Long Kieh Chet dari Henry Butcher yang memohon penagguhan sesi soal balas kerana ada penerbangan ke China pada sebelah malam.

Hakim yang membenarkan permohonan tersebut tetapi mengingatkan saksi bahawa beliau melakukan sesuatu yang sangat tidak wajar dan boleh dikenakan waran tangkap.

Sebelum itu saksi ini juga ditegur kerana tidak boleh berbahasa Malaysia dan banyak bercakap dalam bahasa Inggeris.

Seorang pemerhati yang enggan dipetik menyatakan bahawa tindakan Pendakwa Raya memanggil saksi tersebut biar pun mengetahui beliau akan China pada malam tersebut merupakan tindakan bermotifkan politik.

“Dengan memanggil sebelah petang Pendakwa Raya mengetahui bahawa saksi tersebut tidak akan berhadapan dengan soal balas dalam masa terdekat. Ini akan membolehkan media melaporkan kenyataan sebelah pihak sahaja esok hari.”

“Saya percaya media akan membesarkan kenyataan tersebut sebagai satu kenyataan yang benar walaupun ia hanya disoal oleh sebelah pihak sahaja.”

Bagaimanapun sebelum itu, Loong menyatakan beliau menilai hartanah Dr. Mohamad Khir pada tahun 2009 kerana diminta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Nilaian ini dilakukan berasaskan keadaan hartanah tersebut pada 2007. Ini dilakukan dengan mengambil kira laporan oleh Rahim & Co, harga hartanah sekitar, tinjauan selepas rumah siap dan harga penilaian daripada Jabatan Penilaian Harta dan Tanah Selangor.”

Loong memberitahu Mahkamah, berdasarkan gambar-gambar yang diberi kepadanya, beliau menganggarkan rumah tersebut antara 50%-60% siap ketika transaksi dilakukan pada tahun 2007.

Menurut saksi, “we can value as 2007 provided information of the prop at the time was made available to us.”

Berdasarkan itu Henry and Butcher menganggarkan harga hartanah tersebut pada 2007 ialah RM 5.55 juta.

[Pendakwa gagal memasukkan dokumen penilaian oleh Rahim & Co atas alasan terlupa bawa].






4 Komen to Lagi Taktik Kotor Pendakwa Raya: Saksi Pendakwa Lari Ke China

  1. hajimat says:

    Kita boleh lihat dengan jelas di sini, betapa sifat-sifat hasad dengki yang begitu menebal di kalangan Melayu tidak terhad kepada yang tidak berpelajaran sahaja. Bahkan hingga ke peringkat Peguam Negara pun kalau dendam kesumat dibiar menguasai diri, maka tahap hasad dengkinya begitu merosak dan menjijikkan.

  2. Tuan gedukngok says:

    My analysis is counter-intuitive ie. kepada aku AG tersepit. Dia terpaksa dakwa for the sake of political correctness kerana tekanan dari sebelah pembangkang. He must be seen to be doing something because this case was too overblown. To ensure failure of his own effort tengoklah kualiti saksi-saksi yg dia guna. Kes yg berlubang di sana sini, contradictory testimonies from them. Mungkin Dr khir tak perlu bela diri pun.

  3. Kenapa tidak pernah ada antara kita menyoal kredibility attorney general. Bukan hanya untuk kes Khir tetapi beberapa kes lain juga.

    Tidak ke kita nampak AG condong berdiri nya. Tidak tegak, impartial atau bias. Kecenderongan kearah melawan arus itu ada. Maka soal dia tersepit tidak timbul isu nya disini. Kenapa dia harus tersepit jika dia dipihak yang perlu practice on without prejudice and malice.

    Kenapa harus tunduk pada desakan jika tahu satu kes itu tidak kuat untuk membenarkan pendakwaan dibuat ?. Saksi melalut yang tak ada kredibilti bolih membuatkan pendakwaan lemah dan kes dibuang.

    Syabas untuk Khir, walau Khir tidak pernah menjadi idola saya baik dulu atau sekarang. Tapi saya tabik diatas kecekalan nya bagi menangani masaalah peribadi untuk diadili sewajarnya melalui proses yang betul.

Leave a Reply