Menu Utama

KJ Akan Ditangkap Israel 4 Julai Nanti?

Usaha Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, untuk memulihkan imejnya dengan menyertai “Freedom Flotilla II” mungkin menjadi boomerang yang lebih besar kepada beliau.

Khairy berharap dengan menyertai rombongan Freedom Flotilla II beliau akan berjaya memulihkan imej beliau di dalam negara serta mewujudkan jambatan hubungan yang lebih baik dengan Tun Dr. Mahathir.

Bagaimanapun masalah Khairy lebih besar ialah sama ada berjaya atau tidak misi kedua ini beliau tetap akan menghadapi kritikan sinis. Jika rombongan ini mendapat laluan dari Israel untuk masuk ke Palestin, Khairy mungkin menganggap ia satu kejayaan peribadi beliau. Namun bagi sebahagian orang akan melihat kejayaan tersebut membuktikan belia ada hubungan dengan Israel.

Jika rombongan tersebut gagal, Khairy akan menjatuhkan imej dan maruah Pemuda UMNO kerana gagal menjayakan misi kemanusiaan ini.

Jadi walau apa pun yang berlaku kepada Freedom Flotilla II ini, Khairy tetap akan berhadapan masalah imej dan persepsi yang serius.

Sekarang ini tersebar pula khabarnya bahawa Khairy merancang dan berpakat supaya beliau ditangkap oleh Israel pada 4 Julai 2011 nanti. Jika ini benar-benar berlaku ia merupakan satu tindakan pemulihan politik peribadi yang sangat terdesak.

Khairy mungkin melihat insiden antarabangsa ini akan membantu beliau menjadi hero kepada orang Islam di malaysia dan juga menonjolkan dirinya sebagai ahli politik muda di peringkat antarabangsa.

Namun ia juga tidak mustahil akan menjadi “boomerang” memandangkan terdapat begitu banyak tohmahan sebelum ini bahawa beliau merupakan agen luar yang dirancang untuk mengambil alih kepimpinan negara pada masa hadapan.






49 Komen to KJ Akan Ditangkap Israel 4 Julai Nanti?

  1. Telok_Blangah says:

    anya tinggal satu hari lagi tanah KTM iaitu satu2nya sebahagian hak tanah melayu habis direntap dan dirampas oleh pemerintah Singapura……Tanah TLDM di Woodlands tinggal sejarah……Istana Kg Gelam Kerabat Sultan Husein tinggal sejarah…..Pulau Batu Putih tinggal sejarah………Habis semuanya diratah oleh ‘kafir laknatullah’…..

    Sekarang ini, ruang udara Malaysia juga diceroboh oleh Singapura….Maruah negara tercemar lagi. Pada pemimpin yang memerintah Malaysia skrg ini, kami rakyat bawahan dah ‘penat’ merayu dengan apa yang berlaku di hadapan mata kami. Jet2 pejuang Singapura begitu bebas terbang di ruang angkasa Johor sehinggalah hari ini…. 🙁

    • zumazore says:

      KALAU DI BELI…
      KAPAL SELAM DI KUTUK , DI FITNAH…
      KALAU BELI JET PEJUANG NANTI DI TABUR FITNAH….
      KALAU DI BELI KERETA KEBAL DI GORENG KATA 2ND HAND PUNYA LAK
      KALAU DI BELI KAPAL PERONDA NANTI FITNAH HARGA RM4.0JUTA NANTI JADI 40JUTA LAK…
      KALAU BELI KARPAL SING MEREKA LAGI MARAH SEBAB AH TAK ADAKAPAL DALAM P.R… B.N ADA KARPAL SING!…
      TAPI MEREKA BISING MACAM BURUNG MURAI PASAL KEDAULATAN…BODO..

    • yeopas says:

      tak paa…singapork tue kan sahabat baik nik aziz dan bong nuar..

  2. ROSAFID says:

    Saya Kata! Sejak2 satu dua hari ini nampak nya Saudara Khairy kita sibuk betul berhujah sana sini, cuba menonjolkan diri yang semua orang dah tau perangai dia memang macam Iblis Koreng. Manusia yang asyik berpura2 macam dia bagus sangat, bercita2 besar nak jadi PM sebelum umur 40 tahun. Orang lain berhempas pulas buat kerja, berjuang berpuluh tahun dia senang2 nak jadi PM. Kita semua dah al maklum bahawa PRU dan tak lama lagi . Maka sebab tu saudara Khairy kita sibuk sangat sekarang ni. Takut2 tak dapat jadi calun sebab pak metua dah tak ada taring. Dah tu nak berpaut pada siapa lagi. Saya berharap orang yang macam ni di humban jauh2 dari UMNO. Kalau tak bolih sebab ada banyak pengikut yang bodek, simpan dia dengan pengikut2 dia dalam peti sejuk sampai beku. Manusia jenis perosak bangsa.
    Wallahu’alam. Wassalam.

  3. tukul says:

    s,pura dapat pulau batu putih kita dapat putih mata.Pertahankan negara ini dari anasir luar yg jahat yg mencemburui kemajuan negara islam kita malaysia.

    • raplahjingaa says:

      Pertahanan fizikal negara kita dari serangan luar….Insyaalah…kepada mereka yang tahu…ATM amat berkemampuan…..

      Yang bahaya ni….ni mangkuk-mangkuk dalam negara….depa ni dok jadi tali barut asing…kebanyakannya tanpa mereka sedari….depa ni yang kita kena longkangkan dulu….baru aman negara ni….

      DEMI ISLAM…UNTUK MELAYU…KERANA MU MALAYSIA

      • Gen2Felda says:

        jet pejuang singapork tak merbahaya berbanding Babiga dan khadam-khadam pasrael nya bila dijalanraya…

        kalau singapork buat hal, kita pakat bom paip air dari sungai sekudai…selang 24 jam pasti menyembah malaysia untuk mintak nyawa.

      • yeopas says:

        yang peliknya mangkok berserban pon dah macam ikan main skang..celum celam tak tentu arah… tengok muka mangkok pon boleh taw memang tak reti mentadbir negara sebab tak berapa cerodik .. tapi mangkok ayun bahaya sikit sebab depan belakang dia sapu bersih. kata orang line clear jew..

  4. Farid says:

    Aaaahhh kalau org lain masuk uniform untuk cari sesuap nasik. KJ ni untuk suka2 jer, Lepas keluar daripada situ dia terus kaya balik. Plastic giler… Boleh tgk KJ kat Emperor’s Clothes (Kedai baju mahal…kat Pavillion). Hidup Melayu! (melayu lain semua hidup merempat), nak beli rumah pun tak mampu kat KL ni….

    • C2 says:

      yang bodek2 bela pemimpin UMNO korup kat dalam mykmu ni pun… kebanyakan hidup merempat… merapu pandai…

      • Observer says:

        That is a sweeping statement ! Plse take listerine b4 u talk.

      • selendangbiru says:

        C2.

        Merempat ke?…kebanyakan yg merempat tu orang jenis pemalas je!..bukalah mata bro tengok sekeliling jangan hanya dengar ceramah je sana sini siang malam cari kerja insyaallah tak akan merempat…Allah swt pun suruh kita berusaha untuk dunia dan akhirat!.

      • peace says:

        alah si C2 nih…ontah2 dia pakai kopiah pastu kopiah ditolak kat blkg skit bior jambul terkluar…korg tau tak tu rupe mcm saper??haaa tuler golongan yahudi laknat…samala cam puak2 C2 nih..rasanye golongan dieler yg byk merempat..merempit..pilih pemimpin pun bekas tukang kebun..pak kg ajk masjid..biler kasi fakta dicakap merapu…emmm karang bila da kasi hadis alquran pon dia ckp merapu..kitab dia je yg betul…emmm inila umat akhir zaman..

      • peace says:

        xyah ckp spinla C2..mcmla pemimpin kesayangan ko tu xkorup lg truk korupnye adalah..ko jer yg bute ati..ontah2 C2 ni kalu jd wakil rakyat lg kuat melobinyerrr…ckp pandang2la kwn..

      • raplahjingaa says:

        heh…heh….komen tak guna seduit….a mokery to ur own brain !…wakakakaka

    • raplahjingaa says:

      hmmm….aku pun tak berapa berkenan dengan kj ni…..tapi ayat hang tu ayat jeles….bukan sikit melayu yang kaya….banyak…. anwar…kamaruddin…khalid…tambah nik ajis lagi kaya…nak gi haji jer…budget sampai 65 ribu tu….kaya-kaya depa tu….orang melayu jugak !! heh…heh…hang tu jeles

      Farid…farid…hang pun nak kaya jugak ka ? kalau hang nak kaya….di bumi bertuah ni, hang berusahalah…..kalau ada rezeki kaya la hang.

  5. Buat apa si Farid pergi intip KJ shopping di Pavilion. Kenapa jadi terlalu pelik dengan KJ shopping beli pakaian disitu.

    Taraf KJ lebih dari shopping di Pavilion. Hari hari pergi Paris beli perfume , shopping di Wallmart US , relax kat Dubai makan t/hari………… pun dia mampu.

    Dia memang kaya raya walau mungkin belum ada mansion harga 7M macam rumah Nuar diSegambut.

    Kenapa tak intip mana Jijah beli tudung, Nurul beli panty liner , Nuar beli K jelly , alat pelincir untuk meliwat ??

    • Mooohyideen says:

      Macam mana dia mampu???? Itu lah persoalannya…

      Org UMNO ni buta dan lembu…tak pernah tanya soalan2 macam ni. asyik terima bulat2 jer. Al maklum lah,….dok bawah tempurung….

      Buakn ada keje pun si KJ tu…jenng..jeng….Tu kedai gang2 dia punya…silap2 dia ada share…tapi gang2 ni pakai baju semua .

      Kes Anwar ada rumah RM7 juta byk diexplain dah..at least dia boleh proove dia punya source of income. Kalau korang rasa dia rasuah, pergi lah buat laporan,.Si KJ macam2 cerita..dgn isu share Pantai nya lah, dgn Avenue/ECM Libra nya lah…ksingapore nya lah…apa yg korang tau??? Korang punya hotak standard L.E.M.B.U jer…

      Sedangkan baju kuning pun UMNO boleh haramkan pakai. Malam ni Malaysia lawan Taiwan…eh..aku tgk Malaysia team tak apakai baju kuning..dah phobia dah ka dgn warna kuning ni….?

  6. 3036 says:

    Salahkah kalau KJ shopping kat Pavvy? Aku pun shopping kat Pavilion.. huhuhu

    • Mooohyideen says:

      Tak salah shopping kat Pavi..aku tak pelik kalau tgk org gi LV pun..tapi kalau asyik dok masuk keluar Prada, LV, Ted Baker..pelik lah jugak..tapi kalau boleh beli kedai2nya sekali..tapi kalau jam ko jer harga ratusan ribu..pelik lah jugak aku ni…

      Bagi golongan Lembu mcm Mykmu.net ni..bukan mereka tahu apa2 pun…

      • raplahjingaa says:

        eleh….ada orang melayu yang kaya raya hilang jam omega tak kata apa pun…..hang tu jer yang jealous….tak leh tengok orang lebih sikit drp hang……

      • zumazore says:

        SURUH NIK AJIS KELUARKAN FATWA KEMUDIA PASANG KAIN RENTANG KAT DEPAN Pavilion ” NIK AJIS KELUKAN FATWA BAHAWA SENYA MEMBELI BELAH DI SINI BERDOSA UNTUK KAUM MELAYU “… ADA BRAN?…
        NIK AJIS TERKENAL DENGAN FATWA YANG MENYEBELAHI PENGIKUTNYA…

  7. mrSkandal says:

    Hahaha kalo korang nak tau..korang pijak kaki kat Pavy tu berdosa..kerana pada pendapat PAS dan penyokongnya orang melayu TIDAK layak untuk bershopping disana..

    Bukan takat itu sahaja menonton wayang atau televisyen pun berdosa kerana mengeluarkan gambar dan mempunyai pelbagai character dalam tele movie, drama, dan sebagainya HARAM ni semua

    Selain daripada itu adalah merupakan satu dosa juga jika bekerja disyarikat-syarikat omputih mcm Nokia,Motorola,UMW,BMW,Mercedez,CTBank, SHELL, Exxonmobil, Traders Hotel, Hilton, Mac, Apple, malah menjual windows pun orang melayu dilarang juga..

    Apa yg sepatutnya orang melayu berkecimpung ialah = Lawyer Syariah saja itu pun tidak boleh letak harga sendiri kena murah, jual goreng pisang, tanam jagung, penarik beca, bawak teksi pun tgk juga syarikat apa, bawa bas, jual air tebu, gerai burger, jual apam balik, becucuk tanam..

    Ini yang sebaik-baiknya untuk melayu..rugilah kamu menuntut ilmu jauh mana pun kalo PAS kata HARAM maka HARAM lah jadi nyer..DOSA..tau DOSA..hahahhahaa

    Aktiviti harian melayu ialah dengar ceramah PAS..itulah yang sebaik-baiknya..

    DAP memang nak Melayu jadi mcm tu..senang sikit diaorang nak kaut keuntungan..

    • Inna Lillah says:

      Kalau VCD tu besi…mikrofon masa bagi ceramah pun besi, kereta yg di naiki pun besi, handphone yg digunakan besi, malah duit syiling dalam poket pun besi…apa komen haji hadi…so bermanfaat ke tidak besi tu…ade sape nak putar belit lagi?

    • Mooohyideen says:

      Apa yg ko dok melalut ni….apa substance hujah ko????

    • yeopas says:

      tue kena tanya mat sabu,,

    • neutron says:

      Aslkm,.. banyak fakta yang hang bagi kat ataih tu aku setuju beno… kita tak boleh nak kata menuntut ilmu dengan kaum lain tu haram coz dia orang tu non Muslim ye tak… kejarlah nikmat yang Allah bagi didunia ini dan yang penting tidak meyalahi syariah serta menindas orang lain…. beberapa fakta yang betul saya Thumbs up 4 u bro… yang tak betul tu u fikir la sendiri….

  8. Mooohyideen says:

    Aku nak tunggu 4 julai jer..

    Kalau tak ade ape2…sah2 Mykmu.net kaki kelentong! Secara Rasmi!

    Kita sama-sama tunggu……

    • raplahjingaa says:

      heh…heh…cerita pasal tunggu ni….aku teringat pulak masa kita sama-sama tunggu 16 sept……saja mengimbau nostalgia….boleh kan mr moooh ?

      • neutron says:

        Aslkm, dei mat raplah… bila masa hang tukar kiblat?? posting hang kat ataih tak pasai pasai hang dahulukan Islam…. bukan ke bagi hang bangsa adalah segala galanya dan Islam no. 2?? pasai hang la satu satunya orang yang bagi kasta kat sedara Islamnya… Apa apa pun Alhamdulillah le kalau tiba tiba hang terasa Islam tu lebih penting… ahaks

        • raplahjingaa says:

          he…he…..typical totok PAS…cuma hang lagi teruk sebab ada DNA Andya Pradesh….pusing cakap hang memang ” A ”……with that talent in you,…..made you a very valuable asset to PAS !!

          kuat pembohong….dalam PAS hang cepat naik pangkat ni….hahahahah

          • Farid says:

            Eh korang bukan dah lama bersekongkokl dgn samy vey and palanievel???

            Samy vel dah kaya?? Ko amacam???

          • raplahjingaa says:

            hmmmm…..kau ni farid…tak boleh orang lebih sikit….nak berdengki jer….kj pergi shooping kat pavy kau dengki….

            anwar tercicir jam omega….buat bodoh jer pun….kau dengki…

            nik ajis pi haji package RM 65,000 pun kau dengi….

            azmin….vroom pi vroom mai dengan ferrari pun kau dengki…..

            asyik berdengki jer kau ni farid…..tak boleh orang lebih sikit drp kau…

            tak baik berdengki farid………tu rezeki depa….rezeki hang mana kita nak pi tau….kot-kot hang boleh jual apartment RM 38 juta kat KL ni…..kaya hang farid !!

            hahahahahahahahahah…..apa lah punya tuurrr hang ni..

        • peace says:

          abih tu biler PAS tuko negara islam ke negara kebajikan…ko xmelenting ker…ko angguk setujukan…sekarang siapa yang songsang..patutnya PAS makin kedepan perjuangkan islam ini makin kebelakang..nampak sgt pengaruh lim kit siat n anwar laknat…tu ko kata apa2 ker?..ko tetap setuju n angguk kpala kan..aku rasa ko yg patut pikir saper yg tuko kiblat skrg…

          • Farid says:

            Apa salahnya dgn Negara berkebajikan??? Kebajikan sebahagian dari Islam,

            Korang tak yah melalak kat PAS, korang yg SEKARANG ni pegang mandat, buatlah negara Islam. Kalau tak nak kepada Negara Islam…cakap lah!!

          • peace says:

            Apa yg ketua2 ngan ko2 tu takutkan ngan prinsip agama islam ko tur…kerajaan sekarang memang berpaksi bahawa agama rasmi malaysia agama islam..walaupun xpernah berjanji nak wat negara islam macam ketua2 hang tu..tp aku bebas nak beramal ibadat dan tinggikan ilmu islam aku kat mane2..

            Tak mcm ko..belom perintah negara da tuko negara kebajikan..da perintah ng kang…drpd agama rasmi malaysia islam karang terus tuko agama rasmi malaysia..kristian..

            ko sanggup sumpah ker kalu ketua2 hang perintah ng ko boleh dpt ng islam…kalu da ikut pencacai karpai singh cakap”langkah mayat aku dulu”apa jaminan ko boleh buat negara islam…

            sekarang aku nak tengok siapa yang melalak depan padang mahsyar karang…

          • peace says:

            melalak2 ckp 1Malaysia ikut APCO…PAS 4 ALL ikut tagline israel…ISRAEL 4 ALL…itu ko xharamkan plak…double standard punye orang…

      • Farid says:

        16 Sept , PR nak convene No Vote. Pak Lah tak nak. So byk MP tak berani. Cuba tgk apa jdi kat Perak MP yg masuk PR, lepas tu keluar balik masuk BN.

        Ada lah confidential info yg kita tak tahu, tapi Ketua UMNO tak paham isyarat …ayik dok tido jer…

        So hari tu ada cerita Anwar, something he will do dalam Mykmu.net ni, apa dah jadi..? tak der ape2 pun, aku nak tunggu 4 July he…he..

  9. Farid says:

    Dari Tranungkite.net:

    UMNO PATUT TAHU, LAGI MENEKAN RAKYAT, LAGI RAKYAT AKAN MENJAUHI NYA…

    Nampaknya tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emptive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih.

    Pada hari ini kedengaran Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.

    Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak UMNO. Sekarang Omar Din pula menjadi jurucakap UMNO. UMNO sendiri kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih.

    Banyak pihak yang tidak tahu untuk bercakap, telah dengan lancang bercakap dan tidak seorang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukan keadaan tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kehadapan mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.

    Masing-masing bercakap dengan garang dan ‘heroic’ untuk menunjuk maco dengan harapan dianggap sebagai manusia yang mempunyai ‘consequence’ yang hebat. Bermacam-macam cara untuk menempelkan diri kepada ramai yang mereka sayangkan negara sambil menonjolkan diri masing-masing dan mengharapkan dapat perhatian pihak yang tinggi.

    Dalam kumpulan pemimpin yang banyak kelemahan, mereka selalunya amat bergembira dengan keadaan kucar kacir kerana dalam keadaan aman pemimpin-pemimpin pengecut ini selalu tidak akan timbul dan mendapat perhatian ramai. Itulah sebabnya terdapat mereka yang sudah berusia seperti saya masih lagi menjadi aktivis untuk meletakan diri dan wajah mereka berada di dada-dada akhbar khususnya di dalam media perdana.

    Cara ini memangnya satu cara yang lazim dilakukan semasa dahulu dan rakyat akan terpengaruh dengan cara ini. Tetapi sekarang rakyat yang sudah terbuka pandangannya dengan pengaruh dunia moden ini mereka dengan mudah memahami maksud dan tujuan mereka berkelakuan begini. Rakyat sudah pandai membaca dan membelek ‘air di dalam tunggak’; tahu yang mana satu yang jujur dan yang mana yang hanya berpolitiking dengan keadaan yang ada untuk menaiki tangga sosial melalui politik tadi.

    Kita terlalu defensif seperti kita ini dari pihak pembangkang. Oleh kerana kita suka mengambil sifat seperti pembangkang saya merasakan yang rakyat akan meletakan mereka di tempat yang secucok dengan mereka, iaitu untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam dewan-dewan lagisltaif negara.

    Maka rakyat dari sekarang sudah mempunyai persepsi yang UMNO dan BN sudah selayaknya untuk menyesuaikan dengan sikap defensive mereka itu dengan duduk di pihak pembangkang. Cara dan sikap mereka pun akhir-akhir ini memang seperti parti yang hendak jadi pembangkang. Bagaimana rakyat hendak memberikan tempat sebagai pihak yang berkuasa jika sikap dan cara kita layaknya untuk menjadi pembangkang?

    Jika UMNO masih berselera untuk menjadi pihak yang memerintah, maka pemimpin-pemimpin parti ini wajar kembali kepada sifat dan kualiti sebagai pemerintah dan bersifat ‘magnanimous’ yang tinggi….ada ‘class’ kata anak-anak muda sekarang.

    Orang tua-tua dahulu selalu berkata, seorang berdarah raja jika dia menjadi tukang sapu sampah pun dia tetap raja. Tetapi kalau orang itu sengkek (toman kata orang NS) jika kita letakan mahkota di kepala mereka pun, ia tetap sengkek. Itulah sebabnya jika hendak menempah songkok, tempahlah dari tukang songkok. Jangan tempah dari pembuat kasut. Nanti songkok akan rupa kasut pula. Itulah yang berlaku sekarang. Yang tidak layak menjadi pemimpin di angkat menjadi pemimpin. Yang layak menjadi pemimpin sentiasa diketepikan.

    Begitulah pentingnya ‘disposition diri’ bagi mereka yang bercita-cita hendak jadi pemimpin. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian elok duduk dengan saya di kedai kopi mamak sahaja. Sesudah makan tosai, kita pesan pula roti canai. Kita duduk di mana selayaknya kita.

    Kepimpinan negara akan dilihat sebagai kepimpinan yang tempang jika orang yang memimpin itu bukannya yang selayaknya duduk di atas kerana ianya akan memudharatkan sistem kerajaan yang ada di bawahnya. Mereka yang jenis ini akan merasakan yang sistem yang ‘rigid’ untuk kebaikan negara itu membebankan mereka. Sistem yang baik akan menghalang dari mereka menunjukan kuasa.

    Kita harus mengambil isu kelayakan ini sebagai perkara besar di dalam kepimpinan negara. Jika kita hanya mereka yang sepatutnya berada di sana maka tidak timbul masalah ‘attitude’ dalam kepimpinan. Jika kita pilih pemimpin yang baik tidak timbul ada permainan ilmu hitam misalnya kerana mereka yang mempraktikan ilmu hitam ini adalah orang yang paling rendah darjatnya kerana sanggup menduakan Tuhan yang maha Esa.

    Tidak akan timbul juga tindakan menunjuk-nunjuk dengan ‘door gift’ yang mahal seperti jam yang ‘diamond studded’ kepada jemputan yang menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan anak kita. Kekayaan kita tidak perlu ditunjuk-tunjuk kerana ianya akan membeza nilai keperibadian seseorang itu. Jika pemimpin yang duduk dalam ‘public office’ yang tinggi orang ramai akan bertanya. ‘dimanalah mereka ini dapat kekayaan hingga berkemampuan untuk memberi hadiah yang bermillion harganya ini?’

    Itulah sebabnya kita melihat rakyat begitu ramai memberikan sokongan moral terhadap NGO Bersih ini…bukannya kerana mereka menyokong Bersih tetapi mereka terlalu mual dengan apa yang dilihat mereka di dalam kepimpinan negara kita.

    Rakyat sayangkan negara mereka kerana ini sahajalah negara tempat mereka berteduh. Itu sebabnya rakyat akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan negaranya ditadbir oleh mereka yang selayaknya diyakini.

    • zumazore says:

      SEBENARNYA ARTIKAL NI SECOCOK DENGAN PKR…. ULANG SEMULA SECOCOK DENGAN P.K.R…. P.K.R!….. SALAH ALAMAT LA BRO, PERASAN TAK? TAK ? EEEMMM AAAHH MUNGKIN PERASAAN TU DAH HILNG DARI JIWA KO…. NIKMAT YANG TUHAN TAIK…

  10. Umno Over says:

    Atas dasar politik ke tak, yang positifnya KJ tu berani la juga naik flotila.

    Puak PAS jgnkan kata nak dekat dgn palestin, dgn DAP pun dah kecut.

    Sesetengah ahli Umno pulak jadi pak turut takut nak tegur pemimpin.

    Melayu ni ramai benar penakut, kalau sesama sendiri berani berdemo, tikam belakang dll. Luar dp tu takut, lebih2 pun cakap belakang.

    • Mooohyideen says:

      Kalau dah dapat support dari government memang berani la..kita org ni kalau pakai baju warna kuning pun kena tangkap. Ko tgk kat Thailand…

  11. raplahjingaa says:

    Hush !! jangan cakap macam tu….ada yang aku respect jugak kat orang PAS ni….dulu masa Israel menyerang lubnan…PAS melancarkan proses pendaftaran nama untuk mereka-mereka yang nak berjihad di lubnan….nak perang dengan Israel la tu…beribu-ribu nama didaftarkan…..

    Daftar nama je laa……hahahahah….sampai sekarang sorang pun tak pi…..Israel pun dah lama balik kampung depa…

    Tup…tup dengar depa ramai-ramai dok pakat pi Combodia…..pakat-pakat bawa balik bini sorang satu…..hmmmm……letih dengan depa ni..

    • Mooohyideen says:

      Ramai ustaz yg pergi israel cuma tak dapat coverage media BN…apatah org yg macam ko ni yg dok bwh tempurung. Byk ustaz yg bagi ceramah , depa semua gi Palestine.

Leave a Reply

Threesome