Menu Utama

Khir Bakal Menjadi Kambing Politik?

Melihat perbicaraan Dr. Mohamad Khir Toyo pada siang tadi menimbulkan seribu tanda tanya mengenai tuduhan dan dakwaan terhadap Mohamad Khir. Jika beberapa hari lalu penulis menulis mengenai lawak jenaka perbicaraan Khir, hari ini keadaan lebih teruk lagi. Mungkin para peserta Maharaja Lawak boleh datang ke Mahkamah untuk menyaksikan badut-badut pendakwaraya membuat sandiwara mereka.

Saksi ketiga pendakwa (SP3), Nasir Ismail yang beria-ia mempertahankan bahawa Dr. Khir dan Datuk Shamsuddin membayar berjuta-juta kepada beliau sejak 2006 gagal menunjukkan sebarang bukti kehadiran wang tersebut.

Malahan niat jahat (mala fide) saksi pendakwa ini sangat ketara apabila pada suatu ketika beliau menyatakan bahawa duit yang Shamsuddin beri kepadanya sekitar RM 2.5 juta (saksi mendakwa menerima sebanyak 4-5 kali RM 500 ribu dari  Shamsuddin) merupakan duit Dr. Khir. Bagaimanapun beliau langsung tidak menjelaskan bagaimana beliau tahu sedangkan beliau mendakwa menerima daripada Shamsuddin secara berseorangan.

Nasir beberapa kali menimbulkan ketawa sinis galeri apabila sering memberi jawapan tidak tahu, tidak pasti dan tidak ingat mengenai jumlah wang yang beliau bawa ke Indonesia untuk membeli barang. Beliau juga tidak ingat apa jenis barang yang dibeli beliau pada 2006 ketika kali pertama ke Indonesia untuk membeli barang bagi tujuan ubah suai rumah Shamsuddin.

Beliau juga mengakui bahawa Shamsuddin membayar beliau antara 4-5 kali mulai Mei 2006.

Peguam bela kemudiannya mengemukakan bukti bahawa beliau dan Dr. Khir menandatangani satu perjanjian bagi meneruskan ubah suai rumah terbabit sebanyak RM 600 ribu selepas Dr. khir membeli rumah tersebut.

Namun apabila ditanya oleh peguambela mengenai bayaran yang diterima oleh beliau pada 2007 dari Dr. Mohamad Khir, beliau menjawab beliau lupa. Ini menimbulkan kelucuan kepada orang awam dan pegawai mahkamah memandangkan beliau boleh ingat jumlah yang beliau dakwa diberi oleh Datuk shamsuddin dan Dr Khir kepadanya pada 2006 tetapi tidak ingat bayaran pada 2007.

Athimulan:  Selepas tanda tangan perjanjian ini, awak ada terima 3 cek iaitu:

i.  cek Maybank No 0055008 (4/7/2007 – jumlah RM100k)?

Nasir:  Saya ada terima cek ini. Saya tak ingat samada saya ada “cashkan” cek tersebut.  

Athimulan:  Cek kedua (005010 ; 8/8/2007 – jumlah RM100k)?

Nasir:  yang ini saya tak ingat.

 Athimulan – memang awak ada terima cek RM100k ini dan telahpun ditunaikan?

Nasir: saya lupa.

Athimulan: Cek ketiga bernombor 005011 pada 10.9.2007  berjumlah RM200 ribu  ada terima dan tunaikan cek itu?

Nasir: saya lupa.

Athimulan:  awak ada terima dan ada cash kan?

Nasir – Saya lupa. tolong bagi buktinya.

Athimulan: Ada terima RM400 ribukan?

A – Saya lupa. Saya lebih tumpu kepada kerja. Saya orang seni. Perkara wang penting kepada saya tapi saya orang seni.

 Jawapan beliau ini menyebabkan sekali lagi terdengar gelak ketawa kecil dari galeri. Ramai yang merasa aneh bagaimana saksi yang boleh mengingati jumlah wang yang terima pada 2006 tetapi lupa jumlah wang yang diterima pada 2007.

Ketika menjawab soalan balas semula oleh Pendakwaraya, Nasir mendakwa beliau telah menyiapkan pengubahsuaian rumah tersebut sepenuhnya.

Namun jika dilihat rekod keterangan Nasir pada Khamis lalu, beliau menyatakan tidak menyiapkan pengubahsuaian rumah Dr. Khir kerana berlaku demontrasi di hadapan rumah tersebut.

Perubahan kenyataan Nasir ini sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya di mana bukti-bukti jelas dan keterangan yang tidak dapat disangkal seperti yang didakwa olehPeguam Negara.

Melihat kesungguhan pendakwaraya meneruskan kes ini biar pun kenyataan saksi yang penuh percanggahan menunjukkan mereka akan berbuat apa sahaja untuk memenjarakan Dr. Khir bagi memberi imej yang baik kepada SPRM, Pejabat pendakwaraya dan mungkin juga UMNO Selangor.

Jika melihat kenyataan Nasir dan Shamsuddin dalam perbicaraan ini kita dapati pendakwaraya berhempas pulas mahu memastikan Dr. Khir bersalah atas tuduhan membeli sebuah rumah dengan harga RM 3.5 juta biarpun mengetahui harga rumah tersebut RM 6.5 juta.

Niat jahat pendakwaraya terserlah apabila setiap isu berkaitan wang mereka akan mengaitkannilai rumah sebagai RM 6.5 juta.

Pertamanya, semasa membawa perjanjian jual beli antara Shamsuddin dengan saiful (pemilik rumah asal) mereka mendakwa Shamsuddin membeli rumah tersebut dengan harga RM 6.5 juta mengikut perjanjian jual beli rasmi dan perjanjian jual beli tambahan. Perjanjian jual beli asal bernilai RM 5 juta. Kemudiannya, Shamsuddin dan saiful membuat satu perjanjian lain membabitkan “a subordinate or supplementary item” seperti kolam renang, trek jogging dan Gazebo. Malangnya, Hakim dalam perbicaraan membuat komentar bahawa supplementary item ini sepatutnya termasuk dalam nilai hartanah yang dijual iaitu sebanyak RM 5 juta.

Menyedari kemungkinan Hakim akan menolak harga RM 1.5 juta tersebut, pendakwaraya datang dengan satu lagi teori pada sebelah petang tadi apabila Shamsuddin, yang datang semula ke Mahkamah, mendakwa beliau membayar kos ubah suai rumah tersebut sebanyak RM 1.5 juta kepada Nasir.

Mengapa Shamsuddin perlu mengemukakan jumlah tersebut sedangkan pada asalnya Nasir mengatakan harga ubah suai yang dibayar oleh Shamsuddin ialah sebanyak RM 2.5 juta? Jawapan ialah pendakwaraya cuba menggenapkan angka RM 6.5 juta itu bagi menepati kehendak tuduhan. (Awas pendakwaraya mungkin mengubah jumlah pertuduhan bagi tujuan mengenakan Khir).

Keduanya, Pendakwaraya seolah-olah cuba berterusan menanamkan idea harga rumah tersebut kepada orang ramai ialah RM 6.5 juta melalui keterangan Nasir. Nasir dalam keterangannya pada Khamis lalu mendakwa beliau menerima RM 500 ribu sebanyak 4-5 kali dari Datuk Shamsuddin (RM 2 – 2.5 juta) dan menerima RM 500 ribu sebanyak 7-8 kali dari Dr. Khir (RM 3.5 – 4 juta).

Dengan tiba-tiba sahaja akhbar-akhbar pro kerajaan seperti Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan Dr. Khir mengubahsuai rumahnya sebanyak RM 6.5 juta. Apakah ini bukan satu okestra untuk menanamkan ke dalam kepala otak orang ramai dan hakim bahawa rumah tersebut dinilai dari segi apa pun memang berharga RM 6.5 juta?

Mengapa Utusan datang dengan harga RM 6.5 juta bukannya RM 5.5 juta? Adalah sesuatu yang aneh juga untuk sebuah akhbar seperti Utusan membesarkan kenyataan seorang saksi tanpa sebarang bukti dokumen terutamanya membabitkan pemimpin UMNO.

Sehingga hari ini Nasir tidak berupaya menunjukkan sebarang bukti bahawa ia mendapat wang sebanyak itu. Malahan beliau juga tidak mengemukakan sebarang dokumen bahawa beliau telah membeli barang untuk rumah itu sekurang-kurangnya dengan harga RM 3 juta (dengan andaian RM 3.5 juta lagi adalah kos pekerja dan keuntungan untuknya).

Jika menurut dokumen yang ditanda oleh pihak pendakwa, jumlah pembelian barangan beliau tidak sampai RM 500 ribu untuk ubah suai rumah tersebut.

Walaupun peguam Dr. Khir berharap kes ini adalah kes undang-undang, namun mereka yang memahami sepak terajang politik merasakan bahawa ada tangan-tangan untuk memastikan Dr. Khir dipenjara seperti Datuk Harun.






10 Komen to Khir Bakal Menjadi Kambing Politik?

  1. chonkawi says:

    Betapa ruginya LHDN… HA..HA…

  2. Farid says:

    La…kat kawasan tu Sek 7 Shah Alam adalah kawasan paling elit di Shah Alam..kalau rumah kat kaw tu harga 6.5 juta tu no big deal lah (include land).

    Pokoknnya mana gamaknya dia dapat duit tu???
    Dari bentuk2 deal yg nak pakai cash dah rasa pelik. kalau kat Bank mesti dia org lodge report under AMLA (Anti Money Laundering and Terrosit Financing act)…Since org UMNO should be ok…

    Lagi pun UMNO dari dulu sokon rasuah.

    Jagan bimbang Toyo, Isa Samad pun later diangakat balik dalam UMNO…janji sokong UMNO…jangan lawan UMNO cukuuup…

    • kid says:

      bro..sebab tu di panggil perbicaraan…panggil saksi, exam in chief, cross exam n reexam..kalu tipu, kena perjury…bukan sume cakap saksi boleh terima, tambah2 bila xde supporting evidence, eg resit pembayaran, terima duit etc…kalau terima bulat2 cakap saksi mcm ko terima angka rm6.5 juta tu, anwar dah kena hukum dah sbb kita boleh terima bulat2 persaksian saiful..apparaaa…

      • Rambo says:

        Farid ni mesti puak pakatan yg buta ilmu dunia tapi nak tunjuk kononnya power illmu akhirat. Dalam kes2 mcm ni perlulah dibuktikan salahnya sebelum disabitkan. It is not what u see, its what u can prove in court. Mmg court ni ade loophole tak dinafikan. Tanpi dalam undang2 islam sekalipun, tanpa bukti kita mana boleh nak sabitkan kesalahan org. Igt senang2 je ke nak hukum org. Tu Aljubs yg dah ade bukti terang-terangan korang backup pulak. Tak paham aku tgk keldai bodoh mcm ni. Ni mesti golongan mat rempit nak cuba berhujah, tapi dungu piang nak abis.

    • Gapodio says:

      Tak payah la ko jadi bodoh sangat. Tahun 2009 lagi dr. Khir dah tunjuk all the documents yang tunjukkan dia pinjam duit dari hsbc untuk finance rumah ni.

      Btw Rahim & co selaku penilai hartanah yang evaluate hartanah ni suggest harga dia rm 3.5 juta. Kalau ko la kan, bila ko nak beli rumah, si valuer tu buat keluar surat cakap nilai rumah tu rm100,000 takkan la ko nak beli dengan harga rm 150,000 pulak.

      Kaji fakta jangan percaya auta…

    • Emaleecious says:

      Bila hati dah tak suka… Yg baik mcm mana pun ttp akan nampak buruk…

    • Zulkarnain says:

      Farid, Isa Samad tak dibicarakan di mahkamah pun, dia MT UMNO yang bicarakan. Fakta kena betul, kalau tak nampak bodoh.

      • Apalah kau nie Farid… orang tengah bicara lagi kau dah jatuh hukum..tak baik fitnah orang..biarlah dia orang kasi settle dulu.. kita tunggu dan lihat..orang yg bukan UMNO pun bukannya semua baik2 kot..masyukk kiri kanan.. kita je yg tak tahu..biarlah itu urusan dia dgn Allah..yg kita nie diam lebih baik kot.. sia-sia
        dapat dosa…

  3. dkds says:

    kalau ada orang murah hati nak jual hartanah dari nnilai harga pasaran kepada anda..berhati2lah….anda mungkin akan menjadi mangsa peguam negara yang gila publisiti….

  4. namron says:

    bekas datuk Khir toyo apa cerita tak dak bunyi kabar?..kata nak buat pengumuman arah tuju politik beliau pada 9.1.2012 sekarang dah 17 hb makna dah lebih seminggu dah tak dak apa2 berita pun!…kalau khir toyo rasa diri dah terbuang eloklah tubuh parti baru lantik Hasan Ali jadi presiden lepas tu pilihlah ahli J/K daripada katak2 yang tak bertuan macam Zul Kulim, Gobalakrisnan, Zahrain termasuk Ibrahim Ali. Apapun ini hanya cadangan…saya masih ternanti2 kenyataan dari khir toyo!

Leave a Reply