Menu Utama

Jangan terpedaya dengan Ulama neraka..

Dalam mencari Islam, kita perlu sedar dan sedia maklum bahawa bukan semua orang yang dilabelkan ulama itu bagus. Bukan semua ulama akan masuk syurga. Jadi sesiapa yang menggelarkan diri mereka ulama haruslah memilih sama ada hendak menjadi ulama yang ke syurga atau ke neraka.

Jangan hanya menilai seseorang itu sebagai ulama dengan hanya dengan melihat luaran saja. Ulama bukanlah boleh diukur dengan serban sebesar bakul dan jubah umpama kelambu. Ulama juga tak boleh dikenali dengan tanda hitam didahi kerana ilmu serta iman tak boleh kita nampak melalui mata kasar.

Ulama ke syurga ialah ulama akhirat. Mereka berjuang untuk menyelamatkan manusia dan umat daripada kezaliman dan kegelapan jahiliyyah samada berbentuk pemikiran sekular ataupun dari pemikiran yang akan membawa kehancuran pada umat.

Ulama yang ke neraka pula ialah mereka yang digelar ulama Suu’ atau ulama yang jahat. Mereka ini bolehlah kita labelkan sebagai ulama rice cooker dan juga ulama peti sejuk. Golongan ulama seperti ini hanya akan bersama dengan mana-mana golongan yang dapat menjaga periuk nasi mereka atau dapat menyokong kepentingan peribadi mereka.

Kita harus faham, yang dikatakan sebagai ulama neraka itu adalah lebih teruk dari Dajjal. Ini kerana, mereka-mereka ini mampu menyesatkan dan menyelewengkan umat Islam dengan memutarbelitkan hadis serta ayat-ayat Quran.

Oleh itu.., sebagaimana kita harus berhati-hati daripada fitnah dajjal, maka seperti itulah kita harus berhati-hati dengan golongan ulama neraka dan ulama suu’ ini. Dikhuatiri mereka akan lebih menyesatkan dengan ucapan-ucapan serta ceramah-ceramah mereka yang kononnya berlandaskan islam tersebut.

Macam mana kita hendak mengenali ciri-ciri manusia yang dikatakan sebagai ulama neraka itu? Ciri-ciri ulama neraka amat mudah. Mereka ini akan menjadi bisu dalam menyatakan kebenaran dan lebih cenderung kepada kezaliman. Mereka ini hanya mementingkan hal mereka sendiri sahaja daripada memikirkan tentang umat Islam keseluruhan.

Ciri-ciri Ulama suu’ pula ialah.., mereka yang meninggalkan tugasan menentang kezaliman sebaliknya bersekongkol dengan golongan yang mahu menghancurkan masyarakat dan pemerintahan Islam.

Mereka memberi alasan kononnya mahu berdakwah kepada golongan kafir dengan bergabung dengan kumpulan tersebut, tetapi mereka sebenarnya berdusta. Mereka-mereka itu sebenarnya hanya dijadikan sekadar alat untuk puak-puak kafir berkuasa keatas umat Islam lainnya.

Jadi, hendaklah kita berwaspada dan berhati-hati dengan golongan manusia-manusia yang menyamar sebagai alim ulama ini. Apatah lagi jika mereka menggunakan ugama untuk meraih undi didalam berpolitik. Jangan sampai kita terpedaya semata-mata mahu mencari syurga secara mudah..

Sesungguhnya, pahala dan syurga itu tak akan dapat diperolehi hanya dengan sekadar memangkah kertas undi dan juga mengisi borang menjadi ahli kumpulan politik. Jangan terlampau taksub sehingga merugikan diri sendiri kelak..






20 Komen to Jangan terpedaya dengan Ulama neraka..

  1. C4 says:

    ciri ulamak yang disebutkan diatas tu macam Astora Jabat (Hassan bin Abdul Rahman) ulamak dan mufti bagi kerajaan UMNO dan BN

  2. hutan_batu says:

    ulamak mcm pok nick tu ar..

  3. SayaOrangSusah says:

    peh sejak bila Azli ni jadi ulamak?? pasai serban besaq sebakul?? berjanggut buleh jadi ulamak ka?? kuikuikui kalau si Azli ni kata duit gaji mufti haram, orang pas jgn mintak bantuan kerajaan pusat psl HARAM kahakhakha bodo punya orang, cakap ikut dan ja

  4. HatiKama says:

    F…,ullarmak pas, kebanyakan ularmak ketam senget.. He he he

  5. MELAYU says:

    Hahaha ada orang TERASA. Penulis takde pun mention mana-mana parti atau orang-orang persendirian. Siapa makan cili dialah terasa pedas. Dan dengan kata lain, memang dia mengaku apa yang ditulis oleh penulis cuma egonya sahaja yang menghalang beliau daripada mengakui kebenaran. Semoga Allah swt membuka mata hatinya.

  6. payids says:

    Ulamak PASik kui..kui…
    banyak yang tak boleh pakai

    tapi aku yakin dan percaya dalam PAS
    masih ada SEGELINTIR (sikit sangat)
    ulama yang mendokong kebenaran
    yang berhujah dangan berhemah
    berpandu Al-Quran dan Hadis
    ini ULAMA’ tulin.

    Tapi kalau yang berjenis cakap pun terjerit2
    maki hamun sana sini
    dok putar ayat Alquran
    itu bukan ulama’
    tapi ULARMA’

    Kalau yang ni aku jumpa tepi jalan
    aku pukul dia dulu daripada aku pukul ular
    sbb dia punya belit lagi dashat.

  7. Ulama yang layak digelar ulama ialah seorang yang hidupnya semata mata untuk bercakap mengenai syariat bagi mengembangkan syiar dikalangan ummah.

    Ulama tulin ini tidak mengharapkan ganjaran dunia atau pengintirafan sesama manusia tetapi semata mata mengharapkan ganjaran dari Allah yang kekal lagi abadi.

    Bercakap nya dia dengan dan untuk jalan Allah. Dia tidak seharusnya ada kepentingan lain, jauh sekali bemimpi atau berimpian untuk memperolihi kuasa didunia semasa hayatnya.

    Ini lah dia dikatakan seorang ulama. Maka kita sama sama amati dan cari ulama sebegini dikalangan mereka mereka yang bergelar dengan panggilan demikian.

  8. mustaqim says:

    kata anwar org melayu bodoh…bodoh piang…asal org masuk tv ckp mesti org melayu percaya…kalau zulkifli nordin fitnah anwar ckp camtu..fitnah la n anwar boleh saman…tapi wat per nak saman kalau dh betul org melayu nie bodoh….

    pada pengamatan saya yg penah jumpa ramai berstatus ulama…ulama yang tulen mempunyai pekerti Rasullullah SAW dan sanggup dimaki hina lebih teruk dari kekasih mereka Rasulullah SAW…..Nabi Muhammad SAW diludah oleh saidina umar…atas nama ALLAH baginda terima Umar…baginda dibaling telur busuk ludah sehingga luka…jibril marah n offer nak terbalikkan taif…baginda doa keampunan bg org itu dan mohon ALLAH tempatkan mereka ke syurga….baginda senantiasa bersama tentera islam memerangi kafir…mencari jalan menyatukan org beriman……

    ulama yg org melayu sanjung sekrang…ckp bebrbelit, doa pecah perut, doa keburukan org lain…doa neraka org lain, kalau kita sound dia sikit je dia maki kita balik..tatau la kalau kita ludah dia mau lunyai ke debik ngn org dia…….

    ulama itu adalah nik aziz dan hadi awang dan jelaslah orang melayu itu bodohhhh dalam beragama…

  9. mustaqim says:

    lupa…saya penah jumpa soerng tua dimaki dikhalayak ramai dia sikit pun tak berdecit air muka pun tak berubah…pas org tue blah dia doa ALLAH ampunkan dosa org tue…saya penah tgk ulama dibaling taik ke rumah…dia sikit pun tak marah n sedih…tapi gembira panggil anak2 muridnya basuh bersama dia….saya penah jumpa ulama yg setiap malam sembahyang minta ALLAH ampunkan umat malaysia, satukan masyarakat islam dan banyk lgi…semuanya saya jumpa di seluruh malaysia dan diorang mati tanpa siapa pun tahu apa yg telah mereka doakan untuk umat islam…

  10. umnototok says:

    Sebahagian ciri2 yg patut ada pd ulamik tulin;
    1. Bercakap dan melaksanakan sesuatu perkara selaras dengan nas dan hadis.
    2. Tidak bersifat ‘ria’, malah sentiasa bersikap adil dalam membicarakan sesuatu perkara
    dan lebih afdal kalau tidak memihak kepada mana2 kelompok dan gulungan, melainkan
    yang ‘hak’ sahaja.
    3. Selebihnya lakukanlah mengikut sunah Rasullullah…

  11. payids says:

    kenapa artikel ni sunyi jer komen2 dari puak pakatan. Takkan terasa kot

  12. kajangmari says:

    hairanlah serban sebesar dulang, dahi hitam tapi bila bercakap penuh dengan maki hamun dan perkataan yang jelik. kalau jenis ini dipanggil ulama maka rosaklah Islam itu. Lagi hairan tok guru doa supaya Allah binasakan umat Islam yang lain. Tok guru apa ya. Anak gue umar 10 tahun tanya apasal nama parti itu pas bukan pis (parti islam se malaysia) mereka takut orang panggil kencing ye ayah. memang dah ramai kena kencingnya.budak sekarang dah pandai menilai…..

    • ikespilar says:

      Sayang nye jadi bangsa Mlayu,
      dahlah bapak tolol tulisan Jawi, anak pulak bengong.
      berjayanye kelas KAFA

  13. khahar Muzafar says:

    Kebanyakkan Pulamak HamPAS memang tidak boleh dipakai, selain dari Mulut Berbau Busuk, kata-kata yang keluar dari mulut mereka juga adalah menjejekkan, Tengok sahajalah gambar di atas tu. Tengok pada orang pun rasa takut nak dekat, pengotor.

  14. takbai says:

    sepuluh kali bersih ‘ahli tabligh’ dari ularmak PAS.

  15. payids says:

    kalau setakat pakaian jer ikut sunnah nabi tapi akhlak keLAUT baik takpayah.
    Nanti orang kapir ingat orang ISLAM semua mcm ni

    • ikespilar says:

      lebih baik pakai ikut sunah nabi dari pakai ikut orang kafir.
      Di bali dan India, orang pakai songkok sembah patung.
      Orang agama samawi semua pakai kopiah (beza bentuk) tapi tak sembah tokong.
      Orang Mlayu pakai songkok pegi sembahyang = orang hindu sembah patung

  16. Putra kulim says:

    Janggut dia yang berserabut dan panjang sampai ke ousat tu, sunnah Nabi ke?? Bagaimana kalau dia simpan rambut macam sai baba ?

Leave a Reply