Menu Utama

Hasan Ali di”pecat”: Angkara siapa?

Memang sangat mengejutkan apabila Pas menyingkirkan Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Bukan setakat Hasan Ali saja yang digugurkan, Harun Taib juga menjadi mangsa digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu. Saya tidak apa yang sedang melanda Pas sehingga tergamak menyingkirkan kedua-dua pemimpin yang banyak berjasa kepada Pas itu.

Di Selangor, siapa yang tidak kenal dengan Hasan Ali? Sebenarnya, Hasan Ali boleh dikategorikan sebagai “bapa Pas Selangor”. Hasan Ali boleh dikatakan sebagai individu yang bertanggungjawab membawa Pas menembusi beberapa DUN di Selangor. Malah, tidak melampau rasanya jika saya katakan bahawa sekiranya tidak kerana usaha Hasan Ali, takkan menang Khalid Samad di Shah Alam!

Namun, segala usaha yang dilakukan oleh Hasan Ali nampaknya tidak dihargai oleh Pas, khususnya kepimpinan baru Pas Pusat. Apakah ini angkara “abang Mat”? Mahfuz? Salahuddin? Atau Husam? Atau Hadi terpaksa gugurkan Hasan Ali kerana desakan luar? Siapa? DAP? PKR? Atau Khalid Samad yang sememangnya seorang sosialis yang kurang senang dengan Hasan Ali?

Desas desus yang saya dengar, “pemecatan” Hasan Ali ini disebabkan atas beberapa faktor. Antaranya ialah kesan pertelingkahannya dengan Ronnie Liu ekoran kes “rampasan arak” yang terpaksa dikembalikan setelah diherdik oleh ADUN Pandamaran itu. Kecoh juga ketika itu. Khabarnya, Khalid Samad ketika itu cuba tunjuk hero dengan menyebelahi Ronnie Liu.

Ketika itu, teruk juga Hasan Ali di”belasah” oleh ahli-ahli Pas Selangor kerana dilihat gagal mempertahankan tindakannya merampas arak berkenaan. Namun, mungkin atas arahan “orang atasan” Pas, maka dia terpaksa memulangkan arak tersebut. Tak tahulah “orang atasan” yang mana satu, sama ada dari dalam Pas, atau PKR melalui “proksi”nya di dalam Pas sendiri.

Bukan setakat itu saja, dikhabarkan juga bahawa berkemungkinan besar Hasan Ali digugurkan kerana menyokong Kerajaan Perpaduan! Pada saya, alasan ini lebih konkrit. Sumber memberitahu bahawa tindakan Hasan Ali yang sering bertemu pemimpin UMNO dan menyokong penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor menyebabkan dia tidak disenangi, terutamanya oleh Nik Aziz!

Pada saya, mungkin Nik Aziz tidak tahu “kesusahan” Hasan Ali apabila membentuk kerajaan campuran dengan DAP dan PKR. Makan hati berulam jantung! Semua dasar Pas diketepikan begitu saja. Setiap keputusan diputuskan oleh PKR dengan arahan DAP sahaja. Pas jadi bisu di Selangor! Dan yang paling memeritkan, Hasan Ali dipersalahkan. Bukan saja menjadi “punching bag” kepada blogger-blogger Selangor, Hasan Ali juga berdepan dengan “rampasan kuasa” dari dalam Pas Selangor sendiri.

Kelemahan itulah yang menjadi “duri dalam daging” Hasan Ali. Nik Aziz apa tahu? Dia bolehlah bersenang lenang dengan dasarnya yang lembab di Kelantan, tak siapa nak marah sebab Pas yang memerintah. Nik Aziz ada apa tahu tentang apa yang Hasan Ali rasa. Teruk dia di”keldai”kan oleh DAP dan PKR!

Jika difikirkan, penyingkiran Harun Taib juga mungkin ada kena mengena dengan saranan kerajaan perpaduan. Menurut sumber, Harun Taib yang merupakan Ketua Dewan Ulama, sememangnya pro-kerajaan perpaduan. Dia merupakan sahabat baik kepada Hadi Awang dan merupaka pelindung utama kepada Nasharudin Mat Isa ketika teruk di”balun” kerana mencadang kerajaan perpaduan pada Muktamar Pas sebelum ini.

Kali ini, dengan Harun Taib sekali pun kena buang begitu saja. Begitulah penangan puak-puak Anwar di dalam Pas. Mungkin ini bukan kerja Mat Sabu. Mat Sabu rasanya tak sampai hati nak buat begitu pada Hasan Ali dan Harun Taib. Mungkin ini kerja seorang yang lebih besar kuasanya dari Presiden! Mungkin..mungkin..mungkin..mungkin “dia”….






56 Komen to Hasan Ali di”pecat”: Angkara siapa?

  1. Anti Ungrateful Immigrants says:

    PAS tetap akan mampos nanti! PAS berdosa besar kepada umat Islam & Melayu di Malaysia.

    • johorman says:

      In my opinion UMNO step Backward,PAS Fast Foward.Fyi,PAS banyak cedok amalan positif Yg diimplimen UMNO.Tapi UMNO tak pulak cuba cedok amalan positif dalam PAS.Contoh PAS join PR dan tidak lagi canangkan Hudud coz reality, Majoriti Non Muslim bahkan Orang Melayu sendiri tak besedia untuk vote for Hudud.Whatever Good Practise implement by PAS i.e reject Pemimpin yang bermewah ,Mempunyai Majlis Syura yang mempunyai kuasa Veto tak juga ditiru UMNO.I Thounght If UMNO still not keep in action .Surely akan mampus tak berapa lama lagi.

      • umnototok says:

        Partly aku setuju. Memang pun kalau pimpinan UMNO di peringkat Negeri dan Bahagian tak ambil iktibar, payah juga diperingkat grassroot nak buat kerja dalam PR13 nanti. ‘Think wise’.

  2. penutup tin biskut@bulan PAS says:

    Aku rasa Hassan Ali kena pecat sebab dia matikan henponnya hari tu bila TV3(Buletin Utama) cuba hubungi minta pandangan dia tentang hadi awang gugurkan penubuhan negara Islam PAS. Hassan Ali telah memalukan PAS sebab dia tidak mahu & tidak tahu kelentong apa2 pada TV3(Buletin Utama) dengan mematikan henponnya.

  3. umnototok says:

    Ini sebahagian daripada ‘kifarah’ yang akan diterima oleh PAS,
    tapi sayang macam seperti mereka yang ada tercetus hati nak setuju dengan
    Kerajaan Perpaduan dah terkena tempias penyingkiran oleh puak2 yang taksub
    kepada samada Nik Aziz, Anuwarish atau percaturan DAPig.
    Bagi aku, eluk juga kalau mereka tinggalkan saja kapal yang dah tentu haluan tu
    ke kapal BN, tetapi taklah sampai nak paksa2 kot, mereka lagi bijak berfikir…….

    • C4 says:

      nak masok kapal BN ….oh tidak sama sekali ….

      kapal BN dah bocor sana sini …… PAS dibelasah terok semasa PAS berada didalam kapal BN dulu

      • khahar Muzafar says:

        Kau nak mampos, kau mamposlah, tanpa orang macam kau dalam BN, menambahkan keamanan. Orang macam kamu ini tidak Welcome dalam BN. Baik kamu jadi calon BiaDAP untuk Pilihanraya akan datang.

        • umnototok says:

          Dah agak dah response seperti itu akan keluar dari puak mereka.
          Pandangan itu semua terkeluar dari hati mereka yang hitam dan
          telah terpetri dengan sikap dendam kesumat seseorang yang bukan
          berjiwa Islam. Bagi UMNO tak luak pun tanpa kehadiran mereka….
          Walau macam-mana pun hati kita sentiasa terbuka, tidaklah sejumud
          seperti mereka. Semuga Allah membuka hati2 yang beku itu…..

          • pasdaplaknat says:

            pencacai PR PAS ini buat respon ‘plastik’..
            mereka tau kapal PAS akan lingkup..
            tp nk sedapkan hati.. UMNO lah jd kambing hitam

            Tk habis2 isu berdendam kisah lama.. sedangkan Islam ajar memaafkan, seru pada “TALI ALLAH’ bila bertelingkah..

            ini makhluk2 dlm PAS seru pada “TALI SYAITAN”.. nah skrg makin lingkuplah..

            INSYA ALLAH PAS AKAN LINGKUP SELINGKUP2NYA KERANA BANYAK BERMAIN DAN MENIPU ATAS NAMA ISLAM!!

      • PenyatuanUmat says:

        Wahai C4,

        Aku tidak tahu apakah kau ni Melayu/Islam atau hanya samaran. Tetapi jika benar kau melayu Islam, cubalah berfikir sejenak. Apa akan jadi 5-10 tahun dari sekarang jika DAP berjaya berkuasa. Adakah PAS akan dapat mengawal DAP sebagai mana Umno mengawal MCA? Jika sekarang ini pun PAS sebagai Parti Islam tidak dapat mengeluarkan sekelumit harapan utk membela org Islam, apakah jaminan saudara jika DAP berjaya memerintah. DAP sudah pasti akan bergabung dgn PKR dan semua cina2(MCA, GERAKAN ETC) akan membantu sesama sendiri. Dan itulah matlamat akhir mereka. Adakah kamu tidak dapat membaca perkara ini atau memang kamu terlampau bodoh utk memahaminya? 5-10 tahun lagi mungkin sebahagian dari kita ada yg sudah tiada di dunia ini. Mungkin org2 tua seperti Nik Aziz sudah pergi mengadap Allah. tetapi anak cucu kita, keturunan kita ..kemana mereka akan tuju? Adakah kamu sanggup melihat anak cucu kamu merempat di negeri bertuah ini? Ketepikanlah perbezaan politik, lihat dan fahami dgn mata hati.

      • stingray says:

        padan muka kene belasah..jahat sgt..

  4. marhaenkacak says:

    hmmm….mmg sungguh mengejutkan….hassan ali mmg banyak berjasa kepada rakyat..pemimpin yg berpandangan jauh seperti ini lah yg kita mahukan dalam memimpin..islam pertama yg lain meyusul,,,

    tapi apakan daya…’musical chair’ menjadi rebutan

    Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

  5. sebenarnya…………pas akan lebih kuat kalau dia sorang-sorang dan kalau dia bertanding pada semua kerusi di pru 12 dulu, besar kemungkinan pas akan menumbangkan bn………………inilah akibat pemimpin – pemimpin yang berfikiran dungu, penuh dengan dendam kesumat dan sibuk berceramah merapu kesana sini sehingga lupa untuk mengambil opportunity terhadap kelemahan bn pada pru 12 tu hari……….

    • Mak Pidah APs says:

      Kalau PAS Sendiri confirm tak akan menang PRU

      Let say,
      60% Pengundi berdaftar adalah melayu, 70% sokong Umno;
      40% pengundi bukan melayu, 80% sokong PR.

      So kalau PAS nak buat keje sendiri sorang2 jgn harap lah..
      Macam zaman kehebatan BN dulu jugak la….yg byk support is non malay…

      • mustaqim says:

        60% melayu 70% sokong umno….fakta nie tak jelas….saya pun berharap umno menang sbb PAS dh byk susahkan hidup mak saya(mualaf)…dap pula hanya pejuang cina…pkr…emmm….

        tapi umno tak recover well under najib…nie zaman IT..umno masih ingat ni masa zaman mahatthir org melayu hanya baca utusan…..

        lihat saja kenaikan elektrik…alasan najib, muhyidin dll semua alasan membodohkan rakyat…sib bek mukriz jawab gentle..konrtak ipp hanya boleh dilihat oleh mp sahaja…tapi umno perlu guna cyber untuk justified apa yg dia buat…naik sana sini..tapi najib n muhyidin digambarkan media cyber pr sbg kaya..cyber umno yg ada sume x bergaji kena cari duit tkder masa nak jawab menda remeh…tp pada rakyat x remeh…

        pada pendapat saya…60% pengundi melayu hanya 40% bersama umno….40%pas…20 pkr…tak lupa…faktor ini disumbang oleh dakyah PAS yg berjaya tanam pada pikiran org melayu najiz tue wali, tok guru, dan bila org melayu sokong terasa macam semayang lima waktu….

        • mustaqim says:

          lg satu contoh khir toyo bayar 6 juta tunai……perlu ada justifikasi cpt dari kem umno mengatakan itu keyataan saksi pendakwaraya…kita kena dgr pembelaan dari khir toyo…utusan tak lapor tapi org melayu baca malaysiakini harakah dll……

          kenapa umno lambat sedar untuk tubuhkan cyber media-zahid hari nie dalam utusan menggerakkan idea tersebut…sbbnya pemimpin umno bukan berjuang untuk umno apatah lagi org melayu….cam main chess…pr dah buat 1st 2nd 3rd 19th move…umno tak move2…dah beratus move baru 1st move nak tubuh cyber team…

          pendapat saya takyah tubuh…bayar pada blogger sedia ada…lihat saja kemana rating gelombang merah…habuk…cuba berbaik n bayar rockybru…rbf..parpu..papagomo…kadirjasin dll…

          errr….mykmu dapat bayar x????dapat kot tapi mykmu tak daring….perlu lebih daring…mykmu cam aspirasi org tua..org muda malas layan….aku muda tapi maksud aku muda yg dah kena racun ngn pr…

          • Mak Pidah APs says:

            Dia nak buat keje tak betul…tu yg bayar pakai cash..kalau org yg dari sumbey yg betul..dia takkan buat macam tu..Anyway Sek & adalah kawasan paling elit di Shah Alam..not surprise kalau mahal pun.

  6. Mak Pidah APs says:

    Eh waktu zaman Mak Pidah dulu….apasal tak dilantik semula…??? Dia Menteri Kabinet sebelum tu pe…??? Hassan Ahli exco members in State jer…Hamid Albar, Zulhasnan….

    Tak ade pun org nak komen..

    • Tuan gedukngok says:

      Itu lah salah satu perbezaan ketara UMNO dgn PAS kak…ehh sorry, mak oii! Dalam UMNO banyak bakat pemimpin yg boleh diketengahkan, takda la asik orang tu aje. Dalam PAS kat selangor selain hassan ali sapa lagi yg bleh diharap dan dianggap berjasa? Khalid samad? Dia menyamar je PAS!!!

      • bujuk says:

        Lambat siang, kan TGHH dah lantik orang baru Dr Abdul Rani. Ada ramai orang berbakat la tu.. tak la cam UMNO lantik MB T’ganu yg. low class kata Idris.

  7. bilapahatberbunyi says:

    semenjak berkawan dengan setan Pas dah sesat jalan nak menuju ke syurga..kesian harun dan hassan.

  8. Mak Pidah APs says:

    salah tu Tuan Geduk…dalam UMNO kalau tak der position ..maka hilang lah segala..ingat Zaman Tun M waktu Pak Lah dulu…macam2 sekatan dia kena..dalam paper kalau keluar pun semua berita negatif jer….

    • Tuan gedukngok says:

      Itu lah bukti kualiti (bekas) pemimpin UMNO tersohor yg bernama Tun Mahathir….Tun Bedol buat apa pun, last, last Tun Bedol yg terlungkup. Tapi pointnya UMNO miliki ramai bakat pemimpin, walaupun sengal cam Tun Samdol, dia masih boleh kawal PAS, PKR dan DAP segala ie. tak kalah terus, masih boleh memerintah. Dia dihambat keluar dari Putrajaya oleh orang UMNO sendiri, bukan parti lawan….ada paham???

      • bujuk says:

        Hahahahahahah…..
        Percayalah apa yg. kau nak percaya, tapi jangan lain dimulut lain di hati. Sebab jelasnya dalam UMNO akan ada boikot jika tidak dilantik, ini rahsia umnum dan Najib selalu ingatkan ahli bila dia nak tukar pemimpin supaya jangan merajuk. Untuk pujuk pulak kenalah bagi projek atau jawatan lain macam JJ, Hamid Albar, Isa Samad, Rahim Tamby chik dan Sammy Vellu.

  9. jebat says:

    pas semakin jauh dari kepimpinan ulamak.. Pengharapan orang melayu kpd pas adalah kerana golongan ulamak yg memperjuangkan idealisme islam. Terpinggirnya ulamak menjadikan pas seperti juga umno. Yang membezakan pas dan umno sekarang ialah pas terlalu bergantung kpd slogan islam. Hakikatnya jauh dari realiti islamiknya pas.. Pas hanya mendapat sokongan dr rakyat yg begitu emosi dgn umno disebabkan beberapa perkara. Pas tidak mampu berdiri diatas kredibalitinya sendiri. Pas tidak mampu menandingi umno dr segi kebijaksaan kepimpinan. Rakyat dihidangkan menu yg sama tp berbeza dari kelazatannya.. UMNO LEBIH LAZAT. Pengikut pas menikmati kelazatan umno sehingga terlupa itu adalah acuan umno..

    • Farid says:

      Waktu dulu pun Umno komplen…skg pun komplen…UMNO akan terus komplen sampai lah kalau Pas nak join UMNO. No Thank you.

      Aku rasa UMNO Jauh lebih kaya dgn slogan…”Cemerlang, Gemilang, Temberang..”, “Kami Sayang Pak Lah”, “Islam Hadhari”..Apa slogan Pas..aku nak tanya ko..?

      Apa ko kata Pas tak mampu??? Ko tunggu lihat nanti bila UMNO kalah. Waktu UMNO dah tak da hang nak urus Hasil Negara, ko tengoklah…nanti bila Umno jadi sengkek (pemimpin2 Umno tetap kaya).

      Umno lebih lazat??? Buat apa dgn kelazatan dunia macam Video Datuk T, buat rumah besar macam K Toyo yg tak tahu punca pendapatannya…?

      • Tuan gedukngok says:

        Bila UMNO kalah? Bila? Ko ni baik pergi jadi spekulator tukaran wang asing, dapat juga duit sikit! Ko speculate benda-benda yg ko tak tahu benar-salahnya. Video Datuk T ko pasti itu bukan anwar? Apa bukti? rumah Khir Toyo, ko pasti ke dia rasuah…..tunggu keputusan mahkamah la! Nanti dapat telor tembelang kat muka baru tahu…tapi ko memang jenis tak kesah kan…jenis tak tahu malu, macam bos pelakun porno ko tu kan, kan, kan!

      • jebat says:

        ko terlalu byk baca harakah.. Akhbar penyebar fitnah. Kalau ade pemimpin umno yg kaya hasil rasuah buktikan.. Puak pakatan haram hanya pandai mencipta spekulasi.. Ko ingat rumah anwar aljuburi rumah kos rendah ke.. Pergi la melawat sekali rumah azmin ali.. Itu pun hasil rasuah jugak.. Ko ditipu hidup2..

    • Farid says:

      Ko Kata Pemimpin UMNO bijak??? Kah kah…Nampak sangat ko ni golongan marhein yg tak tahu apa yg berlaku dalam corporate/business and politic world ni.

      • Tuan gedukngok says:

        Kalo tak bijak takda la perintah Malaysia berterusan dari 1957 hingga sekarang…..PAS? PKR? DAP? Bijak ke tak bijak? Jangan nafi fakta! Ni yg kejap negara Isle, Kejap negara berkebajike…..apa cerita?

      • jebat says:

        kira bijak la jugak.. Selepas 50 tahun dok perintah mcm2 halangan dari pembangkang..pembangkang mcm komunis la.. Asyik membangkang je spt jambatan pulau pinang, putrajaya,klcc,litar sepang.. Tp last2 dia dok meroyan nak tawan putrajaya.. Apa hasil pakatan haram perintah selangor? Rumah urut ada la..

      • stingray says:

        kalau pemimpin UMNO tak bijak,ko masih pakai kain pelikat lg bro..balik kg pun naik sampan agaknye..entah2 ko mungkin tak bersekolah kot..nasib baik ada UMNO yg membangunkan negara ni, bkn macam PAS ari2 buat ceramah mengumpat org, lpas tu bawak karung minta derma..bkn mcm nik ajis dr dulu smpai skrg asik berckp jea, smpai tikus lebih besar dr kucing kat kota baru pun tak angkat pot..bkn mcm aljuburi,pantang jijah lepa berjubur jea dia..

  10. Bakar says:

    PR sekarang mempunyai kombinasi baik. DAP pulun habis nabisan org2 cina, PAS pulun Melayu dgn konsep konon Islam dan PKR pulun those yg atas pagar, india dan cina sekali. Namun andainya mereka dapat ke Putrajaya……cuba teka kerajaan apa yg terjadi?..lu fikirlah sendiri, jgn menyesal sudah!

  11. tengkudin says:

    sian ko san!!
    baik baik orang offer ko jadi MB Selangor sebelum ni ..ko tolak..sekarnag ni ko pulak kene terajang pulak dek geng ANWARBOGEL…adakah pasal LINDA ke ko kene terajang atau ANWARBOGEL?? hehehhee

    • Farid says:

      Apa standard rely ko macam ni…?? Ooops lupa ni Mykmu.net….memang tak ada standard pun…

      • Tuan gedukngok says:

        Ko standard apa? Tranungkite? Orang kat sini layan ko pun nasib baik….tapi untuk buat lawak je la….hiburan harian mykmu!

        • hazmi hazali says:

          Ha ha ha..betul tu Tuan Gedukngok..sebab tu aku suka bila si Farid ngan si Abu join mykmu ni…at least ada jugak bahan lawak!! Kalau sesama kita je, boring jugak! Farid, Abu….aku harap kau bawak la sama geng2 yang sama bangang dengan korang join mykmu ni…kitorang pun ada hiburan percuma…boleh buat senaman perut bila gelak kat korang!! HA HA HA HA HA HA

      • pasdaplaknat says:

        kalo gitu ko pun xde 100 times out of standard lah..sbg ko tu penyokong peliwat dan penzina.. pastu masuk kt tempat yg ko anggap tk standard? agaknye ko yg buta dan bodoh kan??

        standard ape ekk puak PR ni pakai? stadard ZIONIST?

        • umnototok says:

          Mereka tidak pernah bersyukur dengan segala apa yang diterima
          selama ini.
          Segala nikmat pembangunan dan keamanan yang telah dilaksana dan
          uruskan oleh Kerajaan BN selama ini, seperti; pembangunan luar bandar, subsidi pelbagai barang kepenggunaan harian, bahan bakar dsb., pendidikan, kesihatan dan lain2 lagi mereka ‘ratah’ bagaikan
          benda2 itu datang bergolek dan melayang sendiri.
          Mereka adalah gulungan yang ‘kufur nikmat’.
          Cermin2lah diri tu!!!

  12. Farid says:

    Jawapan2 di atas adalah standard skrip jawapan ahli Mykmu.net. Bukan ada substance pun….cuba baca reply2 aku dgn C4 balik. Then korang baca reply2 korang…ada bezanya.

    • Tuan gedukngok says:

      Memang lah jauh bezanyaaa! Jawapan ko jawapan orang dungu, jawapan kitorang jawapan orang UMNO yang cerdik, bijak dan berilmu. Ko yg tak berakal memang lah tak nampak ‘substance’ dalam jawapan kami…kehkehkeh substance kunun!!! Tau sebut, makna tak tau….parit ngan bom (c4) lah tu…..kihkihkih!

    • stingray says:

      bezanya..otak ko dgn C4 dh diliwat oleh aljuburi (pinjam gelaran dr Mat sabu)

  13. kadiology says:

    tengah korang berdebat dalam ni, aku pulak dok tayang video seks anwar ibrahim. senang. takyah debat2.

  14. fauzi says:

    Hassan Ali dipecat bukan angkara sesiapa pun… tak payah fitnah!!!! Direct to the point, Hassan Ali
    dipecat sbb nak menyenangkan kerjasama PASPISPUS dng DAPig bagi menghalalkan segala cara
    yg ada, tambah2 utk mengekalkan kuasa di Selangor.
    Soal Islam bukan Islam itu perkara lain, yg pentig ialah cita2 Pas nak mengekalkan kuasa.Tuduh Umno
    sekular konon PAS sekular bersama PKR dan DAPig tak sedar…inilah kerja ulama sekarang ni.
    Masa org lain buat mereka kata kafir, toughut, sekular dsbnya tapi bila mereka terjerumus sama cari
    pelbagai alasan tutup keaiban…tapi pengikut fanatik mereka ttp macam tu..bodoh sombong!!!!

    • Farid says:

      Di Pecat???? Betoi ka??? Tu andaian Utusan dan media BN jer…Siapa Hassan Ali tu..??

      Eh Pak Lah dulu consider di pecat jugak kah??? Ikut the same konsep yg UMNO pakai..macm tu lah kiranya…dia tu PM dan Presiden UMNO/BN tu…

      • Tuan gedukngok says:

        Paklah kena pecat sebab dia bebal. Hassan ali kena pecat sebab PAS bebal! Tapi paklah taklah sebebal PAS, tapi ditolak jugak sebab UMNO tak boleh tolerate orang bebal walau pun bebalnya sikit je (ie. tak lah sebebal orang PAS), tak macam PAS semuanya bebal kronik, tak boleh tolerate orang kurang bebal macam hassan ali.

        Nak bukti PAS parti orang bebal? Senang je: Orang failed UiTM dalam arts & design dipilih jadi timbalan presiden. Orang yg hanya pass SRP dipilih jadi naib presiden. Kunun propesyenal…..kesana tidak, kesini pun tidak…half baked? half past six….kahkahkahkahkahkah!!!!

      • stingray says:

        undur diri dgn ditolak tepi pun farid tak tau nk bezakan.bodohnye ko ni..Bahasa Melayu dulu ko fail ke, tu pasal yg ko benggang sgt dengan UMNO yg memperjuangkan Bangsa Melayu..bodoh la farid ni..bodoh sesgt..

      • raplahjingaa says:

        Betul Farid…..dia di pecat sebab buat kecoh pasal beer….hehe

  15. zumazore says:

    SOALAN AKU….
    kalaulah di takdirkan P.R menang PRU 13 kat kawasan mana nak mereka jadikan pusat pemerintahan? sebab PAS pernah kata akan jual PUTRAJAYA jika dia memimpin negara… janji mesti di kota…. kata mesti di kota , terlajak kata apa nak buat ye…oooo suruh pok nik keluarkan faktwa baru lak nanti…. tapi yang PKR n DAP nak memerintah dari PUTRAJAYA lak.. macam mana lak kalau PM tu dari PAS? PERGHHH celaru otak aku nak pikir… mungkin pasal tu je PR kena habiskan rundingan sampai 1 taun.. kita rakyat nganga terbuka mulut….
    PENING AKU SEKARANG NI….

  16. bujuk says:

    Aku tak faham UMNO ni, masa Hasan Ali jadi ketua dia salahkan Hasan Ali lemah, ikut cakap Ronnie Liu, gunakan Masjid dan 1001 masalah. Sekarang bila tukar dia kata Hasan Ali pejuang sebenar (tapi tak sokong pun).
    Korang kat sini apa… lidah bercabang, munafik atau apa?
    Kalau tak sokong PAS apa korang kesah siapa TGHH nak lantik jadi ketua. PAS tak kecoh pun siapa ganti Khir toyo, semua PAS lawan. Jaga parti sendiri dah la…. PAS pun ada stategi juga nak menang pilihanraya, Hassan Ali sebok jadi Exco kanan, mana nak jaga masjid lagi, anak kariah lagi, fakir-miskin lagi, politik dalaman lagi.. jadi kurangkan beban dia. TGHH pun tak jadi ketua di T’ganu, ok je. PAS tak kemaruk kuasa macam UMNO, tak lantik jadi ketua pecah dua negeri macam t’ganu dan perlis. Di bahagian dan kawasan pun sama sebab tu Najib tak berani buat pemilihan bila nak buat PRU, takut retak menjadi belah dan terus padam. Itu kenyataan…

Leave a Reply

Threesome