Menu Utama

Dr. Mariah bertemu Erdogan di Turki, membakar “jambatan” PAS – SYIAH?

“Sudah terang lagi bersuluh”, itulah yang saya dapat sifatkan hubungan Anwar dan puak-puak Erdogan di Turki. Anwar dalam ceramahnya di Port Dickson baru-baru ini mengesahkan hubungan rapatnya dengan pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang menjemputnya sebagai “pemantau pilihanraya” negara itu.

Meskipun Anwar tidak dapat menunaikan jemputan Erdogan itu, dia turut menghantar anak perempuannya, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dan Johari Abdul untuk “makan angin” ke Turki, menggantikannya. Malah, Anwar juga turut menghantar wakil Pas, Dr. Mariah bersama-sama “rombongan sambil belajar” di Turki itu! Nampaknya Pas sudah berjinak-jinak dengan Erdogan..!!!

Erdogan merupakan puak-puak yang dikaitkan dengan “pembaharuan Islam” di Turki dengan memperkenalkan pendekatan Islam liberal yang sealiran dengan Anwar Ibrahim yang lebih sekular tahapnya berbanding amalan Kerajaan Malaysia. Peristiwa “coup de tat” di Turki pada bulan Februari 1997 yang kemudiannya menyaksikan pembubaran Parti Fazilet yang dipimpin oleh tokoh Islamik Necmeddin Erbakan, menjadi titik tolak lahirnya Parti AKP (Partai Keadilan dan Pembangunan).

Ketika itu, dua tokoh Partai Fazilet, Recep Tayyep Erdogan dan Abdullah Gul bertindak memisahkan diri dari gerakan Islam yang dipimpin Erbakan dan membentuk Parti AKP pada 14 Ogos 2001. Dan disinilah bagaimana Erdogan mula menunjukkan “belang”nya. Erdogan menang Pilihanraya dan berjaya menjadi Perdana Menteri. Namun, dasar yang dibawanya jelas lebih pro-Amerika, pro-Israel, pro-Uni Eropa, reformis, sekaligus kapitalis! Itu adalah sedikit sebanyak latar belakang Erdogan di Turki.

Inilah yang cuba dilakukan dan diterapkan Anwar di dalam Pas. Anwar sudah terang-terang “sekepala” dengan Erdogan. Anwar hanya memerlukan Pas untuk turut “sekepala” dengan Erdogan bagi memenuhi kehendak PKR yang mahu terus meng”keldai”kan Pas dan askar-askar tegarnya. Perlu diingat, PKR tidak punya askar, namun punya akal putar belit yang hebat. Pas pula punya askar yang ramai, namun akalnya tumpul. Inilah salah satu cara untuk PKR terus mendominasi Pas!

Ingatkah para pembaca mengenai kenyataan Hadi pada Muktamar Pas baru-baru ini?

“Ini Hadi, Nik Aziz, bukan Erdogan!”, katanya pada para perwakilan tersebut.

Besar benar bunyinya suara Presiden Pas itu. Tidak Erdogan? Adakah dia buta atau sengaja “membutakan mata”? Dr. Mariah yang turut sama menyertai rombongan PKR ke Turki itu apa ke bendanya, Hadi? Apakah Dr. Mariah pergi atas jemputan Khomeini atau Al-Qardhawi? Sudah terang lagi bersuluh, Dr. Mariah pergi bertemu Erdogan..!!!

Apakah ini titik tolak peng”erdogan”an Pas? Apakah lawatan Dr. Mariah ini bakal membuka lebaran baru bagi Pas? Apakah lawatan Dr. Mariah ini akan menjadi “jambatan” antara Pas dengan Erdogan dan meruntuhkan jambatan sedia ada antara Pas dan Syiah di Iran? Rasanya, Hadi kena jawab persoalan ini…






14 Komen to Dr. Mariah bertemu Erdogan di Turki, membakar “jambatan” PAS – SYIAH?

  1. Mak Pidah APs says:

    Eh kalau robongan ke Turki bukan pakai duit rakyat pun. Duit Parti , apa masalah..?? Tak macam Najib gi US – sbb anak dia konvo sana. Lepas tu gi Kazakhtan – sbb nak tgk bakal menantu.

    Dulu Turkey bukan main punya sekular, tapi setelah Erdogan jadi pemimpin, byk dah berubah, ke arah keislam. Bukan kah itu baik??? Oh lupa..Umno memang tak nak Islam.

    Apasal Umno ‘meroyan’ dgn Anwar dalam Pas. PKR adalah sebahagian dari PR.

    yg Umno dok meroyan tak tentu pasal tu apa kaitannya???

    • C4 says:

      pemimpin UMNO sekarang dah giler mroyan ……

      ajak PAS masuk BN …. PAS tak nak ……

      lepas tu dok tuduh macam2 …..

    • raplahjingaa says:

      Budak anwar tu dalam PAS ke ?…..dia hantar toyol-toyol dia aje masuk PAS….kan budak anwar tu kata idola hangpa tu wali terompah…kalau dia nak masuk Pas lama dah dia masuk……hangpa yang tak gheti…

    • Gen2Felda says:

      PGayR pakai duit sendiri? Oiii..bangonlah dari tidor…rakyat dah lama tahu pGayR dah lama dapat duit dari luar..Dulu bersumber dari philipina semasa Joseph Estrada, azmin ulang alik singapork tiap bulan buat apa?

      PKR jadi alat negara asing?

      KUALA LUMPUR 30 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dipercayai menjadi alat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, Institut Antarabangsa Republikan (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menyemai demokrasi ala ‘Uncle Sam’ di negara ini.

      Badan tersebut yang didakwa menyalurkan dana tahunan jutaan ringgit kepada PKR bukan sahaja dipercayai bertanggungjawab memberi latihan terbaik kepada jentera parti mengenai apa itu ‘demokrasi’ tetapi turut berperanan dalam menentukan dasar yang perlu diperjuangkan.

      Natijahnya, PKR menentang sebarang dasar afirmatif yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu golongan bumiputera dan pada masa yang sama, menjanjikan hak sama rata kepada kaum lain bagi memenangi hati serta perasaan pengundi bukan Melayu.

      Sumber dalaman PKR memberitahu, IRI didakwa mula berjinak-jinak dengan PKR (dulu Parti Keadilan Nasional) sejak 1998 lagi tetapi penglibatan langsung ‘wakil’ AS itu hanya bermula selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 2004.

      Katanya, segala aktiviti parti didakwa akan dipantau dan dimaklumkan terus kepada IRI cawangan Asia Tenggara yang terletak di Bangkok, Thailand, bagi memudahkan sebarang operasi diselaraskan secara terancang dan sulit.

      “Kebiasaannya IRI menyalur bantuan kewangan dua kali setahun. Dana tersebut didakwa bagi melatih jentera parti terutamanya untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan salah satu cara, dengan menolak dasar afirmatif serta menjanjikan hak sama rata.

      “Ini kerana IRI berpendapat, kebencian orang bukan Melayu adalah kerana dasar afirmatif dan jika isu ini dieksploitasi dengan berkesan, ia bakal mewujudkan suasana panas antara kaum, sekali gus memberi keuntungan politik kepada pembangkang,” kata sumber itu di sini, hari ini.

    • zumazore says:

      RUJUK SEMULA PEMILIHAN RANTING DAN CABANG PKR YANG LEPAS… SAIPUDIN setiausha PKR KATA PEMILIHAN ITU AKAN DIJADIKAN CONTOH UNTUK SPR… LAWAK YANG TERLAWAK UNTUK TAHUN 2010!!!

    • Gen2Felda says:

      mak pidah kata…”macam Najib gi US – sbb anak dia konvo sana. Lepas tu gi Kazakhtan – sbb nak tgk bakal menantu”…kalau ko tak ade bukti bergambar atau saksi berlakunya perkara tu, nikmat ke buat fitnah?

    • khahar Muzafar says:

      Memang kamu ni Haramjadah

  2. jebat says:

    pakatan haram lagi meroyan.. Tak caya gi la ceramah ‘agama’ dap pas pkr???

  3. dolah says:

    Erdogan pun erdogan lah….asalkan bukan Umno dan BN laknatullah…

    • C4 says:

      kalau erdogan lebih baik dari UMNO apa masalah nya

    • raplahjingaa says:

      Sampai bila lagi budak anwar tu nak tipu rakyaat…..tak lama lagi dah kot

    • Gen2Felda says:

      erdogan membawa kehancuran…mat sabu hulubalang rosak moral..olamak tersungkuurrrr..islam terbuang…hudud bukan keutamaan..

      Pas menunggu kehancuran

      PASIR MAS 11 Jun – Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.

      Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan ‘Anwarinas’ bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

      Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan ‘Anwarinas’ yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

      “Saya percaya yang membawa isu ini adalah pemimpin Pas tetapi di bawah (keadaan) kucar-kucir, pemimpin di peringkat bawah dan ahli berasa keliru, ini bermakna Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin Pas tetapi tidak pada akar umbi.

      “Bagi saya Pas satu parti yang sedang menunggu kehancuran. Dia boleh sorak menang tetapi kalau kampung tergadai apa gunanya, ini yang berlaku kepada Pas hari ini,” katanya selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini malam tadi.

  4. nangkabulat says:

    Hoii Mak Pidah AP, kepala butuh kau la duit parti. Apa pasal kau tak cakap duit yahudi…bangsat lu. Mengaku je la..nak cover cerita pakai duit parti konon…dari mana PKR dapat duit masuk….? tak lain tak bukan hasil rompakan dari kerajaan negeri selangor….dan hasil derma dari abang soros kau bila kak jijah melutut depan dia…anak haram lu…kau ni memang pakai kepala lutut bila nak berpikir sama dengan mat jubo tu…bila pasal najib..sedap mulut kau kata dia guna duit rakyat, yang si ketua penipu yang ko agung2kan tu sebat duit berbilion bilion masa jadi menteri kewangan kau tak cerita…dasar pencacai tegar..bangang macam lembu…KIMAKKKKKKK LU………..

  5. Umno tak payah meroyan lah bodoh. Kau semua menjilat sipermaksiat hanya menunggu masa untuk dibungkus dan dikuburkan dalam satu liang lahat.

    Come PRU 13, there you go, . Hitung saja hari jangan sampai tersilah menghitung.

    Bodoh macam buntut lembu. Pandikutty kau semua pencacai…

Leave a Reply

Threesome