Menu Utama

Lawak of The Day, Mat Sabu Nak Berubah!!

Nyaris tersembur air teh yang penulis minum semasa makan tengahari tadi bila ditunjukkan surat khabar Sinar Harian oleh tuan punya kantin.  Mana tidaknya, sudahlah gambar Mat sabu dimuka hadapan, ditulis pulak lagi yang dia nak berubah jadi baik!!!

Mat Sabu nak berubah?  Jadi baik pula tu.

Tayar tak mungkin jadi 4 segi, air tak mungkin jadi besi, serupalah dengan Mat Sabu, tak mungkin jadi baik.  Walaupun ada yang percaya semua benda boleh berubah tapi kita kena akuilah, bukan semua dan Mat Sabu salah satu daripadanya.

Hanya sebab dia jadi Timbalan Presiden PAS baru nak berubah?  Baru nak cakap baik-baik dan berfakta?  Apa kaitannya pulak?  Selama hari ini cakap takde fakta ke?  Lagipun, ramai orang dalam dunia ni cakap baik-baik dan berfakta (macam penulis) tapi tidak pun memegang apa jawatan dalam PAS, apatah lagi Timbalan Presiden, kenapa boleh?

Tapi dari satu sudut pandang yang lain, kenyataan itu mengakuilah bahawa sememangnya Mat Sabu ni moral dan akhlaknya rendah, kalau tidak begitu kenapa perlu keluar kenyataan sedemikian?  Kita dah cakap lama dah tapi ramai yang cuba nafikan, akhirnya tuan punya badan mengaku sendiri.

Toksah kita ulang baliklah apa yang buruk-buruk pernah dicakapkan Mat Sabu, bagaimana dia menghentam Anwar sebagai al-jubori dan sebagainya sebab itu memang dah jadi imej Mat Sabu, tak payah sebut pun orang tahu.

Apa pun itulah dia PAS, cakap tak serupa bikin.  Dok ukur moral orang UMNO, moral orang dia sendiri lebih teruk lagi.

Di dalam artikel yang sama, turut disiarkan kenyataan bekas isteri orang yang kini jadi isterinya, Normah 121.  Di atas tajuk, ditulis kecewa sebab fitnah 16 tahun lepas yakni merujuk kepada peristiwa penangkapan khalwat di Hotel Perdana tapi dalam artikel yang disiarkan, tidak satu pun merujuk tentang penangkapan tersebut, hanya tajuk saja kata fitnah.

Penulis bukan nak promo tapi Sinar Harian ni pun dah sebijik macam Harian Metro, guna psikologi tajuk sedangkan isinya takdelah seberapa sangat, malah dalam hal kenyataan Norma 121 di Sinar Harian ni, tak satu pun merujuk kepada tajuk.  Sebaliknya lebih kepada tulisan yang mengagungkan suaminya sendiri.

Naik jelek pun ada penulis baca.

Mana taknya mengenangkan jenis isteri apa dia ni yang sanggup berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam bilik hotel disaat masih mempunyai suami dan kemudiannya meninggalkan suaminya ketika itu untuk mengahwini lelaki yang dia ditangkap berdua-duaan tadi.  Memang nasib Mat Sabulah, jenis tak bermoral macam dia, dapat isteri tak bermoral juga.

Ya, memang Mat Sabu didapati tak bersalah, tapi bab berdua-duaan dalam bilik hotel tu tak pernah jadi pertikaian.  Tak bersalah tu sebab teknikal, macam Anwarlah dalam kes liwat satu, bukan sebab tak liwat tapi sebab tarikh dalam statement Azizan berubah-ubah.

Ada kata Mat Sabu duduki jawatan no 2 dalam PAS sebab menang jawatan Timbalan Presiden, orang yang cakap macam ni tak faham politik PAS yang 70% macam syiah, 30% macam komunis.  Kalau betul-betul ikut tangga, Mat Sabu dikedudukan no 4 belakang Mursyidul Am, timbalannya dan Presiden PAS.

Dan sejak bila no 4 boleh bawak perubahan drastik?  Biasanya no 1 atau no 2.

Sebab itu dalam tulisan terdahulu penulis kata, baik dijawatan apa pun Mat Sabu masih terus begitu sebab dia memang macam tu, tak boleh ubah dah.






13 Komen to Lawak of The Day, Mat Sabu Nak Berubah!!

  1. Hero Tamil says:

    hehehehehehehehe..itu perkara yang memula aku perasan…dia nak berubah bercakap dgn fakta…huahahahahahaha

  2. Farid says:

    Eh ..apa salahnya org nak berubah. Nak pproach dia supaya softer. Eh UMNO dari dulu sampai sekarang tak berubah..tu byk org melayu naik muak. Tu tak nak berubah namanya.

    • stingray says:

      berubah dari bodoh ke bertambah bodoh apa ke jadahnye..farid kata UMNO tak berubah dr dulu sampai skrg..buta mata dan hati rupanye si farid ni..KO balik kg ikut jalan hutan lg ke atau ikut highway yg kerajaan sediakan farid bebal ooii..kat umah KO pakai pelita lg ke atau petik jea sius smpai la aliran eletrik yg kerajaan bangunkan& sediakan utk terangkan umh ko..PAS GAN PKR ke yg bangunkan msia ni,ataupun KO terus tertidur dlm kemunafikan…byknye setan melekat kat hati ko ni..adakalanye kita perlu berkatalah benar walaupun pahit…

    • raplahjingaa says:

      Kali ni aku kena sokong hang……betul tu Farid…..kita bagi la dia chance…mana la kita pi tau kot-kot dia boleh berubah menjadi manusia !! hahahahahah

  3. Sportster says:

    bercakap selama ni bercakap penuh auta baru sekarang nak fakta… kah kah kah… juak2 PAS semua terima aje dgn hati terbuka… pahit manis ke mereka tak peduli… orang PAS boleh bertaubat lepas buat jahat tapi kalau UMNO terus jadi kafir…

  4. zumazore says:

    oiii farid…
    maksudnya ko orang bersalah dan memang dah bersalah…sebab ko orang gak yan nyokong dia ni, dulu kata dia ni baik lah dan sebagainya… haaa sekarang tuan punya diri dah ngaku akan BERUBAH, maksud berubah ialah dari jahat kepada baik ataupaun dari jahat kepada MAKIN JAHAT… lepas ni kita tunggu satu tajuk akhbar ” MAT SABU MINTAK MAAF PADA AL- JUBURI” sebab nakkan jawatan…
    aku dok tengah pikir ni , kenapa sekarang pemimpin yang ada dalam P.R sekarang ni semakin hari makin banyak pemimpin yanb banyak SKANDAL … kalau lah berjaya mereka ni jadi pemimpin negara , mungkin mereka akan habiskan masa nak jawab skandal mereka dan menepis skandal mereka… membazir betul laa…
    satu lagi yang masih jadi kajian aku ialah RAMAI PEMIMPIN DARI P.R YANG KELUAR DARI PAKATAN AKAN KELUAR MEMBAWA SERIBU SATU CERITA KURANG ENAK UNTUK DI DENGAR DARI DALAM P.R, TAPI BILA PEMIMPIN UMNO YANG KELUAR PI KE P.R TAK ADA CERITA APA2 PUN YANG MEREKA BOLEH BAWAK… HERAN BIN AJAIB…MELAINKAN AL-JUBURI JE YANG KATA ADA BERKOTAK2 BESAR KESALAHAN KERAJAAN DALA SIMPANAN DIA.. JENUH AKU TUNGGU SAMPAI DAH NAK MASUK TAHUN KE 10 DAH NI…. NIPU GAMAKNYA SI AL-JUBURI NI…
    RINGKAS TAPI BERMAKNA PADA YANG KONONYA muda, internet life, konon minda terbuka, konon lebih islanik dari yang lain…..

  5. bujuk says:

    Ahli PAS sokong Mat sabu sebab dia dekat dengan rakyat, dia faham susah payah rakyat. Orang suka dengar celoteh Mat sabu sebab dia bijak kaitkan cerita dengan fakta dan semua orang faham. Semua orang ada buat silap sebab itu kita kena selalu istagfar.
    Malah Mat sabu sendiri cakap dia masuk PAS sebab tak puas hati Anwar masuk UMNO dan tinggalkan ABIM. Dia masuk PAS kerana nak tegakkan DEMOKRASI dan bukan sebab ISLAM. Tapi setelah ditarbiyah TGNA dan TGHH rasanya ustaz2 UMNO belum mampu tumbangkan Mat sabu jika berdebat isu Agama. PAS takkan pilih pemimpin yg. tak faham Islam, walaupun adalah mustahil untuk kita amalkan Islam seperti Rasulullah tegakkan Islam tapi kita berusaha dan berjuang untuk tegakkan Islam dan selebihnya itu urusan Allah.

    • raplahjingaa says:

      Sebenarnya dalam diam aku pun mengaku jasa-jasa beliau pada negara,,,,ialah yang betul kita kata betul…..yang salah kita kata salah…kita mesti jujur….jasa beliau yang terbesar sekali adalah menjadi orang pertama di antara berjuta rakyaat Malaysia….

      YANG PERTAMA MENGELAR ANWAR AL-LIWATI !!…adus..

  6. […] TO MYKMU Share on […]

  7. tungau says:

    mat taboo ni akan berubah berckp lembut ala2 Ulamak sebab ulamak2 yg ada dlm PAS dah habis kena tendang.

Leave a Reply

Threesome