Menu Utama

ANUGERAH PELEMPANG TERBAIK 2011!!!

Ni baru betul – betul orang yang layak diberi Anugerah. Bukan macam Si Anugay tu. Dia hanya layak menjadi penerima Anu-Gay-Rah je. (Ikut sebutan betul, Anu-Ghairah). Lagi pun, dia mana boleh lawan bekas Mentor dia ni.
Orang yang sememangnya berhak diberikan Anugerah Pelempang Terbaik 2011 ni tidak lain dan tidak bukan ialah Tun Dr. Mahathir.
Orangnya jenis tak cakap banyak. Tapi sekali dia menulis, terasa jugak pedihnya. Nak pulak bila dia memberikan pandangan dia terhadap pemilihan PAS yang diadakan baru – baru ini.
Tun Dr. Mahathir menulis dalam blog dia mengucapkan tahniah dan syabas kepada karpal Singki Pecah. Pelik kan. Padahal, yang buat pemilihan PAS, bukan DAP.
Tapi menurut kata Tun Dr. Mahathir, dengan penyingkiran pemimpin – pemimpin Ulama dalam PAS dan digantikan dengan kemenangan puak – puak Edrogan juga merupakan kemenangan besar bagi Si Karpal Singki Pecah tu.
Mana tidaknya. Dah berapa lama Karpal Singki Pecah tu berusaha untuk menggugurkan hasrat PAS membina Negara Islam? 
Rasa Semut, sejak dia boleh berdiri sampai dah tak mampu berjalan, hasrat itulah yang teringin sangat dikecapi oleh Si Karpal Singki ni.
Kata Tun Dr. Mahathir, Si Karpal Singki Pecah tu tak perlu untuk PAS melangkah mayatnya demi melaksanakan agenda Negara Islam mereka.
http://semuthitam80.blogspot.com/2011/06/anugerah-pelempang-terbaik-2011.html





11 Komen to ANUGERAH PELEMPANG TERBAIK 2011!!!

  1. Bila Mahathir Teringin Nak Makan Jering

    WAH wah.. wahhhh…Mahathir kita sudah sihat rupanya, sudah dapat bercakap dan bersuara. Sudah keluar dari IJN, bila? Hari ini dia memberi komen tentang barisan kepimpinan baru Pas. Selamat segar, Dok! Biasalah nadanya, sebagai seorang penentang Islam Pas nombor satu penuh sinis dan sindir menikam kalbu. Inilah kehebatan Mahathir kita dia boleh tembak orang selamba saja.

    Kali ini dia membuat perbandingan orang Pas dengan memilih pelapik kepala, songkok dan kopiah. Kata Mahathir puak ulama dikalahkan puak songkok hitam. Maksud beliau puak songkok hitam ialah puak yang menyokong Anwar Ibrahim. Mahathir sangat alergik terhadap kedua-duanya, kepada Pas dan Anwar. Dialah yang memecatkan Anwar sehingga Melayu jadi huruhara sehingga hari ini dan Umno terus menyentak-nyentak.

    Kata Mahathir dengan kemenangan puak songkok hitam ia memberi kemenangan besar kepada Karpal Singh. Jauh tilikkan dan sindiran beliau. Mat Sabu yang berlawan dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man, Karpal Singh yang menang, bukan orang Pas ataupun Umno. Inilah bidasan orang politik veteran bernas dan berkias menyenakan hati. Sebenarnya juga inilah permainan politik.

    Apa dimaksudkan Mahathir kita ni, dengan menangnya puak profesional maka Karpal Singh tidak perlu bimbang lagi dengan Pas yang hendak tegakkan Islam di negara ini. Mahathir cuba memberi fahama bahawa pemimpin yang menang hari ini bukan mempunyai cita-cita Islam.
    Dalam kata lain mereka akan membentrakan harapan Pas untuk menubuh negara Islam.

    Jadi kerana itu Karpal Singh tidak payah lagi menjadikan dirinya mayat untuk dilangkahi oleh orang-oang Pas yang hendak daulatkan Islam. Kerana orang Pas pun sudah tidak terhingin lagi hendak membangun Islam. Kalau orang Pas masih nakkan Islam mereka tidak pilih Mat Sabu. Sebelum ini Karpal Singh begitu vokal menentang negara Islam versi Pas sehinggakan sanggup mati demi menghalang Islam Pas tertegak.

    Wah Mahathir… mudah membuat penilaian dan menghina tahap keimanan Mohamad Sabu dan barisan kepimpinan Pas yang baru. Kita juga tidak tahu rupa-rupanya Mahathir mengikhtiraf kepimpinan Pas selama ini sebagai kepimpinan Islam.

    Bila Mahathir beranggapan begitu, rupa-rupanya Mahathir tidak kenal dengan ‘sengoti’ siapa dia Mohamad Sabu yang dipanggil imam dari kalangan pengikutnya. Apakah istilah ‘imam’ itu bukan zahir dari rahang Islam. Itulah Mahathir kerana jarang ke Iran maka perkataan imam pun tidak difahami apa ertinya.

    Jelas juga Mahathir tidak mengenali organ Pas sedalam-dalamnya. Dia masih mamai barang kali ingatkan Pas macam Umno. Ubat bius di IJN masih belum hilang. Di dalam Pas untuk pengetahuan Mahathir ia bukan dipimpin oleh satu saf, kepimpinan mentadbir dan mencatur jihad saja, tetapi ada dua lapis lagi. Dalam Pas ada Dewan Ulama dan Majlis Syurag Ulama. Kedua institusi inilah yang menjaga Pas dan menjadi roh kepada perjuangan Pas. Adapun individu tertinggi mengusai institusi ini ialah al Mursyidun.

    Mereka yang menduduki kedua institusi ini bukan sebarangan. Mahathir sendiri walaupun sudah menjadi PM selama 22 tahun belum tentu dapat duduk dalam institusi ini kalau dia tertakdir menyertai Pas satu hari nanti. Mereka yang menganggotai institusi ini bukan hanya kerana mereka memakai kopiah puteh dan tutup mereka, tetapi yang beramal dengan segala ilmu-ilmunya.

    Ertinya Pas tidak boleh ditadbir atau dibawa mengikut arah dan kompas keyakinan seseorang. Pas harus dipandu dan ditetapkan kiblat perjuangan oleh kedua institusi ini. Apabila Mahathir dengan muda menyangkakan bahawa Pas telah merombak cita-cita Islam, sebenarnya Mahathir mendangkalkan ilmu siasahnya sendiri.

    Kita nampak, Mahathir kita ini sangat susah hati apabila golongan profesional menang. Kenapa? Kalau orang tidak tahu memang merasakan apa yang dilakukan Mahathir dan pemimpin Umno lain itu satu tindakan yang perlu disokong. Cara Mahathir mengomen menunjukkan seolah dia seorang pemimpin yang komited dengan Islam. Yang berjurus sejak kecil menjujung ‘Quran’ hingga ke pejabat dan bercita-cita besar untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini! Seorang yang mahu Islam di negara ini ditegakkan atau seorang penentang kepada kerja menghalang Islam wujud di negara ini.

    Orang masih tidak lupa siapa Mahathir sebenarnya. Dia adalah bekas PM orang paling bekuasa di negara ini. Selama 22 tahun menjadi pedana menteri. Masa dia menjadi PM Umno tidak pernah sekali pun kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Mahathir seorang yang powerful sekali. Dia juga dianggap sakti, keramat dan berani. Barang diminta semuanya diperolehi. Macam Pak Dogol dalam wanyang kulit, dia bersin pun emas akan menggolek ke kakinya.

    Dengan kuasa dia telah melakukan apa yang dikehendaki. Paling klasik ialah dia membuang imuniti raja-raja Melayu. Satu tindakan berani yang melambang dan menjadi mahkota keberanian Dr Mahathir seorang perdana menteri sehingga digelar Mahafiraun. Lepas itu dia buang pula para hakim yang tidak sebeulu dengannya.

    Sepatutnya dengan keberanian itu Mahathir telah melakukan apa yang dia merasa tidak sempat dilakukan hari ini. Iaitu menghakiskan kekuasaan orang Cina dan India. Atapun menegakkan bukan syiar Islam di negara Islam tetapi perlaksnaan hukum termasuk hukum hudud. Tetapi sayang seribu kali sayang bulu ketiak Cik Minah panjang…

    Melihat cara Mahathir kita mengkritik kepimpinan Pas seolah dia adalah pejuang Islam tulen mengalah Osama Ben Ladin. Kita nak tanya Mahathir kenapa semasa berkuasa dulu beliau tidak melaksanakan apa yang teringin hari ini. Kenapa? Tidak ada gunanya Dok kalau kita ingin makan jering relong setelah gigi kita bergonjang dan gigi kacip dan geraham sudah tercabut. Kalau setakat gonyel gonyel (kunyah) telan sudah tidak ada umppp lagi.

    Makanya pada saya apa yang disuarakan Mahathir itu tidak lebih daripaa hendak menunjukkan bahawa dia masih sihat, masih sengar dan masih boleh berkata-kata. Ibarat orang berahi jering relong kalau tak dapat mamah pun hidup bau haringnya pun cuku. Sebenarnya kalau dikatakan dia obses kepada Islam, obses kepada Melayu ia hanya lakonan sahaja, sebab semasa dia berkuasa, dia mengabaikan segala ini malahan dalam sudut tertentu dihinanya dan ditentangnya mereka yang ingin laksanakan Islam.

    Sesunguhhan sebahagian daripada mala petaka yang dihadapi negara ini termasuk penghakisan kuasa politik Melayu dan timbulnya liberalisme dalam agama Islam adalah hasil didikan dan ajaran Al Mahathir Ibnu Mohamad Ickandar.
    Ho ho.

    • Pelita Zaman says:

      Jangan buang sampah disini. Tempat sampah adalah dalam bakul sampah.

    • bangKano says:

      Hang ingat apa pasai segelintiaq imuniti raja raja melayu di kurang kan ? Ini sebab kelakuan setengah raja melayu yang tak sedaq diri mengguna kan kuasa di tangan untuk menindas rakyat. Coba hang ingat kenapa prebet Adam dari ATM mengamuk ? Ini ada kaitan dengan perilaku seorang sultan yang bersetan di mata. Kalo bukan kes sultsan yang dah melampau bataih ni aku yakin Tun M tidak akan sanggup pinda Perlembagaan Malaysia semata mata untuki emlindungi rakyat.

      Kes pemecatan hakim pun begitu jugak kerana keegoan seorang hakim seolah olah dia ni kebal dengan undang undang,rasa diri nya hebat,arif & segala tindakan nya betoi dan adil belaka sampai berani menghantar surat pada DYMM YDPA komplen bunyi bising akibat pengubahan bangunan istana.

      Hang ni ingat semua rakyat mudah di perbodo kan dengan tuduhan dan fitnahan keji terhadap pemimpin dan kerajaan. Cuma orang bebai macam keladai saja yang bole sepanjang di bodo bodo oleh puak puak haprak hang pa ni..!

    • Tuan gedukngok says:

      Apa bende cerita mengarut ni? Mahathir orang biasa je, tetapi seorang biasa yg mentadbir Malaysia menggunakan “common sense” dan yang bersifat pragmatis. Objektifnya nak memertabatkan agama Islam dan bangsa Melayu serta memajukan dan memakmurkan negara. Maka itulah yg dia telah buat, dan hasilnya semua orang dapat lihat – orang macam ko memang takkan akui, macam lah PAS+DAP+PKR boleh buat lebih baik. Along the way dia terpaksa mengambil tindakan-tindakan yg dia telah ambil, hanya supaya visionnya dapat jadi realiti tanpa diganggu kacau bilau yg tak menentu dan oleh anasir-anasir yg berniat jahat. Dan tindakan-tindakan dia pun berdasarkan common sense: Raja berperangai setan yg boleh menghapuskan institusi raja itu sendiri, maka kurangkan immuniti, jadi they know where they belonged so they behave themselves; hakim berperangai above the law dan terbukti bertindak bias dan menggunakan institusi kehakiman untuk kepentingan politik sesuatu pihak, maka ambil tindakan bersesuaian supaya hakim-hakim itu berhenti dan seterusnya dan sebagainya. Yg menggelarnya mahafiraun, ko orang, lepas tu hypekan. Apa yg boleh membandingkan dia dgn firaun? Takda sapa pun boleh tunjuk, tahap mana kezalimannya yg boleh disamakan dgn firaun? Kes anwar semua orang tahu, cuma ko orang tak nak akui yg segala ruang dah diberi untuk dia membela diri atas tuduhan keatasnya. Kalau dah salah tu, nak bela camna? Segala trouble anwar datang dari dia sendiri, mana ada konspirasi? Mahathir bersara apabila merasa setakat itu sahaja yg dia boleh buat untuk negara ini dan dgn andaian penggantinya boleh menyambung usahanya dgn lebih baik lagi. Kalo orang lain yg punya kuasa seperti itu pada ketika itu dan perangainya seperti Mahathir yg ko cuba gambarkan di atas, dah tentu takkan lepaskan jawatan PM semasa di kemuncak macam tu. Kalo ko celik akal, ini sahaja dah buktikan kejernihan hati Mahathir yg ko tak suka sangat ni. Mahathir terus bersuara kerana padanya dia perlu terus berjuang setakat mana yg dia boleh, kerana pemertabatan Islam dan Melayu dan usaha memaju dan memakmurkan Malaysia masih belum tercapai sepenuhnya. Dalam pada itu anasir-anasir seperti PAS dan sebagainya masih berusaha untuk mengganggu gugat usaha ini, bukan nak menolong, malah nak bantutkan pulak. Tengok lah apa yg dia tulis dan suarakan – pure common sense. Ko orang nak tangkis pun memang tak boleh. Jadi apa yg ko tulis nampak janggal dan pure bullshit!!! Kahkahkah!

    • Dina says:

      Betullah apa yg Tun M tulis tuh …apa yg ABU ni meraban?
      Dasar PAS berubah2 demi politik…so skrg wat is so great about PAS????

  2. raplahjingaa says:

    ” Wah Mahathir… mudah membuat penilaian dan menghina tahap keimanan Mohamad Sabu dan barisan kepimpinan Pas yang baru. ” – tak susah pun nak nilai iman mat sabu……mana ada orang yang beriman berkhalwat ??? dengan isteri orang pulak tu…..he..he lebai PAS…..lebai pas..

    ” Dia juga dianggap sakti, keramat dan berani. Barang diminta semuanya diperolehi.” – pulak dah….tak ada siapa yang menganggap tun tu keramat……tapi ramai toktok pas macam anda yg menganggap nik aziz tu keramat…..dan anwar tu anugerah tuhan…..terlalu dengkil fikiran anda.

    “‘ menegakkan bukan syiar Islam di negara Islam tetapi perlaksnaan hukum termasuk hukum hudud. “‘ – hissh…..kan haji hadi boroi kata hudud tu hanya 0.00001 % drp islam dan ianya bukan yang utama…..anda nampak nyata telah ketinggalan zaman…..

    ” Melihat cara Mahathir kita mengkritik kepimpinan Pas seolah dia adalah pejuang Islam tulen mengalah Osama Ben Ladin ”……kalau anda samakan osama tu sebagai seorang pejuang islam tulin….i rest my case !! ni sah budak lulusan SAR PAS…harap lebai jer besar…otak mengecewakan !!

  3. Hero Tamil says:

    Lalalalalalala…Tun M menentang mereka yang ingin laksanakan Islam??..
    huahahahahahaha…lu masih mimpi ke bai??…siapa yang nak laksanakan Islam tu??
    PAS ker??

    Sebenarnya bukan setakat Tun M, ramai tahu PAS hanya gunakan Islam to survive…now siap buang tuntutan negara Islam…Hudud? jgn cerita lah, dah lama PAS campak ke longkang demi DAP..mimpi lagi ke bai??

  4. begCD says:

    psssttt… jangan korang hina keimanan si mat saburr…

    kahkahkahkahkahkah

    dia mempertikaikan keimanan si tua mahathir tu boleh pulak…
    wahhh… dah naik tarap dah si mat saburrr ni yee.. sampai takde siapa boleh pertikaikan kan mat saburrrr..

    aku tak sabar nak tengok mat saburr naik jadi mursamdol PAS pulak di masa depan.. boleh dapat title POPE Saburrr… kahkahakahkah

  5. tuah says:

    itu pasal org pas ni kalau kena btg hidung depa kata kat TDM mcm2 kalau kena kat depa semua betul tu lah dengar ceramah pas yg terlalu perpesong dari pada ladasan islam yg betul ….so mari kita ramai tgl kan pakatan rakyat masuk umno kerana pakatan rakyat …..bersama dap yg komunis …

Leave a Reply

Threesome