Menu Utama

KALAU BUKAN KERANA NAJIB….

Perhatian yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sebenarnya telah memberikan impak yang sangat besar. Dan kerana itulah, DAP-PKR berusaha sedaya mungkin untuk menjauhkan Najib daripada datang ke Sarawak dalam PRN yang baru sahaja berlalu.

Tatkala Pakatan Rakyat begitu yakin mereka telah berjaya menjahanamkan peribadi dan kredibiliti Taib Mahmud selain menaikkan sentimen kaum Bumiputera agar isu NCR dapat dicelarukan, Najib muncul dan tidak ubah seperti SUPERMAN yang datang menyelamatkan Sarawak.

Pek Mo, Tok Uban, White Hair Rajah, Asuk… adalah antara beberapa gelaran yang digunakan untuk menaikkan kemarahan rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud. Pakatan Rakyat yang berkempen secara agresif dua tahun lebih awal sebelum DUN Sarawak dibubarkan dan Anwar Ibrahim sendiri mengelilingi Sarawak untuk menghasut selama berbulan-bulan, telah berjaya membangkitkan kemarahan rakyat menerusi kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya, bahkan rantai hadiah perkahwinan kepada isteri barunya.

PBB dan Barisan Nasional Sarawak tidak kelihatan langsung bersedia dengan gelombang yang didatangkan oleh Pakatan Rakyat Semenanjung ke Bumi Kenyalang. Begitu juga SUPP. Keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang selesa di Sarawak, mengatasi ketakutan dan kebimbangan yang dicetuskan oleh Pakatan Rakyat.

Sehinggalah apabila gelombang Pakatan Rakyat dilihat berjaya menguasai kerusi-kerusi bandar, Najib akhirnya turun ke Sarawak, mengamalkan pendekatan yang perlu dilakukan. Najib bergerak dari satu bandar ke satu bandar, dari satu tempat ke satu tempat.

Biarpun kalau dibandingkan sambutan terhadap Najib Abdul Razak dengan ceramah DAP agak berjurang, namun tanpa disedari, kehadiran dan pembabitan aktif Najib telah berjaya mengurangkan jurang tersebut. Imej Taib Mahmud berjaya diselamatkan oleh Najib. Janji-janji Najib telah berjaya menambat hati pengundi-pengundi di Sarawak, khususnya di kalangan Bumiputera.

Dan tidak keterlaluan kalau dikatakan, dek kerana pendekatan turun padang Najiblah, PBB berjaya menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi di Sarawak.

Di sebalik ketandusan isu yang dialami oleh Pakatan Rakyat, rakyat Sarawak yang rata-rata menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap Taib Mahmud, terubat dengan pendekatan mesra dan lawatan ramah yang dibuat oleh Najib Abdul Razak.

Persetujuan Najib untuk beberapa projek besar dilaksanakan di Sarawak, turut memberi impak yang sangat besar kepada penduduk, khususnya di kawasan pedalaman. Pengumuman tentang projek menaiktarafkan prasarana di beberapa kawasan yang selama ini kurang diberikan perhatian, disambut baik oleh para pengundi. Hasil yang diterjemahkan adalah kemenangan Barisan Nasional di beberapa kerusi yang dilabelkan sebagai kelabu dan hitam seperti Nangka dan Senadin, sekaligus menenggelamkan isu-isu yang cuba dimainkan oleh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Biarpun pada masa yang sama, Najib turut memberikan peruntukan buat masyarakat bukan Bumiputera yang sangat jelas menolaknya menerusi kekalahan SUPP hampir semua kerusi yang ditandingi kecuali empat kerusi, sebenarnya tindakan Najib itu berjaya mewujudkan rasa selamat di kalangan Bumiputera kerana mereka masih lagi mendapat perhatian daripada Perdana Menteri sendiri.

Pada malam akhir Najib turun berkempen di Miri, tidak sedikit orang yang datang walaupun dua DUN di Miri tumbang kepada DAP. Najib tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana dia telah awal-awal lagi memberi ingatan tentang kewibawaan calon serta kehendak para pengundi namun tidak dipedulikan oleh pimpinan setempat.

Tindakan pantas Najib untuk turun berkempen secara aktif di Sarawak sebenarnya banyak menyelamatkan Barisan Nasional dan Taib Mahmud. Tanpa Najib Abdul Razak, barangkali DAP dan PKR sedang bersukaria di Sarawak sekarang. Tanpa gandingan Najib-Muhyiddin, barangkali petaka besar menunggu untuk membaham Sarawak.

Dan kerana kehadiran Najib jugalah, Pakatan Rakyat cuma mampu menambah 6 kerusi selepas begitu yakin dapat menawan sekurang-kurangnya 40 kerusi sebelum PRN.






3 Komen to KALAU BUKAN KERANA NAJIB….

  1. bangKano says:

    Tok Jib semakin popular semasa kempen PRN Sarawak setelah isu klip video seks heboh di perkatakan umum,kemudian pengakuan PRK membuktikan Tok Jib tak terlibat dalam kes pembunuhan Alantuya. Maka bersemarak lah cahaya kebenaran PM kita untuk melaksanakan dasar mendahulukan rakyat. Tapi Tok Jib jangan terlampau obses untuk mendahului rakyat minoriti. Keutamaan mesti pada rakyat majoriti. Rakyat melayu & peribumi adalah teras komposisi penduduk negara ini mereka lah sebenaq nya rakyat majoriti…!!!

  2. irwanhb says:

    Tidak dinafikan kebenaran itu….tetapi sebenarnya taib mahmud bynk berjasa kpd rakyat sarawak…cuba encik fikir bagaimana seorang pemimpin dr kaum minoriti boleh memacu sarawak dgn jayanya…kaum cina tu cuma termakan hasutan dap….satu masa dulu, sewaktu white rajah memerintah semuanya dibolot oleh kaum ini…tp bila semasa taib memerintah semua kaum merasa kenikmatan dr politik pembangunan beliau…kt tak tahu apa agenda sebenar kaum ini….kita bnyk bersabar saja..

  3. Bibik says:

    Otak korang tak terpikir ke semua tu kerana Allah taala?

Leave a Reply

Threesome