Menu Utama

Dimanakah usaha Pakatan bagi membantu pelajar di Mesir?

Ramai yang susah hati dan juga bimbangkan keselamatan para pelajar kita di Mesir. Ini kerana Mesir kini sedang dilanda pergolakan akibat dari pentadbiran dalaman mereka sendiri. Tapi, syukurlah pemimpin-pemimpin negara kita amat prihatin dan berusaha sepenuhnya bagi membantu menyelamatkan kesemua para pelajar kita.

Untuk menguruskan 11,000 rakyat yang dalam kesusahan di luar negara seperti di Mesir ini, ia bukan satu perkara yang mudah. Ini satu tugas yang perlukan kesabaran dan tindakan amat teliti dari Kerajaan Malaysia.

Tetapi, dimanakah usaha dan juga tindakan pihak pembangkang terutamanya dari Nik Aziz, Anwar dan lain-lain didalam isu pelajar kita di Mesir ini? Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih pada pemimpin-pemimpin kerajaan yang sedang mengatur usaha penyelamat.

Lagipun, dikhabarkan hampir kebanyakan pelajar di sana adalah terdiri dari golongan yang pro pembangkang. Ini menguatkan lagi tanggung jawab parti-parti pembangkang untuk bersyukur dan membantu kerajaan didalam usaha menyelamat.

Jangan hanya asyik nak mendoakan bala dan sibuk mengumpulkan rakyat untuk berdemonstrasi mendesak Presiden Mesir untuk meletak jawatan. Ini bukan masanya untuk tunjukkan kebangangan berpolitik, tetapi sebaliknya adalah masa untuk berkerja demi kesejahteraan rakyat.

Seperti sudah menjadi satu tradisi.., pihak pembangkang hanya tahu menunggu kesilapan dan juga kelemahan pihak kerajaan. Ini semua bagi memenuhi agenda politik mereka untuk mengutuk dan memperlekehkan setiap usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.

Rakyat kini sudah bijak menilai. Rakyat kini sudah mampu membezakan pemimpin manakah yang tahu buat kerja dan yang mana hanya tau bercakap sahaja. Kerajaan Barisan Nasional kini berusaha bersungguh-sungguh untuk selamatkan setiap individu warganegara Malaysia di Mesir.

Sedangkan pihak Pakatan hanya tahu menyalak tanpa melakukan apa-apa bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Apatah lagi untuk mententeramkan kerisauan keluarga pelajar-pelajar kita yang sedang bimbang tentang nasib anak-anak mereka.

Inilah bezanya diantara pemimpin yang tahu buat kerja dengan pemimpin yang hanya pandai bercakap sahaja. Pemimpin kerajaan sudah memikirkan mencari strategi dan cara untuk mengeluarkan serta memindahkan warga Malaysia. Pihak pembangkang pula sibuk bertungkus lumus mengajak orang ramai mengadakan demonstrasi.

Jika diteliti, adakah dengan cara berdemonstrasi seperti yang dilakukan oleh puak Pakatan akan mampu menyelamatkan para pelajar kita di Mesir?

Bukti sudah jelas didepan mata yang pemimpin-pemimpin Pakatan langsung tak tahu berfikir untuk buat kerja. Yang mereka tahu hanyalah untuk menambahkan kesusahan yang ada didalam negara.

Sebab itulah mereka-mereka ini tidak pernah diizinkan oleh Allah untuk menjadi pemimpin utama didalam negara. Puak-puak ini akan hanya membawa kemusnahan jika diberikan kuasa pada mereka. Lihat sahaja contoh dibeberapa negeri yang mereka tadbir sekarang sebagai renungan.






11 Komen to Dimanakah usaha Pakatan bagi membantu pelajar di Mesir?

  1. azizanthewali says:

    kalo najib cerdik …oleh kerana kerajaan takder duit..so suruh lah makhlok kat mesir tu bayar kos tambang untuk balik malaysia..

    • PASDAPLaknat says:

      majoriti penuntut Malaysia di Al-Azhar adalah pentaksub PAS
      mereka cukup stereotaip membenci UMNO
      tp mungkin ini ada hikmahnya
      Allah SWT nk tunjuk
      benci mcm mana pun akhirnya UMNO jugaklah bg bantuan..
      PAS harap main air liur jer..

  2. punai najis says:

    esok tok sami tua akan sembahyang minta kapal terbang ajaib pi selamatkan bakal2 anggota unit amalnya supaya dapat balik mengawal pondoknya.

  3. Santrang says:

    tak boleh salahkan nik aziz dan anwar saja, kita tahu nik aziz , anwar dan lain-lain taiko PR ibarat mahlok dah tak ada jiwa, yang ada hanya dendam kesumat, yang telah meresap kat mulut , otak, telinga dan seluroh anggota badan seperti telah di program untok jalankan peranan mengharu-birukan rakyat dan negara, jadi kita yang masih ada jiwa bertanggung-jawab nyahkan mereka dari persada politik negara.

  4. Mohd_Aimel says:

    Penyokong pakatan rakyat memang jenis manusia tak sedar diri dan tak tau berterima kasih pada kerajaan persekutuan. Kalau kau berkobar-kobar sokong pembangkang, mintak tolong Anwar si peliwat la selamatkan anak-anak kau di Mesir tu.

    Tak tahu malu punya manusia. Kutuk kerajaan kaw-kaw. Bila susah, minta tolong kerajaan jugak. Boleh blah la.

  5. MenantuOrgFelda says:

    pembangkang tumpang nama saja, macam depa ada usaha nak selamatkan pelajar disana…perkara pertama yang dibuat pembangkang ialah memintak husni mubarak meletak jawatan, bukan nak tengok pelajar dulu, bengong punya pembangkang…

    • hidupsehat says:

      samalah macam orang felda bengong jugak.kata ikut sedap gula aje;makan banyak kencin manis le

      • PASDAPLaknat says:

        hidupsehat-hatisakit, ko sakit jiwa ke? atau buta huruf?
        ckp mcm org sasau..
        skrg topik tentang pelajar2 kita yg terancam di Mesir
        yg ko pegi kutuk org Felda apesal?
        ehh tp yela kan balaci2 PR esp PAS masih trauma
        dan tragis dgn kekalahan Cg Mala yg sygi Ajiz tu..
        bodoh punya puak PAS..

  6. […] masa yg sama mereka yg berdemo di kedutaan Mesir itu jugaklah mendesak kerajaan mempercepatkan proses menyelamatkan lebih 11,000 rakyat Malaysia yg […]

  7. XPressMinda says:

    demo lo ni tak serupo mulo…

    he..he.. depa ingat demo sana demo sini tu boleh secara ajaib membawa balik rakyat Malaysia di Mesir kembali ke tanahair kot..

    hancing betul pakatan haprak. mulut saja bunyi kuat, praktikalnya hampeh.

  8. tabuan tanah says:

    Jangan harap lah puak puak Pakatan rakyat nak bawa balik pelajar pelajar malaysia mereka semua bercakap pandai tapi apa pun tara nil mereka takut akan kehilangan sokongan dari pelajar pelajar yg berada dimesir dan di sini ana ingin beri tahu pada pelajar pelajar dimesir sampai dimalaysia jangan lagi dengar cakap cakap puak puak jangut dan jubah ni sepatut nya berterima kasih kepada kerajaan malaysia ia itu UMNO yg banyak membantu anda dimesir nak org pas apa yg mereka bolih buat hanya ceramah sepanjang malam kerja tak buat lepas buat fitnah itu kerja mereka kepada pelajar pelajar malaysia yg berada di mesir sabar ya kerajaan malaysia sedang berusha untuk membawa kamu semu pulang dengan selamat balik nanti tanya puak puak pas doakan lagi kemunsnahan org lain yg dapat bala ada lah kami pelajar yg susah ada lah kami bukan puak puak pas.

Leave a Reply

Threesome