|Laman Utama| MyKMU Forum | MyKMU WebTV | MyKMU Mobile Apps | MyKMU Mobile Site | MyKMU RSS Feed| MYKMU E-MEL: mykmunet@gmail.com
Editor: tengkudin | Diterbitkan pada: 30 January 2011| Kategori: Blog Pemimpin | 2 Comments »

VANEKEM MACHA! POODAH ANVAR!

(Dey Anvar..apa pootar-pooSingh itu novel Interlok; itu Azmin ada panggil saya pariah apa awak ada bikin, ada pekak ke?)

Salam 2 all.

Teman mengucapkan tahniah kepada YB Gobalakrishnan atas tindakan meletakkan semua jawatan dalam parti dan mengisytiharkan diri keluar daripada Parti Kelentong Rakyat sebentar tadi. Perisytiharan yang dibuat oleh YB Gobala di Padang Serai tadi sudah lama teman jangka, malah teman sudah pun membuat kenyataan sebelum ini bahawa beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan kanan PKR akan mengambil tindakan keluar, cuma masa dan cara sahaja yang berbeza.

Teman tidak hairan YB Gobi (panggilan kami kepada Gobalakrishnan) memilih untuk keluar PKR walaupun sebelum ini beliau berusaha keras mempertahankan kedudukan beliau didalam parti. Setiap manusia ada had dan batasan yang boleh diterima, ini adalah nilai sejagat dan kemanusiaan. Masing-masing ada limit, dan bila had itu dicemari, sudah pasti tindakan jelas perlu diambil. Cuma apa batasan dan had itu mengikut nilai masing-masing.

Contohnya YB Dato’ Seri Zahrain, walau pun sudah bersama Anwar lebih 30 tahun, tetapi bila melihat Anwar sekadar menjadi pepatung dan barua kepada Kitsiang & DAP, beliau tidak boleh terima. Sehingga Anwar mengkhianati beliau dengan mengheret beliau ke Jawatankuasa Disiplin hanya kerana beliau mengkritik Anak Laki Kitsiang yang dilihat beliau mengkhianati & menzalimi orang Melayu di Pulau Pinang.

Begitu juga YB Wee Choo Keong, yang merasakan beliau dikhianati apabila pembohongan Anwar mengenai 16 Sept terbongkar. Beliau yang berpegang kepada prinsip memperjuangkan kebenaran merasa terhina untuk terus bersekongkol dengan pembohongan. Tidak saperti Karpal PooSingh yang menyedari pembohongan Anwar itu tetapi sekadar menyuruh Anwar bertaubat dan berundur, YB Wee memilih untuk keluar daripada gejala pembohongan ini.

Begitu juga dengan teman sendiri. Walaupun berbelas tahun bersama dengan Anwar, dan membela dia didalam kes pertuduhan salahguna kuasa dan liwat dahulu (dan tidak dibayar satu sen pun oleh Anwar Ibrahim walaupun ada bapak pembohong yang menjaja cerita kami peguam Anwar dahulu dibayar berjuta tiap seorang), namun bila melihat sendiri Anwar sehingga sanggup menjual agama dan nama ALLAH demi kepentingan politik, teman merasakan ianya sudah melampaui batasan nilai agama dan kemanusiaan yang teman boleh terima.

Cuma teman tidak memilih untuk keluar tetapi melawan mereka habis-habisan kerana ingin membuktikan dan mendedahkan kepada umat & rakyat topeng dan pekung mereka. Dan terbukti apa yang teman sebut itu benar bila Anwar dan partinya dengan sengaja memilih panel jawatankuasa kafir (Kristian & Hindu) untuk membicarakan teman dalam isu kalimah ALLAH. Ternyata rencana ALLAH lebih hebat, dan sejak itu pembohongan demi pembohongan Anwar mula terbongkar. Dan seorang demi seorang wakil rakyat, pimpinan kanan parti dan ahli yang mengambil tindakan keluar.

Pada teman, YB Gobi telah memilih untuk berhijrah daripada kebatilan kepada yang haq, daripada pembohongan kepada kebenaran. Anwar & PKR adalah parti yang bergelumang dengan pembohongan, tipudaya, cakap tak serupa bikin dan segala macam kemungkaran; hanya kerana nafsu serakah untuk memahkotakan diri ke persada Putrajaya.

Cuba lihat apa yang mereka putabelitkan di Selangor. Walaupun mereka tahu mereka tiada jumlah majoriti 2/3 undi, walaupun mereka mengaku perlantikan Datuk Ahmad Khsurin sebagai SUK adalah sah dan mengikut undang-undang, namun mereka teruskan juga sandiwara mengadakan sidang derhaka DUN Selangor. Dan benar saperti yang teman sebut, sekarang mereka memutarbelitkan isu ini dengan berkempen kepada rakyat bahawa pilihanraya akan datang mereka perlu diberi majoriti 2/3 untuk membolehkan mereka beranwarlela memerintah negeri dengan mengikut hawa nafsu mereka!!

Begitu juga bagi YB Gobi. Teman bersama dengan YB Gobi ni bersama berjuang bersama Anwar sejak hari pertama Anwar dipecat. Kami diperdaya kononnya Anwar dizalimi. Dan kami termakan dengan kata-kata itu. YB Gobi pada masa itu adalah Setiausaha Kerja Pemuda MIC, satu jawatan yang cukup kanan. Teman sendiri pada masa itu adalah AJK PAS Perhubungan Wilayah Persekutuan, dan YDP PAS Kawasan. Namun sekarang kami menyedari kesilapan besar yang telah kami lakukan iaitu menerima bohong kelentong Anwar tanpa sebarang soal, apatah lagi untuk double check. Langsung kami tak buat. Apa yang Anwar cakap semua kami terima bulat-bulat. Namun kami bersyukur ALLAH memberikan petunjuk untuk kami kembali kepada jalan yang benar.

Contohnya dalam isu Interlok. Mereka punya memekak dan bising konon novel Interlok menghina masyarakat Hindu, kerana penggunaan perkataan ‘pariah’! Habis satu negara dikelentong dan di api-apikan kaum India supaya bangkit menentang Kerajaan, walhal sebenarnya ianya bukan isu pun, apatah lagi novel itu sudah berada dipasaran sejak tahun 1970an lagi!. Tetapi isu YB Azmin, Timbalan Presiden PKR memaki YB Gobi dengan panggilan “pariah” langsung tidak disebut! Apatah lagi diambil tindakan. Mereka senyap macam khinzir sakit gigi! Inilah politik pootar-pooSingh dan cakap tak serupa bikin yang makin ALLAH dedahkan untuk umat dan rakyat lihat dan menilai sendiri.

Begitu juga dalam isu Karpal PooSingh. Tidak ada manusia yang mempunyai aqal yang waras dan menasabah boleh menerima hakikat bagaimana manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini boleh menerima dan mengambil Karpal PooSingh, seorang kafir harbi yang terang-terang mengamalkan politik machiavelli yang akan menyebabkan Machiavelli pun mati terkejut. Dia yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar, dia yang menjadi peguam menasihati mangsa liwat Anwar (pemandunya Azizan Abu Bakar), dia yang memaklumkan kepada kepimpanan PAS tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga mereka melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi; dia yang mendesak Anwar bertaubat dan berundur bila pembohongan 16 Sept terbongkar; dan dia mengutuk perjuangan menubuhkan negara Islam & perlaksanaan undang-undang Islam PAS dengan kenyataan “over my dead body”!!! Jelas tidak akan ada manusia yang berfikiran waras dan menasabah boleh menerima politik pootar-pooSingh saperti ini!

Teman telah menyebut lama dahulu bahawa PKR ini parti yang akan berkubur dan hancur. Cuma teman tidak menjangka ianya berlaku begitu cepat. Jelas daripada perisyhtiharan keluar PKR baru-baru ini membuktikan ianya melangkaui batasan kaum & agama. Tindakan keluar oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang dikenali sebagai pembawa aliran Melayu sekular & liberal. Tindakan keluar Datuk Jeffrey Kitingan, yang dikenali sebagai taiko Sabah membawa aliran pemikiran non-Muslim dan perjuangan rakyat Sabah. Tindakan keluar oleh Sdr. Ng Lum Yong, antara pengasas PKR (dengan nombor keahlian 0000012) yang membawa aliran pemikiran Cina dan bukan Melayu. Tindakan keluar YB Gobalakrishnan, yang dilihat pembawa perjuangan mayarakat marhaen India dan penganut Hindu. Tindakan beberapa orang ulama’ dan ‘ilmuan Islam yang tidak mahu lagi bersekongkol dengan Anwar (termasuk beberapa rakan rapat dan sahabat karib Anwar sendiri).

Ini semua bukti jelas menunjukkan bahawa Anwar & juak-juaknya sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dan keyakinan yang sangat serius. Pada teman, Anwar bukan saha menzalimi dirinya sendiri, tetapi beliau juga menzalimi umat, rakyat dan negara! Beliau bukan sahaja merosakkan diri sendiri, tetapi menjadi makhluk perosak kepada umat, rakyat dan negara! Beliau bukan sahaja menganiaya diri sendiri, tetapi juga menganiaya umat, rakyat dan negara! Beliau perlu dihentikan, beliau perlu dibuang sebelum negara hancur dek kerana nafsu serakah Anwar yang terlalu ghairah mahu menjadi Perdana Menteri! Berkata benar dan yang haq kepada pemimpin yang zalim adalah satu jihad besar!!

Perletakkan jawatan YB Gobi dan perisytiharan keluar beliau adalah satu isyarat jelas bahawa Parti Kelentong Rakyat ini sudah hancur lebur. Teman tahu ada beberapa orang lagi Ahli Parlimen (termasuk ADUN), kepimpinan kanan parti yang akan mengambil langkah yang sama tidak lama lagi. Masing-masing menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk bertindak sedemikian.

Kepada Anwar, teman cabar beliau supaya letaklah jawatan, berundurlah daripada politik. Terimalah desakan Karpal PooSingh yang menuntut supaya Anwar bertaubat dan berundur. Dengarlah nasihat Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang melabel Anwar sebagai dinasour politik dan dinasihatkan meletakkan jawatan dan berundurlah. Berilah peluang kepada umat dan rakyat negara ini mengorak langkah kehadapan untuk menghadapi cabaran global yang semakin sengit.

Dalam keadaan Putrajaya menghalau pergi, Sg. Buloh menggamit mari; dalam keadaan Bukit Segambut semakin jauh, Bukit Kiara semakin dekat; dalam keadaan negara semakin makmur subur, PKR semakin berkubur; nasihat teman kepada Anwar bertaubatlah sebelum terlambat. Bermuhasabahlah diri. Kesianlah kepada anak isteri dan cucu yang menanti. Ingatlah kepada keangkuhan Fir’aun dan kesombongan Namrud, akhirnya mereka hancur berkecai dihadapan Robbul Jalil! Pintu taubat masih terbuka, bertaubatlah. Berundurlah daripada menjadi makhluk perosak negara. Hentikanla segala sandiwara dan pembohongan pootar-alam ini!

Teman percaya kalau Anwar bercakap secara baik, tidak berbohong dan pootar-pooSingh, mengaku kesilapan dan meminta ma’af kepada rakyat & umat, dan meminta pengampunan atas segala salah-laku, rakyat dan negara boleh memaafkan Anwar; dan teman percaya umat, rakyat dan negara kita bersedia menghantar Anwar ke Makkah dan membiayai perbelanjaan Anwar disana untuk bermuhasabah dan bertaubat nasuha kepada ALLAH!

Kepada YB Gobi, vanekem kedunia Ahli Parlimen Bebas. Semoga perjuangan saudara untuk mengangkat martabat masyarakat India dan meningkatkan maruah kaum akan berjaya. Nandre & vanekem macha!

Nasihat teman kepada YB Gobi, selepas ini mike akan diserang dan dimaki habis-habisan. Mereka akan tuduh UMNO/ BN sudah beli you & bayar RM2juta; mereka akan kata you dulu jual roti sekarang sudah pakai Mercedesz S-Class No. 111; mereka akan kata you ada girlfriend dan ada skandal perempuan, mereka akan kata you ada girlfriend Melayu; mereka akan kata UMNO/BN sudah bayar you punya banglo besar di Kulim Golf Resort; mereka akan kata YAB PM & Datin Sri Rosmah belanja you pergi India baru-baru ini; mereka akan kata you sudah jadi baruah dan pariah UMNO/ BN, maki-hamun dan macam-macam lagi! Nasihat teman ialah buat pekak ajelah. Kita tahu itu semua pembohongan dan tindakan desperado mereka yang sudah lemas mahu hancur. Teruskanlah perjuangan saudara, dan buktikan kepada rakyat dan kaum India terutamanya bahawa PKR adalah parti kelentong rakyat!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
24 Safar 1432
29 Januari 2011

*Nota: insyallah teman akan ke Kaherah & Dubai mulai malam ini sehingga Sabtu 05 Februari 2011 untuk beberapa urusan. Insyallah teman akan cuba update maklumat melalui FB dan Twitter.

Ada 2 Comments setakat ini.

  • Natasya
    January 30th, 2011 at 11:34 PM

    Kalau dah kasta paria tu, paria la jugak. Orang India dari negara India yang dari kasta lain datang ke sini pun tak rela nak bersalaman dengan orang India dari kasta paria di sini.

  • Mohar Mentari
    January 31st, 2011 at 3:43 PM

    Ternyata kelebihan Anwar ialah mulutnya. Kata2 nya. Dia bolih buatkan orang percaya dengan kata2nya yang jelasnya merupakan pembohongan semata2. Ibaratnya dia seorang manusia yang bolih memanggil burung terbang rendah dan memakan makanan ditangan nya.

    Dia jenis orang yang bolih berhutang tetapi lupa dan berlagak seolah2 tak pernah berhutang dengan sesiapa. Kalau lawyer fee pun dia bolih buat tak tahu saja, apa jenis orang macam ni.

    Nak jadi PM ? PM untuk siapa ? Untuk puak2 PKR nya ? Yang lainnya?. Yang tak menyokong nya pun dipaksa mengangkatnya sebagai PM ke ?.

    Harga dirinya diletak serendah2 taraf. Mengamal maksiat tetapi menyalahkan orang lain yang kononya sengaja mendedahkan keaibannya.

    Tak pernah kita dengar orang menetapkan tarikh untuk mengambil alih tampuk kuasa. kecuali lah dia ada bala tentera dibelakangnya untuk melancarkan ‘coup’ / rampasan kuasa.

    Dia tak miliki apa2 Mulutnya saja dan kesanggupan berbohong ketahap maksima. yang lain tak ada.

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.