Menu Utama

Pra-perjumpaan Anwar – Hillary Clinton…

“Partai Keadilan Nasional” sedang dilanda kemelut politik dalaman yang dahsyat. Pemilihan di “ranting” dan “cabang” begitu meriah dengan politik wang, serangan peribadi calon, kutuk mengutuk dan termasuklah aksi “penumbuk terbang” dan “kerusi terbang”! Insiden “lucu” yang menghuru-harakan PKR ini cukup memalukan Anwar dan presiden “puppet”nya, Wan Azizah, yang juga isteri Anwar (“madu” Azmin dll?).

Dan dilaporkan jua bahawa “Secretary of State” Amerika Syarikat, Hillary Clinton akan mengadakan lawatan ke Malaysia. Menurut khabar, Hillary akan turut menyediakan sebuah “slot” dalam lawatannya itu untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim. Berita ini tentunya “mengembirakan” Anwar dan PKR. Bukan senang untuk berjumpa dan berbual dengan orang no.2 Amerika ini! Harapnya, pertemuan Anwar – Hillary ini dapat meredakan kemelut pemilihan PKR buat sebentar…

Sebelum ini, Wan Azizah ada mencuba untuk bertemu dengan Hillary di sebuah dialog Hillary bersama NGO di UIAM. Namun Hillary ternyata cuba mengelak dari bertemu isteri Anwar tersebut. Selepas insiden itu, Hillary hanya “berdiplomasi” apabila mengatakan bahawa beliau tidak tahu Wan Azizah turut berada di dalam dewan tersebut. Padahal cuba bayangkan, takkanlah FBI/CIA tidak tahu bahawa Wan Azizah a.k.a Aung San Suu Kyii versi Malaysia (konon-kononyalah..) turut bersama di dalam majlis itu? Namun untuk ber”basa-basi” terpaksalah Hillary kata “dia tak tahu..”. Kasihan Kak Wan, dia tidak tahu bahawa dia “is not welcome at all by Hillary at that time”.

Kali ini, “kembang semangkuk”lah Anwar apabila Hillary diberitakan berkemungkinan untuk bertemu dengannya di Malaysia. Tentunya Anwar sedang sebok untuk bersedia untuk berjumpa dengan “bekas tuan”nya ini. Tentulah dia sedang sebok mencanang berita ini keliling kampung di segenap ceruk rantau. “Hillary Clinton nak jumpa aku..!!!”, mungkin lebih kurang begitulah canangnya!

Anwar mungkin tidak tahu bahawa Hillary sudah diberitahu oleh “agen-agen”nya bahawa dia adalah “chameleon” di mata negara-negara barat. Selain itu, Hillary juga sudah diberitahu bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin yang rapat dengan kumpulan pengganas dan ekstrimis di Sudan. Anwar dikhabarkan begitu akrab dengan ketua pembangkan di Sudan yang bernama Hassan Al-Turabi di Sudan yang juga terkenal dengan keganasannya yang melampau.

Selain itu, Hillary sudah dijelaskan oleh “agen-agen”nya bahawa Anwar tidaklah di”persecute” (dianiayai) oleh Kerajaan Malaysia, tetapi dia hanyalah di”prosecute” (didakwa) oleh Undang-Undang Malaysia di atas tuduhan “meliwat” untuk kali kedua! Walaupun ejaan dan bunyi di antara “persecute” dan “prosecute” hampir sama, namun maknanya sangat jauh berbeza. Penulis fikir, Hillary tidaklah begitu bodoh untuk mentafsirkan maknanya berikutan bahasa Inggeris adalah “mother tounge”nya sendiri.

Jika Anwar di”persecute” (dianiayai), pastinya Anwar tidak bebas keluar masuk ke sana ke mari. Pastinya dia akan terus merengkok di penjara Sg. Buloh sebagaimana penjara di Guantanamo Bay yang terkenal di Amerika itu. Pastinya Anwar tidak bebas ke luar negara bertemu dengan sahabat-sahabat Yahudinya dan bebas berkempen mengutuk negara diluar sana. Pastinya sikap tidak patriotik dan pengkhianat negara ini begitu senang untuk dinilai oleh Hillary Clinton.

Lagi pula, Kerajaan Malaysia tidaklah sebegitu bodoh untuk menganiaya Anwar dengan tuduhan liwat untuk kali kedua. Kerajaan Malaysia tidaklah sebegitu bodoh untuk melakukan konspirasi kedua sebagaimana yang didakwa Anwar. Banyak lagi cara lain untuk “mematikan” karier Anwar selain dari dakwaan liwat. Namun, oleh kerana “liwat” ini begitu “genuine” dengan Anwar dan kehidupannya, maka Anwar haruslah terima apabila dia didakwa oleh “coffee boy”nya sendiri. Kerajaan Malaysia “malas nak campur”, biarlah undang-undang yang menentukannya!

Menyentuh perkataan “liwat” atau “sodom”, tentunya Hillary mempunyai “sejarah silam” yang buruk yang pernah dialaminya sebelum ini. Skandal suaminya, Bill Clinton dan Monica Lewinski pastinya tidak akan dilupakan seumur hidup. Hillary bukanlah seperti Kak Wan yang sanggup “yes dear” pada suaminya. Hillary dikhabarkan pernah meminta suaminya untuk mengaku dan akhirnya suaminya mengaku jua perlakuan “sumbang”nya itu.

Namun, pernahkah Wan Azizah mengakui kepada dunia bahawa suaminya juga terlibat dengan aktiviti “sumbang”? Hillary pastinya bersedia untuk berjumpa seorang yang “sama jenis” seperti suaminya. Cuma Anwar ini lebih hebat sedikit berbanding suami Hillary kerana skandal Anwar adalah dengan seorang lelaki!

Pada penulis, Hillary pastinya sudah cukup bersedia dengan informasi mengenai “sesumpah” dari Malaysia ini. Hillary pastinya “ampuh” dengan De Facto yang “putar alam” ini. “Lidah berbelit” Anwar pasti tidak dihiraukannya. Jika Hillary memberi komen positif pun, mungkin itu hanyalah “courtesy” dari Hillary sendiri. Padahal seluruh dunia sudah tahu siapa Anwar sebenarnya! Itu hakikatnya.






14 Komen to Pra-perjumpaan Anwar – Hillary Clinton…

  1. hamPAS NYoir says:

    Al-juburi “king of spin” …seluruh dunia dah tahu…

  2. Siamang Gagap says:

    Usaha Kerajaan dalam menjelaskan isu ini berjaya. Tidak sia-sia Yb Dato JJ dihantar sebagai Duta Khas ke New York. Jika dahulu Pak Lah gagal menangani perkara ini disebabkan nasihat yang salah. Sebab Itu seboleh mungkin Anuwar menyerang segenap penjuru DS Najib sebelum dan selepas beliau dilantak sebagai PM. Sebelum ini, usaha Anuwar dengan mempengaruhi Pak Lah untuk tidak melantik DS Najib sebagai TPM hampir berjaya. Mujurlah ahli UMNO cepat sedar usaha ini dan usaha berterusan dari DR M serta rangkaian forumer serta blogger tak putus-putus mendedahkan kepincangan serta kerjasama Pak Lah dengan Anuwar.

    • 3036 says:

      Anwar keluar jek dari penjara sg buloh.. ko tau kan sapa yg bekejar2 bagi passport kat ANUar? kalau bulan si K*** tuh.. geram btol aku.. Dulu aku hormat jugak pade ANUar nih.. tapi sekarang, my ASS laa.. aku totally lost-respect pada orang2 yg nak menghuru-harakan Negara nih..

  3. Gen2FeldaJohor says:

    nuar !!! hang jangan dok senyum dapat jumpa mak menakan hang tuh…hang kena ingat !!! yg.mengundi nanti adalah rakyat Malaysia, buka yahudi amerika yg.hang dok jilat tuh…

  4. 3036 says:

    Aku rase.. Hillary pun malas nak ‘layan’ DSAI nih..
    DSAI ni tak habis2 nak jadi perosak Negara jek..
    ader baik nye dia kluar je dari Msia nih kalau dia tak puas hati dgn Negara nih

  5. Gullit says:

    hakikat sokongan anwar semakin pudar… harap rakyat dapat menilai siapa anwar ibrahim… bangkai hidup harus dihapuskan dalam bumi malaysia….

  6. Darth Anwar says:

    Adakah artikel ini merujuk kepada lawatan Hillary yg dah selesai tu? Kalau yg tu, kalau tak silap, memang Hillary tak hingin pun jumpa dengan Nuar. Gila bayang je la Bung Nuar nak berdating ngan Hillary.

  7. Liwat terlalu synonim dengan Anwar kerana itu lah amalan nya dari dulu. Suatu hari aku dikedai photostat untuk buat binding satu bahan literature. Datang seorang anak muda ” Tolong buat copy, Anwar style” katanya pada pekerja kedai itu. Tanpa berlengah pekerja itu tadi menyambut I/C yang dihulur olih anak muda itu dan buat copy depan dan belakang saperti diminta. Ini menunjukan betapa synonim nya Anwar dengan style depan dan belakangnya sehingga menjadi gurauan yang bukan lucu tetapi mengaibkan.

    Malangnya ini lah manusia yang duijadikan idola dan icon segelincir kunmpulan. Yang nyata mereka mereka ini buta hati dan buta kisah silam.

    Terlalu banyak yang telah diperkesahkan mengenai insan yang bernama Anwar ini. Tetapi dia tetap berdiri disitu dengan angan angan nya dan jiwa berkobarnya.

    Walau apa pun kesudahan nya, dia tetap ciptai sejarahnya sendiri ditanah air dia. Sejarah yang diciptanya iualah sejarah aib. Peliwat yang berkulit tebal.

    ka

  8. Ini sama macam kes orang sesat dalam hutan. Sudah 2 bulan dia sesat tak berjumpa manusia. Tiba tiba pohon kayu bergoyang dia pun beri harapan bahawa seorang manusia sudah sampai. Manusia dalam missi mencari dan menyelamat dia.

    Tiba tiba dari pohon bergoyang itu muncul badak sumbu. Maka kepada badak sumbu itulah dia mula mengadu yang dia tersesat. Sudah 2 bulan tak makan nasi, tak itu tak ini. Walau pun dia sendiri tahu tak ada apa yang badak sumbu bolih buat untuk menolong dia.

  9. abgsudin says:

    dia dapat jumpa ke tidak? kalau dapat jumpa pun, apa sangat yang boleh dibuat amerika, nilai hubungan perniagaan antara 2 negara lebih bernilai dari anwar seekor

    • Gen2FeldaJohor says:

      betul tu…apalah nilai anuar di mata amerika sekarang nih? kosong !! anuar dah tak ade nilai untuk US supply sokongan dan wang ringgit…Tinggallah nuar di sungai buloh kelak selamanya supaya negara ini kembali aman dan maju.

  10. mrSkundel says:

    Anwar ini telah dididik untuk pandai berpidato sejak dari bangku sekolah lagi.

    Jadi kita boleh lihat mengapa Anwar ini pandai sangat memberi ceramah.

    Dulu Dr Mahathir bawa dia masuk UMNO kerana ketika itu UMNO memerlukan seseorang yang petah bercakap iaitu ketika UMNO vs Semangat 46 dimana PAS mengambil peluang untuk meraih undi di Kelantan

    Selain daripada petah bercakap apa lagi yang Dato Seri Anwar Ibrahim boleh lakukan? Sila beri komen anda

Leave a Reply