KONSPIRASI SYAITAN I & II

Oleh: tengkudin (November 1st, 2010) [Blog Pemimpin][5 Comments »]


Salam 2 all.

Saya lampirkan kenyataan YB Dato’ Seri Zahrain dan kupasan beliau mengenai “Konspirasi Syaitan” untuk memberi kuasa autonomi kepada kepimpinan DAP Pulau Pinang, dan perjanjian memberi jawatan Menteri Besar kepada DAP di Negeri Sembilan dan Perak. Begitu juga jawatan TPM akan diberi kepada kepimpinan DAP.

Apa yang perlu diperjelaskan ialah strategi yang disepakati adalah untuk kepimpinan DAP meletakkan calun-calun Melayu yang bersedia menjadi badut dan balaci DAP didalam pilihanraya akan datang dikerusi DUN dan Parlimen. Inilah pengajaran yang kepimpinan DAP dapat semasa mereka terlepas peluang menjadi MB Perak bila didapati walaupun mereka menang lebih kerusi daripada PKR dan PAS, tetapi terpaksa menerima hakikat calun mereka tidak boleh menjadi MB Perak kerana undang-undang tubuh hampir kesemua negeri mewajibkan Menteri Besar mesti Melayu.

Jadi kali ini mereka akan pastikan seorang dua calun Melayu akan diletakkan dikerusi yang selamat untuk bertanding dibawah bendera DAP. Dan calun-calun inilah yang akan menjadi MB mewakili DAP. Di Pulau Pinang, calun Melayu mewakili DAP akan diletakkan bertanding dikerusi selamat DAP untuk menjadi exco menjaga hal ehwal Islam. Kita sedia maklum Majlis Hal Ehwal Islam mempunyai harta simpanan dan tanah waqaf yang besar dan bernilai ratusan jutaan ringgit. Malahan kepimpinan DAP telah belajar daripada penolakan calun mereka untuk menjadi Pengerusi MAIPP oleh YDP Agong. Dengan exco Melayu daripada DAP, maka mudahlah mereka untuk mengatur strategi dan langkah mereka keatas kebajikan dan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang.

Begitu juga jawatan TPM dari DAP. Ini telah diisytiharkan sendiri oleh Anwar Ibrahim yang bersedia menawarkan jawatan TPM kepada DAP. Tetapi mereka tahu umat Islam bangsa Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai TPM. Beliau antara cauvinis dan rasis paling teruk yang pernah sejarah negara saksikan. Maka seorang dua calun Melayu akan diletakkan bertanding dibeberapa kerusi selamat Parlimen dibawah bendera DAP. Jika mereka menang pilihanraya umum, maka langkah sementara ialah melantik calun Melayu ini sebagai TPM untuk memenuhi kuota DAP, dan keadaan ini dibuat sehinggalah keadaan tenang dan stabil, atau setelah mereka sudah benar-benar mencengkam kerajaan persekutuan, maka barulah tembelang mereka mahu meletakkan Kit Siang sebagai TPM akan dilaksanakan. Masa itu nasi sudah pun menjadi bubur bagi umat Islam bangsa Melayu!

Dan DAP akan memainkan kempen kononnya kerana menghormati bangsa Melayu maka mereka akan meletakkan calun-calun Melayu bertanding dibawah bendera DAP. Ini kononnya akan membuktikan DAP bukan parti cauvinis atau rasis. Maka sudah pasti akan ada segelintir orang Melayu, terutama badut-badut Anwarinas didalam PAS akan berkompang sakan memuji-muji langkah DAP meletakkan calun Melayu, dan mereka akan mendabik dada bahawa inilah bbukti DAP sudah dikuasai oleh kalipah ‘Umar Guan Eng!! Yang mereka tidak tahu ialah kepimpinan DAP dan PKR sedang bermain sandiwara dan silap mata. Kelak nanti akan terbongkar tembelang mereka, dan masa itulah barulah golongan badut ini akan ternganga!! Na’uzubillah min zalik.

Apa yang saya dan rakan-rakan lain cuba dedahkan disini ialah dalam semua percaturan politik sempit dan kotor diantara kepimpinan PKR dan DAP ini, PAS langsung diketepikan. Kepimpinan PAS sebenarnya banyak tidak mengetahui yang sebenarnya mereka sedang diperkudakan. Dan bertambah malang kerana terdapat beberapa segelintir dikalangan kepimpinan PAS yang qiblat dan wala’ mereka bukan kepada YB Tuan Guru Haji Hadi, tetapi kepada orang lain! Mereka inilah sebenarnya makhluk perosak yang akan menghancurkan PAS hanya kerana nafsu serakah mereka mengimpikan kerusi empuk Putrajaya yang dijanjikan kepada mereka!

Dan pendedahan YB DS Zahrain mengenai pandangan Anwar terhadap kepimpinan PAS di Pulau Pinang adalah bukti tentang bagaiaman PAS hanya sekadar menjadi kuda tunggangan sahaja bagi Anwar dan juak-juaknya untuk mencapai cita-ctanya merampas Putrajaya. Mengapa Anwar terlalu beriya-iya nak jadi PM saya pun tidak tahu. Adakah kerana untuk menutup masalah peribadinya saperti yang didedahkan oleh orang lain saya pun tidak pasti. Apapun, akhirnya nanti yang akan ternanga ialah PAS sendiri, sebagaimana terkedunya PAS bila mereka langsung tidak diberi sebarang kedudukan didalam barisan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walaupun PAS hanya ada seorang sahaja wakil rakyat iaiatu YB Ustadz Salleh Man (Permatang Pasir).

Sebenarnya apa yang telah terjadi Pulau Pinang, itu jugalah yang bakal terjadi di Persekutuan kelak. Nasihat saya kepada sahabat dan rakan didalam PAS, janganlah jadikan PAS parti yang melukut ditepi gantang. PAS sebuah parti yang besar, dengan keahlian yang ramai, jentera yang mantap dan petugas yang sangat komited. PAS boleh berjaya sendiri insyallah dengan bantuan ALLAH, selagi PAS memenuhi syarat untuk mendapat nasrullah, pertolongan ALLAH.

Saya sangat bersimpati dengan ahli bawahan dan akar umbi PAS yang sedang diperdayakan oleh badut-badut ingusan Anwarinas ini. Ahli akar umbi PAS ini sebenarnya ikhlas dan komited dalam perjuangan mereka. Ramai yang saya temui diperingkat akar umbi semasa ceramah dan kuliah disurau masjid tiap hari  yang melahirkan kekhuatiran mereka dengan hala tuju dan perjuangan PAS sekarang. Bagi saya mereka sepatutnya bersuara dan tidak menerima dengan membisu seribu bahasa. Jangan nanti bila nasi sudah menjadi bubur barulah kita nak bersuara. 

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

24 Zul Qaedah 1431

01 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ANWAWR ANGGAP PAS TIDAK PENTING-DATO’ SERI ZAHRAIN

Oleh ZABRY MOHAMAD

PULAU PINANG 30 Okt. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai merupakan salah seorang dalang dalam ‘konspirasi syaitan’ antara parti itu dan DAP.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketika menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, Anwar pernah menasihatkan beliau dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin supaya tidak memberi ruang kepada Pas.

Menurut Zahrain, Anwar menganggap Pas tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang, justeru, para pemimpinnya tidak perlu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Anwar pernah berpesan kepada saya dan Fairus supaya jangan layan sangat Pas kerana Pas bagi Anwar tidak penting di Pulau Pinang.

“Kata Anwar, di Pulau Pinang kita kena jaga DAP.

“Sebab itulah Pas tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri dan Pas hanya diperkudakan saja oleh PKR dan DAP,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.

Zahrain menambah, selain Anwar, ‘Keluarga Lim’ yang terdiri daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai turut menjadi dalang perjanjian PKR-DAP berkenaan.

Jelasnya, beliau tidak hairan ketiga-tiga pemimpin tersebut merupakan orang yang mengatur perancangan itu kerana mereka mempunyai matlamat peribadi.

“Saya percaya ini bukan kerja parti, tapi individu tertentu.

“Ramai dalam PKR dan DAP sendiri pun tidak tahu. Isu ini melibatkan Anwar dan Keluarga Lim, memang mereka yang mengaturnya,” ujarnya. – Mingguan Malaysia

KENYATAAN YB DATO’ SERI ZAHRAIN (layari blog beliau zahrainmp.blogspot)
Di-atas ialah kenyataan saya yang di-terbitkan Mingguan Malaysia pada hari ini.

Tujuan saya hanyalah untuk menyatakan situasi sebenar disebalik mainan politik kumpulan pembangkang dalam negara ini.

Mainan politik kotor yang di-dalangi segelintir manusia yang bergelar pemimpin ini harus diketahui ahli dan penyokong mereka, terutamanya yang warak dan setia di-dalam PAS dan PKR.

Walaupun saya pasti pada ketika ini ahli dan penyokong kedua-dua parti ini sudah mula tertanya-tanya akan pendirian pemimpin mereka, terutamanya berhubung tindak-tanduk parti chauvinist Cina DAP yang jelas anti Bumiputera, Melayu dan Islam.

Kepercayaan ahli dan penyokong PAS dan PKR mula merosot sejak kebelakangan ini kerana pemimpin mereka menghalakan segala yang haram demi kepentingan politik semata-mata.

Saya membuat pendedahan mainan politik kotor mereka, terutamanya yang berlaku di Pulau Pinang, kerana mahu penyokong dan ahli PAS serta PKR sedar akan perkara sebenar.

Pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Noordin, tentang wujudnya pakatan syaitan bukanlah sesuatu yang tidak berasas.

Saya amat pasti pakatan syaitan ini wujud kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup lakukan APA SAHAJA untuk mencapai cita-cita beliau – untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika Anwar Ibrahim sanggup BERBOHONG KEPADA SELURUH NEGARA BERKENAAN SEPTEMBER 16, tidak mustahil Anwar Ibrahim yang sama sanggup “menjual” Pulau Pinang kepada Lim Kit Siang dan keluarganya menerusi DAP.

Jangan ada di-kalangan kita rakyat Malaysia yang berpendapat ini hanyalah ‘mainan politik Zahrain atau Zulkifli Noordin” menentang Anwar Ibrahim. Saya ingin menegaskan bahawa pendedahan ini adalah demi masa depan negara bangsa yang kita cintai.

Janganlah kita alpa dengan mainan politik kotor puak ekstremis yang di-dalangi seorang pemimpin yang telah lama tersungkur akibat tabiat buruk-nya sendiri.

Janganlah kita alpa yang hilang Pulau Pinang, seperti kita kehilangan Singapura pada suatu masa dahulu dan yang terkini Pulau Batu Putih.

PKR kini di-ambang kehancuran. Rebutan kuasa di-antara golongan Reformis dan puak Sosialis yang kian hangat akan hanya menjerumuskan parti keluarga itu ke liang lahad.

Reformis yang benar-benar berjuangan sejak penubuhan Parti Keadilan lebih 12 tahun yang lalu tidak mungkin menyerahkan segalanya kepada puak Sosialis yang di-taja DAP.

PKR akan hancur berkecai tidak lama lagi, tetapi yang amat penting bagi orang Melayu dan umat Islam ialah supaya ahli dan penyokong PAS sedar akan mainan politik kotor Anwar Ibrahim dan keluarga Lim Kit Siang.

Ada di-kalangan pemimpin tertinggi PAS yang mungkin sedar akan agenda jahat DAP ini namun mereka se-olah terpaku kerana peranan Anwar yang sungguh licik dan rapat dengan puak Erdogan dalam Pas.

Yang menggelarkan diri mereka Erdogan pun sebenarnya adalah tali-barut Anwar dalam Pas yang sebenarnya bergelar ANWARINAS.

Pemimpin PAS yang masih berpegang kepada ajaran Islam dan perjuangan sebenar parti mereka harus bangkit menyatakan pendirian mereka berhubung ‘Pakatan Syaitan” ini.

Janganlah imej PAS di-warnai satu atau dua pemimpin yang meloncat dan menjerit seperti kera kena belacan di Parlimen dan menyambut segala yang di-lontarkan oleh Anwar dan DAP.

Ahli dan penyokong PAS yang masih bersama-sama Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang harus bangkit menentang golongan yang ber-Presiden-kan individu lain yang rakus ingin menjadi PERDANA MENTERI.

Jangan korbankan agama, bangsa dan negara ini demi nafsu politik semata-mata.

Oleh Zulkifli Noordin pada 2:51 PM 0 komentar
Label: ,

(Gambar hiasan tiada kena mengena dengan artikel ini. Semoga To’ Guru berjaya menyampaikan seruan tauhid kepada Lee Kuan Yew)

Salam 2 all.

Nampaknya pendedahan saya berkenaan “Pakatan Syaitan” untuk memberi kuasa autonomi kepada kepimpinan DAP di Pulau Pinang jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum akan datang telah mendapat respon yang sangat memberansangkan.

Ramai juga rakan-rakan daripada PAS yang melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan itu, walaupun mereka telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan DAP khususnya di Pulau Pinang.

Walaupun ada segelintir badut-badut ingusan PAS yang taksub dengan Anwar cuba menafikan dan mula memaki hamun, namun mereka gagal memberikan jawapan yang menasabah, selain maki hamun dan memfitnah sana sini. Saya hanya nak tanya satu soalan kepada badut-badut ingusan ini, kalau Anwar boleh membohongi mereka dengan “Konspirasi 16 Sept” dan mereka boleh telan hidup-hidup, apakah Anwar tidak boleh membohongi mereka dalam perkara lain.

Saperti beberapa rakan dari PAS Pulau Pinang yang sudah mula sedar dan menghantar soalan kepada saya, mana janji nak melantik YB Ustadz Salleh Man (ADUN PAS-Permatang Pasir) sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, janji yang ditabur semasa pilihanraya kecil dahulu. Tanya mereka, takkanlah seorang ADUN PAS pun tidak boleh diberi jawatan Exco menjaga hal ehwal Islam. Ini hal ehwal Islam Pulau Pinang diberi kepada orang yang langsung tidak ada kelayakan dalam hal ehwal Islam!! Takkan itu pun badut-badut ingusan Anwarinas ni tidak nampak! Atau mereka sengaja membuatkan mata mereka kepada kebenaran hanya untuk memuaskan nafsu serakah politik sempit mereka!!

Apakah kita mahu menunggu sehingga nasi menjadi bubur. Pada saya kepimpinan DAP hari ini adalah kepimpinan yang paling rasis, cauvinis dan berfikiran paling sempit, dengan agenda jelas mereka untuk mempercinakan Malaysia ini dan mengenepikan Islam dan Melayu dibumi Tanah Melayu ini! Lihatlah sejarah. Kaji balik dalang disebalik peristiwa 13  Mei. Lihat kenyataan dan maki hamun mereka terhadap bangsa Melayu. Baca sendiri lapuran Mageran bertarikh Okt 1969 maka kita akan tahu isi hati perut puak-puak cauvinis ini. Melainkan kita memilih untuk membutakan mata kita kepada sejarah hanya untuk agenda nafsu kita sendiri, wallahua’lam. 

Janganlah dek kerana agenda politik yang sempit, kita menggadai habis segala prinsip dan perjuangan kita. Janganlah sampai generasi akan datang meludah dikubor kita kerana keghairahan kita mahu menduduki kerusi empuk Putrajaya!

Tepuk dada tanyalah iman.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

24 Zul Qaedah 1431

01 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Kenyataan YB Tan Tee Beng-Ahli Parlimen Nibong Tebal)

P. Pinang pelopor perjanjian rahsia?

BUKIT MERTAJAM 31 Okt. – Perjanjian rahsia antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP terutama menyentuh soal agihan kuasa autonomi politik bukan sesuatu yang mustahil kerana bayangan mengenainya sudah berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, jika dilihat senario politik terutama di Pulau Pinang, dominasi DAP begitu ketara sehingga rakan-rakan pemimpin parti pakatan pembangkang lain terutama Pas tidak diberi peranan sewajarnya.

“Lihat sahaja di Pulau Pinang apabila DAP dilihat begitu kebal dan tidak boleh disentuh langsung. Pandangan rakan-rakan dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak dihiraukan malah yang mengkritik dituduh pula sebagai pengkhianat.

“Keadaan sama boleh dilihat di Perak sebelum ini apabila walaupun Pas memegang kerusi menteri besar, peranan dan teraju pentadbiran negeri dimainkan oleh DAP sehingga Pas dilihat sekadar menjadi boneka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan kewujudan perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu, jelasnya, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu juga, dakwa Zulkifli, turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri dimenangi parti tersebut.

Tee Beng berkata, walaupun realitinya kepimpinan kerajaan negeri terdiri daripada gabungan pakatan pembangkang, keputusan daripada segi dasar dan tindakan adalah didominasi DAP.

“Ketika dalam PKR, saya dan rakan-rakan merasai sendiri pengalaman apabila kita membuat teguran terhadap DAP, maka pemimpin atasan minta kita bersabar, bersabar dan bersabar seolah-olah minta kita tutup mulut dan mata. Tetapi sampai bila?,” tegasnya.

Ada 5 Comments setakat ini.

  • abgsudin
    November 1st, 2010 at 10:31 PM

    kita memang percaya akan kewujudan perjanjian syaitan ini melihatkan kepada pengaruh PAS yang semakin merosot dan pengaruh DAP yang semakin menaik…kalau benar, memangla si anwar tu pengkhianat besar.

  • takbai
    November 2nd, 2010 at 2:42 PM

    dah lebih dua tahun bersekedudukan antara PAS dan DAP tetapi tak ada seorang pun pemimpin dari DAP yang dah memeluk Islam. hanya dengan beri gelaran ‘kalipah’ saja…………cakap kosong.

  • Kamal_Azlan
    November 2nd, 2010 at 5:44 PM

    PAS berkawan dengan syaitan yang lebih bijak dalam menipu PAS. Itulah orang bodoh jadi makanan orang cerdik.

  • hafiz
    November 10th, 2010 at 4:37 PM

    sapa yang beri gelaran kalipah tu..org2 sengal dalam kelompok dia je kan..tau ke dia apa makna khalifah..itu kena soal ngan koNIK nAJIS..dia tau jawapan tu cuma atas desakan kerakusan nak memerintah dia sanggup bersekedudukan ngan komplot menghina islam..

Who Linked To This Post?

  1. Pededahan Panas: Konspirasi Syaitan Pakatan Pembangkang | peraktoday.com

Apa Pendapat Anda ?, Komen disini!

© MYKMU.NET. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. MyKMU.NeT theme by Jebon.