Menu Utama

October, 2010

 

Manifesto Batu Sapi: Pembangkang Hanya Tahu Cakap

Kebelakangan ini PKR dan DAP masing-masing ada kecenderungan untuk melancarkan manifesto parti masing-masing setiap kali ada pilihanraya kecil yang melibatkan mereka.  PAS pula tidak begitu walaupun dicanang yang PAS juga adalah sebahagian daripada komponen Pakatan Rakyat.  Sibu, Hulu Selangor dulu  dan Batu Sapi sekarang, masing-masing PKR dan DAP telah melancarkan manifesto yang kononnya janji yang akan dilaksanakan mereka jika berjaya memenangi kempen pilihanraya itu. Sebagai contoh, ketika di Sibu, calon DAP (kini Ahli Parlimen Sibu) Wong Heng Leng melancarkan manifesto sendiri yang majoritinya meniru apa yang dilaksanakan oleh kerajaan DAP di PulauBaca Lagi


PAS meRasuah di Galas!!!

Akibat ketandusan isu, PAS mula menabur wang “rasuah”, atau dalam bahasa PAS ianya disebut sebagai “wang sumbangan” atau “sedekah”! Pada pengundi luar di Galas, sila berjumpa Datuk Wan Rahim (Penasihat Jentera PRK DUN Galas) dari kem PAS untuk mendapatkan “habuan” masing-masing. Kalau anda pengundi dari dalam Galas pun, mengaku sajalah bahawa anda dari Kuala Lumpur, mana tahu ada “rezeki”. Siapa nak beri RM200-RM250 secara percuma?! Penulis difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkata bahawa “habuan itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954Baca Lagi


Coret coret PRK Dun Galas

Galas 30 Oktober 2001, Calon BN Tuan Abdul Aziz dan Isteri sebentar tadi telah mengadakan lawatan di hospital gua musang bersama sama dengan rombongan puteri UMNO yg diketuai oleh puan shahanim naib ketua puteri UMNO Malaysia. Sambutan yg diterima oleh Calon wakil rakyat BN ini bergitu ramah dan hargai oleh semua orng yg berada di sana…


PAS PAHAM KE ERTI “HAK KEISTIMEWAAN” NI?

DES : Nak tergolek bila baca portal online fitnah nombor satu  PAS yang menulis Kelantan pertahan hak istimewa Orang Asal. Paham ke dia tuh erti sebenar HAK KEISTIMEWAAN? Paham ke dia Perkara 153? Kalau bangsa dia sendiri pertahankan hak keistimewaannya, dia kata itu adalah satu tindakan yang sempit pemikiran dan ketinggalan zaman. Malah menyokong puak-puak haramjadah yang lain yang mempersoalkan perkara yang sama! Sekarang ni dia nak tegakkan hak-hak keistimewaan Orang Asli pulak dah dan dalam masa yang sama merobek kepercayaan mereka dengan menabur janji-janji manis yang kosong. http://pilihan-anda.blogspot.com/2010/10/pas-paham-ke-erti-hak-keistimewaan-ni.html


Suara Keadilan Fitnah DS Rosmah

Suara keadilan yang sekarang menghadapi pertuduhan fitnah dalam isu Felda Bankrap, hari ini membuat fitnah baru pula apabila menuduh isteri Perdana Menteri DS Rosmah Mansur sebagai menggunakan peruntukkan untuk PERMATA dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diadakan dari 12 hingga 14 Oktober. Dalam tajuk “Rosmah Guna Duit Permata Anjur Sidang Wanita Pertama?”, edisi online Suara Keadilan memetik kenyataan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang mendakwa sebanyak RM24 juta telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut yang mengumpulkan seramai 15 Wanita Pertama, enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri. Daripada mana Zuraida memperolehiBaca Lagi


Air: Kedah, PP Dan Selangor Kenapa Berbeza?

Sama ada sedar atau tidak, ada persembahan wayang kulit yang dimainkan masing-masing oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, Pulau Pinang dan Selangor berhubung isu air. Isunya timbul bila kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menaikkan harga air sehingga 44% dan Pulau Pinang sebanyak 25% pada September atas alasan kenaikan tersebut adalah ditentukan oleh kerajaan pusat, bukan oleh kerajaan negeri. Ia menunjukkan seolah-olahnya kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak mempunyai kuasa dalam mnentukan turun naik harga air di negeri yang diperintah masing-masing. Tapi bagaimana pula kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh menahan kenaikan harga air daripada berlakuBaca Lagi


Edisi Dedah : Kerajaan PAS Kelantan Semakin Terlondeh !

Oleh MIM TEAM Foto yang menunjukkan barisan lori-lori yang penuh muatan balak di sekitar Kelantan telah membuka mata ramai orang. MIM telah mempersoalkan kehadiran lori balak yang sangat banyak di artikel sebelum ini. Ia mendatangkan pelbagai persoalan yang perlu dijawap oleh Nik Aziz dan kerajaan PAS Kelantan. Dalam masa yang sama, banyak pendedahan tentang penindasan dan kezaliman PAS Kelantan terbongkar. Di bawah adalah satu lagi pendedahan oleh blogger Gelombang Wangsa Maju. Di antaranya:- http://novandri.blogspot.com


Galas: Hantu PAS Sudah Mari

Telah dijangkakan sebelum ini PAS yang semua orang tahu ketandusan modal untuk berkempen telah mula memainkan isu pengundi hantu.Dalam entri Pisau sebelum ini PAS sudah merancang untuk mengunakan isu pengundi hantu .Klik Sini Haprak Daily Akhbar Lidah Bercabang PAS telah mula memainkan persepsi kononnya UMNO akan mengunakan pengundi hantu apabila tibanya hari mengundi. http://www.pisau.net


Jangan kutuk


Antara RM 111 juta Permata dan RM 200 juta Subsidi Air Selangor

Oleh Ab Jalil Backer Mentaliti primitif dan bersifat hasad dengki mungkin frasa yang tepat bagi menggambarkan sikap Pakatan Rakyat yang sibuk memburukkan Datin Seri Rosmah Mansor dan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA). Permata ditubuhkan dengan niat yang murni untuk membantu memberi satu model pendidikan awal kanak-kanak yang lebih sofistikated, teruji dan mampu mengembangkan minda anak-anak Malaysia terutama yang datang dari keluarga orang miskin. Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.Baca Lagi