Menu Utama

WAN AZIZAH TIDAK PERCAYA KEPADA FIRMA ZAID IBRAHIM & CO : ISU SAMAN AKHBAR SUARA KEADILAN

Akibat menjolok sarang tebuan Akhbar Suara Keadilan disaman oleh FELDA dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holding dengan nilai tuntutan RM200 juta. Notis tuntutan saman juga telah pun difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2010 lalu.

Daripada sumber yang saya perolehi Notis Tuntutan tersebut telah pun diterima oleh pihak-pihak defenden seperti Presiden PKR Datuk Dr. Wan Azizah, Syed Hussin Ali, Pencetak dan Penerbit Akhbar Suara Keadilan. Saya juga dimaklumkan kesemua defenden ini telah pun melantik peguam bagi mewakili mereka.

Yang menjadi kemusykilan, saya dimaklumkan bahawa Presiden PKR Datuk Dr. Wan Azizah dan defenden lain tidak melantik firma Zaid Ibrahim & Co untuk mewakili beliau. Adakah ini tindak balas oleh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan melawan Presiden PKR Selangor, Azmin Ali yang juga merupakan Setiausaha Sulit Kepada Anuar Ibrahim?

Siapa pun firma guaman yang mewakili Presiden PKR dan defenden yang lain…….see you in court!!!






4 Komen to WAN AZIZAH TIDAK PERCAYA KEPADA FIRMA ZAID IBRAHIM & CO : ISU SAMAN AKHBAR SUARA KEADILAN

  1. Mohd_Aimel says:

    Tidak percaya atau takut firma Zaid & Co mengetahui lebih banyak kepincangan dalam PKR?

  2. MenantuOrgFelda says:

    keadilan ada ramai peguam yang boleh wakili mereka di mahkamah. kalau tak silap aku, firma zaid ni adalah lebih kepada keparat (corporate), bukannya pakar dalam hal-hal saman menyaman ni semua.

  3. mantoya says:

    zaid baru masuk pkr dah nak jadi presiden…masuk umno cuba nak ganti muhyiddin ke najib ke…nak kena penendang boleh le….org lain lebih lama jadi ahli pun tak gila kuasa mcm ko…pirahhh mabuk,,,

  4. Muthu says:

    Jangan itu macam macha, kasi muka sikit la sama itu Latuk Zaid. Kalau dia jadi Presiden PKR pun ada canteek juga sebab dia manyak wang ooo. Nanti penyokong PKR pun boleh kaya raya. Setakat RM 100,000 setiap penyokong dia boleh kasi punya. Lagipun, dia punya stail ada gentleman juga sebab berani mengaku kesalahan dan kelemahan. Dia baru mau naik lu worang sulah pancung sama dia,,,,, ayooo manyak susah ooooo ini macam. Dia bukan bodek punya kaki,,, itu pasal lu worang manyak binci sama dia. Bangang and bengong betul laa lu worangggg

Leave a Reply