Menu Utama

UMNO punca kelemahan melayu dan Islam?

Oleh Che Wan

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menuduh bahawa UMNO lah yang menjadi punca kepada kelemahan melayu dan Islam. Dalam satu kenyataannya didalam media pro pembangkang, Saifuddin telah memberikan dua alasan untuk menyokong tuduhannya tersebut.

Pertama, pengikut setia Anwar Ibrahim ini mendakwa UMNO telah meluluskan lesen-lesen perjudian didalam negara. Baginya, ini merupakan sebab utama mengapa melayu yang beragama Islam didalam negara ini lemah kerana terdedah dengan hasil aktiviti perjudian.

Selain itu, kenyataan Saifuddin ini juga bermaksud bahawa kerajaan yang ditunjangi UMNO mengaut hasil haram dari premis-premis perjudian dan lain-lain untuk membiayai segala perbelanjaan didalam negara.  Maka, mengikut pandangan Ahli Parlimen PKR ini, UMNO lah yang bertanggung jawab melemahkan bangsa melayu serta menodai kesucian Islam.

Keduanya, Saifuddin telah menuduh UMNO mengabaikan Sekolah Agama Rakyat dan menarik balik segala bantuan kepada sekolah tersebut pada zaman pemerintahan Tun Mahathir.

Dengan tuduhan terbaru Saifuddin ini, saya berani menyifatkan dia sebagai seorang ahli politik yang tak matang dan juga kurang berakal.

Didalam isu Sekolah Agama Rakyat (SAR), apakah Saifuddin sedar bahawa  SAR adalah sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam. SAR juga tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri.

SAR adalah berbeza dengan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). Ia juga berbeza dengan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan.

Sebelum ini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pendidikan telah memberi bantuan perkapita kepada semua SAR. Ini dibuat selaras dengan peruntukan Seksyen 52 Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan Menteri Pendidikan menghulurkan sumbangan kepada mana-mana institusi agama Islam walaupun persendirian.

Tetapi terdapat banyak aduan bahawa pihak yang mentadbir SAR telah mensia-siakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang berbentuk kewangan, kebendaan dan pembiayaan kursus-kursus latihan. Prestasi pelajaran di SAR juga amat menyedihkan akibat pentadbiran sekolah yang lemah, kualiti guru yang rendah dan prasarana yang daif.

Selain itu, Terdapat juga SAR yang telah berubah menjadi institusi politik apabila PAS menguasai sekolah terbabit melalui guru-guru yang mengajar politik melebihi dari mahu mengajar subjek keagamaan.

Inilah yang menyebabkan bantuan kepada SAR dihentikan. Dan kerajaan telah berusaha menyerapkan SAR dan juga guru-gurunya ke Sekolah Agama  dibawah pentadbiran Kementerian.

Bagaimanapun, maklum balas daripada pihak SAR sendiri menampakkan bahawa SAR lebih cenderung untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak mahu menyerahkan pentadbiran SAR kepada kerajaan seperti yang dilakukan di SJKC dan SJKT.

Didalam hal sumber haram dari perjudian dan juga arak di negara ini, Saifuddin nyata tidak cerdik kerana menuduh UMNO sedemikian. Apakah pemuja Anwar ini sedar bahawa Nik Aziz sendiri telah mengeluarkan fatwa pada 1992 mengenai “penghalalan” penggunaan hasil haram termasuklah judi dan arak di Kelantan?

Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan.Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?Nik Aziz – November 1992

Jadi segala tuduhan Saifuddin berkenaan hasil judi atau arak adalah ibarat umpama meludah ke langit sahaja. Semuanya berbalik kepada dia sendiri akibat politik dangkal yang cuba dimainkan untuk memburuk-burukkan UMNO dan kerajaan.

Dengan segala penjelasan di atas, adalah mustahil Saifuddin sebagai seorang yang dilantik menjadi Ahli Parlimen tak mengetahui dan menyedari semua ini.

Ternyata dia sengaja berniat jahat untuk merendahkan imej UMNO dan juga kerajaan dengan dakwaan-dakwaan yang tak berasas apabila menuduh UMNO sebagai punca kelemahan melayu dan Islam didalam negara.

Yang sebenarnya, PAS dan pembangkang lah menjadi punca semua permasalahan dikalangan bangsa melayu dan juga umat Islam! Perbuatan PAS melacurkan agama demi politik serta PKR memperjudikan hak bangsa melayu demi kepentingan Anwar, tak akan mampu dimaafkan untuk selama-lamanya!






55 Komen to UMNO punca kelemahan melayu dan Islam?

  1. dkds says:

    dah barai dan terkantol isu pemberian wang kepada fakir miskin dengan wang judi, mulalah nak salahkan UMNO…nampak sangatlah tidak cerdik berpolitik dalam mematahkan hujah, inilah pemimpin yang ada dalam Pas, PKR malah DAP sendiri.

    Malulah , dalam mengutuk mengeji dan menghina …..tangan kanan menerima hasil judi…tapi tak apa, Pas dah tentu akan mengatakan DAP tak tahu islam tak reti islam , tak salah menggunakan wang judi…tapi hakikatnya selama berbelas tahun mereka bersama takkan la sekelumit ajaran islam tak tahu….jgn lupa DAP dan PAS bersama dari awal 90an…

  2. SP Kedah says:

    Biasa la depa bawa isu2 murahan macam tu….kalau isu berat2 pencacai pas dan pkr mana nak faham…tujuan dia supaya mudah bagi pencacai depa canang sana sini….

  3. Anak Johor says:

    Yang kita pelik nya si NASHUSHON MP IMPORT Machang NI tidak pula berkata begini ketika menjadi ahli umno.

  4. MenantuOrgFelda says:

    semua UMNOla, macamla saifuddin dulu bukan asal UMNO. nak gelak pun ada dengar pembangkang cerita hal judi, macam hampeh je..

  5. Shah says:

    Anwar menggunakan duit Magnum melalui Dato’ Nalla untuk merasuahkan Melayu hingga boleh Melayu menjadi lemah, dengki dan pecah belah. Ini semasa Anwar melawan Tun Gafar Baba. Rasuah terlalu peringkat yang tinggi membuat Melayu khayal dan lupa asal usul perjuangan UMNO

  6. Kamal_Azlan says:

    Bukan. Pemimpin Parti Ajaran Sesat yang lebih suka berkawan dengan syaitan yang direjam dari bergabung sesama Islam adalah punca utamanya.

    • umngok says:

      oii barua isreal…kau punye statment mmg geng kelapa lembu la beb….PENJILAT jubur isreal kau rupa nye….kau ni mmg betul2 BARUA ISREAL.laknatullah

  7. AnakKedah says:

    alahai..puak2 Munafik nih..
    balik2 salah UMNO..
    PKR PAS buat apa untuk Islam?
    Putaq belit ja pandai… last2 org lain juga xbetoii..
    PAS tulah sebenarnya PEROSAK MELAYU DAN ISLAM

    • MercurY says:

      ..dah itu je yang mereka tahu..
      Hidup mereka hanya tau menabur fitnah je..
      PAS/PKR – adalah Melayu yg tidak mempunyai kesedaran..

  8. pakyeop says:

    PENGARAH PERPECAHAN ISLAM SEMALAYSIA JATUH KEPADA ABDUL HADI
    PENGARAH PERPECAHAN MELAYU SEMENANJUNG JATUH KEPADA ANWAR BRAIM
    PENGARAH TERSOHOR MERANGKAP BAPAK PERPECAHAN ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA? JATUH KEPADA NICKY AJIZZ . CELAKO CELAKO CELAKO…

  9. HamPAS Nyoir says:

    saifuddin nasburung tiong buat lawak bodoh pulak… nak putar belit isu LGE.. pergi mampuslah dengan parti PKR tu

  10. Sampan Tua says:

    Hidup Melayu..
    UMNO/BN adalah pembela Melayu agar kita tidak ketinggalan..
    PR akan melakukan mcm2 tuduhan demi meraih undi..
    PR terkenal sebagai pemutar belit fakta!
    PR sentiasa menyemarakkan sentimen yang menyebabkan Melayu berpecah!
    PKR/PAS sesungguhnya buta-hati.. mereka sanggup menggadai maruah Negara!

  11. matahati says:

    Ini semua angkara peninggalan makhluk perosak yang bernama Anuar Ibrahim semasa jadi TPM…..tangkap dia.

    • Sampan Tua says:

      Sebab itu laa dulu terhasilnya buku, “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM”..
      Terima kasih kpd yang menulis buku ni.. kalau tak.. semua org takan kenal siapa DSAI yg sebenarnya.. Cuba kita bayangkan kalau DSAI ni jadi PM dibawah Kerajaan BN selepas Tun M bersara..Ya Tuhan.. pasti habis laa Negara ni tergadai, dan berada dibawah pengaruh Barat!! Liberal katanya~ Org mcm DSAI ni hanya perosak bangsa.. Semoga beliau ditunjukkan hidayah dari Allah, agar tidak lagi memecah-belahkan masyarakat harmoni yang telah lama terbentuk dibumi berdaulat ini..

  12. Gen2FeldaJohor says:

    senang je nak jadi pembangkang nih….tak payah kerja dan dibolehkan tidur lena….segala masalah rakyat, kawasan,bangsa dan negara SALAHKAN umno…bila rakyat semua marahkan umno, depa dapat undi free..DEPA PERCAYA TSUNAMI SELALU TERJADI !!!

  13. kembong says:

    siafuddin nasution cakap pasai judi? keh keh keh dulu dengan pak syeikh minta sumbangan Genting untuk Yayasan Gerak Bakti apa cerita?

  14. Muhammad says:

    Saifuddin Nasution tu budak suruhan anwar aljuburi utk merosakkan UMNO….ilmu politik masih cetak…

  15. UmnoOver says:

    Orang bahalul macam dia yang taknak berfikir memang akan sentiasa mencari publisiti murahan serta menyalahkan orang lain (Umno) dalam segala hal.

    Pergi bakar Harakah la lagi bagus. Harakah = agen perosak minda Melayu.

  16. umngok says:

    pas bina masjid…umngok roboh masjid

  17. umngok says:

    satu kompani yg halalkan judi…sembahyg n puasa bile nk diharamkan?…

  18. umngok says:

    utusan meloya.?..berita hairan.?…dh ramai pun yg lahir ank luar nikoh…buang ank pun ade..

  19. umngok says:

    kau ade ank dara ke. Gen2..jaga la baik2….bukan susah nk halang…first…hukum syariat diutamakan …tu saja…kau org ingat pas xambil kisah ke pasal hal2 cmni……? kau silap…..skrg pula dh ade sekolah utk org2 hamil….hehehe…masih xphm lg..

    • PASDAPLaknat says:

      Woow…pencacai PAS dh citer bab ‘syariat’ smulaa..

      demo ni bodoh la PASNGOK.. sekolah untuk orang hamil tu solution segera daripa beranak tepi2 longkang buang bayi tkberdosa tu..bertambah2 dosa mereka. PAS hanya cakap PANDAI BODOH!!
      DI Kelantan Negeri Serambi Zina, plg dhsyt dlm rekod..bunuh bayi secara bakar pastu buang dlm tong sampah.. dan yg terkini buang dlm tangki najis..isi bayi tu tersiat2 nampk tulang..amat pilu melihatnya..
      so apa tindakan penganut2 PAS?.. org PAS mana kisah pasal Islam pun..klu dh benar perjuangan Islam..marah sgt UMNO xIslam..cpt2la laksanakan penerapan Islam di negeri2 PR..tp hampehh kan.. menipu je lebih..salahkan UMNO dr sblm merdeka sampai harini..korang org PAS buat ape? ceramah2 bodoh tu je? dgr hasutan..fitnah..putar belit hukum..???
      yg sbnrye xsbr2 nk rebut masuk Putraja nak kebasss harta negara..lame sgttggu xbuleh2 msok lg..

      ORANG PAS >> SULUH LE MUKA KORANG DALAM TEMPURUNG DULU

    • raplahjingaa says:

      hukum syariat ?? hehe….hadi si tua kutuk kata….hukum Islam hanya 0.0001% drp Islam….hang cerita apa ni….tu la hari-hari dok nga-nga mengadap harakah…otak hangpa pun jadi merekah…

  20. umngok says:

    kau baru sedor dr tido Gen2….rumah aku pun kene roboh jgk….dtg la trgg

    • PASDAPLaknat says:

      rumah ko kena roboh sbb ko tu duk cara HARAM kot..
      sbb ajaran PAS semua cr yg HARAM..
      mcm PAS duk dgn DAP ler..PAKATAN HARAM..
      peniaga Melayu Penang kena roboh org PAS sekor pn xde halang..
      padan muke le umah ko kena roboh.!!

      ORANG PAS >> SULUH LE MUKA KORANG DALAM TEMPURUNG DULU..

      • umngok says:

        org umngok…tgk cermin sebijik cm ISREAL laknatullah…..ala..bisaa geng2 katak la duduk bwh tempurung….kau ni geng kepala lembu ke..atau kau diupah sebagai BARUA kpd isreal…mengaku je la kau tu BARUA3X..yg diliwat oleh geng2 yahudi

  21. aljubry says:

    mungkin penyokong PKR masih muda, dan tidak kenal orang2 yang banyak melakukan kerosakan dalam UMNO dan barisan Nasional. Terima kasih kepada penulis buku “50 dalil..”, terima kasih juga kepada karpal singh dan mat sabu

  22. veterenUMNO says:

    dah 53 tahun UMNO memerintah melayu dpt apa? x sampai 30% kekayaan negara yg dimiliki melayu. Kita jgn lupa UMNO adalah parti terbesar di malaysia yg mengamalkan rasuah

    • SallehKamilSingaPork says:

      ishhhh..tak baik cakap lagu tu. kalau lagu ni baru betul ” KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG TAPI HANG KOT YANG RASUAH LEBIH” jangan marah nanti kena jual naa..

      • matbusy says:

        Tp baru 2 tahun lebih sikit maa…bg depa sampai 50 tahun baru boleh kata dulang paku serpih…budak pun 2 tahun baru nak tatih…yg 53 tahun tu jgn kata kat orang lg..perbetulkan apa yg org kata…jgn dengki lo…hanya nasihat…cobaan

    • PASDAPLaknat says:

      Uish..tk betul tu..
      RASUAH Kerajaan Miskin PAS Kelate dhsyat jgo weii.. tero demo miskin tuhh..
      rasuah balak Lojing, Machang, lesen meniago, tender MPKB, KOHILAL.. Krjn PAS Kelate dhsyat tu, anok buleh sama, menantu pun boleh sama, bapok buleh semuo2 laah….Lojing berjuto2
      sb btu nik ajis maleh nk turn jd MB..nnt kantoii..
      klu pegang Krjn Pusat..mau botak Banjaran Titiwangsa..di kerjakan puok2 PAS nih..

      so skrg ni DAP plak kasi jalan…KEBASSS JE..JUDI pun JUDI lah..

  23. stonekol says:

    Saya amat menyokong Sek Agama Rakyat (SAR) ini di tarik balik wang pembiayaan. Kerana:

    1. Mereka lebih cenderung kepada politik lebih daripada keagamaan

    2. Mendidik untuk membenci orang lain

    3. Berkonsepkan taliban ala Afghanistan

    4. Guru² mereka hanya tahu menanamkan sifat benci terhadap kerajaan yang memerintah atas alasan² pembangunan dan kemajuan teknologi

    5. Tidak menggunakan wang sepatutnya tetapi menyalah gunakan telah menyebabkan SAR kelihatan DAIF

    6. Kebanyakkan mereka yg terlibat dalam pentadbiran SAR ini berkahwin lebih dari satu- kononnya mengikut sunah. Jadi anak² dara yang masuk SAR ini senang terpengaruh untuk berkongsi suami..hahaha

    • PASDAPLaknat says:

      bgus2..satu pendedahan berguna..
      SAR tu asalnye mulia dn baik untuk didikan anak2..
      tetapi PAS ni pelacur agama..mn ada ruang dia akan sesatkn..
      SAR telah di jadikan ‘markaz tarbiah’ PAS untuk doktrinkn kebencian kepada UMNO/ Kerajaan yg diselit2kan semasa pengajaran..
      Pengajian Syariah lebih ditekankan berbandinh Tassawuf dan Aqidah kerana tassawuf dan Aqidah tidak selari dengan PAS..
      Feqh lebih ditekakn sebagai modal untuk tumbngkn UMNO sbb org UMNO dikatakan tidak berilmu dan berhukum dgn Islam..jd org UMNO akan gagal berhujah dlm bab ni..

    • raplahjingaa says:

      yup…orang beragama sesat pas ni….depa ambil sunah nabi bila kena kat depa….bini mesti lebih pada satu..kawin cerai, kawin cerai….tak cukup kat malaysia ni depa pi recce kat combodia…bab tu depa ni memang A….bab tu aje laaa….hehe…

      • AnakKedah says:

        bloq/paper depa ckup byk iklan ubat kuat..tak habih2..18X ja keja..
        tu jd nafsu syaitan tu..

      • 3036 says:

        wahahahaha.. org2 PAS ni memang bingai.. Nafsu mau kuat.. hariharimau 😛
        Bab nikah banyak bagi laa kat depa!!..lepas tuh anak bersepah sana sini.. tak terjaga, pastu jadi matrempit/bohsia. Bile anak2 jadi mcm tuh, depa salahkan UMNO pulak hahaha. Stended laa set2 depa ni kalau sembang mesti mau kemas! After that, depa bertopengkan Agama. Kata ikut sunnah.. tapi bile ko tengok balik.. semuanya ikut nafsu!!!! Rasulullah SAW menikahi Saudah, adalah seorang janda berusia 70 tahun dengan 12 orang anak!! Jom kita pi tanya org2 PAS bingai ni.. brani depa kawen dgn pompuan 70 tahun?? haha memang tak la kan.. kalau boleh depa nak ayam muda set2 17 gitu! haha

  24. umnototok says:

    saifuddin bukan main kuat menyalak sbb ada jawatan dlm parti petualang Melayu, tapi kena ingat rakan2 dlm PR bila dpt kuasai negeri bila menghentam org Melayu sendiri bagai tak cukup mulut, ketawa berdekah2 org DAP – TAPI bila rakan2 DAP dok buat sesuatu yg bertentangan dgn prinsip perjuangan bangsa dan agama masing2 bercawat ekor – tak bermaruah. Pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar, asyik nak tegakan benang basah…

Leave a Reply