Menu Utama

Setpol MB Kedah memang bodoh!

Kemelut balak di Kedah semakin kalut diperkatakan oleh rakyat. UMNO Kedah menyerlar pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah yang gagal memantau aktiviti pembalakan yang menyebabkan banjir lumpur baru-baru ini. Akibat kerakusan “pak-pak lebai PAS” itu “merompak” hasil balak negeri Kedah dengan sesuka hati dan tanpa pemantauan secara teliti, kampung-kampung di sekitar Teloi telah dilanda banjir lumpur.

Teguran UMNO Kedah ini telah di”jawab” oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor. “Budak” Sanusi ini dengan bangganya memberitahu umum bahawa projek balak tersebut telah diluluskan pada 25 Ogos dan 9 November 2005 lagi, maksudnya dibawah pemerintahan BN. Kerajaan PAS Kedah hanya meneruskan saja projek itu dan BN harus di”pertanggungjawab”kan dalam hal tersebut.

“Budak hingusan” ini juga menerangkan bahawa masih ada 4 blok lagi kawasan pembalakan dibawah perjanjian itu yang masih belum diusik atau ditebang. Dia juga menberitahu bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah tidak dapat membatalkan kontrak pembalakan tersebut memandangkan pihak Kerajaan Negeri enggan membayar balik “premium” pembalakan tersebut.

Pada penulis, jawapan yang diberikan oleh Setpol MB Kedah ini hanyalah “jawapan untuk melepaskan diri” dari tanggungjawab sebenar. Jawapan Sanusi ini tidak menjawab sama sekali persoalan UMNO Kedah. UMNO Kedah mengecam Kerajaan PAS Kedah kerana “GAGAL MEMANTAU AKTIVITI PEMBALAKAN”, dan bukan siapa yang meluluskan atau tidak meluluskan. Takkanlah itu pun Sanusi tak boleh faham?

“Gagal memantau aktiviti” dan “siapa meluluskan projek balak” adalah dua perkara yang berbeza. Kita tahu bahawa UMNO yang meluluskan projek itu sejak tahun 2005 lagi. BN Kedah selama ini begitu ketat memantau sebarang projek pembalakan dengan kerjasama pihak Jabatan Perhutanan agar aktiviti itu tidak membahayakan ekosistem dan kampung-kampung di sekitar kawasan pembalakan tersebut. Kerana pemantauan yang ketat itulah maka tiada banjir lumpur yang berlaku sebelum ini.

Kerana kerakusan dan terlalu memikirkan cara untuk memenuhkan kocek PAS Kedah untuk PRU-13 akan datang, maka aktiviti pembalakan ini tidak dipantau oleh pihak PAS Kedah apabila mengambil alih pentadbiran negeri ini. Jika memantau pun, jelas sekali PAS Kedah tidak punya pengalaman dan pengetahuan tentang pembalakan sehingga menyebabkan banjir lumpur berlaku di kawasan sekitarnya. Jika benar pemantauan dilakukan dengan ketat, adalah sangat mustahil untuk bencana ini berlaku kecuali dengan izin Allah.

Apakah Sanusi “buta” tentang persoalan yang dilontarkan UMNO Kedah ini? Atau Sanusi sengaja membuat “spin” untuk memperbodohkan rakyat Kedah yang sudah teraniaya? Membalak sesuka hati dan tidak ambil peduli tentang bencana yang bakal menimpa rakyat. Mungkin Sanusi beranggapan bahawa segala permasalahan ini boleh di”divert”kan kepada BN Kedah kerana telah meluluskan projek ini pada tahun 2005? Ternyata Sanusi ini bodoh dan cuba lari dari persoalan sebenar.

Penulis mendesak sekeras-kerasnya pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah agar menghentikan projek pembalakan ini buat sementara waktu untuk mengawal kembali keadaan hutan yang dibalak secara tidak bersistem ini. Tauke-tauke balak ini telah memperbodohkan pihak yang bodoh dan tidak berpengalaman seperti Sanusi ini. Demi rakyat Kedah, hentikanlah buat sementara. Itupun jika Kerajaan Sanusi ini punya “telor” untuk berhadapan dengan tauke-tauke balak tersebut.

Usahlah kerakusan mengkembungkan poket sendiri ini menggadaikan nasib penduduk-penduduk kampung yang majoritinya beragama Islam dan berbangsa Melayu ini. Usahlah terus diperbodohkan oleh tauke-tauke Cina dan meletakkan nasib bangsa kita dikampung-kampung sebagai galang gantinya. Jika perkara ini tidak dilakukan, tunggulah pembalasan dari Allah. Doa penduduk kampung yang teraniaya dan dizalimi itu lebih maqbul berbanding pemerintahan yang zalim dan bodoh Muhammad Sanusi itu!






9 Komen to Setpol MB Kedah memang bodoh!

  1. AnakKedah says:

    Sapa memerintahpun..tokeh2 cina juga untung besaq..
    itulah bodohnya politik Melayu..
    rosak alam sekitar..rosak agama..rosak negara…
    entahlah.. kepada siapa lg boleh diharap..

  2. pakyeop says:

    SETPOL DENGAN MB KEDAH SAMA SAJA.. SAPE YANG XKENAL DGN MB KEDAH..ORANG CAKAP .. DIA BUAT BODOH JER ..TU MEMANG PERANGAI MB KEDAH..BUKAN TAU BUAT KERJA PON..

  3. […] Setpol MB Kedah memang bodoh! | Gerbang Tempur Maya MYKMU […]

  4. MenantuOrgFelda says:

    dari dulu pun style kerajaan kedah ni aku tgk memang playsafe je memanjang…terlalu playsafe sangat pun tak boleh ooii..

    lulus satu hal, pantau satu hal lain, kerajaan negeri kena ada cooperation dengan jabatan hutan la…itu maksudnya mahadzir khalid tu..bukan tanya sapa lulus ke tidak.

  5. Ikan Puyu says:

    Biasalah…bila ada kuasa sikit mula la perasan cerdik…sebab cakap depa selalu masuk suratkhabar…malulah sikit sebab ramai lagi rakyat kedah yang lebih cerdik…

  6. Kamal_Azlan says:

    Baguslah sebab tebang balak secara berleluasa. Nanti kalau semua sungai jadi keruh dan kotor pun biarkan saja. Macam di negeri Cik Siti Wan Kembang.

    • chaca says:

      agak-agak la maner la peginya karam singh walia yer..kalau dulu semua tempat diterjah.siap pantun2 sekali .sekarang nie senyap la pulak..sampai abis semua balak kene tebang..

  7. rimau jantan says:

    Itulah dia SETPOL MB Azizan Razak. Dahlah bodoh sombong dah tu pula bangang sebangang bangangnya. Orang soal lain, dia jawab lain. Macamana MB Azizan boleh lantik dia jadi SETPOhL dia?. MB Azizan pun apa kurangnya, bodoh sombong juga malah lebih bangang dari SETPOL dia?. Pendek cerita dua-dua sama bodoh sombong dan bangang. Harap pakai serban melilit setebal 1 kaki tapi dalam otak tak ada akal nak pikir!!!. Sahlah, memang MB Azizan, MB Khalid Gagap dan SETPOL Azizan bodoh sombong dan bangang tak bertempat…Hahahahah!!!. Maaf cakap kalau bahasa aku ni kasar buat mereka yang bergelar YB Bangang!!!.

  8. Nuriman says:

    Dalam perjuangan keikhlasan dan ketelusan akan terpancar sekiranya semua itu wujud dan lari dari hati yang benar-benar ikhlas. Apa yang kita nampak setelah beberapa tahun menerajui negeri sebenarnya keikhlasan dan ketelusan yang diluahkan dulu adalah sekadar dimulut dan bukan keikhlasan yang benar-benar telus. Siapa orang melayu yang tidak setuju sekiranya mereka benar-benar buat seperti apa yang mereka janji, malangnya apa yang mereka lakukan adalah amat tidak membela dan berpihak kepada pembelaan nasib rakyat secara keseluruhannya dan orang melayu khususnya. Kalau kerajaan dulu mereka mendakwa membela dan memberikan keutamaan kepada taukeh2 dari kumpulan tertentu. Kawan mereka sekarang semua taukeh2 cina yang kaya raya dan orang melayu cuma menjadi alat sementara dan akan dibuang macam sampah bila matlamat mereka tercapai. Taukeh2 cina dari seluruh pelusuk malaysia, berulang alik berdamping dgn mereka. Sikap dan karektor mereka semua dah berubah dan sudah tidak lagi seperti baru-baru masuk memegangkan kuasa, dah buka dada dan mula bercakap tinggi dan tidak lagi mempunyai adap seperti seorang dari parti islam. Projek apa yang ada, yang ciput pun mereka nak habuan.. Apakah ini perjuang? kalau ada keikhlasan tak akan sehingga seteruk itu… Mereka boleh bagi dgn kuasa mereka dan mereka boleh rampas menggunakan kuasa yang ada.. Belas kesian langsung tak ada.. Mereka amat kejam dan tidak berhati perut dan kawan-kawan mereka juga adalah dari golongan melayu yang tidak berhati perut dan cuma mengagungkan taukeh2 cina yang menggunakan mereka.. Tetapi mereka tidak sedar kerana pada mereka semangat melayu, perjuangan yang ikhlas dan demi bangsa dan agama adalah pura-pura dan hati mereka hanya hidup dan terus berjuang untuk kayakan diri dan cina yang rapat dgn mereka. Banyak yang boleh dikorek tetapi kita harab mereka sedar….

Leave a Reply