Menu Utama

Seronoklah Khalid dapat “mambang” baru..!!!

Khalid Ibrahim baru-baru ini telah mendapat “mambang baru” di dalam koleksinya. Berikutan jawatan setiausaha politik Khalid yang dilepaskan Nik Nazmi baru-baru ini, maka lekas-lekas Khalid telah melantik Faekah Husin mengisi kekosongan hatinya, eh silap..mengisi kekosongan jawatan tersebut. Amboi Khalid! Sudah ada “dua”, nak pasang “tiga”kah? Bila lagi nak pasang “empat”? Namun Faekah ini boleh tahan juga orangnya, sekurang-kurangnya tidaklah seteruk “makcik” Zuraidah…

Belum pun memanaskan kerusi jawatan tersebut, Faekah sudah mula tunjuk “taring kucing betina”nya. Faekah dengan sombong meminta Dato’ Seri Khir “menutup mulut” dari terus menyerang Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor. Belum apa-apa lagi sudah memberi “warning” kepada Dr. Khir? Sudah buang “tebiat” ke apa? Bukankah itu tugas Ketua Pembangkang di Selangor? Dr. Khir hanya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pembangkang Selangor, salahkah? Jika Dr. Khir tidak serang Khalid, beliau nak serang siapa lagi? Takkanlah Dr. Khir nak serang En. Awang Mahmud jual cendol kot? Sudah itu kerjanya, takkanlah Faekah tak boleh faham? Takkanlah Dr. Khir nak diamkan diri sebagai Ketua Pembangkang dan makan gaji buta di Selangor? “Come on lah bebbb..sporting la sikit!”

Faekah mendakwa bahawa sekiranya Dr. Khir berterusan menyerang Khalid dan kepimpinannya di Selangor, ianya hanya akan membuka pekung di zaman pentadbiran Dr. Khir dan akan memalukannya kembali. Pada saya, perkara ini tidak timbul kerana Dr. Khir tahu setiap langkah yang beliau lakukan. Takkanlah Dr. Khir begitu bodoh untuk menyerang isu yang mampu “back fire” serangannya? Dan saya percaya, Dr. Khir adalah seorang yang berani dan sedia bertanggungjawab bagi setiap serangan dan dakwaannya. Setiap dakwaannya sebelum ini ditanggung sepenuhnya oleh Dr. Khir walaupun terpaksa menangani penganiayaan sehingga membawa penggantungannya di sidang DUN Selangor selama setahun. Apa yang Faekah tahu tentang tanggungjawab politik seperti ni? Baru setahun jagung, sudah besar kepala…

Siapa Faekah? Faekah adalah seorang bekas peguam yang agak berjaya di firma guamannya, Faekah & Chong. Menurut Faekah, dia mampu menjana pendapatan sebanyak RM1.5 juta setahun. Dia memiliki beberapa buah rumah dan juga memiliki kereta mewah yang dibeli dari hasil kerjayanya sebelum ini. Namun kerana Khalid, Faekah sanggup menjual kereta mewahnya dan melepaskan pegangan dalam firma guamannya. Demi “abang” Khalid, Ekah rela…

Mengapakah Faekah sanggup melepaskan kerjayanya yang mampu menjana pendapatan sebanyak RM 1.5 juta setahun dan memilih untuk menerima pendapatan untuk hanya sekadar Jawatan Utama Sektor Awam kelas C? Bukan mudah untuk meninggalkan pendapatan dan kedudukan seperti itu. Namun, di atas alasan “abang” Khalid tidak mahu Ekah memegang sebarang konflik kepentingan, Ekah akur dan terpaksa menurut. Wajarkah perbuatan ini? Wajarkah Khalid menafikan jerih kepayahan Ekah menjana pendapatan mewah dan hidup selesa? Kenapa perlu dijual kereta mewah milik Ekah? Pada saya, perkara ini lebih kepada “taat setia yang membuta tuli” dan menafikan hak individu.

Nasiblah Faekah “jatuh kepangkuan” abang Khalid. Namun saya ingin menasihati Faekah, adalah tidak manis bagi pasangan bukan muhrim untuk berdua-duaan ke sana dan ke mari. Hati-hati dengan “permainan” Khalid Ibrahim. Latar belakangnya di TNB bukannya elok sangat pun. Khalid pernah dibabitkan dengan “skandal” di PNB dahulu. Mungkin sebab itu maka ada pihak yang meletakkan kamera “gedabak punya besar” di dalam bilik Menteri Besar yang gagap itu. Pada saya, Faekah kena lebih berhati-hati dengan Khalid Ibrahim ini. Jika terpaut hati, maka Khalid akan tersenyum lebar kerana menambah cawangannya yang ketiga. Saya kira Faekah sememangnya rela bermadu, bukan?

Apa-apa pun, saya perlu mengucapkan selamat bertugas kepada Faekah. Cuma pesan saya, nasihatilah boss anda dahulu sebelum berbicara tentang orang lain. Betulkan dahulu gaya percakapan Khalid Ibrahim kerana ramai yang kurang faham dengan percakapannya yang tersekat-sekat, malah ada yang kurang sabar dan macam nak “tempeleng” saja muka Khalid untuk melepaskannya dari derita sindrom “gagap”. Baru saja masuk medan perang, Faekah sudah sumbang langkahnya. Baru saja Faekah masuk bertempur, sudah berbau busuk mulutnya. Baru setahun jagung, ada hati nak suruh orang diam??? Sedarlah diri tu sikit Faekah oiii…!






16 Komen to Seronoklah Khalid dapat “mambang” baru..!!!

  1. Adamyan says:

    aku rasa Ekah ni lagi mari daripada muka jantan yang jadi bini barunya tu…kira tak malulah nak bawak ke majlis…

    Ekah hari ni pun keluar statement nak selesai masalah kamera cara politik. Apa tu, tak paham?

    samalah bodoh, bos bodoh, secretary pun kayu

  2. mnorkembalak says:

    Nasi lemak buah bidara lah kata kan, best dan bergetah wooo… untung bang khalid.

  3. Gen2FeldaJohor says:

    biasalah muka baru akan cepat tunjuk taring…bila Dr.Khir balas dan balun balik nanti,,,,,nangis lah diaaa.,,tunggu abg.khalid cover dan pujuk

  4. tengkudin says:

    jangan dia gesel gesel udah la..camne dia bergesel dengan EXCO SUNDAL Selangor Eli tu..heheh

  5. madirPencen says:

    MMG DASAR PENCACAI UMNO….!!!!
    UMNO MENJADI BRTAMBAH BUSUK DENGAN KELUCAHAN ANDA SEMUA….
    SUDAHLAH PARTI PERKAUMAN YANG MAKIN DIMAMAH USIA..
    AJALMU MAKIN TIBA
    DI PRU KE 13…..
    NANTIKAN ……

    • zumazorey says:

      tak payah cakap tengok aja.. si bodoh macam kau ni apa pun akan ikut aje si gagap tu .agaknya kalau di katakan taik tu boleh makan kau orang pertama yang akan buat resipi penyedapn taik sebab nak sokong si pengor macam si khalid gagap tu . mandirpencen aku bagi nama baru kat kau la ek.. SI MONOPOSSS

  6. HAMpas nyoir says:

    “bang khalid burung gagak” pun ramai yang berkenan…boleh tahan jgk orgnya…boleh buat kolesi bini ke 3 pulak bang kalid burung gagak…teruskan usaha mu si khlid gagak… bior hancur selangor ni…

    • tengkudin says:

      Korek Sampai Selangor Berlubang (KSSB)…ye bang kalid….
      Kalid dapat pucuk muda..korek bang kalid..kasi korek ye..hahahha

  7. abu says:

    tiada apa yang boleh di dibincangkan dari penulisan di atas

  8. IslamCountry says:

    org melayu memang tak tahu malu. belum apa2 dah nak mengumpat yg bukan2.

    • matahati says:

      emm…melayu bila malu-malu dipijak kepala la pulak…dicantas dipancung sampai mati..mmm kesian jadi melayu ni kan? tak macam IslamCountry…namapun mat salih.

  9. padanlaaa says:

    kebanyakan setpol PR nie lebih over dari ketua depa ….. ajaib-ajaib ….. hahahahah bodo ker hapa depa nie ….

Leave a Reply