Menu Utama

PERUTUSAN DAN UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 1431 Hijrah oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK – PERDANA MENTERI MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Alhamdulillah, setelah sebulan kita melaksanakan jihad besar menentang hawa nafsu, maka tibalah masanya untuk menyambut detik kemenangan, Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sesungguhnya umat Islam Malaysia mempunyai banyak sebab untuk bersyukur. Tentunya sebab paling utama adalah kemampuan kita menyambut Hari Lebaran dalam keadaan aman damai serta dilimpahi kemakmuran. Kita bebas dari peperangan, konflik, penindasan mahupun bencana alam sepertimana yang dialami atau dilanda sesetengah saudara seaqidah di seluruh pelusuk dunia.

http://www.1malaysia.com.my/bm/9859-aidilfitri-1431






Satu Komen to PERUTUSAN DAN UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 1431 Hijrah oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK – PERDANA MENTERI MALAYSIA

  1. Adamyan says:

    selamat hari raya juga kepada ds najib sekeluarga, semoga dilindungi Allah swt dari fitnah oleh syaitan nik aziz dan anwar ibrahim

Leave a Reply