Menu Utama

PENEROKA MENANG LAGI??? KAH! KAH! KAH! BACA DAN FAHAMKAN

ULASAN GENERATION CYBER:-

Saya dapat merasakan bahawa pada ketika ini Mazlan Aliman dan sekutu-sekutunya sedang mengadakan perbincangan bagi merancang pelan tindakan mereka untuk menyerang FELDA dengan adanya isu di atas.
Kepada mereka yang tidak memahami isu sebenar mungkin ada yang menganggap “FELDA KALAH & PENEROKA MENANG” kerana keputusan yang di buat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya.

Sebenarnya, semua peneroka yang membuat keputusan untuk tanam semula sendiri boleh menuntut bayaran tanam semula berjumlah RM1,700.00 seekar atau RM17,000.00 tersebut daripada FELDA DENGAN SYARAT MEMATUHI GARIS PANDUAN / PEKELILING YANG DITETAPKAN OLEH FELDA. Sebab itulah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan menyatakan bahawa “bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda” (Seperti artikel di atas).

Saya ingin tekankan di sini bahawa, semua peneroka yang tanam semula sendiri boleh menuntut bayaran tanam semula daripada FELDA tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Ini bermakna, walau pun dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) sekalipun, semua peneroka terlibat mesti mematuhi syarat-syarat tersebut bagi membolehkan mereka menerima wang tanam semula.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

http://www.malaysiakini.com/news/143905



(Next News) »



Satu Komen to PENEROKA MENANG LAGI??? KAH! KAH! KAH! BACA DAN FAHAMKAN

  1. MenantuOrgFelda says:

    kalau belit membelit ni serah saja kepada PAS..kalau akhirnya Felda memutuskan bahawa peneroka tu tak mematuhi garis panduan yang telah ditetapjan felda, tak dapatla duit jugak..bodo punya olang..

Leave a Reply