Menu Utama

Nik Aziz terus rela orang kafir kencing dalam masjid

Nampak gayanya, Nik Aziz tidak berganjak dengan pendiriannya dengan mengatakan tidak menjadi masalah jika orang kafir untuk kencing dalam masjid. HarakahDaily mengesahkan hal ini dengan menyiarkan semula kenyataan Nik Aziz.

Saya bimbang dengan kenyataan orang ini kerana saya khuatir orang kafir selepas ini, tidak lagi berasa segan untuk memasuki masjid untuk berehat, tidur, menggunakan tandas untuk kencing dan berak, cuci muka, menukar pakaian, mengadakan mesyuarat, mengadakan pesta dan pameran dan banyak lagi. Seolah-olah kariah/musafir dan orang kafir adalah sama.

Sekali lagi kita dituduh tidak faham agama sedangkan orang inilah yang sengaja mengelirukan orang Islam dengan memutarbelitkan hadis dan sirah Rasulullah.

Contohnya adakah wajar kita membela atau membawa masuk babi kedalam rumah hanya kerana terdapat sirah yang menyatakan seorang anak menjaga ibubapanya yang menjadi jelmaan babi?

Baca selanjutnya disini:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28472:nie-ching-bakal-buka-butik-selendang&catid=1:utama&Itemid=50

SERDANG, 2 Sept: Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bakal membuka butik selendang selepas ini kerana sejak berita beliau memasuki surau tanpa memakai tudung disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari-hari beliau menerima hadiah selendang.

“Terima kasih kepada Utusan, saya dah terima empat selendang dari pihak yang berbeza…tak lama lagi saya boleh buka butik selendang,” tulis Nie Ching dalam twitternya hari ini.

Nie Ching menjadi popular sejak kebelakangan ini apabila pelbagai cerita negatif disiarkan oleh media pro Umno terhadap beliau sejak beliau memberikan ucapan ringkas di Surau Nurul Huda, Serdang.

Utusan telah melaporkan (gambar), Nie Ching telah memberikan tazkirah Ramadhan di surau itu.

Ekoran itu, dalam satu kenyataannya, Nie Ching berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut dan memberikan ucapan ringkas adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.

“Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

“Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan,” katanya.

Namun begitu, pelbagai pihak lain mempertahankan tindakan Nie Ching masuk ke surau itu dan menyifatkan tindakan itu tidak salah dari sisi Islam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz, bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Mohd Nor Manuty menyokong tindakan Nie Ching.

Nie Ching juga bertemu sendiri dengan Nik Aziz bagi bertanya pandangan beliau terhadap masalah yang dihadapinya itu.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” kata Nik Aziz dalam satu kenyataan kepada media.






4 Komen to Nik Aziz terus rela orang kafir kencing dalam masjid

  1. Mohd_Aimel says:

    Kalau ceramah agama disampaikan oleh komunis, tentu ceramah untuk selewengkan akidah umat Islam dan pecah-belahkan kesatuan Melayu Islam.

    PAS janganlah jadi barua komunis. Takde faedahnya. Lebih baik bersatu sesama Islam.

  2. siraplengkong says:

    Zaman Nabi SAW, org kapir didakwahkan masuk Islam … tapi si Teoh DAP harbi ni masuk masjid/surau nak mendakwahkan umat Islam … sial DAP

  3. MenantuOrgFelda says:

    DAP bukan sekadar parti politik, dia juga tergolong dalam golongan yang menentang Islam…kira nik aziz ni memang dah gila tahap gaban, sanggup buat apa saja demi nak mempertahankan DAP…tanda nik aziz dah yakin tak akan dapat sokongan melayu lagi dah..

  4. FAHKRI says:

    knp org mcm nik aziz da mula sesat ajaran agama….. mehalaikan apa yg haram…. mukin dia punye akal fikir sendiri….. je…,cuba fikir negeri melayu kita punye….,? kita tuan kt malaysia ….,cina hanya hamba kita..,, & kuli shj…, kalau dia x nak, balik cina terus….,

Leave a Reply